CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Muntz

Kenapa banyak negara Islam mendiskriminasi wanita?

[Copy link]
f@uzi This user has been deleted
Post time 20-2-2007 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by mamuslim at 20-2-2007 12:01 AM
Assalamualaikum,
saya ni forumer baru. Tak berapa arif dalam posting posting ni. Dan kalau bahasa terkasar, sila maafkan.

Yang saya ingin mengatakan adalah bahawa saya adalah seorang wanita ...



Masalah tentang penyelarasan di mahkamah syariah yang tak sama setiap negeri ni dah banyak dibincangkan sehingga di pucuk tertinggi... tapi sehingga kini tiada penyelesaiannya... saya bersetuju akibat tak ada penyelerasan ni banyak kebocoran berlaku... ramai yang dapat melarikan diri.... malangnya yang ramai menjadi mangsa adalah perempuan... saya hanya mampu tumpang simpati... dan hanya mampu berdoa agar sistem perundangan Islam akan naik dan mengantikan sistem perundangan yang ada kini.... perundangan Islam adalah terbaik... tapi kita yang tak baik sebab gagal menjalankannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


f@uzi This user has been deleted
Post time 20-2-2007 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by ummi_nuur at 20-2-2007 08:22 AM
yup.. sedih dgr berita ni mlm td... wanita boleh hilang kewarasan dik iman yg tipis bila suami nk kawin lain... 'madu' benar2 sensitif...


Jika tekanan tidak terkawal begini le jadi nya... harap kini kesedaran mengawal tekanan diambil berat oleh setiap pihak terutama kerajaan... orang yang tertekan macam macam boleh buat... buktinya kes ni.... penyelesaian tekanan... gunakan agama Islam pada tempatnya... bukan hanya sekar melepaskan batuk ditangga....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by f@uzi at 20-2-2007 11:53 AM


Jika tekanan tidak terkawal begini le jadi nya... harap kini kesedaran mengawal tekanan diambil berat oleh setiap pihak terutama kerajaan... orang yang tertekan macam macam boleh buat... bukt ...



sheeeeshh ... kenapa pula kerajaan nak kena tanggung tekanan? kenapa tak dituntut pada suami tadi utk menangani isteri tadi? atau ahli2 keluarga yg lelakinya mana? pakat lari kawin lain saja ke?

kecewa aku rasa... isks...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 01:36 PM | Show all posts
benda2 mcm ni kene difahami oleh orang Islam supaya xkeliru antara tuntutan agama & adat bangsa.

barula orang kafir xmemandang Islam sebagai discriminating women.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:35 PM | Show all posts
bagaimana wanita boleh dilabelkan jahil untuk memahami hak sepertimana dlm tuntutan Islam
sedangkan ilmu ttg hak itu sendiri disembunyikan oleh pihak2 yang berkepentingan

dan kalau sekiranya ada wanita mahu memahami sesuai tuntutan syariat, melalui ilmu yg mana perlu diambil wahai kawan?

siapa yg dulu percaya bahawa tuntutan menuntut ilmu itu tidak diwajibkan ke atas wanita?


Saudari, jgn jdkan itu alasan utk menidakkan keperluan mendapatkan ilmu ttg hak & kepentingan muslimah dlm Islam.

Ilmu itu ada di mana2. Cuba rujuk dgn peguam syarie, paling tidak pun ustazah yg dikenali. Mustahil seorg wanita yg berpendidikan tinggi dgn akses kpd ilmu agama masih nak menggunakn alasan yg tak lg relevan di zmn ini.

Kenalilah apa itu fasakh, taklid, khuluq. Kenalilah keperibadian & hak wanita muslim. Sumber terdekat, Al-Quran & Sunnah. Jawapannya ada di di situ.

Jgn jdkan apa jua alasan sbg penghalang wanita menuntuk yg hak sebagaimana yg dijanjikan oleh Islam.

Malah kini sumber internet turut ada.

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:40 PM | Show all posts
Yang saya ingin mengatakan adalah bahawa saya adalah seorang wanita yang sedang dirundung malang oleh sistem Mahkamah Syariah di Malaysia, terutamanya di kelantan. Hakim hakim disini semuanya tidak peka terhadap permasaalahan wanita. Mereka senantiasa tidak adil terhadap wanita. Tidak keterlaluan kalau saya katakan sistem implementasi Syariah di Mahkamah kelantan adalah zalim terhadap wanita.


Inilah kelemahan yg seWAJIBnya diselesaikan sejak dulu lg. Bukan sekadar Kelantan, malah negeri lain pun hampir sama. Undang2 syariah tertaklu pd negeri masin2 tanpa penyeragaman. Itu yg haru biru.

Dahulu pernah timbul soal penyeragaman undang2 syariah. Kertas kerja dah siap, tapi takde implementasi.

Sebaik2nya saudari merujuk pakar syarie, ambil masa mengenali hak2 saudari sebgaimana yg dituntut dlm syarak. Wanita yg berilmu takkan mudah diperlekeh!

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2007 11:10 PM | Show all posts
Undang undang syariah seolah membolehkan seorang isteri untuk mendapatkan talaq melalui 4 cara, iaitu
i)        s 47, iaitu permohonan talaq melalui Mahkamah,
ii)        s 49, iaitu melalui khulu,
iii)        s 50 melalui taklik, atau
iv)        s 52 secara fasakh.
Namun, secara praktiknya, ianya bukan semudah itu untuk mendapatkan talaq oleh isteri. Kuasa tetap ditangan suami.
S 47 membutirkan langkah langkah yang harus diambil oleh si-isteri.
1. Isteri haruslah mengemukakan pemfailan permohonan perceraian (s 47(1),
2. Dan sekiranya suami enggan menjatuhkan talaq (s 47(5)), maka, Mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai, dan
3. Jika Jawatankuasa Pendamai gagal bersetuju atau sepakat, maka s 47(8), Mahkamah boleh melantik jawatankuasa lain.
4. Dan sekiranya suami masih enggan menjatuhkan talaq s 47(14), maka Mahkamah harus merujuk kes itu kepada Hakam (s 48).
5.Sekiranya suami masih enggan memberikan talaq, maka  Hakam tidak akan dapat bersetuju, maka Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain s 48(6). Dan ini akan berterusan, kerana talaq tetap ditangan suami.
Walaupun Akta undang keluarga WP menetapkan bahawa kes harus diselesaikan dalam masa 6 bulan setelah perlantikan Jawatankuasa Pendamai, namun, ianya boleh ditangguhkan dan AUKIWP tidak menetapkan selama mana penangguhan itu boleh diteruskan.
Mahkamah secara amnya tidak akan memaksa talaq itu gugur kerana khuatir mereka menjadi penyebab keruntuhan rumahtangga, walaupun, si isteri terpaksa menelan umur kerana jangkamasa untuk mendapatkan Perintah sebegini mengambil masa sehingga bertahun tahun lamanya walaupun isteri sudah mengemukakan alasan yang baik. Namun, isteri tidak akan dapat berjaya melalui proses sebegini sekiranya suami berdegil enggan menjatuhkan talaq.
Dalam al Quran, adalah jelas sepatutnya, seorang isteri juga berhak menceraikan suaminya, iaitu melalui Khulu', bilamana seseorang wanita yang tidak suka terhadap suaminya boleh menebus dirinya, yaitu dengan mengembalikan maskawin yang pernah ia terima atau pemberian lainnya.

Ini adalah adil kerana suaminya telah membayar maskahwin dan juga bertanggungan, jadi jika isteri itu cenderung menuntut cerai dan merosakkan mahligai rumah tangga, maka isteri harus membayar suatu penebusan. Perkataan 損enebusan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 11:25 PM | Show all posts
Sy kini lbh faham masalah saudari. MasyaAllah, hukum yg terang jelas dari Sunnah & Kitabullah, menjadi penuh kerumitan bila diterjemah dlm versi Syariah Kelnatan (malah negeri lain).

Sudahkah saudari & peguam saudari menegak keadilan atau cuba merujuk ke mahkamah yg lain?

Sy cukup risau sekiranya inilah yg melanda ribuan wanita Muslimah yg lain menuntut keadilan di Malaysia.

Kemukakan permasalahan saudari ke media massa mahupun mungkin ke pucuk pimpinan negeri / negara dlm apa jua medium.

Moga Allah meringankan halangan yg saudari hadapi.

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 01:58 AM | Show all posts

Reply #48 Robotech's post

terima kasih atas doa... semoga semua wanita akan dapat membebaskan diri daripada di belenggu oleh prejudis kaum lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 07:22 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Teman ada SATU soklan sahaja.

Sila beritahu negara Islam yg mana kah yg mendiskriminasikan wanita??

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by mamuslim at 22-2-2007 01:58 AM
terima kasih atas doa... semoga semua wanita akan dapat membebaskan diri daripada di belenggu oleh prejudis kaum lelaki


Assalamualaikum mamuslim,

Miker mempunyai masaalah dan miker telah menjawab nya.

Miker sepatut nya mengetahui TUJUAN Akta dan Undang2 itu di adakan.
Kenapa ia begitu sukar dan laluan utk mendapat menceraian agak susah.???

Dari pendapatan teman yg mencukupi ini, teman melihat segala AKTA dan UNDANG UNDANG yg sedia ada....adalah untuk MEMBANTU KAUM WANITA.
Seperti yg telah termaktub di dalam Hadis n Al Quran.
Manusia di bahagikan kpd 2 jenis.
Lelaki dan wanita, dan mereka di beri kelebihan dan kekurangan.

Tetapi ada juga KES KES yg ISOLATED.

Di dalam hal tersebut, Pihak Mahkamah sepatut nya membuat EDISI SIASAT dgn segera.
SEbab ini melibatkan PERASAAN/HATI dan juga KEHIDUPAN bbrp individu. (isteri/suami dan anak anak)
Pegawai di Pejabat Agama ataupun di Mahkamah Syariah perlu di tambah.
Dan SIAPA kah yg mempunyai KUASA utk membuat penambahan ini??

Adakah ISLAM ataupun Pemerintah???

Bagi teman secara peribadi.............mudah sahaja.

Kalau pasangan sudah tidak bley idup seghumah, lepaskan lah secara BAIK.
Tidak perlu menyiksa deme.

Mungkin mereka sudah ada CALON yg lebey sesuai?
Mungkin juga mereka di siksa zahir n bathin olih suami sekarang?

Sebab itu.....BUKTI perlu ada utk meminta penceraian.

Pihak suami yg ENGGAN menceraikan isteri nya kerana bbrp sebab.
1. malu/ego
2. harta
3. anak
4. kurang ilmu agama

SEbab itu, nasihat teman kpd bakal isteri.......Cari lah suami yg ada AGAMA!!!

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 08:47 AM | Show all posts
nak komen juga nie....pada semua..aku just nak pesan...Jgn terus percaya kepada documentary or news kat media. Kalau x caya...cuba baca media seluruh dunia...semua cerita dan opinion berbeza.
Org. Malaysia nie sikit2 nak salahkan org lain.

Cuba lerr buka minda ....kat Barat pun most of muslim x ditindas...even ada muslim school..yg di sponsor oleh goverment lagi. Bila ada few western peoples does't like muslims...terus other muslim jadikan kes besar.
Actually kita sendiri..yg muslim nie pun..ramai yg fake dan x suka kepada  non muslim.
So renunglah bersama.....  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:20 AM | Show all posts
sebab2 ade diskriminasi terhadap wanita di negara Islam..satu wanita tu sendiri tak mau menuntut ilmu lebih2 lagi ilmu yang tertulis dalam Al quran, dah la orang perempuan ni lemah secara fizikal,mental pun dilemahkan jugak...satu lagi orang lelaki pulak mengambil kesempatan atas kejahilan dan kelemahan org perempuan ni sebab nafsu dah menguasai diri..yang paling lemah ialah orang yang tak dapt mengawal nafsunya sendiri.. iaitu merujuk kepada kita semua la kan...nafsu pun tak bleh lawan apatah lg hasutan syaitan iblis... inilah manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:24 AM | Show all posts
waalaikumsalam... nampaknya NiceGhost mempunyai masaalah menerima kenyataan? TIdakkah NiceGhost pernah mendengar kes kes dimana suami selalu mendera isteri secara fizikal dan mental dan ianya berterusan kerana isteri tidak dapat mengambil tindakan? Suami hanya tidak perlu hadir ke Mahkamah...

Saya bukan sahaja menghadapinya secara peribadi tetapi juga mempunyai terlalu banyak pengalaman dengan kes kes yang saya sedang membantu utk menyelesaikan.  Jadi, ya, saya ada bukti bukti yang nyata...

Bukan semua suami akan melepaskan isterinya.. ego dan juga dendam akan menghalang suami daripada perfikiran seperti NiceGhost. Untunglah kalau isteri mendapat suami macam NiceGhost yang akan melepaskan isterinya bila isteri mau dilepaskan dan dibebaskan oleh belenggu suami ...

Suami yang mendera isterinya TIDAK AKAN menceraikan isterinya kerana mungkin hilanglah tempat untuk dia menunjjukan kuasa suami....
Cuba bayangkan NiceGhost ni suami itu, adakah Niceghost akan melepaskan isteri dgn senang begitu?

Masaalah sekarang ialah kebanyakan mentaliiti hakim dimahkamah syariah yang TIDAK mahu membantu isteri. Mereka menghendakki bukti bukti yang nyata bahawa isteri di dera iaitu membawa 2 orang saksi lelaki yang menyaksikan penderaan itu. Fikirkanlah dimana lojik kerana suami mana yang akan mendera isterinya dihadapan 2 org saksi lelaki? Mestilah saksi saksi itu akan menghalang? Biasanya penderaan akan dilakukan tanpa sesiapa yg melihat...
Isteri boleh membuat lapuran polis dan kemudian pergi ke Hospital... tetapi fakta akan membuktikan bahawa Pihak Polis akan letakkan kes ini sebagai "Masaalah Rumahtangga" dan akan menandanya dengan tindakan "RTM" atau Refer to Magistrate" iaitu, tiada tindakan lanjut. Biasanya wanita wanita ini akan dinasihati supaya balik dan bersabarlah dan berdoa banyak banyak... INILAH HAKIKATNYA... mungkin dunia NiceGhost lain daripada dunia yg kami tinggal?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:32 AM | Show all posts
kes Sheila Majid, dimana Roslan  memukul SHeila...
Kes anak Tun Hussein yg kahwin dgn dr mualaf, yang masih lagi dalam mahkamah tidak dapat diselesaikan. Dr sudahpun bernikah lain, tetapi perceraian dgn isteri pertama belum diselesaikan walaupun sudah 3 tahun.
Kes Aida Melly mengambil masa 7 tahun.
Kes Senator perempuan tu.
dan byk lagi...
kes kes ini melibatkan orang yang famous, apa lagi yang mak cik mak cik kat kampung yang tidak dilapurkan ke akhbar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by mamuslim at 22-2-2007 09:24 AM
waalaikumsalam... nampaknya NiceGhost mempunyai masaalah menerima kenyataan? TIdakkah NiceGhost pernah mendengar kes kes dimana suami selalu mendera isteri secara fizikal dan mental dan ianya ber ...


Assalamualaikum mamuslim,

TEman tidak ada masaalah utk menerima KENYATAAN.

Tetapi utk MENUDUH bahawa HAKIM dan Mahkamah tidak menyebelahi Pihak Om Pompuan, adalah satu tuduhan yg berat. Mamuslim
Seperti yg di tulis olih miker sendiri.

Hakim dan Mahkamah terpaksa mengikuti AKTA/UNDANG yg telah di luluskan olih KERA-jaan.

Dan siapakah KERA-jaan ini?
Mereka adalah ADUNs dan juga MPs dari Partai yg Memerintah.
Deme juga di kenali sebagai LAW MAKERs.

Deme juga lah yg memperkenalkan Hukuman Denda RM300 sekira nya berzina!!!

So, MARAH lah kpd mereka ini............bukan kpd Hakim ataupun Mahkamah Syariah ataupun Agama Islam.(termasuk yg mencipta Agama Islam iaitu Allah swt serta Pemimpin Islam iaitu RAsulullah saw)
Hakim dan juga Pentadbir Agama(Kadhi) hanya menjalankan tugas mengikut undang2 yg telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia Isle HADHARI.

Kalau Mahkamah Syariah tidak ada koser utk memaksa Si Suami hadir ke mahkamah, miker buat ler kempen.....minta KERA-jaan kasi KOSER lebey kpd Mahkamah Syariah spt mana yg ada pada Mahkamah Sivil.
Bukan dgn mengutuk or menghina Hakim ataupun Islam

SEtakat ini...........alhamdullilah.
Beberapa kawan teman............di beri Allah jalan yg mudah utk meminta cerai dari suami deme.

Wsalam

[ Last edited by  niceghost2005 at 22-2-2007 08:21 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 07:13 AM | Show all posts

Reply #56 niceghost2005's post

macam ni le contoh lelaki yang menindas perempuan..
dah tahu perempuan tertindas org lain yang disalahkan bukan diri sendiri..
kalau dah tahu orang lain yang yang salah kenapa tak cuba perbetulkan?
cari ilmu banyak2 ke keje sungguh2 ke supaya dapat jd pemimpin dan dapatle nanti membantu orang2 pompuan yang tertindas ni... ni tidak, duk salahkan org lain je tau..
padahal diri sendiri tu lemah tak dapat buat ape2.. name je lelaki tp lemah..
lelaki macam ni ke nak membela nasib perempuan? maybe lelaki camni la yang duk menindas kaum perrempuan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 03:32 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 22-2-2007 08:19 PM
Deme juga lah yg memperkenalkan Hukuman Denda RM300 sekira nya berzina!!!


...


NiceGhost diminta jangan berikan fakta palsu.. mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah WP 1997, s 23, kesalahan ZINA dendanya adalah tidak melebihi  RM5,000 atau dipenjarakan 3 tahun atau disebat 6 sebatan atau mana mana kombinasi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 03:38 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 22-2-2007 08:19 PM

Hakim dan Mahkamah terpaksa mengikuti AKTA/UNDANG yg telah di luluskan olih KERA-jaan.

Dan siapakah KERA-jaan ini?

Mereka adalah ADUNs dan juga MPs dari Partai yg Memerintah.
Deme juga di kenali sebagai LAW MAKERs.

. ...


Niceghost Sedar tak bahawa segala undang undang mengenai Islam adalah digubal oleh Negeri negeri dan Bukan kerajaan pusat, melainkan Wilayah Persekutuan. Ini bermakna, kalau PAS memerintah Kelantan, maka undang2 jenayah syariah Kelantan digubal oleh kerajaan PAS...
Maka, hakim dan mahkamah mengikuti undang2 PAS dikelantan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 11:25 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 5-11-2006 03:42 PM


mmg dia tunjuk betul. perempuan tu kena korek dua2 biji mata, kena potong telinga, kena kerat hidung. kalau ko tengok mmg ngeri giler lah. aku pun tak sanggup tengok. tak silap aku kat discov ...


Hhhmmmm.....kalu btul pun kan...Kite tak bleh mudah percaya...Especially kalu rancangan tu org bukan Islam yg buat,...dah tu buat tentang Islam atau kehidupan masyarakat Islam!!...Lagi la tak bleh nak percaya...Fakta2 or info die org tuh!!....

Mana tau..mungkin disebalik name Discovery Channel ke ape ntah....ialah org Orientalis....So tau2 jer la niat sebenar die org buat rancangan2 mcm ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.157286 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list