CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunga_sakura

[SERAM HOSPITAL]: Pengalaman pesakit/jururawat/doktor

    [Copy link]
Post time 26-7-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara pengalaman aku semasa suka melepak di HSB adalah, dlm pukul 5 am mcm tu.. Aku teman A pi bilik ayaq kat luar.. Hat luar cun bersih.. Hat dlm wad angpa faham la kan... Kami dok tingkat 5..dan masa tu A tu dengar bunyi perempuan menjerit dan baby menangis mcm baru dilahirkan... Dengar betul mcm dekat dgn dia.. Aku diamkan saja la.. Malas nak melayan..

A tanya aku " Sarah dengar tak bayi menangis tadi" muka A dah cuak.. Karang aku ckp wad bersalin kat level 1 pengsan pulak dia.. Aku jawab "dengar".

Fast forward selepas 2 bulan.. Dan aku still di wad jaga mak A..aku terlepas ckp.. Wad bersalin kat 1st floor.. Apa lagi kena soal jawab la aku.. Pasal apa tipu dia ttg suara bayi tu.

Apa pun aku bersyukur la makhluk tak berfaedah tu tunjuk diri masa aku best lepak kat tandas tgg A
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mostly kisah aku tak nampak.. Mungkin sbb aku rabun jauh dan aku x suka pakai spek mata masa dlm wad atau kat rumah kecuali nak berjalan.

Kisahnya mama aku kena 2nd strok 2014 mcm tu.. Jadi aku la tgg mama aku kat wad sbb aku mmg suka tido wad (aku selalu teman arwah tok aku pesakit cancer check in wad) jadi..

Jadi selepas selesai urusan check in wad dan mama aku dah ditolak ke wad 5c.. Aku pun mcm biasa la naik lif pi kat wad.. Pukul 1 am.. Mujur ada adik lelaki temankan. Semua dah settle.. Depa turun beli pampers utk kegunaan mama aku.. Aku pulak.. Dah terlampau letih.. Hampar la kain batik jadikan alas utk tido.

Masa sedap aku dok lali nak tido.. Aku dengar renyuh sungguh mcm ada kecemasan... Aku buka mata sunyi sepi wad... Pejam mata bunyi balik.. Bgn tgk mama aku.. Muka dia mcm ketakutan.. Aku tau dah.. Ni mesti la makhluk x berfaedah memainkan peranan.. Aku baca 3 qul + ayaq qursi dgn niat pagar mama aku.. Dan aku.. Buka mp3 sural Al baqarah.. Letak kat tepi telinga dan aku pun tido dgn jayanya sampai la Dr mai orang sebab nak check jantung mama aku pukul 4 am.

Mostly aku x nampak terang la...Alhamdulillah, Allah jaga aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060473 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list