Wartawan mesia mmg confirm 3rd world mentality. X pyh baca pun xpe. Komentar tahap bodoh gaban!!! Yg pegi world champ bicycle tu semua tahap dunia. Australia pun tenggelam. Zizul dgn josiah dpt g semi pun dh mmg power. Mesia satu2nya negara asia highest rank kt sana skrg. Congrat team mesia. 3-3 tu mmg power. Tunggu sprint zizul lak mlm ni
azizul camner.... nih?? kita tunggu esok kalau azizul leh buat kejutan!!
Azizulhasni terlepas pingat di Pruszkow
JAGUH lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang masih memiliki peluang untuk mencipta kejutan meskipun gagal meraih pingat bagi acara keirin pada Kejohanan Basikal Trek Dunia, Pruszkow Poland semalam.
Peluangnya masih terbuka untuk mencipta kejayaan jika terus bekerja keras pada satu lagi acara yang disertainya iaitu pecut individu, esok.
Pada perlumbaan awal pagi semalam, nasib tidak menyebelahi Azizulhasni setelah sekadar menduduki tempat keempat pada pusingan kedua sekali gus gagal mara ke peringkat akhir.
Hanya tiga pelumba teratas sahaja layak ke peringkat akhir.
Pelumba kelahiran Terengganu itu gagal mempamerkan aksi cemerlang untuk penentuan tempat ketujuh hingga ke-12 apabila sekadar menduduki tempat ke-11.
Seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng juga gagal mara ke peringkat akhir apabila turut menduduki tempat keempat pada saingan pusingan kedua.
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad berkata, Azizulhasni telah melakukan yang terbaik namun nasib tidak menyebelahinya kerana pelumba yang turut menyertai kejohanan ini terdiri daripada pelumba hebat dunia.
"Dia telah melakukan yang terbaik walaupun gagal melangkah ke peringkat akhir setelah sekadar menduduki tempat keempat.
"Apa pun dia masih mempunyai peluang untuk memperbaiki prestasinya dalam acara pecut individu pada Ahad ini.
"Kami memang meramalkan dia mampu meraih pingat dalam acara kegemarannya iaitu keirin tetapi nasib nampaknya tidak menyebelahi pelumba kita," kata Naim.
Ditanya prestasi hambar setelah sekadar menduduki tempat ke-11 bagi merebut kedudukan ketujuh hingga ke-12, Naim berkata: "Dia (Azizulhasni) mungkin mahu menyimpan tenaga untuk perlumbaan Ahad ini.
"Dia tidak kisah menduduki tempat ke berapa, mungkin dia mahu mencipta kejutan pada perlumbaan Ahad ini."
Menurutnya, pihaknya juga meletakkan harapan kepada seorang lagi jaguh negara, Mohd. Rizal Tisin bagi acara 1 kilometer ujian masa yang berlangsung hari ini.
Kejohanan Trek Dunia yang bermula Khamis lalu akan berakhir pada 29 Mac ini.
Aku baca paper berita harian section sukan td kt kedai newspaper. Sakit hati je baca komen wartawan. Nasib baik tumpang je. Mmg wartawan kaki pemalasss
RIZAL meraikan kejayaannya meraih pingat gangsa dalam
acara 1 kilometer ujian masa individu semalam.
PELUMBA negara, Mohd. Rizal Tisin melakar sejarah apabila menyumbang pingat gangsa dalam acara 1 kilometer ujian masa individu pada Kejohanan Basikal Trek Dunia di Prusz- kow, Poland awal pagi semalam.
Seramai 28 pelumba menyertai acara akhir tersebut dan Rizal berjaya melakukan kayuhan penuh bertenaga untuk menduduki tempat ketiga selepas mencatat masa 1 minit dan 01.658 saat.
Acara tersebut dimenangi pelumba Jerman, Stefan Nimke yang mencatat masa 1:00.666s diikuti pelumba Amerika Syarikat, Taylor Phinney (1:01.611s).
Mengulas kejayaannya itu, Rizal berkata, dia cukup gembira kerana dapat menyumbang pingat buat negara.
"Saya tidak jangka dapat meraih pingat gangsa dalam acara ini. Saya hanya turun beraksi dengan misi mencatat masa terbaik.
"Apa sekalipun saya hadiahkan kejayaan ini kepada ibu saya," jelas Rizal yang cukup terharu dengan kejayaannya itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, kejayaan yang dilakar Rizal merupakan sesuatu yang cukup membanggakan.
"Syukur alhamdulillah... ini pertama kali dalam sejarah, Malaysia berjaya memenangi pingat pada Kejohanan Basikal Trek Dunia.
"Ia juga menandakan permulaan bagi kita menjelang Sukan Olimpik 2012. Saya berharap perkembangannya akan bermula pada kejohanan ini," kata Naim semalam.
Rabu lalu, trio negara, Rizal, Azizulhasni Awang dan Josiah Ng berjaya menduduki tempat keenam dalam acara pecut berpasukan, sekali gus muncul pasukan terbaik Asia.
Namun, kecemerlangan itu gagal diteruskan dalam acara keirin individu kelmarin apabila Azizulhasni dan Josiah gagal melayakkan diri dalam kelompok enam pelumba terbaik.
Josiah menduduki tempat ke-10 manakala Azizul- hasni ketinggalan satu anak tangga di belakang rakan senegaranya itu.
Bagaimanapun, Azizulhasni masih berpeluang menebus kekecewaannya itu apabila beraksi dalam acara pecut individu awal pagi ini.
Baru bc internet td. Zizul dpt masuk semi sprint. Final awal pagi esok. Semi finalist: 2 french, 1 australia, zizul malaysia. Huhh!!! Bangga siot. Rugi lak x tgk td. Ulangan xde lak tu