CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: padlie

Pensyarah: Kerjaya Mendidik atau Kerja Cari Makan?

[Copy link]
Post time 11-4-2007 02:15 PM | Show all posts
woi! sakitnya hati korang dok senang-senang cakap nak jadi pensyarah mudah!
korang ni mengajar kat mana? dalam bidang apa ni? CHALK AND TALK KE?

Sepatutnya tajuk ni ialah PENSYARAH IPTS...barulah korang boleh join!

Pensyarah ada 3 jenis;
A-Research IPTA (UKM, UM, UPM, USM, UTM)
B-IPTA Baru (15 bijik yang lain tu)
C-Kolej Komuniti, Vokasional (ni kes perasan...gelar diri sendiri pensyarah!)
D-IPTS

Nampak tak mana kedudukan IPTS ni? Sesiapa yang kata lebih senang dari
doktor, PTD tu obviously takkan jejak kaki kat A tu. Kalau tak de PhD, jangan nak mimpilah...berapa ramai dah graduate dari A tu, dapat bekerja sebagai doktor or PTD tapi GAGAL masa nak mohon jadi pensyarah...memang tak layak pun dengan kelulusan yang mereka ada masa graduate tu...kena jadi RA ke, RO ke atau tutor
dulu, lepas tu buat Masters then PhD, at least 5 tahun lagi baru nak merasa title pensyarah tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2007 03:48 PM | Show all posts
bayo jgn arr mara..
tuan rumah hanya menyatakan pendpt beliau jek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 07:46 PM | Show all posts

Reply #41 bayo's post

jangan la marah.. tak profesional la macam ni... pensyarah tu bidang profesional...

saya dari UM. Saya jadi tutor bersama 3 rakan lain. Kami buat master by research (usahasama dengan Fakulti pergigian). Seorang lagi tutor buat by coursework and dissertation. saya dilantik jadi tutor secara tak rasmi (tanpa kelulusan senat) lebih kurang sebulan selepas exam terakhir saya. Ini mungkin disebabkan result saya.

Selepas setahun jadi tutor, saya letak jawatan sebab dah tak nak join dunia pendidikan. 4 rakan saya tu terus di sana. 6 bulan kemudian seorang siap master dan terus dilantik sebagai pensyarah. 2 orang lagi lewat sikit dan seorang ikut jejak saya manakala seorang lagi sambung ke PhD. Rakan saya yang ambil master secara coursework habis 6 bulan kemudian dan juga dilantik sebagai pensyarah. 2 tahun je, 2 kawan saya jadi pensyarah UM. Sekarang tunggu giliran untuk sambung PhD.

Tetapi, ada beberapa universiti hanya menerima pensyarah berkelulusan PhD.

Nak jadi doktor, kena rancang dan usaha sebelum masuk universiti. dah masuk universiti dengan jurusan lain, susah dah nak patah balik ambil medic.. bila dah kerja pun sama.
Nak jadi pensyarah, nak rancang awal boleh, lepas konvo pun boleh, dah kerja pun boleh, asal lepas syarat.

Pebincangan kita disini bukanlah fakta. Ia adalah pandangan dan pengalaman kita. Mungkin betul di pihak kita tapi salah di pihak lain. Jadi kita anggap tiada salah tiada benar. Yang baik jadikan teladan, yang buruk tolak ketepi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 09:30 PM | Show all posts
bertenang yer semua...

perbincangan ada pro and cons baru menarik

cuma jaga bahasa masing, korang semua profesional kan... be wise using your words
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 02:32 PM | Show all posts
Best pulak baca topic ni. Tak sangka.. banyak jugak pensyarah bersembang kat forum ni.. he..he...

Sebenarnya saya juga pensyarah di Universiti tertua di Malaysia.  Sebelum ada yang tudh saya jadi lecturer sebab takde kerja, meh saya citer camna saya terjebak dalam bidang ni.

Dulu saya belajar di Universiti Tak Berapa Tua dia Malaysia dalam bidang urban planning.  I got my first and second degree from teh same U.  Final year, Dean panggil suh apply Academic Scholarship Training Scheme untuk buat phD, dan pastu jadi lecturer kat situ.  Mula2 gembira sungguh, terus nak grab the chance.  Tapi masih sangsi & ragu2 sebab at the same time dalam hati ni berkobar2 juga nak join industry as a professional town planner, sebab pengalaman buat practical training di sebuah planning frm betul2 buat saya jatuh cinta dgn kerjaya sebagai town planner.  

Jadi, hati pun berblah bagi nak amik ke tak ASTS tu.  Ditambah pulak dgn tak berapa minat dengan lokasi Universiti Tak Berapa Tua tu di utara Malaysia, rasanya hati lebih berat untuk menolak. Yalah, kalu I proceed dgn ASTS tu, nanti kenalah kerja sampai tua kat Utara tu, sedangkan I kalau boleh nak duduk area KL ke bawah Selatan (anak mak!).  Last2, piker punya piker, I tak jadi apply ASTS tu.  Kecewalah pensyarah2 saya yang dok rfecommend saya. Masa tu depa recommend saya dgn my male classmate.  My classmate dapat the offer, continued to do PhD in Melbourne, Alhamdulillah dah selamat siap dah PhDnya.

Lepas habis Master, saya kerja kat Utara tu asebagai Research Officer, sambil menemankan hubby yang buat second degree.  Hajat hati mmg nak kerja di industry, tapi apakan daya kat Utara tu tak banyak kerja.  At the same time, offer untuk jadi RO dah mmg ada.  So terima ajelah.   Bila jadi RO ni rasa syok sungguh.  Macam2 rfesearch gue dah handle.  Masa tu I realize yang I mmg minat & tekun buat research.  And masa tu I really can imagine myself doing that for the rest of my life.  Tapi mana ada orang nak jadi RO sampai tua kan?  Kenalah upgrade sikit.  So masa tu dah mula rasa minta nak ajdi lecturer.  Tapi masa tu minat timbul bukan sebab suka nak mengajar, tapi sebab suka sangat buat research.  Fast forward, dua tahun saya jadi RO dan tibalah masanya untuk kembali ke KL/Selatan.  

Bila pindah KL, I apply segala kerja yang ada, kat planning firm, research institute, local government, IPTA/IPTS.  Fast forward, dapat kerja kat satu firm, bossnya mat saleh.   Everything went well.  Bos baik.  Collegues ok.  Gaji pun bolehlah, cukuplah duit makan, pakai, mekap.  Cuma satu saya rasa, saya tak dapat mengembangkan teori2 yang saya belajar, yang saya test masa jadi RO, kat firm ni.  Sebabnya, sebagaimana yang ramai tahu, kat luar sana tu mana pakai teori.  Contohnya, masa tu we were working on tourism development plan for  Cameron Highlands, I cakap dengan my boss 搘e need to address the issues of carrying capacity

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 09:59 AM | Show all posts

Kehidupan seorang Pensyarah Terlampau

Sambung cerita..

I was grateful for the offer.Bukan senang sebenarnya nak dapat post lecturer dengan MAster sahaja.  Mmg kebanyakan IPTA meletakkan PhD sebagai syarat minimum, tetapi untuk critical courses yang kurang kepakaran, bolehlah amik calon with Masters.  Bidang saya ni nak kata kurang kepakaran, tidaklah jugak.  Tapi mmg dah rezeki saya agaknya.  


Bila dah dapat offer, barulah apa orang kata... reality bites!  Baru tersedar.. jadi lecturer ni kena MENGAJAR.  Itu tugas hakiki nombor 1.  Buat research tu pun tugas hakiki juga, tapi nombor 2.  Tujuan pensyarah kena buat research pun pasal untuk meningkatkan kepakaran pensyarah supaya pensyarah lebih expert dan boleh meningkatkan kualiti pengajaran.

Dipendekkan cerita, bila mula2 mengajar tu mmglah agak cuak.  Masa tulah barulah saya sedar SUSAHHHHHHH sebenarnya jadi lecturer ni.  Mmglah orang ingat mengajar cuma 10 jam aje seminggu.  Tapi nak prepare lecture notes ni kamain mengambil masa sebenarnya.  Nak membaca dah mengambil masa sebab  bukan bolkeh baca satu buku saja, membaca kena banyak buku, papers sebab nak bagi nampak sesuatu topik secara holistic.  Kena research apa yang kita baca tu dengan keadaan semasa supaya students senang nak relate antara teori dan amalan.  MAsa membaca tu kena pikir camna nak simplify teori2 yang  kompleks nak bagi mudah suh pelajar paham.  Nak kena buat jalan cerita tu dalam kelas.  Kena make sure jalan cerita tu mudah diikuti dan interesting.   

On top of perkara2 yang dibuat diatas, kenalah jugak buat kerja2 admin, kena buat research, tulis paper (KPI kat U saya, satu tahun mesti 2 paper), menyelia kertas projek/tesis students tahun akhir, semak tugasan dan sebagainya.   Tu belum campur students yang datang bilik nak tanya itu, ini.  Terpuan2 sana, terpuan2 sini.  Takkan tak layan kan orang mai tanya.  Tu pun tugas hakiki jugak tu.. melayan kerenah students.

Mula2 masa jadi lecturer mmg biasa saya stay up sampai kul 3 pagi.  Yalah, for someone yang ada family cam saya, waktu malam kenalah tengok anak2 pulak.  Lepas dah bagi anak tido, hubby tido, baru boleh buat kerja yang dinyatakan diatas.  Nak buat masa ofis semua mmg tak sempat.  KAdnag2 lunch pun tak sempat.  Yang ajdi maslaah kurang masa tu pasal lecturer terpaksa berkejar from one class to another.  KAdang2 kelas habis kul 10 am, pastu break kejap, kul 11 am sambung kelas lain pulak.  Jadi, break antara kul 10am-11 am, bukan boleh buat apa pun, hanya sempat melepaskan lelah dan semput dari kelas sebelumnya.  Ada masanya satu hari boleh ada tiga kelas dengan 1st year, 2nd year & 3rd year students.  Teruk jugak kepala ni nak tune sebab cara kita mengendalikan kelas untuk pelajar2 kenalah disesuaikan ikut tahun dan subject.  

Kami ni pensyarah bukannya ada training cam cikgu cara2 mengajar, cara mengendalikan kerenah students, psikologi pendidikan dan seb againya.  Semua kena explore sendirilah.  Setelah nak masuk tiga tahun terjebak dalam bidang ni, saya rasa yakin this is my careerlah sampai pencen.  Like kawan2 lain dah cerita kat atas, sebenarnya menjadi kepuasan bila dapat menyempaikan ilmu pada orang lain, dapat motivate anak2 muda (ceh.. cam dah tua sangat bunyinya aku ni).  I agree with one forumner here, bukan sahaja students belajar dari kita, kita juga dapat belajar dari students.  It is indeed a life-enriching experience.  Belajar dan terus belajar...

Mmg some people kat industry kata "lecturer cuma pandai cakap aje.. pakai teori aje.."... Biaq pilah apa yang mereka nak kata.  That could be some thruth in that statement, tapi one thing yang kita tkleh deny, dalam apa jua bidang kena ada teori dan kena ada amalan.  So academicians and practitioners should actually complement each other.  Saling belajar antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2007 12:19 PM | Show all posts
"Mmg some people kat industry kata "lecturer cuma pandai cakap aje.. pakai teori aje.."... Biaq pilah apa yang mereka nak kata.  That could be some thruth in that statement, tapi one thing yang kita tkleh deny, dalam apa jua bidang kena ada teori dan kena ada amalan.  So academicians and practitioners should actually complement each other.  Saling belajar antara satu sama lain'

aku tertarik dengan frasa kata2 toink77 nie, betul katanya..biarlah org nak ckp
bagi aku tugas sebagai pengajar baik cikgu mahupun tutor dan pensyarah nie banyak jasanya
tanpa dieorg tentu ilmu tak dapat dikembangkan
cita2 aku pun nak jdk lecturer
wlpun aku tau banyak susahnyer'tapi sekuarng2 nya aku dpt sebarkan ilmu yg telah aku pelajari nie
insya allah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 05:39 PM | Show all posts
.kerja apa pun....zaman ni terpaksa...
..soal survival ..nak hidup...
..cuma  jangan ambil seriusly sampai makan diri....
..be happy...ada masa utk keje..ada masa utk pergi relax kat Tioman...snookling ke...
..enjoy the life..it beautiful
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2007 05:43 PM | Show all posts
yes indeed tugas lecturer bukan satu benda mudah. nak sampai ke tahap highest qualification pun makan masa yg lama. all in all, i took 9 years after spm utk sampai ke tahap skrang ni (setahun matrik express, 3 yrs undergrad (enjoy), setahun master by research (membunuh jiwa dan raga) and 4 yrs PhD (happy ending).

org tgk kita mengajar 10 jam seminggu but in reality kita buat lebih dari itu. bawa balik kerja dari office, buat notes utk students, buat soalan ujian/exam, attend seminar, present paper, do research, supervise graduate students, buat program utk students, admin stuffs etc etc.

yg penting keikhlasan dan minat.
Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 14-5-2007 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by manaya at 14-5-2007 05:39 PM
.kerja apa pun....zaman ni terpaksa...
..soal survival ..nak hidup...
..cuma  jangan ambil seriusly sampai makan diri....
..be happy...ada masa utk keje..ada masa utk pergi relax kat Tioman... ...


bgsla hg ni man...ni sumer dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 06:03 PM | Show all posts
..ada lagi ke orang kerja nak pahala.....
..kebanyakan nak gaji jee.
..hantar anak gi ngaji Quran pun kena bayar....
..pada hal pahala ajar Quran tu lagi bernilai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 12:36 PM | Show all posts
bagus la thread ni.

saya taktahu la kerjaya pensyarah ni sesuai ke tidak untuk saya. sebab saya minat research tapi tak berapa minat nak mengajar. rasa macam takde bakat je mengajar...ntah la. belum cuba belum tau...

sekarang keje as engineer. rasa nak cuba rezeki dalam kerjaya pensyarah ni, sebab ada master. tapi selalu terpikir dalam kepala otak, reti kah aku jadi lecturer nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 02:38 PM | Show all posts

Reply #52 lemoneko's post

That was how I felt... "reti ke aku nak mengajar".... Ang again, like you said, "belum cuba belum tahu"... Jadi apa salahnya mencuba....

Kerja carik pahala?  Mmg tak dinafikan, semua orang kerja nak carik makan.  Dah makan tu kan keperluan hidup.   Carik makan tu pun satu ibadah juga.  Tak kiralah kerja apa pun, lecturer ke, magistrate ke, lawyer, or even toll gate girl, kalau niat ikhlas nak carik rezeki halal untuk digunakan untuk tujuan baik2, insya Allah dikurniakan pahala.  Nak cakap jadi lecturer dapat pahala lebih pun payah jugak.  Ada jugak lecturer yang keje tak ikhlas... Maklumlah ajdi lecturer ni flexible sikit.  Kalau mengular pun takde sapa tahu...  orang ingat you gi kelas.  Sendiri mau ingat laaaa..... Apa2 kerja pun yang penting mesti ada ikhlas, ada passion, barulah datang baraqahnya, datang pahalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:16 AM | Show all posts
rasanya mudah nak identify penysarah2 yg keje sebab gaji atau sebab passion....tgk cara dia mengajar dan cara dia inspire the students...

rasanya kalo budak UM yg pernah masuk kuliah prof. ungku aziz akan faham dgn apa yg saya maksudkan.....ilmu by profession rasanya susah nak inspire org2 lain tapi jika dia carik by passion dgn sendirinya aura tu sampai pada pelajar2 dia...

saya setuju dgn tuan rumah dgn isu yg dibangkitkan....ramai penysyarah UNI yg takde ilmu2 industry begitu menyusahkan pelajar2 professional(industry b/grond) yg nak sambung belajar dim'sia......EGO adalah punca utama mereka....pengalaman buat thesis berbanding pengalaman kerja adalah terlalu jauh......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 12:38 PM | Show all posts
Hai Semua!

Pada saya, manusia ada keperluan. Kalau ikut Maslow, ada tingkat2 dia tapi makan, pakai, bermasyarakat adalah keperluan asas.
Pensyarah pun manusia. Perlu kepada perkara2 tertentu, dan zaman sekarang, kalau ada duit, senang nak penuhi keperluan yg asas2. Kalau ada lebih duit, lebih lagi keperluan dapat dipenuhi.
Isteri saya, pensyarah di sebuah IPTA di Melaya ni.
Kalau tgk kerja dia, kekadang kesian sbb rasa tk padan dgn beban yg ditanggung.
Tapi dia masuk bidang ni pun, asalnya sacara tak sengaja. Dulunya dia menyelia tapak projek, panjat scaffolding, pasang tiles, berjemur tgh panas sbg site engineer, tapi sekarang dia supervise performance students.
Budak2 zaman sekarang, bukan nak kutuk atau puji, memang LAIN (malas nak elaborate).
Cabaran nak didik diaorg ni pun sangatlah besar.
Jadi kalau nak kata tak ikhlas... kerja sebab takde pilihan... tak tepat rasanya.
Mungkin ada, tapi bukan semua.
Sayang kalau kita 'blanket' aje dogma 'kalau dah takde kerja lain, jadi je pensyarah, guru, atau mengajar je' utk semua yg terlibat dgn profession ni... tak tepat
Kadang2 ada yg kena paksa, baru jadi rela.
Ada yg terbalik... dari rela jadi paksa.
Tapi secara peribadi, saya YAKIN... "if the student is ready, the teacher will appear."
Jgn tgk kat yg mengajar aje... yg belajar... tapi ni topik thread lain la ye.
Akhir kata, "SELAMAT HARI GURU, May 16th 2007."

Guru - the wind beneath my wing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2007 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by toink77 at 14-5-2007 09:59 AM
Sambung cerita..

I was grateful for the offer.Bukan senang sebenarnya nak dapat post lecturer dengan MAster sahaja.  Mmg kebanyakan IPTA meletakkan PhD sebagai syarat minimum, tetapi untuk cri ...


Di UM memang nak Master sahaja pada masa lepas, tapi sekarang tak tahu la... Dah 2 tahun tinggalkan sana...
Memang menarik kisah ni... Terima kasih kerana sudi berkongsi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2007 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by ctsueraya at 14-5-2007 12:19 PM
"Mmg some people kat industry kata "lecturer cuma pandai cakap aje..pakai teori aje.."... Biaq pilah apa yang mereka nak kata.  That couldbe some thruth in that statement, tapi one thing yang kita tkleh deny,dalam apa jua bidang kena ada teori dan kena ada amalan. Soacademicians and practitioners should actually complement eachother.  Saling belajar antara satu sama lain'


Apa yang ct tulis ni ada benarnya.... Saya setuju dengan ayat yang dibold tu... Cuma buat masa ni, saya dapati kedua-dua pihak berlainan matlamat, berlainan halatuju dan berlainan carakerja... Sukar untuk mencapai persefahaman antara satu sama lain..

Tapi, yang saya pasti, apabila seorang pensyarah mula terjun ke dunia kami.. mereka dapat memahaminya dan segala kerja jadi mudah.. Ini berdasarkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah jabatan saya yang merupakan pensyarah di IPTA...

InsyaAllah, di masa depan akan ada lebih banyak pensyarah terlibat dalam industri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 12:01 AM | Show all posts
oklah kali nie chip plak bagi pendapat sebagai bakal lecturer...

memang tak dinafikan kadang2 ada konflik bila nak pilih kerjaya, mcm chip sendiri nak jadi lecturer atau terus jadi peguam. lepas jer chip grad chip mintak TPM under uitm, masa tue memang tak expect dapat sebab maklumlah masih baru lagi and at same time tengah amik professional course (mcm CLP) layakkan jadi peguam. tengok bila dapat offer terkejut gak chip, bukan sekadar pgalaman tak banyak tapi result pun sekadar lepas syarat TPM 3.0 pointer jer.

tak dinafikan bila chip buat keputusan nak jadi lect nie ada yg sokong dan ada yg membantah. tapi yg agak sedih lecturer sendiri pun ada tak suka. katanya rugi sebab tak 'called to the bar' dan praktis jadi peguam blablabla...ada lg sakit ati siap ckp chip bukan best studentlaa..hish dengki btul....tapi adatla kawan chip nak sambung phd pun kene dengki ngan kawan sejawat sendiri...

yang penting chip tau bila chip wat keputusan inilah yg terbaik. bukan tak boleh praktis tapi boleh jer kalo nak keluar wat sabbatical leave atau p industry training. mungkin sebab parents chip cikgu so mcm seni mengajar tue dah ada dlm diri cuma kene keluarkan dan asah keolehan yang ada.

tak salah jadi pensyarah. walaupun org kata rajin berteori tapi tetap ada sumbangan. kalau takda pensyarah mcmaner nak lahirkan profesional2 and pekerja? peranan mcm cikgu la...cuma tak dinafikan ada yg jadi lect nie sebab dah penat bekerja tak tentu masa dll, yang penting kalau ada kemahuan dan kemampuan tak salah jadi pensyarah. mulia kerjanya. kene rajin cari ilmu buat research and menulis di samping mengajar.

tapi bagi chip kekuatan seorang pensyarah bukan sekadar mengajar sahaja tetapi kene rajin menulis. teruja juga tengok banyak pensyarah menulis dalam media, jurnal dsb..di samping itu boleh gak cari income lebih.

jadi pensyarah nie overall memang best dan mencabar of course bagi yang berminat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 10:06 AM | Show all posts
tahniah chip. teruskan usaha anda. jgn jadikan 3.1 sebagai penghalang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by CRK at 17-5-2007 10:06 AM
tahniah chip. teruskan usaha anda. jgn jadikan 3.1 sebagai penghalang.


tq...nak jadi pensyarah pun byk halangan...teringat baca cerita prof dr siddiq baba mula dari bwh sbg cikgu akhirnya jadi pensyarah terbilang...penah gagal MCE amik HSC lebih 7 kali akhirnya dah jadi prof...semoga jadi inspirasi buat kita semua bakal pensyarah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.599734 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list