CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlina697

Bowling

[Copy link]
Post time 24-1-2011 04:36 PM | Show all posts
Reply 1480# md.jie

md.jie...kalu berat sikit lagi bagus ke impak dia?
slalu main kat mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 08:47 AM | Show all posts
lg berat lg bagus impak nya, sbb deflection bola kureng... sy min area utara tanahair ja
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 05:44 PM | Show all posts
Salam semua

ASB Kajang ni kat mana ya?ni Hugo dulu ke? lama x membowling...Bag 3 bola dah mengumpul sawang..Bola Dynothane Things Return pun dah x in production..Kasut SST6 masih dalam bag dah setahun x kluar kan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 05:45 PM | Show all posts
Ni posting saya yg dah berumur 4-5 thn so ada yg mungkin dah outdated

Back To Basic Bowling

    Ni notes yang saya tulis 4 years ago for one of the coaching clinic organised by me at Pertama Bowl at Pertama Complex.

    ==========================================
    Pengenalan

    Sukan Bowling semakin mendapat tempat dikalangan orang Malaysia. Semakin banyak pusat-pusat bowling yang di dirikan di seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Kelang dimana terdapat berpuluh pusat bowling yang di kunjungi ribuan bowlers setiap hari.

    Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membantu anda mengenali sukan bowling dengan lebih dekat. Adalah diharapakan dengan memahami maklumat-maklumat asas bowling ini akan menarik minat anda untuk lebih menceburi diri dalam sukan bowling

    Sukan Bowling

    Sukan bowling ini bukan lah sukar untuk dipelajari jika anda ada kawan-kawan ataupun jurulatih yang sudi menagajar anda. Dengan menggunakan kawan-kawan ataupun jurulatih anda akan cepat memahami teknik-teknik yang betul dalam bermain dalam bowling. Jika anda cuma belajar secara bersendirian tanpa bantuan dari kawan-kawan yang lebih mahir adalah dikuatiri anda akan cepat jemu apabila anda dapati markah anda asyik rendah dan bola yang anda baling asyik masuk ke longkang.

    Dalam sukan bowling, tujuan anda ialah untuk menjatuhkan kesemua sepuluh pin yang terletak dihujung lorong yang sepanjang 18.3 meter dengan menggunakan bola bowling yang mempunyai berat yang berbeza-beza.

    Setiap pemain mempunyai dua peluang untuk menjatuhkan kesepuluh pin tersebut dan ianya di panggil frame . Markah akan bergantung kepada jatuhan yang mungkin :-

    i) Strike – Jika anda dapat menjatuhkan kesemua sepuluh pin tersebut dengan sekali balingan maka anda dikatakan telah membuat strike.

    ii) Spare – Jika anda cuma dapat menjatuhkan kesepuluh pin dengan dua balingan maka anda telah membuat spare.

    iii) Open – Jika setelah dua balingan masih ada lagi pin yang belum jatuh maka anda telah membuat open frame.

    Setiap game anda akan bermain sebanyak 10 frame. Bagaimanapun jika anda mendapat spare pada frame yang kesepuluh(frame terakhir) anda akan mendapat satu balingan bonus. Manakala jika anda mendapat strike pada frame kesepuluh maka anda akan diberi dua balingan bonus.Pemain yang dapat menjatuhkan jumlah pin yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

    Bola Bowling


    Kesemua bola bowling mempunyai diameter 29.6 cm dan mempunyai berat dari 6lb sehinggalah ke berat maksima yang dibenarkan iaitu 16lb.

    Terdapat pelbagai jenis Jenama bola bowling yang terdapat dipasaran dan kebanyakan nya dibuat di USA. Antara jenama bola yang terkemuka di Malaysia ialah:-

    i) Storm
    ii) Columbia
    iii) Brunswick
    iv) Ebonite
    v) Track
    vi) AMF
    vii) Dyno Thane
    viii) Morich


    Jenis-jenis bola yang terdapat dipasaran juga biasanya diklasifikasikan lagi mengikut jenis material yang digunakan dalam pembuatan bola tersebut:-



    i) Plastik/Polyester – Bola ini dibuat dari polyester dan biasanya di Malaysia dipanggil sebagai Bola Plastik dan mula diperkenalkan sejak tahun 1960’an. Bola jenis ini lebih kos efektif jika dibandingkan dengan jenis bola yang lain dan lebih tahan lama. Ianya lebih tahan lama oleh kerana permukaannya yang lebih keras dan kurang geseran. Sifat ‘kurang geseran’ bola ini menyebabkan bola ini kurang tergelincir(skid) dan bola ini akan pergi lebih lurus.

    Ianya sesuai untuk mereka yang baru menceburi sukan bowling oleh kerana harganya yang berpatutan. Bola polyester yang baru boleh dibeli pada harga sekitar RM180-RM220. Bola polyester ini juga digunakan oleh pemain ‘hook’ sebagai bola spare oleh kerana sifat bola itu yang kurang melencung (hook)



    ii) Urethane – Dalam usaha untuk menghasilkan bola yang lebih baik, pembuat bola bowling pada penghujung 1970’an telah mencuba untuk menghasilkan bola yang dibuat dari material polyurethane untuk menghasilkan lebih hook. Oleh kerana urethane ini lebih lembut dari polyester maka ia akan lebih tergelincir(skid) dan akan lebih hook.

    Permukaan bola ini boleh di licinkan(sanded) dan dikilatkan(polished) untuk menambah atau mengurangkan hook. Bola urethane lebih disukai oleh mereka yang baru belajar main hook. Ianya juga sesuai untuk digunakan di lorong yang kurang berminyak(light-oiled lane)

    iii) Reactive – Pada awal 1990’an pengeluar bola bowling mula menambah resin particle kepada bola urethane.Resin ini membuat bola ini lebih hook dari bola urethane. Bagaimanapun bola jenis ini akan lebih tergelincir dalam minyak jka dibandingkan dengan bola urethane.Kombinasi faktor bola ini lebih tergelincir dan lebih geseran membuatkan bola jenis ini lebih hook dan lebih impak keatas pin jika dibanding dengan bola2 jenis lain sebelumnya.Oleh itu resin reactive ini disukai oleh pemain yang sudah mahir untuk digunakan dalam semua jenis keadaan lorong.

    iv) Particle – Oleh kerana bola urethane mendapat sambutan, pengeluar bola membuat keputusan untuk menambah partikel seperti seramik dan kaca untuk menambah kemampuan bola.Penambahan partikel telah menambah geseran bola dan memberi lebih cengkaman bola dalam minyak untuk memberi hook yang lebih mudah dikawal dan lebih sempurna. Potensi hook (hook potential) untuk bola partikel adalah lebih tinggi dari bola-bola jenis lain. Oleh kerana bola jenis particle adalah lebih agresif kebanyakan bola particle digunakan dalam keadaan lorong yang berminyak sahaja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 05:46 PM | Show all posts
Hook - Bagaimana nak adjust game #1

Untuk mereka yang main hook berikut adalah beberapa teknik yang saya pelajari untuk menukarkan game kita supaya dapat strike or bola masuk pocket:-

i) Ubah tempat berdiri - Untuk memastikan yang teknik ini berkesan pastikan anda berdiri ditempat yang sama semasa mula2 membaling bola. Kalau macam saya kaki sebelah kanan saya akan berada di sebelah kiri dot tengah.Mana2 bowling alley yang saya pergi saya akan mulakan ditempat yang sama. Setelah berdiri di tempat yang betul saya akan baling ikut target biasa saya iaitu arrow 3 dari kanan.Semasa membuat balingan saya akan pastikan yang saya membaling tepat ke arrow tersebut dan kemudian melihat bagaimana bola itu hook ke pin.Jika bola saya pergi kearah pocket kiri iaitu pocket 1-2 (brooklyn) maka saya akan ubahkan tempat saya satu board ke kiri.

Sebaliknya jika saya lihat bola saya kurang masuk pocket atau agak light pocket maka saya akan ubahkan tempat saya berdiri satu board ke kanan.Jika banyak sangat x masuk saya akan ubah kan dua board ke kanan.

Anda perlu ingat yang kadang2 lane akan berubah dan anda perlu mengubah semula kedudukan tempat anda berdiri.Kelewatan anda menukar tempat berdiri akan membuatkan pencapaian anda merosot.

Kadang2 saya sendiri agak lambat dan degil nak menukar posisi saya walaupun keadaan lane sudah berubah sebab kadang2 kita pikirkan ianya disebabkan cara balingan kita dan bukan disebabkan perubahan dalam lane.

Oleh itu amat penting anda selalu melihat bagaimana bola anda bergerak diatas lane setelah anda membuat balingan.Anda perlu ingat bahawa bermain secara hook amat teknikal dan anda perlu senantiasa peka dengan perubahan kepada lane dan bola anda.Disamping anda melihat reaksi bola anda, anda juga boleh melihat reaksi bola org lain yang main hook di lane yang sama untuk anda cepat2 membuat perubahan kepada tempat berdiri anda.

Menukar tempat anda berdiri adalah perubahan yang paling mudah untuk meningkat kan tahap permainan anda.Bagaimanapun ini bukan lah satu2nya cara untuk meningkat kan permainanan sebab kadang2 anda akan berhadapan dengan situasi dimana anda masih tidak dapat mencari pocket walaupun sudah menukar posisi tempat anda berdiri.Bila ini berlaku maka anda kenalah melakukan perubahan dalam faktor2 lain pula.

Biasanya di lane2 yang agak kering seperti di Mines dan South City Plaza anda akan lihat bola anda akan hook terlalu banyak dan selalu tersasar ke pin 2 atau 4 dan kadang2 ke pin 7.Lebih mengecewakan kalau bola terus kelongkang.Jika di Mines saya akan mengubahkan posisi saya berdiri 4/5 board ke kiri dan masih menggunakan arrow 3 dari kanan sebagai target.Bagaimanapun oleh kerana anda sekarang berdiri jauh dari target anda maka ada ketikanya anda dapati tangan anda terbuka(mengepak) dan bola terlalu kekanan dan ada juga terus ke longkang disebelah kanan. Ini bermakna ruang untuk kesilapan adalah amat kecil(small margin of error) dan anda kena menumpukan sepenuh perhatian supaya anda tidak tersasar dari target anda.Tumpukan sepenuh perhatian anda pada arrow target anda dan untuk lebih accurate gunakan dot yang lebih hampir dengan foul line.Saya selalunya gunakan board diatas dot yg sama sebagai target saya untuk lebih accurate.Jangan gunakan pin sebagai target oleh kerana pin adalah jauh dari foul line dan tidak sesuai digunakan sebagai target.

Pastikan juga setelah selepas setiap balingan anda tengok dimana bola anda jatuh untuk memastikan targeting anda itu tepat dan tangan anda tidak mengepak.Jangan campak bola anda kerana walaupun bola jatuh atas arrow/dot target anda kemungkinan bola akan lari dari target.Untuk tidak menghempas/mencampak bola tundukkan dan rendah kan badan anda semasa anda membuat balingan (delivery)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 11:51 PM | Show all posts
Reply 1485# cikgutuition


    makasih cikgutuition...!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2011 03:16 AM | Show all posts
nape thread bowling nih bnyk borak2 , bleh x sape2 update psl pertandingan bowling yg profesional. bnyk rs nye, tp dah bnyk i miss.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 02:47 PM | Show all posts
Reply 1486# karambunai


    Sama-sama

   Tq for the credits also..leh tukar ke bola bowling x? Bila Cari nak buat bowling tournament ni? he he Saya dah lama x main bowlingni..dah lebih setahun x pegang bola bowling ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 10:22 PM | Show all posts
Reply 1483# cikgutuition


    ASB Kajang dekat Metropoint Kajang aras 3 iaitu berhadapan dengan Kajang High School, Kalau dari balai polis Kajang menghala ke Semenyih selepas Hospital Kajang sebelah kanan jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:38 PM | Show all posts


15/4/11 Practice ASB Kajang lane 10, top score 223, average 171/ 6 game..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 11:39 AM | Show all posts
salam semua, saya bru kt sini.
sapa2 tau harga bola Brunswick Slingshot? kt proshop mana yg ada stok.
nk survey2 harga dlu bru angkat, tq.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 03:51 PM | Show all posts
Dua hari lepas pegi endah parade igt nk angkat Slingshot (nk cari bola utk medium to dry lane),
last2 org proshop to rekemen soh amik brunswick KARMA, so kena up la sket budjet...
apapon bola tu mmg best, cuma cara aku main jer blom brapa nk beh lg, sebab tak konsisten, hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 01:55 PM | Show all posts
ai...sy baru disini...sy nak tanya pada kwn2..sy nak cari bola size 9lb, reactive (sy main straight ball je)...ada ker?dah 2 kedai area ipoh sy pergi...dua2 xde...nak tanya pada kwn2 disini yg terer & bnyk ilmu blh share n blh tlg sy....btw, ada satu kedai tu suh sy ambil yg 10lbs, tp sy xnk tergesa2, baik tanya pendapat yg pakar dulu...n dia ckp, lama2 sy akan selesa jugak ngan bola 10lbs tu..blh tlg sy?tq
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 02:33 PM | Show all posts
tips nak score banyak senang je tu......


























kasi STRIKE la! Confirm dapat high score!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 08:14 PM | Show all posts
Reply 1476# apaizul


   bro selalu main kat wangsa walk ke boleh la join sebab saya selalu main kat sana tapi tak ada geng.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 08:33 PM | Show all posts
Reply 1398# naspek


   nak join main jom la main kat wangsa walk pm me pleasee.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2011 12:56 AM | Show all posts
Hi kekawan bowler, nk cari member kaki boling nih, jom kita men kt endah parade besok atau ahad nih, jom jom jom!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 12:57 AM | Show all posts
Hi kekawan bowler, nk cari member kaki boling nih, jom kita men kt endah parade besok atau ahad nih, ...
mrsnake Post at 18-6-2011 12:56 AM



    bowler2 semua tah kemana.. keep shouting la.. mana tau tetibe datang bowler2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 05:36 PM | Show all posts
bowler2 semua tah kemana.. keep shouting la.. mana tau tetibe datang bowler2..
karambunai Post at 18-6-2011 00:57



   
hii karam, nk tnye ade x update psl canon open aritu kt sni or kt thread lain yg i x tau

mcm kt thread badmiton, dorg pn bynk borak2 but at the same time de ols keep updating kejohanan2 yg berlangsung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 09:52 AM | Show all posts
dah dekat 2 taun tak memboling...
bola dgn kasut dah nak reput dlm stor....bila la nak mula main balik...
rindu lak bila tengok piala2/medal2 masa zaman2 kegemilangan aku dulu... sampai tak muat satu almari besar dgn piala......setiap kali turun tonomen...mesti bawa balik piala...
hmm.. boleh ka aku mengulangi zaman2 itu.......mungkin tidak... dah tua...hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.160066 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list