CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arnabkiut

MARI KENAL AFGHANISTAN

[Copy link]
Post time 29-9-2006 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by gjoy_chester at 29-9-2006 02:48 PM
i think Taliban dari segi penguatkuasaan Islam agak tegas walaupun niat dieorang baik especially treatment dieorang terwanita pompuan..I think Islam pun x setegas seperti yang Taliban buat..Wanita  ...


yang ni la slalu kita dgr.. harap blh dpt maklumat mengenai taliban dari org Islam sendiri.. takkan Taliban xde baiknya lansung kot.. naik gerun aku tgk org Islam dok hina Taliban..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by adala at 29-9-2006 02:52 PM


yang ni la slalu kita dgr.. harap blh dpt maklumat mengenai taliban dari org Islam sendiri.. takkan Taliban xde baiknya lansung kot.. naik gerun aku tgk org Islam dok hina Taliban..


Taliban ni niat dieorang baik untuk wujudkan undang2 Islam yang tegas, cuma certain aspect dieorang agak melampau..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:00 PM | Show all posts
Ape yang aku tahu pasal Taliban

-semua jenis televisyen, muzik, sukan dan lukisan diharamkan.
-lelaki kena simpan jambang @ janggut mengikut panjang yang ditetapkan
-pompuan wajib pakai burqa bile berada di tempat awam
-pompuan xleh keje luar tapi boleh buat bisness dari rumah
-pompuan yang ade anak dilarang langsung untuk bekerja
-kanak2 pompuan x leh g sekolah
-pompuan wajib diiringi lelaki muhrim kalau nak keluar.
-kanak2 lelaki x dibenarkan bermain layang2 ataupun sebarang toys
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:02 PM | Show all posts
Things that were banned in parts of Afghanistan under the Taliban regime:

-Reading of particular books
-Keeping cameras without licence
-Cinema, television, and VCRs (decadent, used for watching pornography, and promoting non-Muslim ideas)
-Internet (though users could log into uncensored internet service providers in Pakistan)
-Music
-Promotion of non-Muslim ideas
-Women without complete body coverings
-Women bathing in public facilities in Kabul
-Women working outside the home (except in health care when kept separate from male workers and patients)
-Women going on picnics or to tourist resorts
-Kite flying (wasted time, Hindu ritual)
-Women being pictured (whether on the printed page or on a frame)
-Women appearing on television or during public performances
-Converting people from Islam (death penalty for Afghan convert, expulsion for foreign national)
-Growing opium poppies
-Photographs, drawings, paintings and statues depicting living human beings
-Forecasting weather (see: Afghanistan Meteorological Authority)
-Although boxing was not banned, Afghan boxers were unable to compete internationally under Taliban rule, because the Taliban banned men from shaving their beards. International boxing rules require contestants to be clean-shaven.
-Women were not permitted to wear see-through socks or shoes, nor to wear shoes that make noise when walking
-Girls going to school
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:04 PM | Show all posts
Practices reported in Taliban-controlled Afghanistan:

-Amputating the hands of thieves.
-Public executions
-Shooting of prostitutes in sport stadiums
-Shooting of murderers by victim's family, in sport stadium
-Hanging or throat cutting of robbers, in sport stadium
-Stoning of adulterous (unmarried) couples
-Collapsing a wall over homosexuals
-Destroying ancient Buddhist statues prior to September 11, 2001
-On the advice of the Hindu community elders, who used to be disturbed by the police who thought them to be Muslims who had shaved their beards, on May 22, 2001, the Taliban issued an order that Hindus and other non-Muslims must wear a yellow identity symbol. This policy was replaced in June of the same year, by an order that Hindus were required to carry a special identification card.
-Muslim men were beaten or jailed for shaving or excessively cutting their beards
-Women suffered physical punishment if they showed face in public
-Houses with women present were required to have windows facing the street painted over so people outside would not be able to look inside.
-Female patients were to be treated by female physicians only.
-Female doctors were not allowed to wear "stylish clothes or make-up," nor "to enter the rooms where male patients are hospitalized."
-Fingers and hands were chopped off of thieves
-Taliban militiamen smashed any musical instruments they found in homes
-In 1999, in accordance with the rules of Islamic Sharia, the Taliban issued ten directives to all non-Muslims, namely Hindus and Sikhs, living in Afghanistan. Non-Muslims were prohibited from building any new places of worship, prohibited from speaking out against Islam, and required to hang a two-meter yellow cloth from their house. Non-Muslims were banned from living with Muslims. Female non-Muslims were required to wear a chadar in public, and all non-Muslims were required to wear a yellow dress with a mark.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:13 PM | Show all posts
In 1999, in accordance with the rules of Islamic Sharia, the Taliban issued ten directives to all non-Muslims, namely Hindus and Sikhs, living in Afghanistan. Non-Muslims were prohibited from building any new places of worship, prohibited from speaking out against Islam, and required to hang a two-meter yellow cloth from their house. Non-Muslims were banned from living with Muslims. Female non-Muslims were required to wear a chadar in public, and all non-Muslims were required to wear a yellow dress with a mark

aku rasa ni x betulkan?eventhough zaman Rasulullah dulu pun xde buat mcm ni..Non-Muslim kena ade pengenalan diri yang berbeza (yellow mark dress), serupe time Hitler dulu buat kat Jew....Non Muslim pun x leh tinggal sama ngan Muslim, ape ni?Rasulullah x pernah ajar pun buat mcm ni, sedangkan time kat Madinah dulu, Muslim, Jew, Christian hidup aman damai je bawah pentadbiran Rasulullah...

[ Last edited by  gjoy_chester at 29-9-2006 03:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2006 03:19 PM | Show all posts


Zablon Simintov, satu-satunye orang Yahudi di Afghanistan skang ni..Anak dan isterinye tinggal kat Israel...Mostly Afghan Yahudi (dalam 5000 orang) lari keluar dari Afghanistan selepas kedatangan Taliban..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 10:00 PM | Show all posts
oooo... awat Zablon Simintov tu tak lari? tak takut ke dia ngan Taliban?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 10:06 PM | Show all posts
kiranya serangan Amerika ke atas Taliban ni sesuatu yg baik la?
krjn yg sblm Taliban tu baik ke? ada gak dgr2 org kata depa mmg teruk giler. sbb tu Taliban rampas kuasa. tak tau betul tak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by adala at 29-9-2006 10:06 PM
kiranya serangan Amerika ke atas Taliban ni sesuatu yg baik la?
krjn yg sblm Taliban tu baik ke? ada gak dgr2 org kata depa mmg teruk giler. sbb tu Taliban rampas kuasa. tak tau betul tak...


ade pros dan cons nye serangan US tu...

prosnye
-umat Islam (especially pompuan) mendapat lebih kebebasan (boleh g sekolah, belajar menjahit, makeup, g kerja dan bersukan)
-media seperti TV, radio, akhbar mula beroperasi semula
-aktiviti sukan pun mula dijalankan semula

consnye
-penanaman popi berleluasa (coz orang miskin nak sara hidup diorang, x de keje nak buat, so tanam popi)
-maksiat berleluasa (mencuri etc... )
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 12:28 PM | Show all posts
Interesting
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 07:53 AM | Show all posts
aku ingat dulu taliban ada perancangan nak buat siaran televisyen sendiri dan Jalur Lebar Internet sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 09:01 AM | Show all posts
Waa meraiahnye.,.3 hari aku cti dh ramai yg reply...tenkiu..enkiu....nti aku tmbah inpo2 lain....ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:50 PM | Show all posts
byk artikel dlm paper/internet ditulis oleh omputih, so paham2 je la.
Tapi dr kisah2 pengikut tabligh yg ke afghan .... mrk kate sbb taliban terpaksa tegas krn sikap org afghan sendiri yg mmg brutal & ikut nafsu sendiri je. Byk kes rogol, liwat & culik di afghan ... tu pasai taliban terpaksa buat undang2 yg wanita tak buleh kluar rumah tanpa muhrim. Wanita gak tak digalakkan ke sekolah atas sbb keselamatan & kekurangan wang negara so taliban hanya bg lelaki je yg belajar.
Taliban jugak bukanlah puak2 tertentu tp mrk hanya pengikut sekolah agama di afghan .. jd dlm usaha utk menyatukan puak2 afghan ni, mrk mmg ambil tindakan tegas. Namun, apa yg byk ditulis oleh media barat & media islam yg jadik lembu utk barat ... semuanye menunjukan taliban tu kejam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 09:21 AM | Show all posts
Taliban merupakan pergerakan Islam yang memerintah sebahagian besar Afghanistan dari 1996 sehingga 2001, walaupun hanya mendapat pengiktirafan diplomatik dari tiga negara (Amiriah Arab Bersatu, Pakistan, dan Arab Saudi). Ahli-ahli paling berpengaruh, termasuk Mullah Mohammed Omar, pemimpin pergerakan tersebut, merupakan ulama madrasah kampung biasa. Taliban bererti "pelajar agama" dalam bahasa Pashto.

PERKEMBANGAN AWL
Selepas kejatuhan Republik Afghanistan Demokratik yang disokong oleh Russia pada tahun 1992, Afghanistan terjerumus dalam keadaan huru-hara perperangan antara ketua perang mujahideen yang bersaing. Taliban muncul sebagai kuasa yang mampu membawa kestabilan dalam kekosongan kuasa ini. Ia membawa kebaikan ekonomi dengan menghapuskan pelbagai bayaran yang diperlukan oleh pelbagai ketua perang; ia membawa kebaikan politik dengan mengurangkan pertempuran antara puak (sungguhpun pihak Taliban bertempur sengit dengan musuhnya, kuasa menyeluruhnya mengurangkan jumlah pecahan puak yang bertelagah); dan ia membawa kebaikan sosial dengan mengenakan kestabilan yang dialu-alukan kepada masyarakat yang kacau bilau. Pihak Taliban mendapat sokongan meluas dari puak Pashtun Afganistan dan dari beberapa negara jiran semasa perkembangan awalnya. Sungguhpun Taliban yang semakin radikal akan menjauhi kebanyakan mereka kemudiannya, masyarakat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, turut menganggap kemunculan Taliban sebagai perkembangan positif semasa awal kemunculannya.

Lagenda Taliban menyatrakan bahawa pada musim bunga 1994, apabila mendengar dua orang gadis diculik dan dirogol di pusat pemeriksaan mujahidin di perkampungan Sang Hesar berhampiran Kandahar, mullah tempatan, Mohammed Omar, a veteran of the Harakat-i Inqilab-i Islami faction of mujahideen, mengumpul tiga puluh taliban lain membentuk pasukan pejuang, menyelamatkan gadis tersebut dan menggantung komander mujahideen yang bertanggung jawab. Selapas kejadian ini, menurut lagenda Taliban, perkhidmatan pejuang keugamaan yang alim ini amat dialu-alukan oleh penduduk kampung yang diganggu oleh mujahideen liar ini, dan dengan itu terbentuklah Taliban.

Berikutan selepas kejadian ini, Omar lari ke Balochistan wilayah Pakistan, dari mana beliau muncul pada musim luruh, dilaporkan dengan 1,500 taliban pasukan bersenjata lengkap dan dibiayai dengan baik, yang akan menyediakan perlindungan untuk satu konvoi perdagangan Pakistan yang membawa barang-barang melalui darat ke Turkmenistan. Bagaimanapun, banyak laporan mencadangkan bahawa konvoi itu sebenarnya dipenuhi pejuang-pejuang Pakistan yang berlakun sebagai taliban, dan yang Taliban telah memperolehi banyak senjata, latihan ketenteraan, dan bantuan ekonomi daripada Pakistan.

Mullah Omar, ketua agama Taliban dan ketua negara

KEHIDUPAN DI BAWAH TALIBAN
Taliban melarang pengusahaan candu popi di 2000, disebabkan oleh sebab-sebab keagamaan. Pengeluaran jatuh dari 4000 tan pada tahun 2000 (kira-kira 70% bekalan dunia) kepada 82 tan dalam tahun 2001, kebanyakan yang mana adalah dituai dalam bahagian Afghanistan yang diawasi oleh Perikatan Utara.

Ini adalah apa yang dikatakan oleh menteri agama, Al-Haj Maulwi Qalamuddin, kepada New York Times: "Untuk sebuah negara yang terbakar, dunia ingin memberi mancis. Mengapa terdapat kerisauan mengenai wanita? Roti terlalu mahal. Tiada kerja yang ada. Budak-budak lelaki juga tidak pergi ke sekolah. Namun apa yang saya dengar adalah mengenai wanita. Di mana dunia apabila lelaki di sini ialah mencemar maruah mana-mana wanita mereka mahu?"

Ini apa yang taliban katakan mengenai Pendidikan: "Bertentangan dengan lapuran mengenai pendidikan wanita dalam akhbar, angka-angka yang di dapati dari sektor pendidikan di Afghanistan, mendedahkan bahawa pendidikan wanita di pedalaman Afghanistan meningkat. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh ahli Jawatankuasa Swedish bagi Afghanistan (Swedish Committee for Afghanistan) (SCA), hampir 80 peratus bagi sekolah wanita terletak di kawasan luar bandar di bawah pentadbiran Negara Islam Afghanistan beroperasi sepenuhnya. Ms. Pia Karlsson, penasihat pendidikan di Unit Sokongan Latihan Teknikal (Education Technical Support Unit) (ETSU) bagi SCA , berkata dalam satu temubual yang akhir-akhir ini diterbit oleh Frontier Post, akhbar harian Bahasa Inggeris yang berpangkalan di Peshawar bahawa hanya di dalam wilayah Ghazni, di mana Negara Islam di bawah kepimpinan TIMA berkuasa untuk dua tahun terakhirnya, kira-kira 85 peratus wanita masih di sekolah. Ms. Karlsson kata, "gambaran di luar bandar berbeza sepenuhnya."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 09:27 AM | Show all posts
HUBUNGAN DENGAN OSAMA BIN LADEN

Pada tahun 1996, Osama bin Laden dari Arab Saudi berpindak ke Afghanistan di atas jemputan pemimpin Pakatan Utara (Northern Alliance) Abdur Rabb ur Rasool Sayyaf. Apabila Taliban berkuasa, dia berjaya membina pakatan antara Taliban dan organisasi Al-Qaedanya. Ini mendorong kepada khabar angin dalam Media Barat bahawa dia mempunyai pengaruh kuat dikalangan pemimpin Taliban

PENCEROBOHAN US
Pada 22 September, 2001, atas desakan antarabangsa selepas serangan 9/11, Amiriah Arab Bersatu dan diikuti Arab Saudi menggugurkan pengiktirafan dan hubungan diplomatik mereka ke atas taliban sebagai kerajaan yang di Afghanistan atas desakan kerajaan Amerika Syarikat . Hanya Pakistan tidak berbuat demikian.

Amerika Syarikat dengan bantuan United Kingdom dan didorong oleh beberapa kerajaan pro Amerika yang lain, memulakan tindakan ketenteraan terhadap pihak Taliban pada Oktober 2001. Matlamat yang dinyatakan adalah untuk menjatuhkan pihak Taliban daripada berkuasa kerana keengganan Taliban untuk menyerahkan Osama bin Laden di atas pembabitannya dengan serangan 11 September, dan sebagai tindakan balas keatas bantuan Taliban kepada nya.

Tetapi sebenarnya apa yang berlaku adalah pihak Taliban sebenarnya telah menuntut pihak Amerika agar menyerahkan bukti sebelum mereka menyerahkan Osama bin Laden, tetapi tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat. Sebahagian besar serangan darat dilakukan oleh Perikatan Utara, baki unsur dari pasukan anti Taliban yang telah ditumpaskan oleh Taliban beberapa tahun sebelumnya.

Mazar-i-Sharif jatuh ke tangan pasukan US-Pakatan Utara pada 9 November, mendorong kepada wilayah-wilayah ditawan dengan tentengan minima, dan banyak pasukan tempatan bertukar pihak daripada Taliban kepada Perikatan Utara. Pada malam 12 November, pihak Taliban berundur ke selatan dengan cara teratur dari Kabul. Pada 15 November, mereka melepaskan 8 orang pekerja bantuan barat selepas 3 bulan dalam tahanan.

Majlis Keselamatan Pertubuhan PBB]], pada 16 Januari, 2002, bersetuju sepenuh suara mengadakan sekatan senjata dan pembekuan harta-harta yang dapat dikenal pasti kepunyaan bin Laden, Al-Qaida, dan baki Taliban.

Pihak Taliban kemudiannya berundur dari Kandahar, dan berkumpul semula di sempadan wilayah antara Afghanistan dan Pakistan. Kebanyakan pejuang Taliban sebelum pencerobohan adalah rekrut baru, sekali lagi diambil daripada madrassahdi Pakistan. (madrassah bererti "sekolah" di bahasa Arab).

Pada 6 Disember 2003, Taliban telah menculik dua pekerja India di selatan Afghanistan. Pada 20 Disember, 2003, Taliban menawarkan pembebasan mereka untuk pertukaran dengan 50 militan. Kemudian pada 24 Disember, pihak Taliban telah melepaskan mereka tanpa syarat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by waksir at 2-10-2006 01:50 PM
byk artikel dlm paper/internet ditulis oleh omputih, so paham2 je la.
Tapi dr kisah2 pengikut tabligh yg ke afghan .... mrk kate sbb taliban terpaksa tegas krn sikap org afghan sendiri yg mmg bru ...


sampai ada juboq reporter mesia kena raba masa kat afghan ari tuh..keskeskes
btw ada berita mengatakan yang pi letop patung buddha tu bukan atas arahan mullah omar tapi geng-geng alqaeda sendiri pasai apa..masa duk afghan mengalami kemiskinan dan kebuluran akibat perang dan bencana alam spt kemarau dan musim sejuk yang datang..alih-alih badan dunia luluskan peruntukan untuk jaga patung dgn dana yang besar..nampaknya depa suka jaga patung dari kebajikan penduduk  kat afghan atas alasan afghan bukan negara yang diiktiraf sebab taliban perintah...itu yang al qaeda hangin tu...orang dah nak kebuloq tapi lagi mau jaga patung....kuikuikui
hangpa baca berita dari musuh islam..jangan  percaya 100%.....
wallahualam

[ Last edited by  mamakcool at 3-10-2006 10:18 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:28 AM | Show all posts
kalau aku pun sanggup hidup dalam pemerintahan taliban... tapi orang nak bebas sangat tuh yang menentang taliban tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 09:36 AM | Show all posts
Taliban semasa pemerintahannya telah   menerapkan syariah Islam secara total. Seluruh yang berbau sekuler dan Barat dihapuskan dari wilayah Afghanistan. Bahkan, sebuah kuil Budha yang sudah berumur ratusan tahun dihancurkan dengan cara diledakkan. Semua wanita diharuskan menggunakan  憄urdah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:37 AM | Show all posts
SIAPAKAH TALIBAN?

Menyingkap Rahsia Taliban yang Sebenarnya

Penyusun: Fahrul Hakim Ayob
Pengarang: Fadhal Muhammad bin Nur Muhammad
Yusuf ZaeiUstaz Hadith, Jamaiatul Uloom Islamiah
Allama Muhammad Yusuf Binnori Town
Karachi, Pakistan.

Kata Aluan Penulis

Beberapa tahun kebelakangan ini, pergerakan Islam Tholiban telah timbul atau muncul di bumi Afghanistan. Di waktu itu masyarakat sedunia tidak mengambil hirau tentangnya tetapi apabila pergerakan ini telah membentuk satu pemerintahan maka secara terpaksa mereka mula memperkatakan tentangnya. Namun kezaliman yang dilakukan oleh kuasa besar dunia terhadap pergerakan lain di dunia ini, rasanya tidak seteruk yang diterima oleh Tholiban.

Sebab media massa dunia dan badan-badan yang berpengaruh sentiasa memandang Tholiban dengan pandangan yang mencurigakan sejak dahulu hingga sekarang. Syak wasangka dan keraguan ini bukanlah dari pemikiran yang meleset tetapi ia wujud dari hasad dengki, irihati dan usaha untuk menanam benih permusuhan. Oleh itu, semua telah bersepakat menentangnya, berfikir untuk menghapuskan Tholiban telah mula meletakkan berbagai keraguan dan syak wasangka terhadapnya di hati masyarakat Islam dan kafir.

Ini disebabkan masyarakat dunia tidak melihat apa yang berlaku di dalam negara. Oleh itu, media massa dan sumber maklumat dunia telah menyatakan gambaran negatif. Walaupun gambaran yang diberikan adalah salah, namun sumber maklumat tidak juga memberi bantuan kepada negara ini malah terus mengukuhkan lagi beritanya.

Lebihkurang dua tahun lepas, saya menjawab beberapa soalan untuk menjauhkan dan menghilangkan syak wasangka dan keraguan orang-ramai terhadap apa yang masyhur disiarkan oleh media massa dan ia sentiasa bermain di benak fikiran manusia. Oleh kerana itu, sebahagian besar bumi Afghanistan di luar kawalan Tholiban, jadi jawaban dalam buku tersebut adalah terhad.

Walaupun begitu asas persoalan telah pun saya beri jawapannya dan disiarkan dalam akhbar "Dharbu Mu'min" setiap minggu secara bersiri. Setelah itu beberapa orang rakan telah membukukannya di Karachi, Pakistan dalam bahasa Urdu, kemudian ada lagi beberapa orang mahu buku kecil ini diterjemahkan dalam Bahasa Melayu supaya setiap individu yang berbahasa Melayu mendapat faedah darinya. Saya telah berkata kepadanya: "Ini adalah usaha yang baik."

Oleh itu penterjemah telah menyediakan dan menyebarkannya kepada pembaca semua. Semoga Allah membalas jasanya. Harapan saya semoga dengan membacanya, pembaca juga bersimpati dan bersemangat serta orang-orang yang menimbulkan persoalan ini mendapat jawapan sebagai penyelesaiannya.

Semoga Allah Ta'ala mengurniakan kepada saya, pembaca dan penterjemah , akan taufiq, seterusnya mengambil faedah (pengajaran) dari usaha ini dan memelihara Khilafah Islam Afghanistan supaya seluruh dunia Islam dianugerahi cahaya keberkatan pergerakan ini. Ameen ya Rabbal A'lameen.


Fadhal Muhammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei
Ustaz Hadith di Jamaiatul Uloom Islamiah
Allama Muhammah Yusuf Binnori Town,
Karachi, Pakistan.

BIODATA PENULIS


Maulana Fadhal Muhammad Nur Muhammad Yusuf Zaei, dilahirkan pada tahun 1948 di kawasan Alalie Rashing dalam daerah Batgram di negeri N.W.F..P (Serhad) Pakistan. Mula belajar pada tahun 1967 di Madrasah Rabbaniah, Haripur. Kemudian telah menyambung pelajaran di Darul Ulum Karachi pada tahun 1970 selama dua tahun. Selepas itu berpindah ke Madrasah Ashraful Ulum, Gujranwala dalam negeri Punjab selama setahun. Dari sana beliau mengubah haluan pula ke Jamiah Haqqaniah Okara Khata', Peshawar. Kemudian belajar di daerah Menggora, Swat selama dua tahun sehingga sampai ke kelas tujuh. Selepas itu pada tahun 1977 beliau kembali ke Karachi dan menamatkan pengajiannya di Daurah Hadith di Jamiatul Ulum Islamiah, Binnori Town. (Kebanyakan system pengajian di Pakistan adalah seperti Deoband di India, dinamakan system ini sebagai 'Deobandi' dan tempoh untuk menamatkan pengajian paling kurang selama 8 tahun).

Beliau telah mengambil masa selama lebihkuarang 10 tahun untuk menamatkan pengajiannya dari kelas satu hingga lapan (Daurah Hadith) dan sempat berguru dengan beberapa syeikh yang masyhur seperti Hadhrat Maulana Yusuf Binnori, Mufti Wali Hassan (mufti besar Pakistan terdahulu) dan Maulana Fahlu Muhammad Swat (Rahmatullah Alaihim).

Begitu juga beliau telah belajar daripada pengasas Jamiah Haqqaniah, Maulana Abdul Haq r.a, mufti besar Pakistan Mufti Mahmud r.a, Mufti Muhammad Shafe' r.a, Syeikhul Hadith Maulana Zakaria r.a. Setelah tamat belajar di Jamiatul Ulum Islamiah Binnori Town, beliau telah mengajar pula di Jamiah Hammadiah selama 8 tahun, kemudian beliau kembali ke Jamaiatul Ulum Islamiah Binnori Town sebagai pengajar hinggalah ke saat ini (lebih kurang 11 tahun).

Pada tahun 1988 beliau telah menyertai Mujahidin mengambil bahagian dalam jihad Afghanistan, ketika Mujahidin Ulama' dan Mujahidin Pelajar Agama memulakan pergerakan 'Tholiban' di Afghanistan, maka pada hari itu juga beliau telah menyertai pergerakan tersebut.

Beliau telahpun berjumpa ketua-ketua kepimpinan Tholiban dan sudah acapkali berjumpa dengan Ameerul Mu'minin Mulla Umar Mujahid serta selalu duduk bersama dengan komando-komando Tholiban.

Alhamdulillah sehingga ke saat ini beliau masih mempunyai hubungan baik dengan pergerakan 'Khilafat' yang suci ini. Semoga Allah Ta'ala kekalkan kita dan mengurniakan istiqomah kepada kita. Amin ya Rabbal Alameen.


MUQADDIMAH

Afghanistan dari segi geografinya terletak di selatan benua Asia adalah merupakan salah sebuah negara yang amat penting, sebabnya ialah melalui negara inilah satu litaran perhubungan dapat dijalankan samaada ke Pakistan, India, China dan Sri Lanka di sebelah barat atau ke arah negara-negara Teluk dan ke negara-negara Kepulauan Arab di sebelah timur.

Diwaktu Soviet Union memulakan dasar penjajajahannya dahulu, maka banyaklah negara-negara kecil telah menjadi mangsa penaklukannya. Seiringan dengan itu Soviet telah mengambil kesempatan menyebarkan dasar pegangan mereka iaitu dasar Komunis kepada negara-negara yang telah ditawannya dengan kezaliman, kekejaman dan pertumpahan darah. Negara-negara tersebut terpaksa tunduk dan berjalan di bawah telunjuk pemerintahan mereka.

Beginilah corak penguasaan blok komunis, mereka telah menyerapkan pemikiran komunis kepada ratusan ribu manusia secara paksa dan telah menyerang serta menjajah beberapa buah negara secara kekejaman. India pula adalah negara sekutu Soviet, Ini telah membuatkan Pakistan dan China sentiasa dalam kebimbangan, mungkin akan berlaku peperangan secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi selepas dasar perluasan kuasa dibuat oleh Soviet. Di samping itu juga Soviet telah menjadikan Afghanistan berada di bawah tunjuk ajarnya dan sebagai negara sekutunya.

Ini lebih mencemaskan lagi Pakistan. Keadaan yang berlaku ini secara tidak langsung memberikan faedah yang banyak kepada Soviet dan India.

Sejarah telah memebuktikan bahawa Afghanistan sejak dahulu lagi sentiasa bermusuhan dan bersifat dingin dengan Pakistan dan ia hangat diperkatakan di merata dunia. Soviet pula yang tidak mempunyai perairan pantai, ini sering menghampakan rakyatnya disetiap musim panas. Mereka sentiasa menunggu bilakah dapat keluar dari kawasan yang sejuk lagi membekukan dan sampai ke kawasan yang bermusim panas dan kemudiannya itu menjadi satu-satunya negara yang berkuasa di dunia ini.

Untuk maksud itu, Pakistan perlu dijajah. Ini disebabkan sebuah kawasan di Pakistan bernama Guadar amat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyusunan dan pergerakan tentera bagi menyempurnakan propaganda meluaskan penaklukan mereka. Manakala Karachi pula yang memepunyai perairan pantai sesuai dijadikan kawasan pelancongan dan peranginan.

Atas perkara itu, pada peringkat permulaannya ialah dengan mengwujudkan sekolah-sekolah dan kolej-kolej di Afghanistan yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Soviet bagi menyebarkan ideologi Komunis, selepas itu satu gerakan bawah tanah telah ditubuhkan bagi tindakan-tindakan seterusnya. Dalam satu rapat umum seorang ejen dari pergerakan rahsia tersebut telah diarah untuk membunuh seorang yang bernama "Akhbar Khaibar'. Pada masa itu raja Afghanistan yang bernama Daud Shah. Beliau telah dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu. Ini telah membuatkan tentera berpaling tadah dan memberontak ke atas kerajaan sehingga raja tersebut digulingkan. Selepas itu agensi pergerakan tersebut telah melantik Nur Mohd. Taraki sebagai raja. Banyak program telah mereka laksanakan dengan sempurnanya melalui beliau. Kemudian ia juga telah digulingkan. Serta dibunuh dan Babrak Kamal dilank menjadi raja. Dalam masa pemerintahannya tentera Soviet dibawa masuk ke Afghanistan secara keseluruhannya. Bermula dari saat itulah kezaliman dan penindasan mula berleluasa sehinggakan ianya amat pilu untuk dituliskan di sini.


Bersambung.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.813647 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list