CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8603|Reply: 23

ABOUT FAUZIAH LATIFF - JEE -

[Copy link]
Post time 10-8-2006 06:46 AM | Show all posts |Read mode
Jee tak boleh tutup mulut orang
Oleh KHADIJAH IBRAHIM




Jee tidak kisah pandangan orang kerana yang
penting dia akan memberikan persembahan
terbaik di Kelab Orange nanti
.

APABILA Fauziah Latiff mengumumkan bakal mengadakan mini konsert di Kelab Orange, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 8.30 malam, 13 Ogos ini, timbul pula persoalan daripada orang ramai.

Ada suara nakal bertanya, bolehkah Fauziah atau mesra dengan panggilan Jee itu menyanyi secara langsung selama satu jam lebih?

Mereka bertanya bukan kerana tidak percaya dengan kebolehan Jee tapi maklumlah kebelakangan ini penyanyi jelita itu jarang mengadakan konsert sebegitu.

Jee yang sentiasa tenang itu bagaimanapun tidak mudah melatah bila diaju dengan soalan sebegitu pada majlis pelancaran album terbarunya, Pesona dan mini konsertnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, kalau nak tahu dia boleh menyanyi secara langsung atau tidak datanglah melihat persembahannya.

Jelas Jee, selama ini walaupun dia tidak mengadakan konsert besar-besaran, namun dia masih lagi diundang menjayakan persembahan makan malam.

揟erpulang pada orang nak kata apa kerana saya tak boleh nak tutup mulut mereka. Saya tidak boleh menahan pendapat orang lain. Pada saya, untuk mini konsert itu nanti saya akan cuba buat yang terbaik.

揝ekarang ini pun saya giat menjalani latihan. Mini konsert itu nanti adalah hadiah untuk peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan pada kerjaya saya,拻katanya yang bakal mengadakan persembahan dengan menggunakan minus one.

Kata Jee, 36, untuk menampakkan persembahannya lebih menarik, kemungkinan dia akan mengajak

Sharon Paul mengiringinya dengan petikan piano sewaktu mendendangkan lagu Hakikat Cinta dan Kekasihku.

Jelas Jee, persembahannya itu juga akan menampilkan segmen lagu-lagu lama yang masih lagi diminati hingga kini selain daripada lagu-lagu rancak untuk disesuaikan dengan suasana kelab.

揔alau boleh saya nak persembahan itu kelihatan santai dan yang penting penonton terhibur,拻 katanya yang akan menggunakan beberapa penari untuk mengiringi persembahannya.

Selain itu, mini konsert Jee yang mengenakan bayaran masuk sebanyak RM29.99 itu juga akan diserikan dengan kehadiran Jim Brickman dan kumpulan M.I.X serta Puteri Santubong yang akan beraksi sebagai pembuka tirai.

Bergandingan

Sebelum Brickman tampil pada mini konsert Jee, kedua-dua mereka terlebih dahulu bergandingan untuk konsert Jim Brickman yang berlangsung di Genting Hihglands, Sabtu lalu.

Kata Jee, dia amat terharu kerana berpeluang mengadakan persembahan dengan artis tersohor itu. Gandingan Jee dengan Brickman bukan sekadar di pentas malah komposer terkenal itu turut memberi lagu-lagu ciptaannya kepada Jee.

Lagu-lagu ciptaan Brickman yang pernah didendangkan oleh beberapa orang penyanyi lain telah ditukar liriknya ke bahasa Melayu untuk dimuatkan dalam album terbaru Jee iaitu Pesona.

Dalam album Pesona yang berada di pasaran sejak 28 Julai lalu, Jee mendendangkan lima lagu hits Brickman iaitu Valentine (Kekasihku), Your Love (Hakikat Cinta), Simple Things (Berjanjilah), Beautiful (Seindah Cintamu) dan I抦 Amazed (Dilema Mimpi).

Manakala tiga lagi lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah lagu nyanyian Jee sendiri yang diberi nafas dan susunan muzik baru oleh Sharon Paul. Lagu-lagu tersebut ialah Hari Yang Istimewa, Sahabat duet bersama penyanyi Filipina, Phoebe dan medley lagu Digamit Memori dan Segalanya Berakhir Di Sini.

揂lbum ini amat istimewa bagi saya kerana dapat mendendangkan lagu-lagu ciptaan Jim Brickman. Saya harap album ini mampu memenuhi kehendak pendengar yang selama ini tertunggu-tunggu akan kehadiran album baru daripada saya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 03:08 PM | Show all posts

memang cantik

jee ni memang cantik & jelita...tahniah utk album terbaru ni...esok nak gi beli..bye
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 11:45 PM | Show all posts
Pendapat ikhlas aku.....Suara Gee sekarang tidak sehebat dulu...beliau tidak boleh menyanyi lagu-lagu bernada tinggi lagi dan nafasnya agak semput semasa menyanyidlm rancangan terbitan RTM baru-baru ini.  Apa-apa pun aku tetap meminati lagu-lagu lamanya .........
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 02:58 AM | Show all posts
c'mon fauziah nawi!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by gelupur at 11-8-2006 02:58 AM
c'mon fauziah nawi!!!!!!!


fauziah nawi???:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by gelupur at 11-8-2006 02:58 AM
c'mon fauziah nawi!!!!!!!


hahaha.  macam macam .. :nerd:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2006 06:15 AM | Show all posts
Fauziah Latif selepas menghilang
Oleh: NIEZAM ABDULLAH

Lama menghilang bukan bererti sudah berkubur. Sebaliknya Fauziah Latif masih lagi 慼idup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2006 02:18 PM | Show all posts
kat TV tengok jee nyanyi live  tadi --
laaaaaaa teruknya suara dia OUT   just out --

then reporter pun cakap kat dia - apa sal suara jee
lari habis masa buat live ---  not sure apa dia cakap sebab
suara dia perlahan sangat tapi rasanya dia cakap faktor
dah lama tak buat persembahan -- tapi  OUT-- teruk --
then buat album --

dah ada tanda2 memang album dia macam flop la pulak -
muka dia memang manis and all - make up and stuff
- tapi lawa aje tak buat orang beli album though...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


umiabuya This user has been deleted
Post time 14-8-2006 01:28 PM | Show all posts
suara dia ni memang dah teruk and kureng kalau LIVE.Dia tak leh mantain cam member2 dia yang dah kahwin..tak leh bayangkan kalau umur dia dah 40an..rasa-rasanye sesak nafas..contoh terbaik salamiah hassan still mantain and power suara dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 01:39 PM | Show all posts


Dengar cam best je lagu2 Jim Brickman yang Jee nyanyi tu
Tapi tak tergerak pulak nak beli album dia tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 09:45 PM | Show all posts
Jee masih tetap ligat, bertenaga



JEE menyampaikan koleksi lagu saduran karya Jim Brickman


KEHILANGAN Fauziah Latiff buat seketika dari pentas hiburan bukan bermakna dia sudah menyerah kalah. Buktinya, Fauziah atau Jee masih mampu menari ligat dan lincah apabila muncul dalam showcase terbaru bergelar Pesona, di Orange Club, Kuala Lumpur, malam Ahad lalu.

Walaupun staminanya tidak sehebat 10 tahun lalu, Jee tidak lupa sesetengah gerak tari yang menjadi trademarknya sejak dulu. Sesekali, dia mencuri nafas untuk melegakan diri daripada termengah-mengah.

Showcase Jee itu dimulai dengan persembahan kumpulan baru, M.I.X. Anak didik Cat Farish yang dianggotai MC Noh Phrofile, MC Wayne, MC Asyraf Hardy dan MC Ogie itu menyampaikan Lagu Kameq, Hantu, Fly Away dan Puteri Santubong sambil berduet dengan Dewi.

Pujian patut diberikan kepada mereka apabila menyampaikan lagu Tanggal 31 dengan susunan muzik baru. Kemudian, barulah Jee muncul bersama dua penari latar menyampaikan lagu Hari Yang Istimewa.

Jee turut menyampaikan Dilema Mimpi, Resah, Hakikat Cinta dan Kekasihku yang semuanya adalah lagu saduran daripada karya Jim Brickman. Kemudian Jee kembali lincah apabila mendendangkan All Nite (lagu Janet Jackson) bersama penarinya.

Artis antarabangsa baru, Phoebe memberi laluan kepada Jee untuk berehat seketika. Phoebe, anak kelahiran Manila, yang dibesarkan di Hong Kong dan Amerika Syarikat menyampaikan lagu Crying Like A Girl, Love Is Like Sunshine dan Counting On You yang dipetik daripada album pertamanya, Phoebe & The Love Revolution. Vokalnya nyaring dan tinggi memukau pengunjung Orange Club pada malam itu.

Persembahan bertenaga Phoebe diteruskan lagi apabila penyanyi berusia 23 tahun itu berduet dengan Jee menerusi lagu Sahabat. Kelunakan suara Phoebe dengan sebutan yang jelas memang menghiburkan.

?Saya berterima kasih pada Jee kerana banyak membantu saya. Biarpun mengambil masa sehari semalam untuk menghafalkan lagu ini, saya akhirnya mampu menyanyikan lagu ini dengan yakin,? katanya.

Seterusnya Jee menyampaikan dua lagu lama, Remember Me This Way dan Can?t Take My Eyes Of You. Jee menutup tirai persembahan dengan menyampaikan lagu saduran terbarunya, Berjanjilah (lirik karya Slen).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 10:32 AM | Show all posts
Persembahan Jee tidak 'gempar'
Oleh Rozdan Mazalan


SEPI bukan bererti berkubur, penantian lima tahun untuk muncul semula beraksi di pentas yang menjadi medan perjuangan hidupnya selama ini dirasakan sia-sia sekiranya berterusan menyepi.


Setelah sekian lama tidak beraksi diatas pentas, Fauziah Latiff atau Jee mengharapkan sesuatu kelainan yang akan dipertontonkan kepada peminatnya dalam Showcase Fauziah Latiff di Orange Club, baru-baru ini. Namun, persembahan itu tidak seperti apa yang dapat dirasai sebelum ini.

Biarpun kelincahan Jee di pentas tidak boleh dinafikan, namun kali ini Jee seolah-olah gagal membawa penonton menyelami ?persembahannya sebenar? sehingga penutup persembahan bagi tempoh satu jam 50 minit itu. Mungkin pemilihan lagu yang dibawakan malam itu tidak begitu sesuai dipersembahkan dalam sebuah kelab atau mungkin Jee sendiri hanya mampu menarik persembahannya melalui tarian yang juga nampak kelihatan kurang meyakinkan, membuatkan dia sering memerhatikan penari iringannya.

Dari minit pertama lagi Jee tampil diatas pentas, peminatnya setia menantikan sekiranya Jee akan membawakan semula beberapa lagu yang menjadi nostalgia dan mengangkat namanya seperti lagu, Dia, Teratai Layu Di Tasik Madu, Batas Menanti dan Aku Sebutir Pasir serta banyak lagi.

Bagaimanapun, sehingga minit terakhir, Jee hanya membawakan 10 lagu dari album terbarunya Pesona saja seperti Hari Yang Istimewa, Dilema Mimpi, Resah, Hakikat Cinta, Kekasihku, Sahabat, Remember Me This Way, Can?t Take My Eyes Of You dan Berjanjilah.

Semuanya adalah apa yang dapat penulis perhatikan semasa lima lagu permulaannya sebelum menyerahkan persembahan kepada artis jemputannya Phoebe yang mampu mengubah sedikit persembahannya.

Persembahan jemputan dari Phoebe seakan mengimbangi persembahan pada malam itu kerana berjaya memukau penonton dengan kelantangan vokalnya yang membawa lagu seperti Crying Like A Girl, Love Is Like Sunshine dan Counting On You yang kesemuanya nyanyian asal Janet Jackson.

Manakala lagu Debaran Cinta dan Sahabat dinyanyikan secara duet bersama Jee. Selain Phoebe artis Filipina yang juga menjadi kawan baiknya, Jee turut mengundang kumpulan Hip hop dari Sarawak yang menggelar diri mereka sebagai M.I.X.

Mereka membawa empat lagu yang menjadi pembuka persembahan seperti Lagu Kameq, Hantu, Fly Away dan Puteri Santubong.

Jee biarpun masih aktif dalam melakar namanya di dalam pelbagai aktiviti seninya seperti menjadi juri tetap dalam program Malaysia Idol, bagi peminat setianya yang selama ini banyak menyokong pembabitan seni Jee mengharapkan sesuatu yang sudah sekian lama mereka tidak dengar.

Kejayaan dan penghormatan yang diselang-seli dengan spekulasi, gosip dan kisah peribadi yang sensasi serta mencetuskan kontroversi pada dirinya semakin membuatkan dirinya lebih matang mengharungi onak ranjau selama 20 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Pesona adalah sebuah album yang unik kerana lima lagu yang dinyanyikan di dalamnya menampilkan karya pemuzik terkenal luar negara, Jim Brickman yang dialihkan bahasanya ke dalam bahasa Melayu khas buat hadiah dari Jee kepada peminatnya.

Antara lagu karya Jim seperti Valentine (Kekasihku), You Love (Hakikat Cinta), Simple Things (Berjanjilah), Beautiful (Seindah Cintamu) dan I?m Amazed (Dilema Mimpi).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 02:08 PM | Show all posts
Jee masih ada 'Pesona'
26-09-2006
Radin Sri Ghazali  

Walaupun banyak teka-teki berkenaan statusnya kini, penyanyi Fauziah Latiff (Jee) tidak cepat memberi reaksi negatif. Apapun yang sedang bergolak di dalam rumahtangganya, tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Justru, peminat dan masyarakat hanya mampu membuat andaian kerana tuan punya badan tidak suka ditanya kisah peribadi.

Jee, yang sudah masak dengan asam garam seni hiburan, tampil tenang ketika diwawancara baru-baru ini dan memberi jawapan tentang persoalan yang bermain di benak peminatnya.

"Saya dan suami saya seringkali mencapai  persefahaman apabila Syawal menjelang. Memandangkan Johan merupakan orang Kuala Lumpur, ianya memudahkan lagi kami untuk pulang ke kampung saya di Johor," ujar Jee ketika ditanya mengenai sambutan Hari Raya pada tahun ini.


Ketika ditanya warna tema Aidilfitri untuk keluarganya, penyanyi jelita ini
bagaikan teragak-agak untuk menjawab, "Mungkin biru.... Saya sendiri pun
tak terfikir lagi. Lagipun saya belum membeli kain untuk baju raya saya."
(Foto The Star Oleh Art Chen)


Namun saya berharap sangat agar orang tua saya dapat meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur pada tahun ini," ujar penyanyi yang berusia 36 tahun itu lagi.

Menurut Jee, perayaan Aidilfitri pada kali ini akan disambut dengan penuh kesederhanaan disebabkan kesibukkan mempromosikan album terbarunya, Pesona, yang juga merupakan album Jee yang ke 17.

"Saya mungkin tidak akan mengadakan rumah terbuka pada hari pertama Hari Raya kerana saya terus akan mengadakan promosi bergerak ke seluruh negeri untuk album Pesona saya," ujarnya lagi yang mengakui bahawa Aidilfitri pada kali ini dipenuhi dengan rancnagan-rancangan untuk membina semula kerjayanya sebagai salah seorang penyanyi yang diminati ramai.

Ketika ditanya warna tema Aidilfitri untuk keluarganya, penyanyi jelita ini bagaikan teragak-agak untuk menjawab, "Mungkin biru.... Saya sendiri pun tak terfikir lagi. Lagipun saya belum membeli kain untuk baju raya saya."

Jeffri dan Jeremy berpuasa pada bulan Ramadhan

Seperti ramai ibu muda, Jee juga begitu teruja menceritkan keletah kedua anak lelakinya- Jeffri Jaquim, lapan dan Jeremy Jay, enam ketika berpuasa di bulan Ramadhan.

Ibu muda ini tidak jemu-jemu menceritakan telatah anak-anaknya ketika menyambut Ramadhan dan Hari Raya.

"Saya teringat kali pertama mereka mengenakan baju Melayu serta songkok, betapa liatnya badan mereka ketika saya hendak  menyarungakan pakainan tersebut. Tetapi kini mereka gemar mengenakan baju Melayu dan tidak sabar untuk menyambut hari Raya," jelas Jee mengenai pengalaman manis ketika menyambut Aidilfitri bersama-sama anak-anaknya.

"Pada bulan Ramadhan kali ini, Jeffri sudah bertekad untuk berpuasa penuh. Namun, saya tidak akan memaksa mereka. Mereka boleh berbuka kalau mereka tidak tahan berpuasa sepenuh hari," jelas Jee yang mahu mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai Islam seperti menjalani ibadah puasa.


Alhamdulillah saya masih mempunyai peminat-peminat yang setia.
Mereka bagaikan dewasa bersama-sama saya dan menempuh cabaran
dunia muzik Malaysia," ujar Jee teruja dengan sokongan peminat-peminatnya
menerusi album tersebut  (Foto The Star)


Pesona mencecah 10,000 unit

Demi mengukuhkan lagi populariti serta membuktikan bahawa dirinya masih bertaring di dalam industri muzik tempatan, Jee mempergiatkan lagi promosi album Persona yang turut diberi sentuhan peribadi Jim Brickmen, seorang komposer serta pemain piano tersohor Amerika Syarikat.

"Saya berkesempatan menyanyikan lima buah lahu hasil nukilan beliau yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Antaranya Valentine (Kekasihku), Simple Things (Berjanjilah) serta Beautiful (Seindah Cintamu," ujar Jee yang turut mengakui meminati hasil ciptaan Jim sebelum koloberasi menerusi album Pesona.

"Dia seorang yang berjiwa romantis lantas menghasilkan karya-karya lagu yang indah. Ini amat bersesuaian dengan genre yang saring kali saya mempertengahkan yakni pop balada," ujar penyanyi yang  popular menerusi lagu Dia, Teratai Layu Di Tasik Madu serta Sahabat.

Impian Jee untuk berkerjasama dengan Jim telah direalisasikan oleh pengarah Urusan Zezz Entertainment, Mohd Firhad Amat yang merupakan sahabat baik komposer dari negara Amerika itu.

Kesungguhan Jee untuk memastikan bahawa namanya tidak akan pudar di persada muzik tempatan terbukti apabila album Pesona berjaya dijual 10,000 unit setelah diedarkan di pasaran pada 1 September yang lalu.

"Alhamdulillah saya masih mempunyai peminat-peminat yang setia. Mereka bagaikan dewasa bersama-sama saya dan menempuh cabaran dunia muzik Malaysia," ujar Jee teruja dengan sokongan peminat-peminatnya menerusi album tersebut.


------------------------------------------------
but then truth to be told..
album tu tak sebaik mana...
tak best sangat -- but then
maybe some think album dia okay --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2006 06:07 AM | Show all posts
Fauziah Latiff dirai rakan-rakan
Oleh Nor Fadzilah Baharudin




Jee sedang memotong kek pada majlis sidang
akhbar Superstarzz On tour 06/07 di Kuala
Lumpur, baru-baru ini.



揟iada apa yang lebih indah selain dapat menyambutnya bersama-sama ahli keluarga tersayang. Saya bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dan masih sihat sehingga ke hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2006 06:08 AM | Show all posts
Jumpa peminat mulai 14 Disember ini

Bermula 14 Disember ini, Jee akan dibawa oleh syarikat Firzz Entertainment Group Sdn. Bhd., menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk bertemu para peminatnya.

Program yang diberi nama Superstarzz On Tour 06/07 itu akan turut menampilkan Noraniza Idris, Velvet AF4, Deb Gab C, Adibah Noor, Liza Hanim, Cat Farish & The Fabulous Cats dan Urban Methods.

Bagi Jee, peluang bertemu peminat memang sudah lama dinantikannya.

揚rogram promosi menjelajah seluruh negara ini memang memenatkan tapi menyeronokkan. Dah lama Jee meninggalkan zaman bertemu peminat cara begini dan Jee memang merindukannya. Rasanya inilah masa untuk Jee kembali semula bertemu peminat.

揑ni merupakan salah satu cara terbaik untuk Jee mempromosikan album Pesona Jee yang telah pun berada di pasaran pertengahan tahun ini.

揂nak-anak pun dah besar, jadi rasanya tak ada masalah untuk Jee bagi komitmen menyertai tour ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 11:27 PM | Show all posts
Lebih funky
Oleh Zul Husni Abdul Hamid | Gambar Surianie Mohd Hanif


Album terbaru Jee tidak lagi berkonsep balada

BERCERITA mengenai penyanyi jelita ini tidak akan pernah menemui titik akhir. Begitu panjang laluan yang ditempuhinya. Namun populariti ibu dua cahaya mata lelaki ini masih belum pudar.

Mungkin bintangnya sudah tidak seterang dulu. Saat popularitinya sedang melonjak lewat lagu Kau Merubah Segalanya, Tiada Noktah Cinta, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Enggan atau Teratai Layu Di Tasik Madu yang menghadiahkan kejayaan besar buatnya.


Hakikatnya lunak alunan suara Fauziah aatu Jee masih dirindui. Biar muncul bakat baru bersilih ganti, nama Jee tidak pernah terpinggir. Ia sentiasa meniti di bibir apatah lagi lagu nyanyiannya masih mendapat tempat di corong radio.

Mungkin sedikit masa lalu, Jee agak menyepikan diri. Bagaimanapun, sebaik muncul dengan album terbaru, Pesona, April lalu, Jee kembali menjadi tumpuan. Kerinduan peminat terubat dengan kehadiran album itu.

Namun, apabila ditanya mengenai sambutan terhadap Pesona yang memuatkan sebahagian besar lagu ciptaan komposer terkenal, Jim Brickman, Jee berkata, dia kurang pasti mengenai jualan album itu.

揚romosi belum dapat dijalankan sepenuhnya kerana sebelum ini sibuk dengan puasa dan hari raya. Tetapi kini saya bersedia untuk menjayakan semula promosi album itu. Insya-Allah saya akan bekerja lebih keras memastikan usaha ini berbaloi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2006 11:30 PM | Show all posts
Namun, apabila ditanya mengenai sambutan terhadap Pesona yang memuatkan sebahagian besar lagu ciptaan komposer terkenal, Jim Brickman, Jee berkata, dia kurang pasti mengenai jualan album itu.



unfortunately -
seperti yang memang dah dijangka --
album dia flop   - walau maybe ada la 1 or 2 songs
yang okay --
but  overall --  nada --
tak sampai 20K unit pun  -
kat mana saya baca last month  kata hanya
about - roughly  10K units sahaja --   
a loss -
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 12:06 AM | Show all posts

Ler... rupanya dlm video klip yg aku tgk semalam tu.. yg nynyi lagu Sahabat tu rupanya penyanyi Filipina??!! :

Biar betul.. :hmm:

Anyway.. best plak lagu Sahabat bila dgr semalam... Sebelum ni rasa mcm bosan giler lagu Sahabat ni..



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 12:21 AM | Show all posts
pernah minat Gee suatu masa dulu...tapi skrg tak lagi krn suara dah semput ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 09:58 AM | Show all posts
haku rasa dia sendiri tahu salah satu factor sore dier cenggitu ialah kerada todi, tuak dan samsu yang ditelannya berkodi2 hari2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.415564 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list