CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10537|Reply: 32

Trend wanita bujang susukan anak angkat membimbangkan?

[Copy link]
Post time 28-12-2006 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Trend wanita bujang susukan anak angkat membimbangkan
Oleh Salehudin Mat Rasad

BANDAR JENGKA 27 Dis.
Single Polls, Total 17 Users voted
20.59% (7)
70.59% (24)
8.82% (3)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2006 09:53 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

ada ker camni??mana leh wanita lom kawen menyusukan anak..manusia manusia;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2006 09:54 AM | Show all posts
ada. skrg dah moden.

dia puas ati laa, dpt anak

tapi anak tuh puas ati tak nanti, dia takde bapak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 09:58 AM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

tapi ada pro n kontra dia di situ..dapat mengurangkan beban ibu tunggal..tapi takkan ler sampai menyusu badan sebab bukan dari darah daging sendiri..manusia oh manusia;)
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:10 AM | Show all posts
i dont mind...
kalau dapat bantu anak yatim piatu.. apa salahnya..
dan tak salah menyusu jugak.. lagi elok, batas aurat tak da dengan keluarga emak susu dia....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:47 AM | Show all posts
makin ramai laaaa... org pompuan yg xmo kawen then nnti ambik anak angkat...
(aku pon nk masuk dlm list laaaa ) hehehehhehhheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2006 11:21 AM | Show all posts
Leh nyusu plakk....adoiii....cam² ar....aku tingin gak nak amik anak angkat....tp mak aku ckp susah nanti...biler pk² tul gak kan....
Aku cm tak nampk aku akn kawen....tp taktau ar...nih soal jodoh....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 11:31 AM | Show all posts
cm pelek jer...ader pil yg cm gituy yer?..
kalo cm tuh..ramai yg tak kawen la nanti..bg yg mementingkn karier...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2006 11:33 AM | Show all posts
hmm... maybe ada sbb kenapa dorang wat camtu... susu ibu baik utk bayi dari segi kekuatan daya imunisasi badan bla bla bla.... maybe it will make her feel bonded more to the child.... tak tau la nak cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:37 PM | Show all posts
Menteri kena tgk kenapa jadi trend begitu
adakah kerana lelaki berkualiti semua dh kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:42 PM | Show all posts
bahya ni nnt ramai yg x kawin..
sian kt anak tu xdpt kasih syg suami..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 03:52 PM | Show all posts
janggal rasa anak dara duk menyusu baby....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 04:04 PM | Show all posts
first time dengar ni...:.adakah itu menunjukkan....sesuatu....bahawa kaum adam....dah tak...berkualiti smpi perempuan2 tak nak berkeluarga secara normal...cukuplah sekadar mempunyai anak....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 04:42 PM | Show all posts
kesian kat lembu2 ostolia
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 07:51 PM | Show all posts
ni benda negatif ker? ntah laa.....tak semua orang sanggup nak amik anak angkat...pastu kalu nak amik anak angkat pon prosedur nye pon bukannyer senang.....

pendapat peribadi saya rasanya.....lebih baik ada anak angkat dari ada anak luar nikah ataua pun buang anak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 08:01 PM | Show all posts
ubat tu dicipta utk membantu tambah susu ibu tapi ada yg ambik kesempatan jika anak dara pun bleh ada susu...mudah...menyusu anak tak perlu peknen & beranak..memang best le.......sakit beranak bukan mainan.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2006 10:39 PM | Show all posts
Belum ada fatwa wanita bujang susui anak angkat

KUALA LUMPUR 29 Dis. ? Belum ada ketetapan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menghalal atau mengharamkan seseorang wanita yang belum berkahwin mengambil pil hormon bagi menyusukan anak angkat mereka.

Menurut Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam pengetahuannya, perkara tersebut tidak pernah dibincangkan secara terperinci oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau yang juga ahli Majlis Fatwa Terengganu dan Negeri Sembilan berkata, perkara itu hanya akan diputuskan sekiranya ia mula diperkatakan oleh masyarakat.

?Atau pun ada individu tertentu yang tampil mengemukakan persoalan tersebut dan barulah ia dibincangkan oleh ahli majlis termasuk rujukan bersama pakar ulama beserta dalil mengenainya,? katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hukum mengenai perbuatan wanita yang belum berkahwin, mengambil pil untuk menyusukan anak angkat mereka.

?Persoalan bolehkah atau adakah haram seseorang wanita bujang mengambil pil atau suntikan hormon bagi membolehkan dia menyusukan anak angkat itu perlu rujukan mendalam,

?Ia termasuk keterangan daripada ulama-ulama dan dalil hukum penyusuan itu sendiri,? kata beliau.

Ujarnya, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat kajian dan perbincangan lanjut mengenai perkara ini sebelum mencapai sebarang ketetapan.

Jelasnya, secara asasnya mengikut dalil hukum penyusuan, seseorang wanita hanya mampu menghasilkan susu selepas kesan daripada air mani seorang lelaki.

?Pengambilan pil hormon atau suntikan ke dalam badan bagi membolehkan wanita bujang menghasilkan susu tidak dapat diperjelaskan perbuatannya sama ada ia haram atau diharuskan,? katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2006 10:14 PM | Show all posts
Susu gadis = susu ibu
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


TIADA pil khusus untuk menggalakkan penghasilan susu badan. Pil antikemurungan dan tahan muntah meningkatkan paras hormon dalam darah sekali gus menonjolkan puting payudara.
--------------------------------------------------------------------------------

BENAR. Wanita bujang pun boleh menyusukan bayi secara alami. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya sebelum ini.

Dan mungkin juga, ramai yang kurang arif bahawa untuk membolehkan laktasi dan penyusuan ibu, seseorang wanita itu tidak semestinya mengalami proses kehamilan terlebih dahulu. Begitu juga ia tidak memerlukan ovari berfungsi.

Malah hakikatnya, proses merembeskan susu oleh kelenjar-kelenjar mamari payudara (laktasi) dalam kes-kes penyusuan anak angkat oleh wanita bujang, adalah ringkas sahaja.

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita fahami terlebih dahulu bagaimana proses pengeluaran susu berlaku.

?engeluaran susu bergantung kepada keperluan dan penghisapan bayi. Anak saraf dalam puting anda dirangsang bila bayi anda menetek.

?eterusnya, satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu di dalam payudara anda,? kata Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Universiti Sains Malaysia itu lagi, semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan.

?an lebih banyak hormon, bermakna lebih banyak susu yang terhasil. Apabila bayi menetek, ini akan merangsangkan pengeluaran hormon oksitosin yang menyebabkan susu mengalir.

?alau bagaimanapun, proses yang mudah lagi semula jadi ini tidak akan berjaya sekiranya kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan,? ujar beliau.

Jadi, bagaimana mungkin laktasi yang dirangsang atau digalakkan itu boleh berlaku di kalangan wanita bujang atau yang telah berkahwin tetapi tidak subur atau mandul?

?alam erti kata yang mudah, rangsangan pada puting dan rangsangan menghisap menyebabkan payudara menghasilkan susu.

?ni ditambah dengan keinginan si ibu angkat yang meluap-luap untuk menyusukan bayi setelah tidak berpeluang mengalami perasaan yang istimewa mengandungkan zuriat sendiri,? katanya.

Sekurang-kurangnya, tambah Dr. Shah Reza, mereka teruja kerana mempunyai hubungan intim dan istimewa yang terjalin dan sukar digambarkan semasa si ibu angkat menyusui bayi mereka.

Bagaimanapun, keberkesanan pengeluaran susu turut bergantung kepada keadaan fizikal serta daya tahan wanita terbabit.

?pa yang penting adalah jangkaan yang realistik kerana sesetengah ibu angkat mungkin tidak dapat menghasilkan bekalan susu yang mencukupi.

?esetengahnya menghasilkan susu yang sedikit manakala yang lainnya pula banyak dan ada yang langsung tidak berupaya mengeluarkan susu,? katanya.

Ia bergantung kepada banyak faktor seperti usia bayi, sejauh manakah keberkesanan dan kekerapan anda merangsang payudara dan tindak balas seseorang terhadap rangsangan memandangkan kimia tubuh unik bagi setiap individu.

Walaupun kini terdapat beberapa rejimen yang menggunakan terapi hormon bagi membantu penghasilan susu badan, namun masih ramai juga wanita yang menggalakkan laktasi menggunakan rangsangan mekanikal sahaja.

Antaranya termasuklah dengan cara mengurut payudara, merangsang puting susu dan menghisap ? sama ada menggunakan perantaraan bayi sendiri mahupun dengan bantuan alat-alat seperti pam payudara manual atau elektrik.

?esetengah ibu perlu menggunakan pam payudara untuk merangsang pengeluaran susu manakala sesetengah yang lainnya pula, sekadar meletakkan bayi di pangkuan, itu sudah boleh mengeluarkan susu.

?eelok-eloknya, wanita mula merangsang puting dan payudara mereka menggunakan kombinasi urutan lembut dan bantuan alat- alat laktasi dua minggu sebelum kedatangan bayi,? kata Dr. Shah Reza.

Jadual rangsangan lazimnya bermula dengan urutan selama beberapa minit dan mengepam beberapa kali sehari.

Secara beransur-ansur, bilangan rangsangan ditingkatkan sehinggalah mereka mengepam payudara selama 10 minit, lapan hingga 10 kali sehari.

Selepas urutan dan pam dimulakan, ubat- ubatan boleh membantu rangsangan payudara untuk meningkatkan penghasilan susu yang lebih banyak.

?mumnya, terapi hormon untuk menggalakkan susu adalah dengan memberikan suntikan estrogen dan progesteron bagi menyerupai tahap estrogen yang tinggi semasa hamil.

?emudian, ubat-ubatan tersebut akan dikeluarkan semula. Ia bertujuan ?enipu? tubuh badan wanita berkenaan seolah-olah, tidak lama lagi seorang bayi akan dilahirkan,? kata Dr. Shah Reza.

Seterusnya, mereka akan diberikan bahan perangsang susu yang perlu diambil di antara tujuh hingga 14 hari.

Beliau turut mengingatkan agar wanita mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan bagi memantau apa-apa kesan sampingan yang mungkin timbul.

Bagaimanapun, kesan sampingannya tidak ketara kecuali dalam sesetengah kes, wanita mungkin mengalami kekakuan anggota.

?roses pengambilan ubat perlu dipantau kerana tempoh dan dosnya adalah berbeza di antara seseorang individu dengan yang lain.

?ontohnya, wanita yang mempunyai berat badan yang lebih kurang tidak boleh diberikan dos yang tinggi kerana dibimbangi kesan sampingannya juga berlebihan,? katanya.

Mengulas lanjut, dalam tempoh seminggu memulakan proses berkenaan, kebanyakan wanita akan teruja apabila mendapati mereka sudah mula menghasilkan titisan susu di samping beberapa perubahan lain.

Misalnya, payudara terasa bertambah penuh dan berat manakala areola iaitu kulit yang berada di sekeliling puting menjadi semakin gelap. Sesetengah wanita juga mungkin terhenti putaran haidnya.

Dr. Shah Reza berkata, tiada pil khas yang boleh mengeluarkan susu badan secara langsung. Bagaimanapun, kesan sampingan penghasilan susu badan ini diperoleh setelah seseorang itu mengambil pil menahan muntah dan antikemurungan.

Keadaan itu disebabkan oleh peningkatan paras hormon di dalam darah wanita sekali gus merangsang puting susu wanita menonjol.

Ditanya mengenai kuantiti susu yang boleh dibekalkan oleh si ibu kepada bayi angkatnya, kata Dr. Shah Reza, ia boleh berterusan sehingga dua tahun lamanya sekiranya payudara menerima rangsangan berterusan dan bayi terus menetek.

Prosedur untuk menghasilkan susu yang sama seperti di atas boleh diulang kembali beberapa tahun kemudian sekiranya wanita berkenaan ingin menyusukan bayi yang lain pula.

Dari segi zat dan kualiti susu badan yang terhasil daripada pengambilan pil penggalak itu jika dibandingkan dengan susu yang dihasilkan oleh wanita hamil, ia sama sahaja.

*Mengapa susu ibu paling sesuai untuk bayi

* Ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar

* Susu ibu khasnya kolustrum mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru

* Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi

* Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak

* Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain

* Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperoleh dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa berada pada suhu yang sesuai

* Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan

* Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra di antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain

* Bagi wanita Muslim yang mengambil anak angkat pula, ia akan menjadi ibu susuan dan muhrim kepada anak itu.


*Pemakanan anda bila menyusu

Pemakanan anda adalah penting terutamanya bila menyusu. Bayi akan membesar dengan cepat bergantung sepenuhnya kepada susu anda.

Sebenarnya, badan anda dapat menghasilkan susu dengan baik sekali. Malah, ia seolah-olah menjimatkan tenaga daripada biasa sepanjang tempoh anda menyusu. Jadi, anda sebenarnya tidak perlu makan untuk dua orang.

Namun, anda memerlukan makanan yang seimbang untuk memastikan anda mendapat protein, kalori, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk keperluan anda serta bayi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2006 10:20 PM | Show all posts

Reply #18 Syd's post

panjangnya syd..anyway gud info:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2007 01:56 AM | Show all posts
Korang tau tak, sebenarnya kalau korang betul2 ikhlas utk menyusukan bayi..
Lama2 nko kasi gak dia isap, dalam masa sebulan, air susu akan kuar.
Sebab maksu aku, ader anak angkat. Doktor nasihatkan dia supaya hari2 hulur nenen kat baby tuh,.
Bila dia isap, nko tumpukan perhatian kat dia, lama2 kita akan produce susu.
Mmg betul, kuar susu tuh. Tapi, sikit lah. So, kena banyak makan makanan berkhasiat & cuba susukan baby.

Sesiapa, cuba laa... GOD IS GREAT !!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.111106 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list