CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Itsmylife

Nabi Muhammad SAW Tidak Tahu Membaca

 Close [Copy link]
Post time 30-8-2006 05:22 PM | Show all posts
skrg ada 3:

1. ibu segala ilmu
2. golongan tertentu
3. tidak tahu membaca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 30-8-2006 05:22 PM
skrg ada 3:

1. ibu segala ilmu
2. golongan tertentu
3. tidak tahu membaca



apa maksud awak kepada 3 perkara tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 29-8-2006 12:57 PM
Jukebox,

berkenaan dengan hadith menyatakan nabi menulis surat tu, setahu aku, bukan dia tang tulis.  dia suruh sahabat lain tulis.  satu lagi hadith semasa perjanjian hudaibiyah.  rasulullah s.a.w. bercakap dan yang menulis ialah saidina ali r.a.  kemudian apabila saidina ali menulis Rasul Allah maka pihak kafir quraish bangkang dan minta dibuang perjkataan rasul Allah.  Saidina ali kata dia tak boleh buang dan tak mahu.  lalu rasulullah bertanya kepada s. ali di mana bahagian Rasul Allah tu.  dan setelah s ali tunjuk, rasullullah sendiri yang potong perkataan tersebut.  rujukan hadith boleh cari dalam mana-mana sirah muhammad.  aku yakin ada hadith tersebut dlm semua edisi.



Betul pasal perjanjian Hudaibaiyah tu, saya memang tak kata Rasulullah boleh atau tidak boleh membaca dan menulis. Cuma nyatakan kalau dibaca hadis2 seperti diatas menggambarkan bahawa dia boleh menulis itu sahaja.

Sudah jelas memang Rasulullah buta huruf
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 10:22 PM | Show all posts
salam

jadi adakah ADA PERBEZAAN
antara tahu menulis, membaca dan mem...
dan TAHU MENYAMPAIKAN????

ADA BEZAKAH????????????
Reply

Use magic Report

Itsmylife This user has been deleted
 Author| Post time 2-9-2006 10:47 PM | Show all posts
Terima Kasih semua dengan penjelasan yang diberikan. Marilah kita teruskan perbincangan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 11:22 PM | Show all posts

Nabi Muhammad Ummiy........

Salam.............

Pada awal remaja Khadijah melantik Muhammad(SAW) sebagai Ketua perdagangan, pergi berniaga sehingga keSham.  Dia pandai tak kira mengira dalam hal perniagaan?  Kalu kena mengira, kira-mengira tu tak direkodkan ke untuk di maklumkan kepada majikan(Siti Khadijah RA)?Minta pencerahan..........
ALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2006 11:35 PM | Show all posts
Tangisan Seorang Rasul


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkansalam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mataDan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang tidaktertahankan lagi.?a Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut inikepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dandadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendakmembisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 04:12 PM | Show all posts
salam

NABI PERNAH BERPESAN:
NANTI KAMU AKAN DAPAT BERSAMA DENGAN SIAPA YANG KAMU CINTAI

dan adakah kita menyintainya cam tuuuuu aja
adakah kita PATUH kepada PESANAN dan PERINGATAN dariNYA
atau kita hanya AMBIL SEBAHAGIAN dan BUANG SEBAHAGIAN??????
dan masihkah termasuk dalam UMATNYA
dan diTERIMANYA kelak??????
HANYA DIA YANG MENGETAHUI SEBENAR BENARNYA
DAN DIA ADALAH KEKASIHNYA
DAN HAMBANYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 30-8-2006 06:17 PM
apa maksud awak kepada 3 perkara tersebut

bagi saya semua betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 2-9-2006 11:22 PM
Salam.............

Pada awal remaja Khadijah melantik Muhammad(SAW) sebagai Ketua perdagangan, pergi berniaga sehingga keSham.  Dia pandai tak kira mengira dalam hal perniagaan?  Kalu kena mengi ...


dengan nama Allah...
ibu saya tak pernah bersekolah...

tapi alhamdulillah kira mengira dia tahu...
pegi kedai insyaAllah tak de lah kena tipu...

dia kenal huruf a b c...

tapi sampai sekarang dia tak pandai membaca...

syukur dia begitu pentingkan pendidikan utk saya walaupun dia sendiri tak pernah berpeluang ke sekolah...
maklumlah org dulu2... pompuan dok dapur je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 03:06 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 4-9-2006 04:51 PM

bagi saya semua betul


Dengan mengandaikan semuanya betul, ini sendiri sudah menunjukkan konsep yg salah.

Mana logiknya semua betul.  Samada 1 atau 2 atau 3 yg betul, tidak boleh ketiga2 betul.  Tuhan pilih sesuatu ayat yg akan membawa maksud yg spesifik.  Spesifik means satu, bukannya dua, tiga atau lebih.  The question is, apakah sandaran yg digunakan untuk menentukan yg mana satu betul?  Ini bukan pilihan berdasarkan yg mana sedap dihati itu yg menjadi pilihan.  

Semata2 untuk menunjukkan Al Qur'an itu mukjizat terbesar, dikatakan Nabi itu Buta Huruf?  Disebabkan Nabi tidak boleh menulis, maka al Qur'an itu tidak mungkin ditulis oleh Nabi sendiri?

Tanya mak Kyas, since dia kata maknya tidak tahu menulis, ada pernah dak mak dia mintak anak2 dia tolong karangkan surat atau buat list barang2 yg nak dibeli kat pasar?  Bila orang lain yg menerima surat atau list tersebut, pada mereka isi kandungan tersebut datangnya dari mak kyas, bukannya mereka2 yg menulis surat/list tersebut.

Dalam kata lain, isunya adalah, walaupun anda buta huruf, anda masih boleh menghasilkan satu bentuk penulisan.  Cuma jika anda tidak buta huruf, proses penulisan ini akan lebih mudah.  Jacky Chan sampai sekarang tak reti baca script, but yet dia direct number of movies.  Bila bab nak menulis, dia simply minta orang lain tuliskan untuk dia.  At the end, the whole script siap.

So sandaran yg mengatakan since Nabi buta huruf, maka al Qur'an tidak mungkin ditulis oleh beliau tidak menampakkan sebarang rasional.

Instead, penggunaan ummy didlm al Qur'an selalu digunakan dgn perbandingan golongan yg telah diberi penerangan/kitab.  Ini adalah apa yg saya katakan, al Qur'an itu bertindak sebagai kamusnya/penafsirnya sendiri.  Kita kena tengok konteks keseluruhan ayat tersebut untuk melihat penjelasan yg diberi oleh Pencipta kita terhadap sesuatu isu.  

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:57 AM | Show all posts
Kedudukan nabi yang ummi yakni tidak tahu tulis dan membaca buku adalah satu kemuliaan kepadanya dan ketinggian untuk dirinya, bukan merupakan kelemahan. Tujuan Allah swt menjadikan nabi SAW buta huruf adalah supaya manusia berfikir menggunakan akal yang waras yaitu:

1. Nabi SAW tidak pernah membaca kitab-kitab terdahulu seperti injil dan taurat, jadi orang kafir quraish tidak pernah mempertikaikan dengan menuduh nabi meniru kitab-kitab terdahulu, sebab mereka tahu nabi memang diketahui umum baginda sememangnya tidak tahu menulis dan membaca.

2. Nabi tidak tahu menulis dan membaca buku, jadi macammana dia dapat mengajar satu kitab baru yaitu Al-Quran?, pastinya al-quran itu datang dari wahyu.

dan lain-lain.

orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang  mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka . Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya , mereka itulah orang-orang yang beruntung.(Al-A'raaf:157)
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 5-9-2006 03:06 AM
Tanya mak Kyas, since dia kata maknya tidak tahu menulis, ada pernah dak mak dia mintak anak2 dia tolong karangkan surat atau buat list barang2 yg nak dibeli kat pasar?  Bila orang lain yg menerima surat atau list tersebut, pada mereka isi kandungan tersebut datangnya dari mak kyas, bukannya mereka2 yg menulis surat/list tersebut.


ada m5...

semasa saya masih kecil dia selalu suruh tulis nama dia pada sampul surat...
rupanya dia nak masukkan duit dlm sampul utk sumbangan kenduri kahwin...
utk yg kenal biasa-biasa je selalu dia bagi RM5...
utk saudara dekat dia akan bagi lebih sikit...
dgn meletakkan nama di sampul  tuan rumah tahulah wang itu dari mak saya...
jadi benarlah, mmg tuan rumah mengira sampul itu dari mak saya...

tapi kalau sesiapa tanya saya, even kalau tuan rumah itu tanya
sama ada mak saya tahu membaca dan menulis...

jawapannya, mak saya mmg tak tahu menulis dan membaca...
tapi kalau mengira, insyaAllah buleh.

poin saya ialah... walaupun seseorang itu buta huruf ini tak bermakna dia tak tahu mengira.

[ Last edited by  kyas at 5-9-2006 01:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 5-9-2006 03:06 AM
Mana logiknya semua betul.  Samada 1 atau 2 atau 3 yg betul, tidak boleh ketiga2 betul.  Tuhan pilih sesuatu ayat yg akan membawa maksud yg spesifik.  Spesifik means satu, bukannya dua, tiga atau lebih.  The question is, apakah sandaran yg digunakan untuk menentukan yg mana satu betul?  Ini bukan pilihan berdasarkan yg mana sedap dihati itu yg menjadi pilihan.


itu terserah pada saya... saya yang akan menjawab nanti di akhirat... mungkin saya silap tanpa saya sedari... tapi insyaAllah dgn akal kurniaan Tuhan inilah keputusan itu saya buat setakat hari ini... esok belum tentu lagi... mudah-mudahan Allah bagi petunjuk.

bagi saya mmg benar nabi itu buta huruf dan dia juga termasuk dlm 'golongan' tertentu itu malah baginda lah sumber rujukan masyarakat islam jadi tak salah kalau diumpamakan ibu segala ilmu.

seperti perkataan 'solawat'.

bagi yg tak mahukan hadith ia bermaksud 'puji-pujian' sahaja tidak kira dlm ayat mana sekalipun... bagi yg menerima hadith, dlm ayat2 tertentu ia buleh bermaksud 'puji-pujian', tapi dlm ayat yang lain ia adalah kata jamak utk 'solat'.

[ Last edited by  kyas at 5-9-2006 11:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 03:41 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 5-9-2006 10:41 AM


ada m5...
<snip>
dgn meletakkan nama di sampul  tuan rumah tahulah wang itu dari mak saya...
jadi benarlah, mmg tuan rumah mengira sampul itu dari mak saya...


Dalam ertikata lain, messagenya tetap sampai kepada sipenerima walaupun emak Kyas tidak sendiri menulis ayat tersebut.  Ini juga membawa maksud, istimewanya kertas yg Kyas beri pada tuan rumah kenduri bukanlah terletak kpd kebolehan emak Kyas boleh menulis atau membaca.  Mak Kyas masih mampu untuk mengarang pesanan didlm kertas tersebut cuma pesanan/message itu ditulis oleh Kyas.

Jadi andaian yg mengatakan, bilamana Nabi itu Buta Huruf maka Nabi tidak dapat mengarang Kitab dan juga disebabkan Nabi tidak tahu membaca, maka Nabi tidak boleh menciplak dari sumber Kitab yg terdahulu adalah satu bentuk fallacy, tanpa sebarang deductive reasoning.

Tidak perlu kepada buta huruf, malah kalau buta sekali pun dan ditambah juga dgn buta huruf, kalau nak mengarang novel pun sebenarnya masih boleh.  Just get someone yg boleh menaip, then keluarkan semua idea2 yg terbuku didlm otak.  On the same note, kalau nak ciplak pun, just suruh kawan bacakan novel yg org lain tulis, and at later stage minta orang lain masukkan kedalam novel baru.

Mukjizat al Qur'an bukan terletak kepada penerima wahyu, samada Nabi boleh membaca atau tidak.  Mukjizat al Qur'an adalah kandungan pesanan/guidance yg dibawa dari ayat2 al Qur'an itu sendiri.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 6-9-2006 03:41 AM


Dalam ertikata lain, messagenya tetap sampai kepada sipenerima walaupun emak Kyas tidak sendiri menulis ayat tersebut.  Ini juga membawa maksud, istimewanya kertas yg Kyas beri pada tuan rumah  ...


Kesimpulan dari sini ialah M5 mengatakan bahawa jika seseorang tidak tahu menulis masih boleh mengarang, yakni dia menyebut kemudian seorang lagi menulis apa yang diucapkannya.

Dan yang kedua seseorang yang tak tahu menulis dan membaca masih boleh mengira, bahkan orang bua yang tak pernah sekolah pun kebiasaannya tahu mengira, ilmu mengira ini adalah ilmu fitrah yang ada dalam setiap manusia secara automatik. Contoh kanak-kanak, jika diberi satu gula-gula, dia simpan dalam poket, kemudian minta satu lagi supaya dapat 2.

Perkara yang benar ialah Nabi muhammad tidak tahu menulis dan membaca tulisan, tetapi Al-Quran diturunkan kepada beliau dalam bentuk wahyu yang dibawa oleh malaikat Jibrail dari Allah swt. Kemudian wahyu ini terus lekat dalam ingatan Rasulullah secara lengkap, kemudian dia mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya samada secara hafalan, atau ditulis oleh sahabat yang pandai menulis, ianya kekal sehingga ke hari ini dalam keadaan lengkap.

Bagaimanapun terdapat kemuskilan disini, adakah M5 mengatakan bahawa Al-Quran itu karangan nabi Muhammad dan bukan datang dari Tuhan semesta alam????... ..minta penjelasan M5...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2006 10:49 AM | Show all posts

AL-FURQAN 25:4-6

YUSUFALI: But the misbelievers say: "Naught is this but a lie which he has forged, and others have helped him at it." In truth it is they who have put forward an iniquity and a falsehood. And they say: "Tales of the ancients, which he has caused to be written: and they are dictated before him morning and evening." Say: "The (Qur'an) was sent down by Him who knows the mystery (that is) in the heavens and the earth: verily He is Oft-Forgiving, Most Merciful."

PICKTHAL: Those who disbelieve say: This is naught but a lie that he hath invented, and other folk have helped him with it, so that they have produced a slander and a lie. And they say: Fables of the men of old which he hath had written down so that they are dictated to him morn and evening. Say (unto them, O Muhammad): He who knoweth the secret of the heavens and the earth hath revealed it. Lo! He ever is Forgiving, Merciful.

SHAKIR: And those who disbelieve say: This is nothing but a lie which he has forged, and other people have helped him at it; so indeed they have done injustice and (uttered) a falsehood. And they say: The stories of the ancients-- he has got them written-- so these are read out to him morning and evening. Say: He has revealed it Who knows the secret in the heavens and the earth; surely He is ever Forgiving, Merciful.

INDONESIA: Dan orang-orang kafir berkata: "Al Qur'an ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan oleh Muhammad, dan dia dibantu oleh kaum yang lain"; maka sesungguhnya mereka telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar. Dan mereka berkata: "Dongengan-dongengan orang-orang dahulu, dimintanya supaya dituliskan, maka dibacakanlah dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang." Katakanlah: "Al Qur'an itu diturunkan oleh (Allah) yang mengetahui rahasia di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 30-8-2006 03:40 PM
Petikan :
" Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya.Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu k ...




Mukjizat RAsul Allah....
Reply

Use magic Report

yada_yada This user has been deleted
Post time 6-9-2006 03:50 PM | Show all posts
Tolong betulkan saya kalau tersilap...

Bukan ke rasul pernah jadi pencatit inventory kat mekah masa baginda kecik-kecik dulu...

+ aku pernah dengar..
yang time jibril cakap kat rasul.. Iqra' berkali kali.. dia disuruh mem"baca" keadaan masyarakat jahiliah pada ketika itu.

aku just nak bagi tau aper yang aku pernah dengar.. kalau salah.. tolong padam ek.. tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 04:12 PM | Show all posts
Salam Sejahtera kuman.

Originally posted by kuman at 6-9-2006 08:34 AM

Kesimpulan dari sini ialah M5 mengatakan bahawa jika seseorang tidak tahu menulis masih boleh mengarang, yakni dia menyebut kemudian seorang lagi menulis apa yang diucapkannya.


Ya, kesimpulan yg saya buat diatas boleh dilihat logiknya dengan memerhati contoh yg ada disekeliling anda.


Originally posted by kuman
Dan yang kedua seseorang yang tak tahu menulis dan membaca masih boleh mengira, bahkan orang bua yang tak pernah sekolah pun kebiasaannya tahu mengira, ilmu mengira ini adalah ilmu fitrah yang ada dalam setiap manusia secara automatik. Contoh kanak-kanak, jika diberi satu gula-gula, dia simpan dalam poket, kemudian minta satu lagi supaya dapat 2.


Saya tidak menyentuh isu ini dan jauh sekali membuat kesimpulan sebegini.  Cuba perhatikan kembali respon saya sebelum ini. Samada Nabi boleh mengira atau tidak, dan kaitannya dgn mukjizat al Qur'an adalah 2 perkara yg tidak ada kena mengena.

Originally posted by kuman
Perkara yang benar ialah Nabi muhammad tidak tahu menulis dan membaca tulisan, **tetapi Al-Quran diturunkan kepada beliau dalam bentuk wahyu yang dibawa oleh malaikat Jibrail dari Allah swt. Kemudian wahyu ini terus lekat dalam ingatan Rasulullah secara lengkap, kemudian dia mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya samada secara hafalan, atau ditulis oleh sahabat yang pandai menulis, ianya kekal sehingga ke hari ini dalam keadaan lengkap.


Memperkatakan sesuatu itu benar tanpa sokongan yg rasional tidak patut dijadikan sebagai sandaran.  Anda memperkatakan sesuatu seolah2 anda begitu pasti dgn melihat dengan mata kepala anda sendiri yg Nabi Muhammad itu benar2 buta huruf.

Originally posted by kuman
Bagaimanapun terdapat kemuskilan disini, adakah M5 mengatakan bahawa Al-Quran itu karangan nabi Muhammad dan bukan datang dari Tuhan semesta alam????... ..minta penjelasan M5...


Kalau saya percaya al Qur'an itu karangan Nabi Muhammad, tidak lah saya berpegang kpd al Qur'an semata2.  Kenapa pula saya tidak mengambil Koleksi Hadith2 Nabi sebagai pegangan hidup saya?.

Al Qur'an, seperti juga Kitab2 yg terdahulu adalah petunjuk yg diberi kepada manusia as part of the plan Pencipta kita.  Penerangan2 ini diberi kpd manusia sejagat melalui kaedah "penulisan".  Disini perlu ada orang pertengahan yg diberi tugas sebagai messenger untuk menzahirkan penerangan2 Tuhan didlm bentuk tulisan.  Nabi2 terdahulu dan juga Nabi Muhammad TIDAK perlukan statusi "buta huruf" semata2 untuk menunjukkan mukjizat kandungan Kitab yg diturunkan kpd manusia.

Cuma sampai kat era Nabi Muhammad sahaja, Arab mengatakan Nabi itu buta huruf dgn merujuk ayat2 yg jelas tersasar jauh dari konteks pesanan, yg dibuat semata2 untuk menunjukkan mukjizatnya al Qur'an.

Apa yg saudara percaya ttg kitab penurunan Kitab al Qur'an dgn apa yg saya percaya tidak jauh bezanya. Rujuk kembali post saudar yg saya tandakan dgn ** diatas.  Cuma part yg kata Nabi Muhamad itu "ummi/buta huruf" dgn merujuk ayat2 al Qur'an adalah pemahaman yg terhasil tanpa melihat konteks sebenar ayat al Qur'an.

Diharap ini dapat membantu

Salam Sejahtera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.239534 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list