View: 26991|Reply: 177
|
KOLEKSI CERITA HANTU DI TEMPAT KERJA ANDA : MPSA EDITION by Venez n B20
[Copy link]
|
|
askum kengkawan........ni adelah idea bernas dari mod yip...........korang citerla ape apepun pasal kisah kisah seram kat base korang ke , rumah korang ke..........kene tindih ke.......ape ape yang menyeramkan , sumbat je kat thread nih, kalau ade gambo lg bagus.....
[ Last edited by bravotwozero at 6-8-2006 06:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KOLEKSI CERITA HANTU DI TEMPAT KERJA ANDA : MPSA EDITION
Sembang punya sembang ngan member aku, tertarik aku nak berkongsi cerita dan pengalaman seram sejuk aku ketika bekerja... dari masa training dulu sampai ler sekarang... kalau tak rasa sendiri, dengar citer2 dari kengkawan... Aku harap saper2 yang kat dalam nih yang pernah mengalami peristiwa seram sejuk, tulis2 ler kat sini... KREDIT MENANTI ANDA
My story? It's all begin.....
CERITA SATU
Kejadian nih berlaku masa aku berada di KTU Alor Setar lebih kurang tahun 1997... blok yang kami diami (kami tumpang) adalah blok lama yang asalnya adalah rumah keluarga zaman tentera British... memang banyak cerita kami dengar pasal BLOK2 tuh dari senior2 kat situ... biasalah, blok tinggalan lama... pada malam hari, cam biasa selepas prep aku pegi beli makanan kat kantin 'Mej Ramli'... masa nak naik blok, teringat plak kat aku... kalau naik ikut tangga depan, confirm kena belasah ngan SENIOR yang duduk tingkat bawah, so aku pun terus pegi ikut tangga pintu belakang... memang selalunya ada lampu suram2 kat belakang tuh tapi kalini tak menyala langsung... gelam gelita... dek kerna keberanian aku yang ditrain oleh instruktor (cewah) aku pung MEMBERANIKAN diri untuk naik... (baik naik ikut belakang dari kena HELL ikut tangga depan... untuk pengetahuan korang bilik aku kat tingkat 3, senior duduk kat tingkat 2, super senior duduk kat tingkat 1)... sampai jerk aku ke tingkat 2, aku perasan macam sorang mamat tengah duduk kat tangga, yang aku confius naper mamat tuh tak pakai plantes (baju n seluar taik cicak cak aku).. dek takut mamat tuh senior aku, so aku pung buat2 tak nampakler dia... dalam buat2 tak nampak tuh aku ternampak mata dia yang merah menyala (mungkin sebab cahaya bulan, aku nampak memang jelas)... aku aper lagi... masuk gear satu, terus lari masuk bilik... hehehehehehe.... P/S : To Be Continue..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cerita kedua..........
mase zaman training aku dulu x silap aku tahun 98 di lembah Foxtrot ATMA.......aku dan skot skot aku baru sahaje habis ditaji oleh Staf Rahim dan Staf Samad (dah berenti pun depa nih)..........dengan badan yang berpeluh bagai nak giler tuh, aku gi le ke bilik air untuk mandi ........mase tu jam lebih kurang jam 0130 pagi.......kengkawan aku yang lain tengah lepak berborak lagi , bersembang pasal kene taji td la...........so nak dijadikan cerita aku pun gi lah kolah mandi untuk bermandi manda bersaorangan........tengah tengah aku mandi nih kedengaran bunyi rantai besi yang ditarik kat blakang bilik air........lepas tuh aku berenti jap dr mencedok gayung kat kolah tuh untuk mendapatkan kepastian, tp time aku benti cedok time tulah die pun berenti tarik chain...hati aku dah dup dap dup dap tuhan saje yang tahu.....lepas tuh dengan selambenyer aku gi tengok kat belakang (konon brani la).............rupe rupenyer staf rahim daaaaaaa.....hampehhhhhhhhhh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bravotwozero at 6/8/06 06:30 PM
cerita kedua..........
mase zaman training aku dulu x silap aku tahun 98 di lembah Foxtrot ATMA.......aku dan skot skot aku baru sahaje habis ditaji oleh Staf Rahim dan Staf Samad (dah berenti ...
:ketuk::ketuk::ketuk: hampehh lu.... |
|
|
|
|
|
|
|
CERITA DUA
Kejadian nih berlaku masa kami melakukan Latihan Hutan di Kaki Gunung Inas dalam tahun 1997 gak... Latihan merangkumi Compass Marching, Night Isolation dan last sekali mendaki gunung inas.... Di pendekkan cerita masa latihan Isolation (latihan MENGKENTALKAN JIWA DAN RAGA : tinggalkan kadet sorang2 dalam hutan pada waktu malam) kami diletakkan keseorangan dalam jarak 50 ke 100 meter setiap sorang... Jam pada ketika itu lebih kurang 12 tengah malam... Di tempat kami diletakkan, kami ditugaskan untuk mendirikan khemah dan menyalakan api (3 batang mancis diberikan setiap sorang)... selaps saja aku ditempatkan, tanpa berlegah lagi aku terus clearkan tempat, buat khemah pakai daun n batang kayu... pastu terus hidupkan api... dalam tengah2 buat benda2 nih, mata aku ligat dok cari kot2 ada ungun2 api dari kawan2 aku yang berdekatan... yesss!!!... ada pung... xper2... kejap2 lagi lepas instruktor dah datang check aku kat khemah, aku nak crawl kat member aku tuh... lebih kurang 2 - 3 jam lepas tuh (aku main agak jerk, mana ada jam)... aku apa lagi, terus crawl kat tempat member aku, lebih kurang dalam 5 meter nak sampai tempat dia, aku dengar dia dengan asyiknya bersembang sorang2... terus aku jadi confius, biar betul mamat nih... sampai jerk aku kat tempat dia, aku tengok dia dok bakar buah kelapa sawit (manis wooooo... lazat) terus aku tanya kat dia, dia sembang dengan siapa tadi? dia cakap dengan org tua yang duduk kat sebelah dia... aku try jugak cari 'orang tua' yang dia maksudkan kat sebelah dia... ALAMAK... xder saper pun!!!... misteri... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
info untuk semua warga MPSA
SHAH ALAM, Selasa 4 Julai.--Muzium Sultan Alam Shah yang menganjurkan Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda dan ... menjangka akan memperoleh pendapatan lebih RM5 juta, kata Pemangku Pengarahnya, Mohd Lutfi Nazar.
Menurut beliau, ini berdasarkan jangkaan jumlah pengunjung sebanyak lebih satu juta orang menyaksikan pameran selama tiga bulan atau berakhir pada 10 Oktober ini.
``Kita yakin pameran ini bakal mendapat sambutan menggalakkan kerana jumlah penduduk Selangor sahaja sudah 4.5 juta orang, tidak dicampur lagi dengan
penduduk Kuala Lumpur.
``Tambahan pula dalam tempoh tiga bulan ini ada musim cuti sekolah dan pelbagai acara menarik yang dianjurkan di Kuala Lumpur, jadi saya rasa tidak
menjadi masalah untuk kita menarik pengunjung yang ramai ke pameran ini,'' katanya di sini hari ini.
Pameran yang bermula hari ini akan dibuka kepada orang ramai mulai jam 9.30 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan tiket dikenakan bayaran sebanyak RM5 bagi dewasa dan kanak-kanak sekolah RM2.Pameran berkenaan dianjurkan bersama Muzium Nurul A'la yang diasaskan oleh Sufian Abu Bakar.
Antara makhluk-makhluk yang bakal dipamerkan kepada orang ramai ialah kumpulan jin seperti Jenglot Jantan, Jenglot Betina dan Jenglot Ular.
Selain itu terdapat juga jin yang ditangkap di dalam botol selain satu jin yang didakwa ditangkap ketika sedang meniduri wanita.
Menurut Mohd. Lutfi, pihaknya juga turut mempamerkan jin yang dikenali sebagai Nyai Blorong yang mempunyai kepala manusia dan berbadankan ular.
Kata beliau, makhluk berkenaan dikatakan berasal daripada manusia iaitu seorang wanita yang sangat cantik tetapi kemudian bertukar menjadi jin selepas
bertapa di dalam gua.
Katanya, seekor ikan duyung berusia antara dua hingga tahun juga turut dipamerkan.
``Ikan duyung itu ditangkap oleh Sufian bersama kumpulannya di sebuah tasik di Jawa Tengah Indonesia, tidak jauh daripada kawasan gunung berapi yang meletus baru-baru ini,'' katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jaga tempat kerja aku pernah lihat askar jepun berkawat di padang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ff:ff:
Pemilik mahu ?hidupkan? jin
Oleh Nasron Sira Rahim
KUALA LUMPUR: Pemilik barangan mistik seperti jasad jin yang sedang dipamerkan di Muzium Sultan Shah Alam, akan ?menghidupkan? makhluk berkenaan dalam tempoh tiga minggu lagi bagi menolak dakwaan barangan itu palsu dan replika.
Safuan Abu Bakar yang juga pengasas Muzium Nurul ?Ala, di Kuang, dekat sini, berkata pihaknya akan membuktikan makhluk yang dipamerkan pada pameran ?Misteri Jin, Hantu dan Keranda? di muzium itu dapat bergerak sekali gus menunjukkan makhluk mistik itu sebenarnya masih memiliki kekuatan walaupun sudah dikeraskan.
?Dalam tempoh tiga minggu lagi, kami akan memanggil media dari dalam dan luar negara supaya menjadi saksi bahawa barang yang kami pamerkan ini bukan replika. Kami memerlukan masa membuat persediaan kerana tindakan menunjukkan fizikal jin ini bukanlah benda main-main dan berbahaya.
?Sebenarnya tidak boleh sembarangan menunjukkan amalan ini tetapi bagi membuktikan kami tidak menipu dan dakwaan pihak terbabit adalah fitnah, kami akan berusaha lakukannya. Insya-Allah, jika Tuhan mengizinkan, kita akan lihat hasilnya,? katanya kepada Berita Minggu.
Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan dakwaan barang mistik dipamerkan di muzium itu adalah replika dan bukannya jasad jin. Turut dilaporkan pandangan beberapa ahli agama yang turut menyelar dan meragui kesahihan pameran berkenaan.
Safuan berkata, pihaknya akan menyaman pihak yang mendakwa usaha mereka adalah satu pembohongan dan diharapkan dengan usaha menunjukkan kewujudan makhluk mistik itu tiada lagi pihak meragui mereka.
?Kami pernah mempelawa mana-mana penyelidik bertauliah dari universiti atau badan diiktiraf supaya melakukan penyelidikan dan kajian terhadap makhluk mistik itu, bulan lalu, tetapi tiada yang tampil sebaliknya mengatakan barang kami palsu pula,? katanya.
Katanya, antara bukti barang mistik yang dipamerkan itu asli berdasarkan bau yang dikeluarkan walaupun sudah lama dikeraskan selain kira-kira 18 kes pengunjung dirasuk atau diganggu jin sepanjang lawatan ke pameran itu.
?Kami mengubati pengunjung yang histeria dan apabila bertanya, ?mereka? mengatakan berasal dari pameran ini. Mengenai bau pula, setiap barang mistik dipamerkan mengeluarkan bau tersendiri malah jin yang menyamar sebagai langsuir mengeluarkan bau berbeza iaitu sekejap busuk, sekejap wangi,? katanya.
Mengenai dakwaan barang dipamerkan itu adalah replika, beliau berkata, pihak terbabit hanya membuat andaian mengikut logik akal mereka saja tanpa melakukan penyelidikan saintifik melainkan x-ray semata-mata.
Pihaknya juga kesal apabila ada ahli agama dan intelektual yang ?cepat melatah? serta membuat kesimpulan bahawa barang itu adalah palsu tanpa menjalankan usul periksa terlebih dulu dan sikap itu adalah tidak adil menurut Islam.
?Saya mengakui adanya cara menangkap dan mengeraskan jin dan barang mistik dipamerkan adalah benar. Mendidik masyarakat mengenai makhluk itu penting tambahan pula pada zaman serba maju ini, gangguan jin masih berlaku dan tidak boleh diubati oleh doktor menyebabkan perlunya ilmu seperti ini terus dipelajari,? katanya.
PERSOALLANNYER SEKARANG.........BILER TARIKH SEBENAR DIE NAK BUAT DEMO NIH........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by venez at 6/8/06 06:40 PM
CERITA DUA
Kejadian nih berlaku masa kami melakukan Latihan Hutan di Kaki Gunung Inas dalam tahun 1997 gak... Latihan merangkumi Compass Marching, Night Isolation dan last sekali mendaki gunung ...
:hmm: :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bravotwozero at 6/8/06 06:44 PM
SHAH ALAM, Selasa 4 Julai.--Muzium Sultan Alam Shah yang menganjurkan Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda dan ... menjangka akan memperoleh pendapatan lebih RM5 juta, kata Pemangku Pengarahnya, Mo ...
umm, x mo pergi lah, seriau nanti mimpi bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Jin ni bukan setakat kat base je die ade........kat kapal pun ade juge........banyak dah yang kene tindih, especially kat kapal kapal lama macm Hang tuah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bravotwozero at 6/8/06 06:59 PM
Jin ni bukan setakat kat base je die ade........kat kapal pun ade juge........banyak dah yang kene tindih, especially kat kapal kapal lama macm Hang tuah
story please |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bravotwozero at 6-8-2006 06:30 PM
cerita kedua..........
mase zaman training aku dulu x silap aku tahun 98 di lembah Foxtrot ATMA.......aku dan skot skot aku baru sahaje habis ditaji oleh Staf Rahim dan Staf Samad (dah berenti ...
siot.aku baca dah saspen dah..cisss:siok::siok: |
|
|
|
|
|
|
|
Heh..tengok bangunan KTU dengan kuarters pegawai TUDM Aloq Setaq tu pun aku rasa 'mesti ada benda' punya....
Apa? Depa nak hidupkan balik jin? Kalau dah mati camne nak idup balik??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku time muda2 dulu pun biasa kena tindih..la ni takder dah..aku percaya yg slalu dok tindih manusia tu jin...ikut kepercayaan pagan dan omputih, yg tindih manusia diberi nama sucubus dan incubus..citer kena tindih aku yg paling seram..
Aku dok tido time petang, time lepas SPM. Time tu aku kena tindih..so aku spt biasa baca la ayat Kursi..biasa yer takder apa2..tapi time aku dengar suara perempuan dok gelak kat telinga aku..masa time nak abis ayat Kursi tu, baru aku dengar suara perempuan dok menjerit kesakitan..pas abis ayat Kursi, baru 'benda' tu tak tindih aku...
p/s: dapat kredit ke kalau post citer..kredit kira ikut citer ker? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
:ah: kalo citer seram tu best, mau lumayan gak dapat kredit, tp kalo nak buat lawak cam si B20 umm patutkah kene potong kredit :hmm: hahahahahaah
err citer tu biarlah bagi saspen sket Ice, sian ek ko kene tindih camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bravotwozero at 6-8-2006 06:59 PM
Jin ni bukan setakat kat base je die ade........kat kapal pun ade juge........banyak dah yang kene tindih, especially kat kapal kapal lama macm Hang tuah
tak buat kenduri doa selamat , baca surah yassin kat kapal tuh... :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 yipun78's post
Dah mod yipun takmo tindih wa hehehe
Aku tak pandai nak citer suspen2..kang rg ingat aku reka citer, ceduk dari citer hantu Prof Razak heheh
Koleksi hantu2 di sekolah lama aku (MRSM Kem Terendak)..
1. Pelajar2 hostel perempuan biasa nampak askar2 takder kepala tgh berkawad
2. Hantu bernama 'Mona' datang carik anak dia. Mengikut cerita, suami Mona bekerja di Kem tentera Britishdi Kem Terendak semasa WWII. jepun datang dan pancung semua kat situ. Mona ketika itu mengandung dan terus meninggal dunia bila tau suami dia mati. Masa nak kebumikan Mona, kandungan dia hilang. Dalam tahun 89-90, dikatakan Mona datang ke sekolah aku untuk cari anak dia. Dia penah dilihat oleh seorang pekerja am, sedang mengorek2 lantai bawah tangga dorm laki2. Seorang kawan aku tgh study mlm2 pada ari SAbtu, pernah ditanya oleh Mona mengenai anak dia.
3. Pelajar tgh study malam2 penah ditegur warden, suruh lights off. Warden tegur kat tingkap. Bile pelajar tu tutup lampu, baru dia perasan yg dia dok kattingkat 1, so takkan warden jalan atas udara kat luar tingkap
4. Seorang pelajar keturunan cina penah berak time lewat malam..tiba2 tandas tu flush sendiri 2-3 kali..pelajar ni siap baca al-Fatihah, pastu flush tu berenti..( I swear its true)
5. Aku tak penah nampak hantu masa sekolah, tapi aku penah sekali tu terjaga tgh malam, dan terdengar kat koridor asrama, bunyi seolah2 seseorang sedang menarik rantai besi sepanjang koridor
[ Last edited by IceMallet at 7-8-2006 01:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IceMallet at 7/8/06 12:52 PM
Dah mod yipun takmo tindih wa hehehe
Aku tak pandai nak citer suspen2..kang rg ingat aku reka citer, ceduk dari citer hantu Prof Razak heheh
Koleksi hantu2 di sekolah lama aku (MRSM Kem Teren ...
:nyorok::nyorok: |
|
|
|
|
|
|
| |
|