CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ChronoReaper

Orang Kelantan Melayu Sebenar?

[Copy link]
Post time 5-10-2006 03:47 PM | Show all posts
Kemewahan yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional dan segi ini dapat dilihat dari budi atau courtesy yang dioeri terhadap seorang tetamu. Dalam menyambut tetamu, sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung di Kelantan untuk mengorbankan saekor daripada ayam atau itik ternakan mereka. Hingga ke hari ini masih terdapat unsur-unsur tradisional ini.

Apabila seorang tetamu dari jauh datang mengunjung ke rumahnya (tidak semestinya keluarga sendiri) tuan rumah itu tidak lengah-Iengahlagi akan mengorbankan saekor ayam atau itik untuk'dihidangkan kepada tetamu yang datang itu. Ini merupakan salah satu daripada cara menyambut dan menghormati tetamu oleh penduduk Kelantan pada masa yang lalu.

Sebagaimana mereka mewah dengan hidangan-hidangan gulai ayam, itik atau telur untuk tetamu, mereka juga tidak sayang untuk rnengorbankan binatang-binatang ternakan pada hari-hari tertentu, iaitu pada masa kenduri di mana jamuan-jamuan diadakan.'

Walaupun kenduri-kenduri yang diadakan itu tidak mempunyai tujuan dan matlamat yang sarna, sudah pasti jamuan-jamuan yang besar diadakan. Sesuatu keluarga biasanya tidak rnenghadapi apa-apa kesukaran dalam men gada¬kan sesuatu kenduri itu. Padi, rnereka tanam sendiri dan dengan itu mereka tidak menghadapi kesukaran rnenyediakan beras untuk sesuatu kenduri.

Lembu-lembu juga rnereka pelihara sendiri, dan dengan itu mereka tidak rnenernui apa-apa kesukaran rnengadakan lauk untuk sesuatu jarnuan itu. Mereka yang kurang berada biasanya dibantu. Persiapan dan alat juga tenaga untuk sesuatu kenduri yang akan diadakan oleh sesaorang yang tidak berada itu, sarna-sarna dibantu dan disumbangkan oleh keluarga dan jiran-jiran.

Keadaan ini secara sepintas -lalu dapat menggarnbarkan 'kemewahan' yang wujud dalam masyarakat kampung pada masa-masa yang lalu itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 03:48 PM | Show all posts
Dari segi 'makanan' ini kita dapati kebudayaan asing juga mempengaruhi benda-benda yang dimakan dan cara-cara memakannya. Misalnya kebudayaan orang India telah rnemperkenalkan masak kari pedas, pulut kuning dan sebagainya, kepada suri rurnahtangga Melayu Kelantan. Kebudayaan orang Cina telah rnernperkenalkan masakan kobis masak air, pekasam dan sebagainya.

Kebudayaan Arab pula telah memperkenalkan makanan roti cecah bubur kacang, dan sebagainya. Budaya asing juga telah memperkenalkan berbagai cara tertentu dalam menghadapi makanan. Kebudayaan India, juga Islam, mengajar masyarakat Melayu Kelantan bahawa seorang bapa harus mendahului menyentuh hidangan daripada anak-anaknya.

Juga menjadi adat bahawa seseorang itu harus membasuh tangannya sebelum menjamah sesuatu makanan. Islam memperkenalkan bacaan "Bismillah .... " sebelum makanan disuap. Sudah menjadi satu adat bahawa seorang lelaki harus makan bersila dan orang perempuan makan bertempoh.

Semua ini, pengaruh-pengaruh budaya mendatang dan budaya tempatan dan asH, telah membentuk satu budaya yang tersendiri yang menjadi am alan setiap golongan masyarakat tradisional Kelantan sebelum abad ke-20 itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 03:49 PM | Show all posts
Masyarakat Melayu feudal lebih merupakan masyarakat pertanian dari masyarakat perindustrian. Istilah 'perindustrian' di sini dimaksudkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti dalam membuat perahu, bertenun, membuat barang-barang dari perak dan emas, dan sebagainya.

Dalam bidang pertanian pula penanaman padi merupakan jenis pertanian yang utama di samping penanaman pokok kelapa, pinang, sayur-sayuran, dan sebagainya. Dalam kontek ini pula, pertanian dan perindustrian di Kelantan sebelum abad ke-20 ini akan lebihdititikberatkan dari segi kepentingan sosio-kultural daripada kepentingan ekonominya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 01:24 AM | Show all posts
Rojakbetik kata...AKU Ada kawan kalantan. tapi bila becakap dengan dia selalu bau budu

mungkin rojakbetik kata begini sebagai jenaka atau boleh juga di anggap sebagai menghina...

budu ada lah satu makanan popular di kelantan dan sekarang telah menular di banyak negeri2 lain...orang cina pun aku tahu ada yang makan budu...

tidak ada apa2 yang hendak di rasa hina atau malu makan budu...
budu hanya 'sos ikan bilis' perisa untuk menyedapkan makanan nasi dengan gandingan lauk2 tertentu...

budu bukan hanya terdapat di kelantan saja malah variasi2 budu dengan nama2 lain terdapat di banyak negara...

dalam pengalaman saya...budu di jual di england sebagai 'anchovy sauce"..
dalam perjalanan aku ke myanama budu ada terdapat di restoran2 di yangon
aku juga pernah makan budu di mindanao/davao
dan kalau kamu pernah pergi bangkok opposite wat phra kheaw market tepi sungai tu...di tempat makan kamu boleh nampak budu dalam besin besar berderet2...
Di vietnam juga aku pernah jumpa budu...

aku pernah tonton satu episode masak dlm tv dimana italian chef masukkan budu dalam resepi masakan nya...

jadi orang yg hina budu ni sebenar nya jenis orang yang hina budaya melayu sendiri...orang jenis ni aku kategorikan orang bodoh....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by Greenbottle3 at 7-10-2006 01:24 AM
jadi orang yg hina budu ni sebenar nya jenis orang yang hina budaya melayu sendiri...orang jenis ni aku kategorikan orang bodoh....  


:setuju:

Budu tidak lagi menjadi makanan khusus untuk orang Kelantan saja tapi digemari juga oleh ramai dari seluruh negeri di Malaysia.
Teringat pula di bulan-bulan puasa begini semasa student life dahulu. Budu lah yang menjadi pembuka selera makanan buka puasa dan pengerat hubungan antara kami yang duduk menyewa rumah di luar kampus. Sungguh enak makan ikan cicah budu yang ditambah hirisan bawang dan cili api. Makan pula beramai-ramai. Seorang kawan Kelantan yang menjadi suppliernya sehingga hari ini kalau datang melawat pasti akan membawa budu sebagai buah tangannya sambil seronok mengingatkan kembali suka duka masa zaman student dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 09:42 PM | Show all posts
Sebut pasal budu,ni penemuan baru pasal budu.

MISTERI BUDU
Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin) ,asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.

Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi,kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2007 01:09 PM | Show all posts

pada pendapat aku!!

tak semestinya org kelantan ialah orang melayu sebenar.....
kene lah ikut sejarah asal usul.. usul galur kewujudan melayu daripada mana....
bagi aku org melyu kelantan dan banyak tercampur adat budaya siam....
so di mana yg di katakan ''melayu sebenar''?

di mana2 negeri ada adat budaya yang masih utuh.. termasuk kelantan....
so aku tak setuju jika ramai pihak menyatakan org kelantan ialah ''org melayu sebenar''
wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 03:16 PM | Show all posts
komen baby-nurin yg orang kelantan ada pengaruh budaya siam ada sedikit sebanyak kebenaran nya.... sebab orang kelantan dari segi loghat bahasa dan adat dan budaya ada lah sama dengan orang2 melayu selatan  siam - terutama nya  patani/narathiwat.

samada orang kelantan tu boleh di kategorikan 'melayu' sebenar bergantung kepada definasi melayu ....ada yg kata 'melayu' ada lah orang2 yg tinggal di kepulauan Riau...kalau macam ni kelantan bukan melayu sebenar sebab orang riau dengan orang kelantan tak ada pertalian ....orang riau tak makan budu saya fikir...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2007 07:16 PM | Show all posts
suami datok syarizat  buat kajian ttg budu.. try cari tesis kajiannya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:23 AM | Show all posts

Reply #8 rojakbetik's post

tak semua ...  tak semua macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:24 AM | Show all posts

Reply #29 sinar_inspirasi's post

iyer keee ...  ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 10:44 AM | Show all posts
Anda suku Melayu dari mana? Tanya USM...
07-02-2007 11:46:23 PM

Oleh IAN MCINTYRE  

KOTA BARU:  Pusat Genom Manusia di sekolah perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) akan dapat memastikan secara saintifik suku terawal yang meneroka Semenanjung daripada 14 suku Melayu di negara ini.  

Hasil tersebut akan diperolehi selepas kajian genetik selama tiga tahun yang akan berakhir pada 2009.

Sepasukan 20 penyelidik dari sekolah perubatan, sekolah sains perubatan dan sekolah pergigian akan membantu pusat genom tersebut.

Pengarahnya Dr Zilfalil Alwi berkata kajian awal mendapati Melayu terdiri daripada 14 suku di negara ini, termasuk Melayu Kelantan dan Melayu Minang.

"Kami setakat ini berjaya mengesan asal-usul genetik Melayu Kelantan daripada Melayu yang menetap di Pattani (di selatan Thailand) dan Melayu Minang pula daripada Sumatera Barat (Indonesia)."

Pensampelan untuk 12 lagi suku kaum akan dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat genom ini mengalu-alukan sukarelawan untuk menderma darah mereka bagi kajian tersebut, kata Dr Zilfalil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 06:05 PM | Show all posts
saya setuju pandangan melayu kelantan dan petani ada lah dari 'suku' yang sama...mereka punyai loghat yg sama, 'psyche' yg sama, budaya yang sama dan kuat makan budu...

tentang budu ...saya baru2 ni pergi utara luzon filipina...dekat santiago bandar kecil lebih kurang 400 km utara manila pun orang makan budu...mereka panggil nya  bagoong kalau tak silap..nanti sya post kan gambar nya di sini tak lama lagi...di botol nya di tulis 'fish sauce'....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 01:54 AM | Show all posts
Originally posted by Greenbottle3 at 6-1-2007 03:16 PM
komen baby-nurin yg orang kelantan ada pengaruh budaya siam ada sedikit sebanyak kebenaran nya.... sebab orang kelantan dari segi loghat bahasa dan adat dan budaya ada lah sama dengan orang2 mela ...


letihlah nak ulas sebab topik sama....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 12:53 AM | Show all posts
stereotype orang 'luar' terhadap ore klate

1) ore klate kuat ugama dan sokong PAS
2) ore klate suka bini banyak
3) ore klate banyak yg gedebe
4) ore tino klate suka berniaga
5) ore tino klate terutama dari pasir mas come come belaka
6) ore klate kecek ore putih pelat budu
7) makanan ore klate terlalu manis sebab tu ore klate ramai hidap penyakit kencing manis
8) ore klate, tak leh jumpa kaum senegeri...kalu ada dua ore saja tak kira di england ke russia ke mula kecek bahasa budu
9) ore klate kuat perkauman...suka duduk dengan geng dia saja
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 09:33 AM | Show all posts
Sekarang ni nak cari sebaik-sebaik manusia seperti TG Nik Aziz adalah dari Kelantan dan nak cari sejahat-jahat manusia seperti perogol dan pembunuh Suzaily itu pun dari Kelantan. Rasanya lagi ramai terdapat orang-orang alim maka lagi kuatlah Iblis menghasut manusia menjadi jahat. Kelantanlah tempatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.099540 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list