CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katana83

~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 26-4-2008 12:53 AM | Show all posts
abang saya ada video masa arwah jaringkan gol masa perlawanan
persahabatan dengan England B - in 1978 -  dia taped dari TV masa depa buat
cerita tentang arwah -   a brilliant GOAL.. and he shot it from a good 40m if i am
not mistaken.. masa tu coach England Bryan Robson - (dia ni pernah pegang
guinness book of record the earliest goal - 27 second into the game)


Sorry to point out but that is a mistake on your part
Manager utk England B masa tu ialah Bobby Robson, bukan Bryan Robson.
Bobby Robson nih yg kena sack masa jadi pengurus Newcastle tak lama dulu.
Anyway, here's a few facts on that historical and memorable match :

Venue : Stadium Merdeka
Capacity : 45,000
Date : 30.05.1978
Half-Time score : 1-1 ( England : Alan Kennedy ) ( Malaysia : Mokhtar Dahari )

Malaysian Team Selection
Rashid Hassan
Jamal Nasir
Yahya Jusoh
Soh Chin Aun
Santokh Singh
Shukor Salleh
Abdah Alif
Yip Chee Keong
Nasir Ibrahim
Mokthar Dahari
Abdullah Ali

England B Team
Joe Corrigan ( Manchester City )
Viv Anderson ( Nottingham Forest )
Alan Kennedy ( Newcastle United )
Brian Talbot ( Ipswich Town )
Steve Sims  ( Leichester City )
David Needham ( Nottingham Forest )
John Hollins ( Queen's Park Ranger )
Steve Daly ( Wolverhamton Wanderers )
Paul Mariner ( Ipswich Town )
John Richard ( Wolverhamton Wanderers )
Gordon Hills ( Derby County )

Subs : Glenn Roeder ( Orient ), Gary Owen ( Manchester City ), David Geddis ( Luton Town )
>>>>> Rujukan : http://www.rsssf.com/tablese/eng-b-intres-det.html

Mungkin nampak pelik pasukan England B nih. Tapi Joe Corrigan ketika itu adalah penjaga gol nombor utk England. Masa tu jugak pasukan spt Ipswich Town, Notthingham Forest, Luton Town adalah top 10 teams in English Division 1 ( time nih tak ada lagi EPL spt sekarang )

Pasukan England B nih ketika itu sedang membuat road tour kerana musim bolasepak masa tu dah berakhir dan dah nak masuk summer. Jadi, time tu mmg laku sangat England B nih main dgn banyak pasukan2 dari this side of the world. Selain dari Malaysia yg ketika tu sedang siap sedia utk Merdeka Tournament,  Pasukan England B nih sempat mengadakan perlawanan persahabatan dgn pasukan2 spt Singapura dan New Zealand ( main 3 kali di bandaraya berasingan )....dan boleh dikatakan hampir semua perlawanan persahabatan ini dimenangi oleh England B. Ini menunjukkan pasukan Malaysia ketika itu memang one of the top team in Asia.
>>>>>>>>>>>Rujukan : http://www.englandfootballonline.com/MatchRsl/MatchRslTmB.html

Fakta Mengenai Allahyarham  Mokhtar Dahari

DATA: MOKHTAR DAHARI

TARIKH LAHIR: 13 November 1953, di Setapak

ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim

BAPA: Dahari Abeng

EMAK: Maimon Sadikin

ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina

KELAB: Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976



TAHUKAH ANDA?


MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanyaberharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran(SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasutitulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnyaseperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.

Dan dia amatmenghargai pemberian itu sambil berkata: Kasut but yang diberi olehayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalamkerjaya bola sepak saya.


...........bersambung .........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2008 12:56 AM | Show all posts
FAKTA: KRONOLOGI MOKHTAR



1971: Mewakili Selangor dalamPertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak.Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya padaperlawanan itu.


1972: Kali pertama turun mewakili pasukanutama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhirpertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia diKejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.


1973:Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi diPestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysiamenang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.


1974: Menciptagol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkanlima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.


1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.


1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.


1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.


1980:Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naibjuara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraihpingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 padaperlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.


1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.


1979:Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor(menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu.Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina TengkuIbrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkanIndonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraanarena bola sepak antarabangsa.


1981: Menerima kad merahpertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (PialaMalaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negarake pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtarmengumumkan persaraannya bagi kali kedua.


1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.


1985:Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoulmenentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkanpersaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.


1986: MemimpinSelangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `PemainTerbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri danmenghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.


1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.


1988:Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara LigaSelangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.


1989. Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke Londonuntuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarangperubahan.


1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.


1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi



Mokhtar Dahari: Permata bola sepak negara yang tiada ganti


Padausia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokhdiiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia danketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976

GANJILrasanya andai menyentuh bicara bola sepak tanah air tanpa menyebutkisah pemain teragung bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahariyang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudahbersemadi hampir 15 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi mudamasa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampirsemua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadiyang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia.Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamertaring dan kehebatannya.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar diiktirafMajalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itujugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki Supermokh banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadielemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjagagol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikirabijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan danmeloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjayameletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asiaseterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia.Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepasdiikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Malaysiabermain lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. Gol Mokhtar adalahsatu jaringan istimewa. Gol ini adalah antara terbaik pernah sayasaksikan, kata Robson yang hadir bersama skuad profesional bernilaiRM13 juta dengan nama-nama besar seperti penjaga gol Joe Corrigan, JohnHollins, Brian Talbot, John Richards, Paul Mariner dan Gordon Hill.

Walaupunkelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinyasehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidakpernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiranSetapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudahmemiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangatgigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut diVictoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudahsebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terusmengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskantendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnahyang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketikalatihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengankehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.

Apapunkehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidakseharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnyacuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepaknegara kembali segar seperti sebelumnya.

>>>>>>>>>>> Rujukan : http://www.haria-penang.net/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=336

[ Last edited by  noriabdullah at 26-4-2008 12:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 07:11 PM | Show all posts

Reply #12 noriabdullah's post

Sorry to point out but that is a mistake on your part


ah ye  it was bobby robson -  bukan bryan robson -
my bad - thanks -
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 07:13 PM | Show all posts
Originally posted by cempakasari at 25-4-2008 10:47 PM
teringat masa tu, aku kecit lagik, arwah mak aku kawan ngan arwah MIL supermokh, kebetulan ku pegi umah tu, dia n family ada, sempat salam tu ngan dia....


nice eh - get a chance to meet him -

bila lalu kat padang tu - teringat uncle sokmo main
kat sana -  masa dia main dengan club pkns rasanya
pun dia sokmo buat latihan kat situ -

a very down to earth person -
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 12:31 AM | Show all posts

Reply #10 dexa's post

thanks dexa...
aku amat suke pemain yg hebat cm mokhtar dahari..
larian dan gelecakn die persis maradona..
aku tak tipu..byk koleksi jaringan dan gelecekan lam pc aku dulu..
tp syg.. sume dah ilang..
aku ni pgumpul video skill futbol jgk la..
maradona tu byk jgk la aku ada..
tp btol dexa..
arwah mmg low profile..
tv1 ada temu ramah die lu..
die ckp lmbut jer..padahal muke btol2 agresif..
mcm wayne ronney je muke..bengis...
tp sifat humble mmg aku sgt2 respek..
sbnrnyer..
susah da malaysia nk dapat sehebat arwah..
ciri2 yg ada pada die yg tak der pada mane2 player skrg..:
1)disiplin
2)humble
3)bukn jenis kaki ppuan
4)skill tggi
5)tndgn kncg
6)agresif tp bersih
7)di segani lawan dan di hormati kawan
8)patriotik
9)pyayang
10)pmurah

tlg tmbh dexa kalu ada yg tak cukup..dexa mgkin lagi rapat ngn arwah atau ank2 arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 09:55 AM | Show all posts
Kalau masa Piala Malaysia, aku cukup benci arwah...pasal asyik kasi Selangor menang!!!

Tapi bila dia menyarung jersi Malaysia..aku 100% support!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2008 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 27-4-2008 09:55 AM
Kalau masa Piala Malaysia, aku cukup benci arwah...pasal asyik kasi Selangor menang!!!

Tapi bila dia menyarung jersi Malaysia..aku 100% support!!


gs... ni mesti BUKAN orang selangor ni....  

tapi yang masuk akhir sokmo selangor dgn singapore aje -
mokhtar and chin aun vs samad alla pitchay and fandi ahmad

ada sekali 1977 - penang tetiba menang
masa ada isa bakar (dia skipper masa tu kalau tak silap)

and then pahang pun pernah menang sebab zainal abidin
hassan  pindah pahang -

boleh check sejarah piala malaysia - i might be mistaken -
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 03:50 PM | Show all posts

Reply #16 cronicle86's post

1)disiplin
2)humble
3)bukn jenis kaki ppuan
4)skill tggi
5)tndgn kncg
6)agresif tp bersih
7)di segani lawan dan di hormati kawan
8)patriotik
9)pyayang
10)pmurah



pendiam -
kalau ada ramai2 kat majlis - dia tak akan tonjolkan diri
lebih banyak memerhati - tapi tak pula sombong jika
orang senyum or sapa -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 05:59 PM | Show all posts

Reply #19 dexa's post

tol gak ek..
die mcm pndiam je kat majlis kn..
muke die pon garang..
die pnh blkon mekanik kn..
pakai baju masia kuning..
kena than polis..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 06:47 PM | Show all posts
ader lg story yg menarik x pasal arwah...??
kite pong tertarik nk tau lebih lnjut...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 08:53 PM | Show all posts

Reply #18 dexa's post

Pembetulan .Tahun 1977 Singapura juara kalahkan Penang 3-2.
Gol Penang Isa Bakar dan Ali Bakar score , Singapore aku tak ingat pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 09:44 PM | Show all posts
isa bakar ni yg cam hulk hogan tu ek..
hebat jgk die ni..
sorg agy yg hbat..
syed ahmad..lari berdesung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 09:46 PM | Show all posts

Reply #21 CheQ's post

ada sorg bekas kepper masia tym jaman Arwah lu..
nama ape ye..lupe la..
die pnh ckp kat TV1 lu..
masa die tgkp bola ground arwah..
die dapat rasa kn bola tu msih ada tenaga..
fuhhh..leh bygkn btapa padunyer shooting arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 10:13 PM | Show all posts
Kelebihan arwah jangan bagi dia shooting, selalunya GOL
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by cronicle86 at 27-4-2008 09:44 PM
isa bakar ni yg cam hulk hogan tu ek..
hebat jgk die ni..
sorg agy yg hbat..
syed ahmad..lari berdesung..


Isa Bakar ni karekter dia best..sebelum dia main dia "tanney" dulu, itu yang dia boleh cergas lari ke hulu ke hilir.
itu cerita dulu la masa tengah zaman jahiliyah.
kombinasi dia dengan Mokhtar yang terbaik adalah pada Pestabola Merdeka 1976, Malaysia juara kalahkan Jepun 2-0.
kedua dua gol Mokhtar score. Masa perlawanan pembukaan Malaysia menang 2-1 dengan Korea Selatan  Isa Bakar dan
Mokhtar score masing masing satu gol. Skuad Korea dan Jepun masa tu adalah skuad utama Negara mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by matjawasp at 27-4-2008 08:53 PM
Pembetulan .Tahun 1977 Singapura juara kalahkan Penang 3-2.
Gol Penang Isa Bakar dan Ali Bakar score , Singapore aku tak ingat pulak.



eh betul kats matjawasp  ni - thanks ye   --
baru saya teringat - i wanna mentioned
selangor GAGAL masuk final -
instead  first time - penang vs singapore -

isa bakar played with selangor before that  before
joined penang with his brother ali -

thanks  matjawasp -

gol singapore tu - ntah2 dollah kassim - dia tu terror kan -
fandi dah main ke belum masa ni --
rasanya 1978 - fandi dah main untuk singapore -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by matjawasp at 27-4-2008 10:58 PM


Isa Bakar ni karekter dia best..sebelum dia main dia "tanney" dulu, itu yang dia boleh cergas lari ke hulu ke hilir.
itu cerita dulu la masa tengah zaman jahiliyah.
kombinasi dia dengan Mok ...



memang saya baca pun - isa / mokhtar gandingan hebat --

pakar tendangan sudut pula ialah  Abdullah Ali  yang pandai
buat  'inswinger' ---  kadang2 dari tendangan sudut aje
KABOOM.......bola swing in - masuk pusing camtu --

kalau salah matjawasp boleh betul kan saya ye -

isa bakar ni macam mamak - dia mamak ke?  misai dia macam
tebal tebal camtu --

oh btw  ramai pemain bolasepak Malaysia dulu  adik beradik kan?

isa bakar  -  ali bakar

khalid ali - zainal abidin hassan

yunus alif - abdah alif

ahh ada lagi saya  tak leh recall yang saya baca
nanti bila teringat saya akan post lagi

btw - rasanya macam 3-4 kali gak mokhtar kata nak retired -
bila dah retired - dia punya khidmat perlu lagi - so dia main balik
sampai betul2 dia retired 1986 tu - lepas selangor champion malaysia cup

muka dia memang nampak macam garang / bengis - tapi dia garang
kat padang aje  mokhtar ni --
my mom kenal dia sangat - kata, mokhtar ni - sangat berhemah orangnya -

sekolah dia bukan nya excellent sangat - okay aje - sebab dia minat bola lagi -
dia dapat masuk VI pun sebab skill dia main bola -- saya rasa la -

macam adik beradik sidek gak - razif  jalani  rashid  semua ex VI tapi tu semua
sebab depa terror  badminton -

eh banyak lak saya tulis ntah apa2 la ni --  apa2 pun -- no one can forget
super mokh -  dia tu legenda bola sepak  macam p ramlee legenda dalam bidang
entertainment -
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 11:54 PM | Show all posts

Reply #24 cronicle86's post

ada sorg bekas kepper masia tym jaman Arwah lu..
nama ape ye..lupe la..
die pnh ckp kat TV1 lu..
masa die tgkp bola ground arwah..
die dapat rasa kn bola tu msih ada tenaga..
fuhhh..leh bygkn btapa padunyer shooting arwah..



arumugam?   rashid hassan?  ong yu tiang? tapi not sure
if yu tiang ada masa zaman mokhtar or not -

anak ong yu tiang tu saya kenal - nicholas rasanya nama dia
good soccer player juga - bapanya dah meninggal -
aru  pun dah meninggal gak -  btw  aru tu tangan dia panjang
sebab tu dapat gelaran  spider man  -
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 12:08 AM | Show all posts
Arwah, M.Nasir dan Uji Rashid berguru dengan seorang Raden (yg mewarisi ilmu Wali 9)..raden ni bekas pegawai Polis PGA..

siapa2 yg dapat ijazah khas dari raden akan dapat ilmu bidang masing..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 12:57 AM | Show all posts

Reply #26 matjawasp's post

leh aku tau..tanney tu ape?
aku ngah buat2 paham ni ape die tanney tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081227 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list