CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63158|Reply: 274

Daulat Raja, Betul atau Mitos?

[Copy link]
Post time 23-11-2006 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Kalau kita baca dalam buku-buku sejarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2006 04:01 PM | Show all posts
Sejarah Laksamana Bentan sangat terkenal di dalam sejarah melayu dan pastinya tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penubuhan tanah melayu di mana-mana.Laksamana Bentan atau nama sebenarnya, Megat Seri Rama berasal dari Kepulauan Riau yang juga dikenali sebagai Pulau Bentan..

Apabila menyebut sahaja Laksamana Bentan, orang sering mengaitkan dengan kehandalan beliau. Begitulah rapatnya hubungan hubungan tokoh ini dengan sejarah Kota Tinggi. Beliau dilantik menjadi Laksamana semasa pemerintahan Sultan Mahmud yang dikenali sebagai "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang". Ketika itu ibu negeri empayar Johor adalah Kota Tinggi. Setelah itu Laksamana Bentan pun berkahwin dengan Dang Anum.

Seperti yang dikatakan, Laksamana Bentan merupakan laksamana yang dipercayai kehandalannya oleh ramai, terutama Sultan Mahmud. Oleh itu beliau telah di beri tanggungjawab untuk menjalankan satu kerja iaitu untuk membanteras kegiatan lanun-lanun di Kuala Sungai Johor yang ketika itu kegiatannya amat , merebak.

Sebagai seorang pahlawan yang setia kepada rajanya, Laksamana Bentan tidak pernah menderhaka atau membantah akan perintah raja. Begitu juga dengan arahan raja agar beliau belayar selama tiga bulan untuk membanteras kegiatan perlanunan.

Pemergian beliau inilah yang menjadi titik permulaan kepada suatu kisah tragis yang akhirnya membawa kepada kematian dan wujudnya penentangan seorang pahlawan yang setia kepada rajanya. Semasa ketiadaan Laksamana Bentan, Dang Anum yang sedang hamil selama tujuh bulan telah memakan seulas nangka kepunyaaan Sultan Mahmud.

Tindakan Dang Anum itu telah menimbulkan kemarahan kepada Sultan Mahmud lalu beliau telah menghukum Dang Anum dengan membelah perutnya.

Pulang sahajaLaksamana Bentan dari pelayaran, beliau mendapati isterinya tiada dan beliau bertanyakan kepada jiran-jirannya. Semuanya tidak mahu menceritakan hal yang sebenar. Akhirnya Laksamana Bentan telah mengetahui kisah sedih yang menimpa isterinya.

Disebabkan cintanya terhadap isterinya yang setia beliau telah bertekad untuk membalas dendam di atas kematian isterinya. Laksamana Bentan telah menikam Sultan Mahmud ketika sedang dijulang menuju kemasjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sultan Mahmud sempat mencampakkan keris itu dan terkena kaki Laksamana Bentan. Akhirnya kedua-duanya meninggal dunia.



dialog waktu tgh bergaduh, time baling keris tu;

"7 keturunan Laksamana tak boleh jejak kaki ke Kota Tinggi"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 04:06 PM | Show all posts
dan sumpahannya kalau di langgar (dari keturunan Laksamana Bentan)

akan muntah darah dan mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 05:19 PM | Show all posts
ni soalan SPM

SOALAN 7

Apakah maksud daulat?

Perkataan daulat berasal daripada perkatan Arab, iaitu `daulah'yang bererti kerajaan/negeri. Daulat jaga dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi seseorang sultan. Ia juga bererti kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah.

Huraikan kepentingan daulat?

Kepentingan daulat ialah:

i Sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan.

ii Sultan adalah tunggak untuk menyatupadukan rakyat.

iii Sultan akan mengamankan dan memakmurkan negeri.

iv Rakyat mengikut dan menjalankan titah Sultan dengan taat setia dan sesiapa yang engkar dianggap menderhaka.

Bagaimanakah Sultan memperkukuhkan daulat?

Sultan memperkukuhkan daulat melalui penggunaan bahasa, bahasa yang digunakan oleh Sultan dan kerabat ialah `bahasa dalam'. Contoh : gering, titah, patik, santap, beradu dan sebagainya.

Sultan mengukuhkan daulat melalui hak istimewa raja. Contohnya melalui penggunaan:

-warna dan perhiasan rumah dan perahu.

- Payung berwarna putih digunakan untuk raja sahaja

- Anak raja dibenar menggunakan payung berwarna kuning

- Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir, hulasan bantal besar dan tilam."

Sultan mengukuhkan daulat dengan penggunaan alat kebesaran raja. Contohnya:

- Cop mohor menjadi lambang kuasa raja yang memerintah.

- Penggunaan alatan ketur, kipas, kendi dan tepak.

- Penggunaan beberapa jenis senjata seperti pedang, keris kerajaan, lembing, tombak berambu.

- Penggunaan payong ubur-ubur berwarna kuning.

Sultan mengukuhkan daulatnya memalui penggunaan peralatan nobat diraja, iaitu sejenis alatan muzik tradisional yang digunakan untuk upacara rasmi dan menandakan lambang kedaulatan kuasa dan kebesaran seseorang raja.

Sultan mengukuhkan daulatnya melalui konsep daulat derhaka, Raja menggunakan konsep ini untuk memastikan rakyat jelata tidak menderhaka.


link: http://www.geocities.com/Athens/Olympus/9443/bab_2.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 05:20 PM | Show all posts
Cerita Si Mahmud mangkat dijulang ni satu methos saja. Cerita ni telah diputar belitkan oleh para penulis sejarah kerana untuk menjaga nama baik Mahmud. Cerita sebenar yang berlaku kita boleh dapat dari pada pehak ketiga saperti pedagang-pedagang luar yang berkunjung kesitu diwaktu pemerintahan Mahmud. Beliau ialah perwaris tunggal yang mempunyi blood-line dari kesultan Melaka. Menuru cerita yang logik, Mahmud ni bujang dan tidak berkawin. Dia sungguh ganas dan bengis orangnya.

Pernah di tulis bahawa dia di hadiahkan  sepucuk pistol dari seorang pedagang dan untuk menguji pistol ni dia menembak cara rambang kapada rayaatnya untuk menguji kerberkesanan pistol itu.Pembunuhan rayaat yang tidak berdosa tu perkara biasa dalam kesultanan Melayu dari dulu lagi.

Dia juga suka berpoya dengan budak-budak laki-laki di dalam istana dan ini satu petanda yang dia suka membuat hubungan sejenis dengan laki-laki. Homusexsuaulity di kalangan pembesar dan kesultanan Melayu memang ujud ( Sila baca sejarah Majapahit....:pmuka::pmuka::pmuka. Trajedi berlaku apabila ia disabitkan dengan kes merogol salah seorang anak teruna pembesar di situ. Munkin anak laksemana. Laksamana telah datang keistana dan disitu Mahmud telah dibunuh dengan menggunakan tombak bukan ditikam sewaktu henda kemesjid....Amin:pray::pray:

Cerita daulat ni sengaja direka oleh pembesar dan pemgampu sultan untuk mempastikan rayaat biasa takut kapada kuasa gaib yang tidak ujud.
Thamrong is a republican.....Swadee....kap.:hmm::hmm:

[ Last edited by  thamrong at 23-11-2006 05:24 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 05:54 PM | Show all posts
Dia juga suka berpoya dengan budak-budak laki-laki di dalam istana dan ini satu petanda yang dia suka membuat hubungan sejenis dengan laki-laki. Homusexsuaulity di kalangan pembesar dan kesultanan Melayu memang ujud ( Sila baca sejarah Majapahit....).


Aaaah! Indulgence raja2 Majapahit memang "hebat".

Cerita daulat ni sengaja direka oleh pembesar dan pemgampu sultan untuk mempastikan rayaat biasa takut kapada kuasa gaib yang tidak ujud.


Bab daulat ni ada Hami bangkitkan dalam thread ttg sipolan yang menuntut sebagai keturunan Sultan Melaka. Rumusan Hami, perkataan ini agak di "over used" oleh orang2 tertentu ....mungkin kerana politik. Rata2 perkataan yang sama , "daulat "atau "daulah",yang di guna dalam bahasa Urdu, Hindi/Sanskrit, Arab, dan Hebrew mungkin, hanya ber makna kekayaan atau kerajaan. Disini, Hami rasa macam maknanya telah diperluaskan sehingga memasukkan kuasa gaib dll.

Contohnya, semasa Hami masih di sekolah menengah di Seremban dahulu ada pertabalan Yg Dipertuan Besar. Dia angkat kris sampai ke paras dagu je ..kira2nya. Rata2 Hami mendengar orang bercerita dia takmampu mengangkatnya ke paras dahi kerana masaalah daulatnya...kira2 ada keraguanlah. Hami tak pernah faham cerita2 ni. Apa ada pada kris tu eh? (Sekarang ni UMNO pula sibok nak menerangkan maksud simbol kris diorang).

Hami percaya perkataan "daulat" ini dibawa orang2 Hindu termasuklah perkataan "ketua" (Sanskrit = ketuha) lantas Melayu di nusantara mungkin belajar sistem pemerintahan dari mereka. Oleh itu sebanyak sedikit konsep "god-king" masih tak hilang dari pemikiran mereka. Bezanya apabila datangnya Islam mereka menukarkan asal raja dari tuhan kepada nabi. Boleh check salasilah kesultanan raja2 Melaka, Perak dan sebagainya.

Pandangan Hami je...:nerd:

[ Last edited by  hamizao at 24-11-2006 12:45 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2006 06:08 PM | Show all posts
Interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 06:26 PM | Show all posts
daulat nie ntah ler
rasa xde per2
cuma nak besarkan kuasa raja jer
raja kan manusia ........
tp daulat nie ada kaitan dgn jin x?
cth kerusi raja tu xleh duduk ske2 ati
nanti sakit .......
nak ubati kene minum atau renjis air dr basuhan kaki raja .......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 07:01 PM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 23-11-2006 06:26 PM
daulat nie ntah ler
rasa xde per2
cuma nak besarkan kuasa raja jer
raja kan manusia ........
tp daulat nie ada kaitan dgn jin x?
cth kerusi raja tu xleh duduk ske2 ati
nanti sakit .......
n ...


Tak jauh dari pandangan Hami juga. Kalau baca website kesultanan Perak ada kisah pemujaan jinn ke apanda...terma sebenar Hami dah lupa...sebelum upacara penabalan................ Mungkin juga ada persamaan  dengan kris ....kalau tidak mengapa harus diasap-kemenyan .......Kepercayaan apakah ini?

[ Last edited by  hamizao at 23-11-2006 07:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 07:14 PM | Show all posts

Reply #9 hamizao's post

Unsur Animeism. Tidak boleh di terima oleh Islam........malang sekali para-para ulama keliling raja berdiam diri tak sanggup membantah. Kesimpulan dalam mejlis so call pawang diraja lebeh berkuasa and call the shot. This is hipokrit ulama......kalau rayaat biasa cepat melenting bagi fatwa.:::

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:50 AM | Show all posts
ASM.
Hangpa semua memang hebat.
Pada bodoh aku ni, setau akulah, daulat raja ni suatu yang tak boleh difikir. Kalau hangpa fikir, 7 keturunan pun harus tak kan dapt jawabnya...
Daulat raja, ketulahan, dll.yang sekawasan dengannya ni bukan benda tak ada...Ada. Macam udara yang disedut, tak nampak tapi ada dekat dengan kita. Soal percaya tak percaya tak timbul. Seperti kita sua kepala depan lori tengah laju, soal percaya tak percaya tak timbul, kepala kita tetap kena hentam dek lori, silap-silap boleh mati. Gitulah lebih kurang...
Daulat ni bagi raja. Mukjizat bagi Rasul & nabi2. Keramat (bahasa melayu kitalah) bagi orang alim, ulama', tok-tok sheikh tareqat dll. yang semaqam dengan depalah. dan kita pun sesekali Allah beri juga keadaan-keadaan yang istimewa, terpulang pada Dia yang maha KAya. Gitulah adanya...
Daulat raja amat berkaitan dengan adab rakyat kepada sultan. Itu pada tau akulah, terasnya. Memang ada raja yang zalim, ada juga rakyat yang zalim. Itu kita semua pun maklum. Larangan, tegahan bagi rakyat biasa itu kerana hormat pada raja dan daulat wujud sebagai sempadan yang jika dilangkah, akan membawa kesan tak baik. Kita sebenarnya hidup dalam "Daulah" Allah Taala tapi kita tak katalah daulat. Tak kena kerana itu bukan nisbah bagi Zat yang maha Mulia, Maha segalanya. COntoh, Orang tua kata jangan berjudi, nanti dapat dosa. Sapa berdosa, masuk neraka. Ini satu contoh "Daulah" yang tidak boleh dilanggar. Kalau langgar,kesannya terimalah. Raja adalah wakil yang menerima amanah dari Allah Taala untuk memerintah. JAdi sedikit sebanyak pemerintah yang baik, akan mencontohi apa yang dilakar oleh Allah jua. Dalam Al-Quran pun ada sebut saranan untuk kita ikut pemerintah/raja lah tu.
Orang lain selain raja pun mempunyai daulat. Seorang tok Guru contohnya punya karomah tinggi yang jangan dibuat gurau oleh murid atau orang biasa. Kurnia begini Allah beri sebagai memberitahu kepada orang awam macam aku ni, jangan lupa kita ni ada batas dan sempadanan dalam hidup.
Kalau kita tengok peristiwa Demang Lebar Daun di Bukit Siguntang, Palembang, peristiwa janji antara dia dan Sang Utama Sri Tri Buana jelas perjanjian tu menyatakan apa yang boleh dan apa yang tak boleh bagi Raja dan rakyat. Siapa melangkah sempadan masing-masing, akan terima padah daulat lebih besar dari Allah SWt. Itu jelas. Kerana janji itu dibuat atas nama Allah, oleh golongan yang amat terpilih, maka tak hairan kalau Allah kurnia daulat pada depa ni semua.
Satu hal lagi yang aku nak kata aje, bab perasap kerih ni pada adat nya tak ada kena mengena dengan benda-ben tahyul. Kalau ada yang buat gitu, itu urusan depa lah tapi yang aku nak kata, sebenarnya tak ada kena-mengena dengan hal-hal kurafat. Itu kena faham baik-baik takut kita buat tuduhan melulu. Kasian pada orang yang tak bersalah, mengamal suatu yang berkat tapi dek kerana kita tak tau, kita tuduh semuanya sama. Tak adil gitu betul dak... elok kalau siapa yang tak tau, pegi belajar dahulu. Nanti bila dan mahir, insyaAllah kita semua jadi faham.

WaAllahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:57 AM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 23-11-2006 06:26 PM
daulat nie ntah ler
rasa xde per2
cuma nak besarkan kuasa raja jer
raja kan manusia ........
tp daulat nie ada kaitan dgn jin x?
cth kerusi raja tu xleh duduk ske2 ati
nanti sakit .......
n ...



lagikan batu kalau duk sembah hari² duk percaya batu tu ada kuasa... tuhan tunjukkan kuasa dia.. tuhan nie maha pemurah apa hamba dia mintak dia bagi nya... cam raja gak hari rakyat duk daulat tuanku.. daulat tuanku... sampai dalam doa pun duk ada... mau xmenjadi betul... tapi skarang xtau lar...

teringat cerita puteri gunung ledang... time dia terkena daulat sultan melaka time dia jumpa sultan melaka kat istana tu..
padahal dalam citer tu puteri gunung ledang tu sikit punya power...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 06:37 AM | Show all posts
Originally posted by sikomeng at 24-11-2006 02:50 AM
ASM.
Hangpa semua memang hebat.
Pada bodoh aku ni, setau akulah, daulat raja ni suatu yang tak boleh difikir. Kalau hangpa fikir, 7 keturunan pun harus tak kan dapt jawabnya...
Daulat raja, ket ...



I REALLY LOVE YOUR EXPLANATION AND STATEMENT. Saya SETUJU betul betul, tersangat sangat kat awak.. every single word!!! Pasal itulah yang ada difikiran saya juga.. GOOD !!! EXCELLENT!!

[ Last edited by  LailaTempawan at 24-11-2006 06:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 09:34 AM | Show all posts
ASM,
Terima kasih Laila Tempawan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by sikomeng at 23-11-2006 08:50 AM
ASM.
Hangpa semua memang hebat.
Pada bodoh aku ni, setau akulah, daulat raja ni suatu yang tak boleh difikir. Kalau hangpa fikir, 7 keturunan pun harus tak kan dapt jawabnya...
Daulat raja, ket ...


:setuju:terfikir kita ttg hujah si komeng but ada betul gak fakta2nya...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 23-11-2006 06:26 PM
daulat nie ntah ler
rasa xde per2
cuma nak besarkan kuasa raja jer
raja kan manusia ........
tp daulat nie ada kaitan dgn jin x?
cth kerusi raja tu xleh duduk ske2 ati
nanti sakit .......
n ...


Tengtang Daulat pada raja-raja ni tak tahulah, sebab dia manusia macam kita juga.

Tetapi kalau pada nabi2/rasul mereka ada mukjizat

Dan kepada manusia biasa seperti ulamak mereka mempunyak brakah.  Maksudnya macam wali-wali atau ulamak2 terkenal mereka mempunyai brakah.  Sebab tulah ada orang2 islam kita memohon orang2 alim ni melakukan sembahyang hajat untuk mereka walaupun mereka boleh melakukannya sendiri.  Ini adalah untuk mendapat brakah orang2  alim ni  mudah-mudahan hajat mereka di kabulkan oleh  Allah taala.  Sebab ulamak adalah pewaris nabi.

Tentang daulat ni tak tahulah sama ada ianya satu kebetulan saja.  Tapi orang2 melayu memang takut dengan daulat raja-raja ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2006 06:45 PM | Show all posts
ade lagi ke daulat ni??? raja pun kaki minum arak , kaki pompuan.. camne tuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 09:32 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

hmm...ada org kg aku keturunan bentan ni. yg aku tau sultan mahmud mangkat dijulang tu cuma haramkan keturunan laksamana bentan dari jejak kawasan kota tinggi.
so org kg aku tu, dia mmg takleh jejak bandar kota tinggi...aku tk tau jln mana dia guna  kalo nak gi pintas ke JB, etc...
kalo dia masuk aje kawasan tu(dekat2 kampung makam) dia msti muntah2...pstu sakit...
lepas dia dpt cucu kalo tk silap aku, 7 keturunan tu baru abis n then sumpahan tu hilang.
tp itu citer yg aku dgr dr arwah bapak aku dulu la.
tk pasti kesahihannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 12:50 AM | Show all posts

Reply #11 sikomeng's post

Pada bodoh aku ni, setau akulah, daulat raja ni suatu yang tak boleh difikir. Kalau hangpa fikir, 7 keturunan pun harus tak kan dapt jawabnya


Boy oh boy jangan lah sampai tujuh keturunan  hidup dalam kegelapan(ignorance), tahyul dan kebodohan. Jangan lah penyakit fatalitis in menjangkit keturunanku. Semua persoalan dalam dunia ni ada jawapannya kalau berusha dicari. Pernah aku duduk sebelahan penuntut Yahudi Israeal dan bertanya kapada beliau " Dove ! mengapa kau tanya soalan yang begitu bodoh sekali" lantaran beliau menjawab" Thamrong !biar aku jadi orang bodoh hari saja asalkani jangan kekal  bodoh sepanjang hayat ku".

Jawapan nya daulat tu tidak ujud cuma satu senjata rekaan gulungan sultan dan raja mengariskan pemisahan diantara yang memerintah dan yang diperintah. Dalam kesultanan Melayu manusia di bagi kapada 2 saja: 1. sultan serta pembesar2(termaksuk sibling-siblingny) 2. rayaat jelata. Rayaat tidak mempunyai apa-apa hak dan boleh di kerah sabagai abdi (Sembah patik( bermaksud hamba yang paling hina saperti anjing kurap) harap di ampun) dan hidupnya rayaat itu bergantung pada limpahanny.:hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:01 AM | Show all posts

Reply #17 LimpBizkutMerri's post

Sultan kan manusia biasa saja. Kalu anda bergaul dengan "the so call kerabat ni" mereka pun makan sambal belacan juga. Tetepi sudah menjadi Malays physic sejak dari dulu lagi 'menjunjung bawah duli' dan meletakkan taraf sultan ni sabagai demigod. Saya pasti 9 dalam 10 orang Melayu tidak tahu apakah maksud , apa yang di junjung? dan apa itu duli?:hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072814 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list