CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Field Hockey -

[Copy link]
Post time 5-10-2010 10:08 AM | Show all posts
Hoki kita mahu sekat amukan India


NEW DELHI - Usah gentar. Itu kata jurulatih Stephen van Huizen kepada pemainnya, apabila skuad hoki lelaki negara memulakan aksi dalam ' kumpulan maut ' Sukan Komanwel menentang tuan rumah, India, hari ini.

Perlawanan yang berlangsung Stadium Nasional Maj. Dhyan Chand, di sini, pastinya menjadi tumpuan, bukan sahaja kerana kegilaan sukan hoki di sini, tetapi keazaman tuan rumah untuk muncul juara.

Menurut van Huizen, India pastinya akan berhabis-habisan untuk mencipta kejayaan pada aksi di negara mereka sendiri, bagi menebus kehampaan pada kejohanan Piala Dunia di sini, tahun ini.

Lantaran itu, van Huizen menjangkakan aksi garang India pada pertembungan hari ini.

'' Kita akan beraksi seperti biasa apabila berdepan India nanti, walaupun kita sedar tahap semangat mereka untuk menundukkan kita amat tinggi.

'' Ini kerana imej mereka dalam sukan hoki agak tercalar kerana gagal menyerlah pada kejohanan Piala Dunia di sini.

'' Jadi Sukan Komanwel adalah peluang untuk mereka menebus kehampaan tersebut, " katanya ketika ditemui.

SKuad negara diundi dalam kumpulan sukar bersama Australia, Pakistan dan India pada Sukan Komanwel Delhi.

Berdasarkan ranking, Malaysia agak kerdil apabila menduduki tempat ke- 15 dunia, berbanding India (No. 9), Pakistan (No. 8) dan Australia (No. 1). Cuma Scotland menjadi lawan mudah Malaysia dalam Kumpulan A di sini.

Saingan Kumpulan B agak mudah kerana ia melibatkan England, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Trinidad & Tobago.

Tambah van Huizen, Malaysia sedia menyekat amukan India, yang memburu kemenangan pertama untuk memudahkan laluan mereka ke peringkat seterusnya.

'' Kita tetap akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam semua perlawanan, walaupun Sukan Komanwel bukan sasaran utama kita.

'' Kita tetap memberikan yang terbaik kerana apa jua pencapaian kita, ia akan dijadikan panduan untuk menilai kelebihan dan kekurangan kita kerana kita menyasarkan emas pada Sukan Asia nanti, " katanya.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 10:32 AM | Show all posts
Penjaga gol, penyerang jadi tumpuan



Daripada V Ashok di New Delhi

2010/10/05


Pemain India pasti bertindak lebih pantas : Stephen

KETANGKASAN penjaga gol dan kelajuan barisan penyerang bakal menjadi rencah penting untuk skuad hoki lelaki negara mencari ilham menumbangkan India dalam perlawanan pertama Kumpulan A di Stadium Kebangsaan Dhyan Chand, petang ini.

" Kami akan menggunakan kekuatan ini untuk mencari mata. Saya akur India sukar ditewaskan kerana mereka beraksi di depan penyokong mereka dan kami perlu pantas dan sentiasa waspada.

" Pemain India akan bermain dengan tempo yang laju dan kami harus mengimbangi kekuatan mereka. Saya percaya kami ada bekalan pemain untuk melaksanakan tugasan penting ini, " kata ketua jurulatih, Stephen van Huizen, semalam.
Andai ada kelebihan psikologi buat skuad negara menjelang pertemuan penting ini ia adalah kemenangan besar 5-2 ke atas India dalam Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh beberapa bulan lalu.

Tapi Stephen menolak hakikat seperti itu kerana menyebut lawan tidak akan membiarkan pertemuan sulung tahun ini berulang dan benteng pertahanan negara harus memberi fokus sepanjang 70 minit permainan andai berhajat melangkah keluar gelanggang dengan mata.

Selepas menentang India, skuad negara diketuai Madzli Ikmar Nor akan menentang satu lagi wakil Asia, Pakistan, esok dan penyudahan perlawanan ini bakal memberi gambaran apakah barisan negara kali ini mampu layak ke separuh akhir.

Pencapaian terbaik negara adalah pada 1998 apabila kita meraih pingat perak selepas tewas kepada Australia dalam final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Ia juga kali pertama hoki diperkenalkan di Sukan Komanwel.


- Berita Harian -


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:35 AM | Show all posts
Anak buah Yahya buat kejutan atasi Kanada



2010/10/05

SKUAD hoki wanita negara bermula langkah kanan selepas merakamkan kemenangan pertama mengatasi Kanada 3-2 dalam saingan Kumpulan B buat menyalakan impian memburu tempat ke separuh akhir pada edisi kali ini.

Apapun, kemenangan ini tidak menyusul mudah selepas lawan dari Amerika Utara itu berjaya merapatkan jurang pada lewat babak permainan selepas pasukan negara selesa mendahului 3-0 satu ketika.

Dalam saingan agak sengit di Stadium Kebangsaan Dyhan Chand dua gol daripada Norbaini Hashim pada minit ke-18 dan 56 serta satu lagi sumbangan Norfaraha Hashim (minit ke-49) harus membekalkan tonik diperlukan anak didik Yahya Atan untuk menyambung rentak sama dalam perlawanan berikut menentang New Zealand, hari ini.
New Zealand harus memberi cabaran lebih sengit kepada barisan muda negara selepas membelasah Wales 5-1 tetapi berpandu kepada semangat diperagakan, semalam satu kejutan mampu dilakukan.

" Kami bermain dengan rancangan menyekat lawan (Kanada) lebih awal dan berjaya mendahului 3-0 tapi bernasib baik dapat mempertahankan kedudukan itu selepas lawan bangkit garang menjaringkan dua gol pada lewat babak permainan untuk merapatkan jurang," kata Yahya.

Dua gol Kanada dijaringkan Diana Roemer pada minit ke-57 dan Anna Kozmiuk minit ke-59 ketika benteng menjadi leka.

Sifat seumpama harus dikikis segera kerana New Zealand yang lebih perkasa boleh menghukum skuad negara andai memandang remeh, hari ini.


- Berita Harian -


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 11:30 AM | Show all posts


Canada's Diana Roemer, (in red) and Malaysia's Norbaini Hashim fight for the ball during their women's field hockey match in the Commonwealth Games.




Canada's Kate Gillis, left, competes for the ball with Malaysia's Noor Hasliza Md Ali during the women's field hockey preliminary match during day one of the 2010 Commonwealth Games in Delhi.




Malaysian players celebrate a goal against Canada during their hockey group match at the Commonwealth Games in New Delhi October 4, 2010.


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 01:43 AM | Show all posts



Anna Thorpe of New Zealand battles with Juliani Mohamad Din of Malaysia at Major Dhyan Chand National Stadium during day two of the Delhi 2010 Commonwealth Games on October 5, 2010 in Delhi, India.





Lucy Talbot of New Zealand battles with Norbaini Hashim of Malaysia at Major Dhyan Chand National Stadium during day two of the Delhi 2010 Commonwealth Games on October 5, 2010 in Delhi, India.





Samantha Harrison of New Zealand shoots at goal in their match against Malaysia at Major Dhyan Chand National Stadium during day two of the Delhi 2010 Commonwealth Games on October 5, 2010 in Delhi, India.






Prabodh Tirkey of India chases Azlan Misron of Malaysia at Major Dhyan Chand National Stadium during day two of the Delhi 2010 Commonwealth Games on October 5, 2010 in Delhi, India.





Jiwa Mohan of Malaysia battles with Tushar Khandkar of India at Major Dhyan Chand National Stadium during day two of the Delhi 2010 Commonwealth Games on October 5, 2010 in Delhi, India.





Jiwa Mohan of Malaysia battles with Tushar Khandkar of India at Major Dhyan Chand National Stadium during day two of the Delhi 2010 Commonwealth Games on October 5, 2010 in Delhi, India.





Bharat of India Muhammad Razie Rahim of Malaysia at Major Dhyan Chand National Stadium during day two of the Delhi 2010 Commonwealth Games on October 5, 2010 in Delhi, India.





Azlan Misron of Malaysia battles with Sandeep Singh of India at Major Dhyan Chand National Stadium during day two of the Delhi 2010 Commonwealth Games on October 5, 2010 in Delhi, India.


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 11:13 AM | Show all posts
SKUAD NEGARA


Penjaga gol : Siti Noor Hafiza Zainordin dan Farah Ayuni Yahya

Pertahanan : Catherine Lambor, Raja Norsharina Raja Shabuddin, Siti Shahidah Saad, Norfaraha Hashim, K Sebak

Tengah : Nadia Abdul Rahman, Juliani Mohamad Din, Nuraini Abdul Rashid, Noor Hasliza Md Ali, Siti Nor Amarina Ruhani

Penyerang : Norbaini Hashim, Rabiatul Adawiyah Mohamed, Fazilla Sylvester Silin, Nor Hidayah Ahmad Bokhari, Nor Azlin Sumantri, Siti Rahmah Othman.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2010 11:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 7-10-2010 19:10

Siti Rahmah Othman









Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:06 AM | Show all posts
Impian negara berkecai


SKUAD hoki lelaki negara sudah boleh melupakan impian untuk mara ke saingan separuh akhir Sukan Komanwel 2010.

Dua kekalahan berturut-turut menutup terus peluang skuad bimbingan Stephen van Huizen untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Selepas tewas 2-3 kepada India, skuad negara tunduk 1-4 kepada Pakistan kelmarin.

Tiga pasukan iaitu Pakistan, India dan Australia kini memburu slot ke separuh akhir dalam Kumpulan A yang turut dihuni Malaysia dan Scotland.

Pengurus skuad hoki negara, M. Gobinathan berkata, sukar untuk skuad negara memintas salah satu daripada tiga pasu- kan tersebut setelah kalah dua perlawanan awal.

Katanya, walaupun menang dua baki perlawanan iaitu menentang Scotland hari ini dan Australia pada perlawanan terakhir kumpulan, hasrat ke separuh akhir sukar dicapai.

" Memang peluang kita untuk ke separuh akhir boleh dikata- kan sudah tertutup.

" Namun, seperti yang kita tegaskan sebelum ini, matlamat kita hanyalah untuk menjadikan aksi di New Delhi sebahagian daripada persediaan kita sebelum ke Sukan Asia bulan depan.

" Jadi kegagalan kita ke sepa- ruh akhir tidak menjejaskan apa-apa. Kita ada misi yang le- bih besar, " katanya.

Sementara itu, mutu pengadilan yang teruk menjadi faktor kekalahan mengejut 1-2 skuad hoki wanita negara kepada Wales pada aksi ketiga Kumpulan B semalam.

Kekalahan itu sekali gus menutup peluang skuad negara untuk menempah tiket ke sepa- ruh akhir pada temasya ini.

Terdahulu, skuad negara kendalian Yahaya Atan menang tipis 3-2 ke atas Kanada sebelum dibelasah 0-5 oleh New Zealand.

Yahaya berkata, keputusan pengadil dari Kanada dan India yang dianggap 'berat sebelah' itu telah memberi padah kepada skuad negara.

" Saya tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil kerana mereka seolah-olah cuba untuk menghukum para pemain negara.

" Meskipun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, pengadil tetap menyalahkan para pemain negara. Keadaan itu telah merosakkan mutu permainan kedua-dua pasukan, " kata Yahaya.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 05:49 PM | Show all posts
Hoki wanita intai empat terbaik


SKUAD hoki wanita negara meletakkan sasaran untuk menduduki empat tangga teratas pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Jurulatih skuad hoki wanita negara, Yahya Atan berkata, kegagalan anak-anak buahnya pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lalu telah di- jadikan pengajaran berguna untuk mereka bangkit semula di bumi Guangzhou.

"Selepas keputusan agak menyedihkan di New Delhi, kita telah menggiatkan latihan apabila pulang ke Kuala Lumpur dan memperbaiki kelemahan terutama pukulan sudut penalti dan menghasilkan gol padang.

" Kita telah buat analisis prestasi di New Delhi dan ternyata masalah utama kita adalah kurangnya naluri untuk menjaringkan gol di kalangan jentera serangan serta kegagalan menyudahkan pukulan sudut penalti.

" Mungkin satu rahmat apabila kita gagal pada Sukan Komanwel. Ia telah memberi pengajaran berguna kepada pasukan.

" Jadi untuk saingan Sukan Asia, saya yakin kita mampu menduduki empat tangga teratas, " kata Yahya semalam.

Pada temasya di New Delhi, skuad hoki wanita menduduki tangga tercorot Kumpulan B setelah hanya menang 3-2 ke atas Kanada sebelum tewas kepada New Zealand (0-5), Wales (1-2) dan England (0-3).

Pada perlawanan penentuan tempat kesembilan dan ke-10, Malaysia tewas 1-2 kepada Trinidad & Tobago, sekali gus menamatkan saingan di tangga tercorot.

Bagi saingan Sukan Asia, Malaysia akan bertemu India pada perlawanan pertama malam esok sebelum bertemu Jepun (14 November), Korea Selatan (16 November), China (17 November), Kazakhstan (19 November) dan Thailand (22 November).

Jika berjaya menamatkan saingan di tempat keempat pada saingan secara liga sepu- singan itu, Malaysia berpeluang untuk beraksi bagi penentuan pingat gangsa.

" Jika mengikut ranking Asia, kita di tangga kelima di belakang China, Korea Selatan, Jepun dan India.

" Bagaimanapun, kita cuba menduduki tempat keempat bagi mengatasi pencapaian tempat kelima di Sukan Asia 2006 di Doha, " tambah Yahya.

Yahya akan mempertaruhkan Norbaini Hashim, Rabiatul Adawiyah Mohamed dan Fazilla Sylvester Silin di bahagian serangan manakala set piece pukulan sudut penalti bakal dilakukan Norfaraha Hashim, Catherine Lambor, Nuraini Abdul Rashid dan Juliani Mohamad Din.

Pemain tengah, Nadia Abdul Rahman pula diberi kepercayaan menggalas cabaran sebagai kapten pada temasya kali ini.



- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 06:33 PM | Show all posts
Stephen congak tebus aib


GUANGZHOU menjadi medan penebus duka skuad hoki lelaki negara selepas persembahan kurang meyakinkan pada Sukan Komanwel New Delhi.

Jurulatih kebangsaan, Stephen van Huizen (gambar) berkata, sebutir pingat pada Sukan Asia boleh meredakan kritikan serta tohmahan negatif ke atas skuad negara.


“ Sekalipun kita bakal menghadapi saingan kuat terutama Korea Selatan dan China dalam Kumpulan B, misi utama saya adalah layak ke separuh akhir.

“ Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan kemenangan dengan jumlah gol besar ke atas Oman dan Singapura sebelum serius menentang dua pencabar utama itu, ” katanya.


Malaysia menentang Oman pada perlawanan pertama Ahad ini, kemudian Singapura (16 November), Korea Selatan (18 November) dan akhirnya China (21 November).


Stephen mengakui persaingan merebut dua tempat terakhir sengit dan mahu mengelak peluang mara diputuskan melalui jumlah gol.

“ Kerana itu saya mahu dua perlawanan awal ini kita menang dengan jumlah gol besar kerana apa saja boleh berlaku selepas itu.


“ Saya tidak mahu bercakap mengenai peluang kita menentang Korea Selatan dan China. Lebih elok kita lepasi dua perlawanan awal ini dulu, ” katanya.


Stephen berkata beliau bercadang mengadakan perlawanan ujian dengan Bangladesh sebelum pertandingan bermula.


“Sejak pulang dari New Delhi, kita tidak ada perlawanan persahabatan. Kerana itu sebelum ke sini, saya sudah berbincang dengan pasukan Bangladesh untuk perlawanan itu.


“ Sepatutnya hari ini kita sudah mulakan latihan tapi kerana kelewatan urusan di lapangan terbang, kita hanya dapat lakukan esok, ” katanya.


Mengenai keyakinan pemain, Stephen berkata mereka sudah kembali fokus dan serius menghadapi temasya ini.


“ Saya harap pemain tidak melakukan kesilapan serupa di New Delhi dan pantas memburu jaringan sekiranya peluang sudah terhidang, ” jelasnya.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 08:39 PM | Show all posts
malaysia kejutkan india 4-3 ...

nanti final lawan pakistan

good luck
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 01:39 PM | Show all posts
harap menang dengan pakistan
tiket auto ke olimpik 2012

go malaysia go!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 10:42 PM | Show all posts
hye boys....i'm newbie here. aku teringin nak main hoki lagi,ever since aku very2 keen in dis sport since aku form 1 lagi kat taiping,
so skang aku keja kat shah alam, dlm area2 kl ada x orang main hoki kt turf just for fun?




aku tgk kalo nak main kat turf mesti ada team,
pastu main plak utk training tournament,
yg ada team tu company besa2 and government sector/agency,
aku yg keja company ciput mana ada chance nak main hockey.....




kalo ada sesapa yg main hockey x kira la kat padang ke turf ke
aku teringin nak join around klang valley.
any suggestion?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 03:08 PM | Show all posts
sesape ada tgk Piala Sultan Johor kat Taman Daya?
macam best je tournament tu...
semalam tgk Malaysia vs Korea... nampak remaja kita main totally different dari team senior main la... diorang berani bawa  bola, berani kelecek bola dan takde taktik passing passing kat defend macam zaman nor azlan bakar dulu...

kalau taktikal ubah camni, baru best tgk malaysia main...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 12:41 PM | Show all posts
semalam malaysia menang ngan pakistan
kenapa pakistan kalah semua game ye?
player diorang bagus bagus, control ball bagus..even possesion ngan malaysia semalam diorang lebih
heran heran
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 12:26 PM | Show all posts
semalam tengku abdullah kata beliau sedia berundur, tapi adakah yg berani suruh beliau berundur.lain la beliau kata 'mahu berundur'
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 02:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by rdzaccess at 17-4-2012 02:30

Reply 473# ekmal_sorrow

Salaam
Aku pun main hockey juga tapi semenjak pindah di tempat sekarang, maka berkarat lah skill aku.
Pernah jadi jurulatih untuk Sekolah Pompuan Sri Petaling , 2 tahun, utk U 15 dan U 18...
Buat sejarah sebab menjuarai Daerah Petaling 2 tahun berturut turut...Tapi U 15 johan U 18 naib johan kalah ngan Sekolah Menengah Dato Harun..


Sekarang ni indoor hockey lah pulak sebab turf tak banyak ...asyik asyik bolasepak...
Apa kata kita set up team kita sendiri...
Boleh di bawa berbincang ni...
PM please...


~~~~~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 11:24 AM | Show all posts
Reply 478# rdzaccess


    macam best je, nnt update kalu ada apa apa program
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 01:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.092922 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list