CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bundle

Tok Jangut- Pejuang Islam dan Tanah air (merged: zueusoff)

[Copy link]
Post time 30-9-2006 12:09 AM | Show all posts
dulu masa skolah rendah suka baca satu buku kisah kehidupan Tok janggut. Mana lah bukunya. Tapi dlm buku tu yg sherrina paling ingat smpi la ni ialah petua2 untuk kesihatan yg baik, panjang umur. Antaranya ialah tok janggut amalkan tidur atas tikar mengkuang, mandi air sejuk diwaktu pagi (org la ni pagi2 mandi hot shower) dan yg lain saya tak ingat. 2 perkara tu plg sy ingat. Smpi penah dulu masa kecik2 siap tido atas tikar mengkuang lagi kunun2 nak panjang umur mcm Tok Janggut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2006 12:32 PM | Show all posts
Mari kita royat kelate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 09:06 PM | Show all posts
cut n paste dari olahan Ahmad Sayuthi
Haji Mat Hassan bin Panglima Munah atau Tuk Janggut, pemimpin pemberontakan di Pasir Puteh, Kelantan pada 1915 adalah mungkin tokoh yang sangat terkemuka dari negeri berkenaan di sepanjang awal jangka masa peng-libatan British di sini.

Sementara beliau sekarang diakui oleh ahli-ahli sejarah dan intelektual selepas kemerdekaan sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan satu alasan yang adil menentang British, banyak orang, termasuk orang tempatan tidak sedar tentang keadaan malang yang menimpanya dan pengikut-pengikutnya.

Adalah mungkin juga menjadi satu misteri kepada banyak orang seperti kenapa kuburnya berada di Pasir Pekan dalam daerah Tumpat, yang kira-kira 50 km jauhnya dari tempat di mana dia menemui ajalnya dalam satu pertempuran menentang British.

Tidak seperti kebangkitan Datuk Maharaja Lela di Perak dan Datuk Bahaman serta Mat Kilau di Pahang yang mendapat sokongan sultan mereka masing-masing, sokongan itu tidak sama untuk Tuk Janggut.

Beliau sebenarnya dicap sebagai seorang penderhaka (seseorang yang melakuan peng-khianatan terhadap raja) oleh raja kelantan, Tuan Long Senik Mulut Merah yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad IV.

Raja itu begitu marah dengan kebangkitan itu dan tubuh Tuk Janggut yang dibawa ke Kota Bharu telah diarak sekeliling bandar dan kemudian dibiarkan tergantung kepala ke bawah di hadapan istananya (sekarang Padang Merdeka) selama beberapa hari.

Kejadian itu sebenarnya satu kesudahan yang menyedihan bagi Tuk Janggut, yang merupakan orang yang ketiga dalam keluarganya menemui ajal secara kejam. Adik bongsunya bernama Tahir dan ayahnya juga dibunuh di sepanjang masa Tuk Janggut pergi menunaikan haji ke Mekkah sebelum kekacauan yang membawa kepada pemberontakan itu.

Seperti banyak peristiwa sejarah yang lain, pemberontakan Tuk Janggut bermula secara cukup mudahnya. Dikatakan bahawa pemberontakan itu berpusat di sekitar cukai yang terlalu tinggi ke atas tanah dan hasil pertanian yang dikuatkuasakan oleh pejabat jajahan Pasir Puteh.

Kelantan pada dahulunya sebuah negeri tributary kerajaan Siam sehinggalah 1909 apabila ketuanan didapati oleh British hasil daripada satu perjanjian di antara dua bangsa itu.

Bagaimanapun, mengikut ahli sejarah, Haji Buyong Adil, Tuk Janggut dan pengikutnya meskipun tidak puas hati, pada mulanya sedia untuk membayar cukai itu. Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengabaikan kesudian rakyat yang telah pergi untuk membayar cukai itu. Dengan hanya seorang petugas yang ditugaskan untuk memungut cukai itu, orang kampung telah menunggu selama tiga hari untuk membuat pembayaran.

Jemu dengan keadaan ini, Tuk Janggut memutuskan untuk tidak membayar cukai. Beliau juga pergi ke seluruh jajahan itu meminta rakyat jangan berbuat demikian. Mereka juga tidak senang dengan kehadiran orang asing di Kelantan dan sudah bersetuju dengan permintaan Tuk Janggut.

Pegawai jajahan, yang marah oleh kemerosotan pembayaran itu telah memerintahkan penangkapan Tuk Janggut atas dakwaan menghasut rakyat memberontak. Pada ketika itu, tindakan-tindakan Tuk Janggut dan pengikut-pengikutnya adalah lebih merupakan satu protes, bukannya satu pemberontakan.

Ketika menerima maklumat tentang tempat Tuk Janggut berada, 6 anggota polis yang diketuai oleh sarjan Sulaiman telah bergerak di Kampung Merbul, 3 km dari bandar. Mereka tidak boleh berbuat demikian pada masa yang tidak sesuai kerana Tuk Janggut sedang berucap di depan khalayak kira-kira 1,000 orang kampung, kebanyak-annya bersenjata, apabila polis tiba.

Meskipun mempunyai kekuatan pada masa itu, Tuk Janggut setuju untuk mengiringi polis itu ke pejabat jajahan untuk menjelaskan tentang tindakannya. Bagaimanapun, satu perbantahan telah berlaku di antara beliau dengan sarjan Sulaiman yang menyebabkan Tuk Janggut dan pengikutnya menjangkau satu titik tidak pulang. Tuk Janggut menegaskan bahawa polis berjalan seiringan atau di depannya, bukannya di belakangnya, seolah-olah mengawalnya daripada mela-rikan diri.

Tuk Janggut menikam mati sarjan Sulaiman dengan kerisnya apabila sarjan Sulaiman menolak permintaannya. Disebabkan ketakutan, anggota polis yang lain menyerah diri. Mereka kemudiannya dilepaskan, tetapi bukan bersama senjata.

Itulah permulaan pemberontakan. Pemberontak tahu apa yang mereka perolehi dan memutuskan untuk mengambil inisiatif sebelum British membalas. Mereka bergerak ke Pasir Puteh dan menawan bandar itu. Pegawai-pegawai British di sana telah membuat satu pelarian yang tergesa-gesa (a hasty exit) dengan bot ke Kota Bharu apabila mereka tahu tentang bilangan pengikut Tuk Janggut.

Pemberontak kemudian menubuhkan pentadbiran mereka sendiri dengan Tuk Janggut sebagai ketua menteri jajahan itu. Mereka berkata mereka tidak menentang sultan dan cuba mene-rangkan kepada sultan alasan atas tindakan mereka itu.

Bagaimanapun, sultan berasa terancam oleh peristiwa itu dan memutuskan bahawa Tuk Janggut telah melampaui kedudukannya. Sultan juga mengisytiharkan bahawa Tuk Janggut telah menderhaka, yakni satu jenayah utama dalam masyarakat Melayu feudal dan ditawarkan ganjaran $5,000 untuk penangkapannya.

Sultan kemudian meminta British, yang menghantar satu kapal perang dan pasukan tentera dari Singapura, untuk menawan semula bandar itu.

Dicap sebagai orang buangan (outcast) dan tidak ada tempat lagi untuk berpaut, pemberontak itu yang sekarang terasing daripada masyarakat Kelantan sedar yang mereka berdepan dengan musibah-musibah daripada tindakan mereka.

Bagaimanapun mereka cukup bijak untuk mengakui langkah-langkah mereka dan tidak berdepan dengan pasukan British yang mempunyai kelengkapan itu. Sebaliknya, pemberontak keluar dari bandar dan bersembunyi. Selepas satu minggu, tentera British kembali ke Singapura apabila mereka tidak menjumpai pemberontak.

Sultan sekali lagi meminta British menolong apabila dia tahu bahawa Tuk Janggut merancang untuk mengambil alih semula bandar itu. Pada masa ini Bri-tish mengirim tentera Sikh dan Melayu yang membakar rumah-rumah penduduk kampung dalam keadaan apabila mereka tidak dapat menemui pemberontak.

Tuk Janggut memutuskan untuk membalas dendam dan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Bagaimanapun bandar itu telah dipertahankan dengan baik dan pemberontak terpaksa berundur ke Kampung Saring, dengan tentera British memburu ganas.

Satu pertempuran sengit berlaku di mana beratus-ratus, kebanyakannya pemberontak syahid. Yang syahid itu termasuk Tuk Janggut, di mana tubuhnya dibawa dalam kereta lembu ke Kota Bharu; satu perjalanan yang mengambil masa beberapa hari.

Seseorang hanya boleh menggambarkan keadaan tubuh Tuk Janggut sebelum beliau dikebumikan kemudiannya. Tempat itu yang hanya menyeberangi Sungai Kelantan, dipilih.

Pada hari ini, jalan sempit menuju ke makam (mausoleum) itu dan juga mukim itu dinamakan sempena nama Tuk Janggut. Bagaimanapun, makam itu menunjukkan tanda-tanda pengabaian. Peri-ngatan di tepi kuburnya juga tidak cukup dan gagal menerangkan kepada pelawat tentang pahlawan yang disusun oleh satu rantaian peristiwa hingga akhirnya yang mengetuai satu pemberontakan.

bundle cerita nie mungkin mengikut versi yang didakwa telah diubah, kerana ada setengah pihak mengatakan tok janggut tidak mati dibunuh oleh orang british... tapi campur tangan pihak istana  adalah penyebab cerita.. kerana ketamakan seorang pemimpin satu ketika dulu.. negeri tergadai ketangan orang asing.. sedangkan  pembela negara dianggap pembelot... putaran ini terus berlaku sehingga sekarang (may be)
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:18 AM | Show all posts
bercerita pasal tok janggut nie

beberapa tahun yg lalu aku diperkenalkan dgn sesorang yg kononnya TOK JANGGUT....
orgnyer mmg dah tua sgt... sgt pendiam....tapi tahulah betul ke tidak.... wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 11:44 AM | Show all posts
Dengar cerita Tan Sri Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara pernah buat pengakuan bahawa beliau adalah CUCU Tok Janggut (Hj Mat Hassan bin Munas) yang telah melarikan diri ke Negeri Sembilan.

Kalu sape2 ada info tolong paste kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by rammad25 at 10-10-2006 11:18 AM
bercerita pasal tok janggut nie

beberapa tahun yg lalu aku diperkenalkan dgn sesorang yg kononnya TOK JANGGUT....
orgnyer mmg dah tua sgt... sgt pendiam....tapi tahulah betul ke tidak.... walla ...


wah.. ko jumpa dekat mane tu rammad..
Reply

Use magic Report

Follow Us
terang This user has been deleted
Post time 2-11-2006 06:24 PM | Show all posts
sekarang ni ramai yang mengaku orang dulu2.... seperti mat kilau, datuk bahaman, puteri gunung ledang dan ramai lagi so berhati2lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 12:04 PM | Show all posts
hehehe.. betul gak tu... tu ada yang mengaku dia sultan melaka... huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2006 12:05 PM | Show all posts
hehehe.. betul gak tu... tu ada yang mengaku dia sultan melaka... huhuhu

sori2 terpost benda sama... yang sebetulnya kalau kat sini ada cucu atau anak tok janggut dan pernah berjumpa dengan beliau...
kan bagus... boleh berkongsi cerita tentang pahlawan nie... sebab banyak sejarah tok janggut nie diputar belitkan

[ Last edited by  bundle at 4-11-2006 12:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 11:30 PM | Show all posts
Sakit hati tengok gambor syahid Tuk Janggut tuh...
Jahat sungguh Pengganas Inggeris nih... memang lebih dari jahat!!!

Ader ker kata pejuang kiter pengkhianat, riot...
Mendidih sungguh darah merahku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by terang at 2-11-2006 06:24 PM
sekarang ni ramai yang mengaku orang dulu2.... seperti mat kilau, datuk bahaman, puteri gunung ledang dan ramai lagi so berhati2lah.



aku pong nak ngaku gak arh ... aku ler dulu dulu punya keturunan julius caesar :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by sya_sugar_sugar at 4-11-2006 11:30 PM
Sakit hati tengok gambor syahid Tuk Janggut tuh...
Jahat sungguh Pengganas Inggeris nih... memang lebih dari jahat!!!

Ader ker kata pejuang kiter pengkhianat, riot...
Mendidih sungguh darah me ...



biase laa tuhh european barbarian ....

diorang invade african country ... pastuh tangkap orang ntuk dijual sebagai slaves ...

pastuh bile orang afrika lawan balik diorang cakap org org afrika tuhh yg pengganas n pemberontak

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 02:28 PM | Show all posts
huhh duk citer pasal Tok Janggut ye.... jaga2 nanti marah lak orang tua tu. Dengar kata nak mengadap Raja tapi tak tau bila... ???
Reply

Use magic Report

terang This user has been deleted
Post time 6-11-2006 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by nice_72 at 5-11-2006 02:28 PM
huhh duk citer pasal Tok Janggut ye.... jaga2 nanti marah lak orang tua tu. Dengar kata nak mengadap Raja tapi tak tau bila... ???

sapa yang awak maksudkan tok jangut tu.........kiasan sungguh bahasa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2006 02:17 AM | Show all posts
Originally posted by nice_72 at 5-11-2006 02:28 PM
huhh duk citer pasal Tok Janggut ye.... jaga2 nanti marah lak orang tua tu. Dengar kata nak mengadap Raja tapi tak tau bila... ???



adus nie balagha(kiasan) ker hapa nie...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 11:55 AM | Show all posts
Jejak: Tok Janggut tokoh terbilang
Oleh Nasron Sira Rahim


PROFIL

HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan 慾ihad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 12:33 PM | Show all posts

BETUL KAH ???? Tuk Janggut Dituduhi Sultan Sendiri

Tuk Janggut Dituduhi Sultan Sendiri

Haji Mat Hassan bin Panglima Munah atau Tuk Janggut, pemimpin pemberontakan di Pasir Puteh, Kelantan pada 1915 adalah mungkin tokoh yang sangat terkemuka dari negeri berkenaan di sepanjang awal jangka masa peng-libatan British di sini.
Sementara beliau sekarang diakui oleh ahli-ahli sejarah dan intelektual selepas kemerdekaan sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan satu alasan yang adil menentang British, banyak orang, termasuk orang tempatan tidak sedar tentang keadaan malang yang menimpanya dan pengikut-pengikutnya.

Adalah mungkin juga menjadi satu misteri kepada banyak orang seperti kenapa kuburnya berada di Pasir Pekan dalam daerah Tumpat, yang kira-kira 50 km jauhnya dari tempat di mana dia menemui ajalnya dalam satu pertempuran menentang British.

Tidak seperti kebangkitan Datuk Maharaja Lela di Perak dan Datuk Bahaman serta Mat Kilau di Pahang yang mendapat sokongan sultan mereka masing-masing, sokongan itu tidak sama untuk Tuk Janggut.

Beliau sebenarnya dicap sebagai seorang penderhaka (seseorang yang melakuan pengkhianatan terhadap raja) oleh raja kelantan, Tuan Long Senik Mulut Merah yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad IV.

Raja itu begitu marah dengan kebangkitan itu dan tubuh Tuk Janggut yang dibawa ke Kota Bharu telah diarak sekeliling bandar dan kemudian dibiarkan tergantung kepala ke bawah di hadapan istananya (sekarang Padang Merdeka) selama beberapa hari.

Kejadian itu sebenarnya satu kesudahan yang menyedihan bagi Tuk Janggut, yang merupakan orang yang ketiga dalam keluarganya menemui ajal secara kejam. Adik bongsunya bernama Tahir dan ayahnya juga dibunuh di sepanjang masa Tuk Janggut pergi menunaikan haji ke Mekkah sebelum kekacauan yang membawa kepada pemberontakan itu.
Seperti banyak peristiwa sejarah yang lain, pemberontakan Tuk Janggut bermula secara cukup mudahnya. Dikatakan bahawa pemberontakan itu berpusat di sekitar cukai yang terlalu tinggi ke atas tanah dan hasil pertanian yang dikuatkuasakan oleh pejabat jajahan Pasir Puteh.

Kelantan pada dahulunya sebuah negeri tributary kerajaan Siam sehinggalah 1909 apabila ketuanan didapati oleh British hasil daripada satu perjanjian di antara dua bangsa itu.

Bagaimanapun, mengikut ahli sejarah, Haji Buyong Adil, Tuk Janggut dan pengikutnya meskipun tidak puas hati, pada mulanya sedia untuk membayar cukai itu. Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengabaikan kesudian rakyat yang telah pergi untuk membayar cukai itu. Dengan hanya seorang petugas yang ditugaskan untuk memungut cukai itu, orang kampung telah menunggu selama tiga hari untuk membuat pembayaran.

Jemu dengan keadaan ini, Tuk Janggut memutuskan untuk tidak membayar cukai. Beliau juga pergi ke seluruh jajahan itu meminta rakyat jangan berbuat demikian. Mereka juga tidak senang dengan kehadiran orang asing di Kelantan dan sudah bersetuju dengan permintaan Tuk Janggut.

Pegawai jajahan, yang marah oleh kemerosotan pembayaran itu telah memerintahkan penangkapan Tuk Janggut atas dakwaan menghasut rakyat memberontak. Pada ketika itu, tindakan-tindakan Tuk Janggut dan pengikut-pengikutnya adalah lebih merupakan satu protes, bukannya satu pemberontakan.

Ketika menerima maklumat tentang tempat Tuk Janggut berada, 6 anggota polis yang diketuai oleh sarjan Sulaiman telah bergerak di Kampung Merbul, 3 km dari bandar. Mereka tidak boleh berbuat demikian pada masa yang tidak sesuai kerana Tuk Janggut sedang berucap di depan khalayak kira-kira 1,000 orang kampung, kebanyak-annya bersenjata, apabila polis tiba.

Meskipun mempunyai kekuatan pada masa itu, Tuk Janggut setuju untuk mengiringi polis itu ke pejabat jajahan untuk menjelaskan tentang tindakannya. Bagaimanapun, satu perbantahan telah berlaku di antara beliau dengan sarjan Sulaiman yang menyebabkan Tuk Janggut dan pengikutnya menjangkau satu titik tidak pulang. Tuk Janggut menegaskan bahawa polis berjalan seiringan atau di depannya, bukannya di belakangnya, seolah-olah mengawalnya daripada mela-rikan diri.
Tuk Janggut menikam mati sarjan Sulaiman dengan kerisnya apabila sarjan Sulaiman menolak permintaannya. Disebabkan ketakutan, anggota polis yang lain menyerah diri. Mereka kemudiannya dilepaskan, tetapi bukan bersama senjata.
Itulah permulaan pemberontakan. Pemberontak tahu apa yang mereka perolehi dan memutuskan untuk mengambil inisiatif sebelum British membalas. Mereka bergerak ke Pasir Puteh dan menawan bandar itu. Pegawai-pegawai British di sana telah membuat satu pelarian yang tergesa-gesa (a hasty exit) dengan bot ke Kota Bharu apabila mereka tahu tentang bilangan pengikut Tuk Janggut.

Pemberontak kemudian menubuhkan pentadbiran mereka sendiri dengan Tuk Janggut sebagai ketua menteri jajahan itu. Mereka berkata mereka tidak menentang sultan dan cuba mene-rangkan kepada sultan alasan atas tindakan mereka itu.
Bagaimanapun, sultan berasa terancam oleh peristiwa itu dan memutuskan bahawa Tuk Janggut telah melampaui kedudukannya. Sultan juga mengisytiharkan bahawa Tuk Janggut telah menderhaka, yakni satu jenayah utama dalam masyarakat Melayu feudal dan ditawarkan ganjaran $5,000 untuk penangkapannya.
Sultan kemudian meminta British, yang menghantar satu kapal perang dan pasukan tentera dari Singapura, untuk menawan semula bandar itu.

Dicap sebagai orang buangan (outcast) dan tidak ada tempat lagi untuk berpaut, pemberontak itu yang sekarang terasing daripada masyarakat Kelantan sedar yang mereka berdepan dengan musibah-musibah daripada tindakan mereka.
Bagaimanapun mereka cukup bijak untuk mengakui langkah-langkah mereka dan tidak berdepan dengan pasukan British yang mempunyai kelengkapan itu. Sebaliknya, pemberontak keluar dari bandar dan bersembunyi. Selepas satu minggu, tentera British kembali ke Singapura apabila mereka tidak menjumpai pemberontak.

Sultan sekali lagi meminta British menolong apabila dia tahu bahawa Tuk Janggut merancang untuk mengambil alih semula bandar itu. Pada masa ini British mengirim tentera Sikh dan Melayu yang membakar rumah-rumah penduduk kampung dalam keadaan apabila mereka tidak dapat menemui pemberontak.

Tuk Janggut memutuskan untuk membalas dendam dan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Bagaimanapun bandar itu telah dipertahankan dengan baik dan pemberontak terpaksa berundur ke Kampung Saring, dengan tentera British memburu ganas.

Satu pertempuran sengit berlaku di mana beratus-ratus, kebanyakannya pemberontak syahid. Yang syahid itu termasuk Tuk Janggut, di mana tubuhnya dibawa dalam kereta lembu ke Kota Bharu; satu perjalanan yang mengambil masa beberapa hari.

Seseorang hanya boleh menggambarkan keadaan tubuh Tuk Janggut sebelum beliau dikebumikan kemudiannya. Tempat itu yang hanya menyeberangi Sungai Kelantan, dipilih.

Pada hari ini, jalan sempit menuju ke makam (mausoleum) itu dan juga mukim itu dinamakan sempena nama Tuk Janggut. Bagaimanapun, makam itu menunjukkan tanda-tanda pengabaian. Peri-ngatan di tepi kuburnya juga tidak cukup dan gagal menerangkan kepada pelawat tentang pahlawan yang disusun oleh satu rantaian peristiwa hingga akhirnya yang mengetuai satu pemberontakan.

New Straits Times
Monday, 28 February 1994

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:58 PM | Show all posts
sini pun ada citer pasal tok janggut;

link: http://forum.cari.com.my/viewthr ... p%3Bfilter%3Ddigest

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 01:23 PM | Show all posts
From traitor to patriot
SAGER AHMAD

When he was killed in a fight with the British, Tok Janggut was labelled a rebel and his body hung upside down for public viewing. Today though, he has been recognised as a freedom fighter, writes SAGER AHMAD
HERE扴 a twist to history. Ninety-two years ago, Merdeka was 揹eclared
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 01:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.297693 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list