CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7317|Reply: 35

Bagaimana AntiHadith Berhujah?

[Copy link]
Post time 5-10-2006 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Adalah satu perkara yg kita sedia maklum bhw kaedah2 ilmu Islam ini beredar di sekitar penerangan terhdp dalil2 yg menjadi rujukan para individu di dlm mengistimbat hukum hakam.

Apabila para individu berselisih pendapat di dlm satu2 hukum, setiap seorg akan berhujah menolak lawannya dgn menyebut beberapa dalil & hukum drp dalil itu.

So persoalan di sini apakah kaedah yg digunakan oleh para antihadith  dlm mengistimbat hukum hakam.

Contoh kaedah/ sumber yg pernah digunakan oleh org Islam... ada yg valid & ada yg tidak.

•        Kitab Allah.
•        Sunnah Rasulullah SAW.
•        Ijma' ulama.
•        Ra'yu. (pandangan ulama)
•        Qias.
•        Istihsan.
•        Masalih Mursalah.
•        Istishab al-asli.
•        Sad Al-Zara'i.
•        Amal Ahli Madinah.
•        Qaul Sahabi ( Kata-kata sahabat ).                     
•        Uruf ( Adat kebiasaan).
•        Syar'u Man Qablana (Syara' orang-orang terdahulu)

[ Last edited by  fleurzsa at 12-10-2006 09:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2006 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 5-10-2006 06:22 PM
Salam,

Adalah satu perkara yg kita sedia maklum bhw kaedah2 ilmu Islam ini beredar di sekitar penerangan terhdp dalil2 yg menjadi rujukan para individu di dlm mengistimbat hukum hakam.

Apabil ...


Salam................
Apakah maksud-maksud semua istilah arab tu, minta terjemah kedalam bahasa malaysia.

ada beberapa perkara yang diulang-ulang, iaitu mursalih mursalah, qaul sahabi dan uruf:hanya memaklumkan

Minta penjelasan lanjut dari fluerza mengenai istilah-istilah itu dulu.  Dan dari semua-semua tu apakah yang sebenarnya yang betul-betul ditekankan oleh GAH itu?
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 12-10-2006 08:02 AM | Show all posts
Golongan anti hadis merupakan golongan yang juga mahu menolak Al Quran! Sekiranya dia tidak percayakan hadis (hadis sahih) maka dia tidak mempercayai Rasulullah SAW dan menganggap Baginda merupakan orang kebiasaan yang mempunyai kelemahan! Al Quran juga merupakan muzjizat Rasulullah SAW, sekiranya hadis pun ditolak maka secara tidak langsung mereka mahu menolak Al Quran!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 08:35 AM | Show all posts
Anda boleh mendapatkan lebih informasi di sini sebagai rujukan .........





http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D7
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 09:54 AM | Show all posts

Kitab Allah / Al Quran

Firman Allah swt

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
[Al- Jaatsiyah: 20]

Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).
[Ar-Rad: 37]

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 09:59 AM | Show all posts

Sunnah Rasulullah SAW

Firman Allah swt

Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya) dan juga untuk menerima taubat kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[An-Nisa' 26]

Sunnah menurut istilah ahli usul ialah setiap perkara yang lahir daripada Rasulullah SAW sama ada kata-kata ( selain Al-Qur' an ) atau perbuatan atau pengakuan.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2006 10:05 AM | Show all posts

Ijma' ulama

Firman Allah swt,

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
[An-Nisa': 59]

Ijma' dengan makna istilahnya di sisi para ulama usul ialah kata sepakat para' mujtahid dari kalangan umat Muhammad SAW selepas kewafatan baginda di dalam satu¬satu zaman di atas satu-satu hukum syara'.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 10:15 AM | Show all posts

Ra'yu. (pandangan ulama)

Ra'yu ialah setiap hukum yang tidak diambil daripada dalil nas. Ia merangkumi qias, istihsan, masalih mursalah, bara' ah asliyah dan sad al-zara'i.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2006 10:17 AM | Show all posts

Qias

Qias dengan makna istilahnya ialah, Menyamakan satu perkara yang tidak terdapat nas hukumnya dengan satu perkara lain yang ada nas hukum syara' padanya kerana terdapat persamaan sebab hukum pada kedua-duanya.

walalhua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 10:19 AM | Show all posts

Istihsan

Istihsan diertikan dengan makna berpaling di dalam hukum satu-satu masalah daripada contoh hukum yang terdapat pada perkara-perkara lain seumpama masalah tersebut kepada hukum sebaliknya kerana terdapat dalil yang lebih kuat menghendaki pengubahan ini.

Dapat kita petik daripadanya bahawa istihsan pada hakikatnya dimaksudkan di situ berpaling seseorang mujtahid daripada mengambil qias jali ( zahir dan terang ) di dalam hukum bagi satu-satu masalah.
Sebaliknya dia mengambil qias khafi ( tersembunyi dan tidak nyata ). lni adalah kerana terdapat dalil di sisinya yang merajihkan ( lebih memilih ) untuk berpaling daripadanya.

Hukum yang terhasil daripada dalil ini dinamakan hukum mustahsan kerana ia terhasil dengan bercanggah daripada qias yang biasa terkenal di sisi para ulama.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 10:24 AM | Show all posts

Masalih Mursalah

Masalih mursalah adakalanya disebut juga dengan istislah.

Dari sudut bahasa ia bererti mencari kemaslahatan dan kebaikan. Dari sudut istilah usul pula ia bermaksud menentukan hukum bagi satu-satu perkara yang tidak terdapat nas padanya daripada Al-Qur' an dan sunnah dan tidak terdapat keputusan ijma' mengenainya, berdasarkan kepada penelitian maslahat.

Contoh masalih mursalah yang dapat kita lihat ialah seperti keputusan yang dibuat oleh Umar Al-Khattab mengadakan matawang rasmi negara dan mendirikan penjara bag menghukum pesalah. Contoh yang lain ialah mendirikan hospital, jalanraya, sekolah dan sebagainya untuk kegunaan umum.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 10:32 AM | Show all posts

Uruf ( Adat kebiasaan)

Uruf ialah perkara yang biasa dilakukan oleh jumhur manusia dan diamalkan di dalam kehidupan mereka sarna ada kata-kata atau perbuatan yang berulang kali dilakukan sehingga lekat di dalam jiwa mereka dan benar¬benar diterima oleh akal mereka.

Tanda ia menjadi amalan kebiasaan ialah kesebatiannya di dalam jiwa mereka dan benar-benar diterima oleh akal mereka. Dengan ini ia menjadi adat kesemua sekali dan lebih khusus daripada sekadar adat sahaja.

ljma' terhasil daripada kata sepakat keseluruhan mujtahid sahaja dan bukan keseluruhan manusia. Oleh kerana uruf ini berbeza daripada hakikat ijma' maka kehujjahan uruf hanya terbatas untuk mereka yang mengamalkan uruf tersebut sahaja tidak untuk orang lain.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

fazilogic This user has been deleted
Post time 15-10-2006 11:18 AM | Show all posts
Berikut adalah hadis Nabi seperti yang diajarkan dalam Al Quran:

25:30
Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil Al Quran ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by fazilogic at 15-10-2006 11:18 AM
Berikut adalah hadis Nabi seperti yang diajarkan dalam Al Quran:

25:30
Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil Al Quran ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan.& ...


SALAMUN ALAIKUM..........

Dan banyak lagi hadis-hadis dalam Al-Quraan....... Mari kita rujuk bersama-sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2006 09:16 AM | Show all posts
Adakah golongan antihadith menggunakan pendekatan  tafsir bi al-ra'y?

Seorg mufassir akan bersandar kpd kekuatan akal dan daya inteleknya dlm usaha menjelaskan & menghuraikan makna al Quran.  ini adalah satu bentuk pentafsiran yg tidak bersandarkan hadith Rasulullah saw, tafsiran para sahabat atau tafsir para tabi'in.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2006 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 19-10-2006 09:16 AM
Adakah golongan antihadith menggunakan pendekatan  tafsir bi al-ra'y?

Seorg mufassir akan bersandar kpd kekuatan akal dan daya inteleknya dlm usaha menjelaskan & menghuraikan makna al Quran. ...



SALAMUN ALAIKUM untuk fluerza dan juga untuk semua.

Jawapan saya ini adalah jawapan peribadi, sekadar untuk pertimbangan.
Pada saya, tiada pendekatan lain yang saya gunakan pada tahap saya yang layman Arab, tetapi berserah sepenuhnya kepada ALLAH kerana saya terlalu dan teramat yakin yang ALLAH tidak sekali-kali akan menzalimi manusia yang ingin memahami dan mengamalkan suruhanNya seperti yang terkandung dalam AL_QURAAN: KITAB YANG ESA dar ALLAH YANG MAHA ESA kerana ia untuk semua manusia.  Tidak ada kasta dalam memahami KITABULLAH.

Oh ya, sebagai menambah pengetahuan saya apakah itu pendekatan tafsir bi al-ra'y?

Sebagai perbandingan, mari kita bersama-sama membandingkan kronologi penurunan Al-Quraan kepada Nabi Muhammad dan kronologi pembacaan dan pemahaman kita mengenai Al-Quraan: sekadar berinteletualisasi

Dan sebagai tetamu kehormat, saya juga menjemput Puan fleurza kedalam thread saya yang membincangkan mengenai satu topik iaitu Allahuakbar - Al-Quraan tidak dirujuk, agar anda sama-sama dapat menyumbang sesuatu....:pray:


http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2006 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 22-10-2006 12:03 AM
SALAMUN ALAIKUM untuk fluerza dan juga untuk semua.
Jawapan saya ini adalah jawapan peribadi, sekadar untuk pertimbangan.
Pada saya, tiada pendekatan lain yang saya gunakan pada tahap say ...


Actually byk topik2 menarik di M&M yg I nak join... tapi itu la tak berkesempatan.  Byk perkara yg I nak fikir... so post kat forum mana yg dan aje...

Nanti I join perbincangan dlm thread u tu.  InsyaAllah.

Thanks n take care
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 30-10-2006 12:13 PM | Show all posts
Adakah golongan antihadith menggunakan pendekatan  tafsir bi al-ra'y?

Seorg mufassir akan bersandar kpd kekuatan akal dan daya inteleknya dlm usaha menjelaskan & menghuraikan makna al Quran.  ini adalah satu bentuk pentafsiran yg tidak bersandarkan hadith Rasulullah saw, tafsiran para sahabat atau tafsir para tabi'in.


Salam buat semua,
Fleurzsa, apakah yang dimaksudkan dengan istilah antihadith? Siapakah dia yang dimaksudkan oleh sdr?
Saya merasakan gelaran 'antihadith' ini disalahgunakan bagi tujuan fitnah untuk memburuk-burukkan sesama muslim sehinggakan mereka yang sekadar berdiskusi secara ilmiah juga dilabelkan sedemikian rupa.
Tidak cukupkah perpecahan disebabkan mazhab sunni dan syiah maka perlu kita ciptakan satu label baru untuk mereka yang tak sealiran dengan kita? Bukankah bergolong-golongan dalam agama adalah satu perkara syirik? Semoga kita bertaqwa dalam menjalani kehidupan didunia ini dan jagalah keluarga kita dari api neraka.
Istilah 'antihadith' yang sering saya terlihat yg digunapakai diforum ini terlalu sempit sedangkan kalau kita lebih teliti, maksudnya akan lebih luas.

  Sila nyatakan tafsiran yang paling tepat utk maksud 'antihadith'

a) Golongan yang beriman dengan kitab Alquran tetapi menolak semua hadith nabi Muhammad (sahih,hasan,daif,maudhu etc).
b) Golongan yang beriman dengan kitab Alquran serta beriman sebahagian dan menolak sebahagian hadith nabi Muhammad (daif,maudhu,ahad)
c) Golongan yang menolak Alquran serta semua hadith nabi Muhammad (sahih,hasan,daif,maudhu etc).
d) Golongan yang menolak Alquran serta semua hadith nabi Muhammad (sahih,hasan,daif,maudhu etc) tetapi bertaklik kepada ketua agamanya sahaja sebagai panduan cara hidup muslim.

Luas bukan maksud 'antihadith' ini. Lalu, mengapa mahu dilabelkan sipulan sipulan itu antihadith sedangkan mereka sipenuduh juga seorang 'antihadith'. Bukankah orang yang suka menuduh-nuduh orang lain jahat sebenarnya mereka itu lebih jahat lagi.

Apa pendapat fleurzsa dalam hal ini sebelum kita pergi ke perbincangan yg lebih menjurus...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 08:17 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 30-10-2006 12:13 PM


Salam buat semua,
Fleurzsa, apakah yang dimaksudkan dengan istilah antihadith? Siapakah dia yang dimaksudkan oleh sdr?
Saya merasakan gelaran 'antihadith' ini disalahgunakan bagi tujuan fitn ...



SALAM buat peneroka topik dan lain-lain.  Diharap topik ini benar-benar menjadi topik ilmiah dan bukan pentas bagi bahasa kasar dan humbanan sembrono amarah kerana berbeza pandangan.  Pada saya, saya menetapkan diri untuk mengambil pendekatan berbincang dan membuat pertimbangan sebelum mengambil keputusan untuk membuat kesimpulan. Saya nampak sekali lalu soalan yang digariskan oleh sauber menarik untuk peneroka topik menjustifikasikan maksud sebenar seperti yang diminta olehnya.  Setelah itu barulah penerokaan lebih meluas  dapat bersama-sama semua lakukan, InsyaALLAH.
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 31-10-2006 04:16 PM | Show all posts
"Sesiapa yang menolak hadis Bukhari bererti ia menolak Nabi Muhammad.
Sesiapa yang menolak ajaran Paul bererti is menolak Nabi Isa.
Menolak hadis = Menolak Rasulullah
Menolak Kristian = Menolak Nabi Isa"
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.097714 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list