CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
 Author| Post time 19-1-2007 08:24 AM | Show all posts
ARTIS MEDIACORP KENA LIMA TUDUHAN
ARTIS MediaCorp, Christopher Lee, semalam dihadapkan ke mahkamah atas lima tuduhan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 8 Oktober lalu.

Kelima-lima tuduhan itu ialah memandu dengan kandungan minuman keras yang berlebihan dalam badan; memandu tanpa bertimbang rasa sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah motosikal; gagal berhenti selepas kemalangan; gagal membantu penunggang motosikal yang cedera parah; dan mengalihkan kenderaan tanpa kebenaran seorang pegawai polis.

Lee, 35 tahun, yang merupakan teman lelaki kepada seorang lagi artis terkenal Fann Wong, tiba dengan seorang wanita yang dipercayai pengurus beliau.

Dengan berkemeja lengan panjang, Lee melalui peguam kanan, Encik Lok Vi Ming, telah memohon agar kes itu ditangguhkan sehingga 1 Mei.

Bagaimanapun, Hakim Daerah, Cik Wong Peck, mengarahkan Lee agar membayar ikat jamin sebanyak $10,000 dan menangguhkan kes itu sehingga 1 Mac ini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 4.15 pagi itu, Lee yang memandu kereta Mercedes Benz berwarna hitam telah didakwa terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2007 08:25 AM | Show all posts
HARUNGI DETIK CEMAS LEBIH TIGA JAM KETIKA HENDAK BERSALIN
KOTA TINGGI: Seorang suri rumah melalui detik cemas lebih tiga jam bagi melahirkan anak ketujuhnya Selasa lalu apabila terpaksa bertukar kenderaan dan menaiki dua bot untuk ke Hospital Kota Tinggi (HKT) berikutan beberapa jalan dinaiki air.

Cik Rozana Jahari, 40 tahun, yang mengadu sakit selepas solat subuh sekitar 6 pagi, pada mulanya dibawa menaiki kereta dari rumahnya di Felda Niaga, Felda Air Tawar 1, di sini, tetapi terkandas di persimpangan Kampung Makam berhampiran Muzium Kota Tinggi kerana jalan ditenggelami air lebih semeter.

Nasibnya baik apabila sepasukan tentera yang menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui kawasan itu dan membawanya meredah banjir dari Kampung Batu 25 ke Taman Kota Besar sebelum menaiki bot sukarelawan AmBank, yang dibantu dua anggota Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Dalam perjalanan ke HKT, Cik Rozana dan suaminya, Encik Ramlan Mursadi, 40 tahun, dinasihatkan menaiki bot tentera yang dikendalikan anggota berkemahiran bagi mengelak kejadian buruk.

Namun, keadaan menjadi cemas apabila bot yang dikendalikan empat anggota tentera itu terhenti selepas kipasnya terbelit rumput dan kain setiba di kawasan berhampiran sebuah pasar raya.

Dalam keadaan panik itu, tiga anggota tentera tersebut terjun ke dalam air sedalam hampir dua meter bagi membersihkan kipas itu. Sebaik kipas dibersihkan, bot itu meneruskan perjalanan dan sampai di HKT pada 9 pagi.

Encik Ramlan berkata: 'Saya sekeluarga terhutang budi dengan pertolongan semua pihak, terutama anggota tentera yang sanggup menggadai nyawa dengan terjun ke dalam air sedalam hampir dua meter bagi mengelakkan bot dihanyutkan arus,' katanya. - BHM.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 17-1-2007 11:37 AM
Semakin banyak kes jenayah di johor ni laa....
nak balik johor weekend ni macam seram jeee....



tak baik siak dorang,
aku tak rasa ni keja orang2 johor, ni aku rasa keja orang dari tempat lain...

mampos dorang, kat akhirat nanti jawab la, curik dan samun duit orang siap pukul2 lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 18-1-2007 08:39 AM
$14,000 DARIPADA TUKAR BELI KERETA LESAP
Akibat bisnes tanpa hitam putih dengan rakan...

Oleh
Saini Salleh

GARA-GARA wang pelanggan lebih $14,000 bagi tukar beli (trade in) kereta yang ...



aku nengok cina kalo tipu , tipu juta2....puas hati...

melayu nak tipu, sikit2 gini, tak best beb masuk prison ni macam nye tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 02:39 PM | Show all posts
nari sokkabar melayu ada masuk muka si dektu yang duit mesjid tu ada problem tu 70,000 or what tu....

nanti aku scan masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 03:48 PM | Show all posts

Reply #123 deaf4ever's post

tu ah dep.... aku pun dok rase gitu jugak.... tapi takde bukti....
eniwei aku terpaksa gak balik johor malam ni coz nak kena jenguk rumah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2007 02:16 AM | Show all posts
Decomposed body found along PIE


SINGAPORE: A decomposed body has been found near the Eunos exit, towards Changi, of the Pan Island Expressway (PIE).
Police say that a call at 11.30am prompted them to the find, in a nearby drain in front of Block 336 Ubi Avenue 1. The deceased
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 02:23 AM | Show all posts
Supply of vegetables from M'sia for Chinese New Year under threat

SINGAPORE: Expect to pay more for your greens over the next few weeks.
Wholesalers say the supply of vegetables from flood-hit Johor for Chinese New Year is under threat. And with demand strong, prices remain high. The Johor floods have forced local wholesalers to bring in more supplies from China, Indonesia, Thailand and Vietnam. And because the growing and supplying of vegetables from Malaysia takes time, the Pasir Panjang Wholesale Market Association says supplies will not return to normal until the second or third week of February, around the Chinese New Year period. The wholesalers at Pasir Panjang market buy many different types of vegetables from many different countries. With the supply of vegetables from Malaysia like kangkong, chye sim and bittergourd going down by at least 50 percent, these wholesalers have had to import more vegetables from other countries. The wholesale market association says flying in the supplies has incurred higher transportation costs which buyers, like stallholders, have to absorb. It says about 60 to 70 percent of what they sell have to be flown in. This results in prices remaining high. For example, a kilogramme of kangkong, which normally costs S$1, now costs S$3. Supermarket chain Cold Storage says it is not increasing its prices of leafy vegetables. Fairprice says it has increased supply from other countries and will continue to hold prices for as long as it can, although it has had to increase the price of bittergourd since Thursday by about 5 percent.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2007 08:17 AM | Show all posts
ISTERI DIKURUNG 8 JAM DI FLAT

SEORANG isteri diugut dan dipaksa berkurung dalam flatnya sendiri selama lapan jam oleh suaminya.
Wanita itu yang berbaju tidur dan menggeletar terpaksa meminta bantuan seorang jurugambar untuk menghubungi polis.

'Tolong telefon polis. Cepat, cepat dia (suaminya) ada pisau,' bisiknya kepada jurugambar akhbar Shin Min itu, Encik Ngoh Seng Joon, melalui tingkap koridornya.
Ketika Encik Ngoh tiba di flatnya sekitar 1.30 petang di Blok 103, Bedok Reservoir Road, Jumaat lalu, suaminya, 66 tahun, dikatakan sudah hilang akal.

Sebelum itu, suaminya telah membuang dua tong gas dari tingkap dapur flatnya di tingkat 10.
Mujur tong gas itu tidak meletup atau mencederakan sesiapa.
Polis telah diberitahu mengenai tong gas yang dibuang itu sekitar 10.45 pagi.
Malah, para saksi juga menyatakan mereka turut melihat botol gelas dan kura-kura dibuang dari flat itu.
Encik Ngoh, 55 tahun, sedang berjalan di flat wanita itu apabila beliau melihat wanita itu mengintai dari tingkapnya.
''Sebelum saya dapat bertanya, wanita itu meletakkan jarinya di bibirnya seperti mengarahkan saya supaya se nyap,' katanya.

Tidak puas hati, Encik Ngoh berjalan sekali lagi di koridor itu lagi dan akhirnya wanita itu meminta tolong.
Apabila polis mengetuk pintu flat wanita itu, suaminya yang menyelubungi kepalanya dengan kain putih memegang pisau pemotong daging semasa membuka pintu.

Dua bilah pisau lagi diletakkan di dalam seluarnya.

Sebagai langkah keselamatan, polis mengepung beberapa tingkat blok itu.

Sekitar 45 minit kemudian, lelaki itu masuk ke biliknya sebelum isterinya berjaya melepaskan diri.

Sekitar dua jam kemudian, dengan bantuan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), pintu flat lelaki itu dibuka secara paksa dan dia diberkas.

Menurut polis, wanita itu dikurung selama lapan jam tanpa air dan makanan.
Awal dari itu, adik-beradik suaminya telah datang untuk memujuknya supaya mendapatkan rawatan tetapi sebaliknya dihalau.

Lelaki itu kini dirawat di Institut Kesihatan Mental (IMH).
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by Makeupfairy at 17-1-2007 11:51 AM
'Mereka kata: 'Orang Singapura apa awak ini? Pakai kereta dan makan di restoran, tapi tak bawa banyak duit'.'

Kalau dia reply, "Jadi duit yang susah payah saya cari tak senang dirompak ol ...



confirm leher org tu kena tetak dgn perompak fairy....
Reply

Use magic Report

Makeupfairy This user has been deleted
Post time 22-1-2007 04:37 PM | Show all posts

Reply #130 gadis_aries's post

:setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2007 08:07 AM | Show all posts
GSA BELUM PULANGKAN $10,000
Oleh
Suryani Omar

SUDAHLAH terpaksa membatalkan niat untuk menunaikan haji kerana masalah kewangan, kini $10,000 yang dibayar untuk ibadah itu belum dipulangkan kepadanya.

Itulah nasib Cik K, 31 tahun, yang masih menantikan wangnya dikembalikan oleh sebuah agensi pelancongan setempat.

Mei lalu, Cik K, pegawai khidmat pelanggan, mendaftar untuk menunaikan haji seorang diri bersama ejen pakej haji (GSA) itu dan membayar $10,000 menggunakan cek.

Menurut Cik K, beliau menarik balik pendaftarannya Ogos lalu kerana terpaksa membayar bil kad kredit sekitar $8,000.

'Takkan saya nak pergi haji bila hutang saya banyak. Jadi saya batalkan pendaftaran dan rancang untuk menggunakan wang $10,000 itu untuk melangsai hutang kad kredit.

'Agensi itu kata akan pulangkan pada September. Kemudian saya terima surat ia kata Oktober, kemudian saya terima SMS katanya sebelum akhir Ramadan,' kata ibu seorang anak itu.

Pada November lalu Cik K ke Tribunal Tuntutan Kecil untuk mendapatkan wangnya serta mengadu kepada Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Tribunal itu telah meminta GSA tersebut mengembalikan wang itu selewat-lewatnya pada 6 Januari lalu, namun sehingga hari ini wangnya belum dipulangkan.

Ketika dihubungi semalam, pengurus besar agensi pelancongan itu mengesahkan pihaknya belum memulangkan wang tersebut kepada Cik K.

Ini kerana 'buat masa ini kami sedang menjalani beberapa pertukaran di pihak pengu rusan', katanya.

'Wang sedang dipindahkan dari pelabur kami yang berpangkalan di Timur Tengah dan terdapat sedikit kegenjotan yang kami tidak jangka.

'Lagipun apabila pelanggan membayar, wang itu kami gunakan untuk membayar hotel dan sebagainya. Apabila ia dibatalkan, kami harus tunggu sebelum wang itu dipulangkan kepada kami untuk dipulangkan kepada pelanggan,' katanya lagi.

Beliau berkata wang itu akan dipulangkan kepada Cik K selewat-lewatnya hujung minggu ini.

GSA itu tidak membawa jemaah haji tahun ini kerana jumlah jemaahnya dan mereka beralih ke GSA lain.

Sementara itu, Cik K berkata: 'Saya rasa saya akan ke Tribunal Tuntutan Kecil sekali lagi walaupun leceh kerana terpaksa ambil cuti.'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2007 08:08 AM | Show all posts
KEBANYAKAN PESALAH SUBUTEX ADALAH MELAYU
Oleh
Farid Hamzah

MAJORITI penyalah guna pil Subutex yang ditahan tahun lalu adalah Melayu.

Sejak pil itu disenarai sebagai dadah terkawal pada 14 Ogos, 347 penyalah guna diberkas dan sekitar 58 peratus daripada mereka adalah Melayu. Penagih Cina membentuk 22 peratus, India 18 peratus dan baki kaum lain.

Kebanyakan mereka berusia lebih 40 tahun dengan 90 peratus ada rekod menyalah guna heroin.

Mendedahkan demikian semalam semasa membentangkan statistik tahunan penyalahgunaan dadah bagi 2006, Timbalan Pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB) Encik S Vijakumar, juga berkata harga Subutex telah naik daripada sekitar $40 sebiji kepada $130 hingga $180 sebiji sejak ia disenaraikan.

Tetapi CNB tidak menjangkakan penyalah guna Subutex beralih kepada heroin walaupun harga setiap straw heroin kekal sekitar $50.

Secara keseluruhan, 1,127 penyalah guna dadah berulang dan baru diberkas tahun lalu berbanding 793 orang pada 2005.

Kebanyakan mereka berusia 30 tahun ke atas dan sekitar 85 peratus pesalah lelaki.

Mereka yang menyalah guna dadah jenis sintetik membentuk peratusan terbesar tahun lalu, iaitu 49 peratus, meskipun ia berkurangan berbanding 79 peratus pada 2005.

Kebanyakan mereka, sekitar 88 peratus, adalah belia berusia di bawah 20 tahun, berbanding 93 peratus pada 2005.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2007 08:09 AM | Show all posts
DIROMPAK DALAM LIF
SEORANG wanita terpaksa menyerahkan tas tangannya setelah diacu pisau ke arahnya semasa menaiki lif untuk pulang ke flatnya di Blok 141 Jalan Bukit Merah.

Dalam kejadian sekitar 10.45 malam kelmarin, wanita yang berusia 40-an tahun itu sedang berbual melalui telefon bimbit semasa menunggu lif di kolong blok.

Beliau menaiki lif seorang diri dan ketika lif hampir tertutup, seorang lelaki memasuki lif tersebut lalu mengeluarkan pisau ketika lif tertutup rapat.

Dalam ketakutan, beliau menyerahkan begnya yang mengandungi telefon bimbit bernilai $100 dan wang tunai $20.

Lelaki itu melarikan diri setelah lif terbuka.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sila hubungi talian hotline polis 1800-255-0000.
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 23-1-2007 08:24 AM | Show all posts
front page straits times.....iraq blasts kills 90

kat pasar pun boleh kena target.
heart pain when i read this.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2007 08:30 AM | Show all posts
Singapura : 24 Januari 2007
Mudah cetak | E-mel
LELAKI CEDERA DILANGGAR GERABAK MRT SEORANG lelaki cedera setelah dilanggar gerabak MRT di Stesen MRT Eunos semalam.

Ketika kejadian berlaku, gerabak tersebut dalam perjalanan menuju ke Pasir Ris.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) semalam berkata bahawa pihaknya menerima panggilan sekitar 3.04 petang.

Menurut SCDF, akibat dilanggar, lelaki Cina itu terhumban di ruang antara gerabak MRT dan platform stesen.

Menurut polis, lelaki itu cedera di bahagian kaki dan kini dirawat di Hospital Besar Changi (CGH).

Jurucakap syarikat SMRT Corporation berkata pihaknya telah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis untuk siasatan lanjut.

Menurut syarikat itu lagi, akibat kejadian sekitar 3.01 petang itu, khidmat MRT dari Aljunied ke Tanah Merah tergendala.

Bagi membantu penumpang yang terjejas, khidmat ulang alik percuma disediakan antara Stesen Aljunied dengan Stesen Tanah Merah.

Sekitar 4,000 penumpang MRT terjejas. Bagaimanapun, khidmat ke arah Pasir Ris disambung pada 3.49 petang.

Polis masih menyiasat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2007 08:31 AM | Show all posts
BEKAS KONSTABEL CISCO DIJEL KERANA CURI
Oleh
Khalid Khamis

SELEPAS menjalani beberapa sidang sebelum perbicaraan (PTC) dan hukuman ditangguhkan, tertuduh, seorang konstabel Cisco, berulang kali mencuri termasuk ketika dibebaskan dengan ikat jamin.

Akhirnya Loqmanul Hakim Buang, 23 tahun, mengaku salah di mahkamah semalam. Dia dipenjara 14 minggu kerana tiga kesalahan mencuri barangan elektrik dari Pasar Raya Sheng Siong berjumlah $2,098 tahun lalu.

Peguam bela dan pendakwa raya telah berbincang di bilik Hakim Daerah, Encik See Kee Onn, sebelum keputusan diambil.

Dia mencuri sebuah alat perakam DVD dan dua alat perakam DVD mudah alih jenama Enzer bernilai $201 dari pasar raya itu di Jurong pada 14 November 2006.

Sebelum itu, dia menyerah diri pada 6 November berhubung dua lagi kes mencuri.

Pada 27 Oktober, Loqmanul mencuri dua perakam DVD mudah alih dengan nilai keseluruhan sekitar $498, di pasar raya yang sama di Yuan Ching Road sekitar 8 pagi.

Tiga hari kemudian, Loqmanul dan jirannya, Mohammad Nurzaman Mansor, 22 tahun, pergi ke pasar raya Sheng Siong di Ten Mile Junction dan mencuri televisyen LCD jenama LG bernilai $1,399.

Dia kemudian menyerah diri kepada polis pada 6 November lalu.

Loqmanul menyertai Cisco 22 Mei lalu tetapi kini dipecat.

Mohammad Nurzaman bersekongkol dalam kes itu dengan bertindak sebagai pemerhati supaya Loqmanul dapat mencuri.

Mohammad Nurzaman mengaku bersalah dan didenda $8,000 kerana bersubahat.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 24-1-2007 12:18 PM | Show all posts
Semlm tgk news 5..abt tat worst serial killer yg da bunuh 49 gals..kalau kt sini..hukumannya da confirm d hukum mati..but baru semlm I tau,Canada do not hav death penalty...jadi dia d penjara seumur hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 08:27 AM | Show all posts
HARGA MAKANAN LAUT DIJANGKA NAIK LAGI
Kenaikan sempena Tahun Baru Cina pula

Oleh
Halifi Hussin

HARGA makanan laut seperti ikan dan udang secara purata telah pun meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus akibat musim hujan yang melanda rantau Asia Tenggara akhir tahun lalu.

Namun, ia dijangka melambung lagi - sebanyak 20 hingga 30 peratus - menjelang perayaan Tahun Baru Cina bulan depan.

Tinjauan Berita Harian di Pasar Geylang Serai mendedahkan harga makanan laut seperti ikan pari meningkat daripada $5 sekilogram kepada $6 sekilo sementara udang pula berharga $7 sekilo berbanding $5.50 akhir tahun lalu.

Turut terjejas adalah ikan kuning, ikan selar, ikan kembung dan sotong.

Mengesahkan kenaikan itu, Presiden Persatuan Am Pedagang Ikan Singapura, Encik Lee Boon Cheow, berkata makanan laut yang ditangkap dari laut di kawasan timur Malaysia mengalami kenaikan harga.

'Ini kerana angin kencang monsun timur laut menghalang para nelayan yang mempunyai bot kecil daripada keluar menangkap ikan, menyebabkan kekurangan bekalan.

'Untuk menangani kekurangan ini, kami mengimport bekalan makanan laut yang lebih dari negara lain seperti China dan Thailand,' katanya.

Tetapi, bukan musim cuaca sahaja yang menjejas harga makanan laut.

Musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang 18 Februari nanti dijangka meningkatkan lagi harga makanan laut.

Kata Cik Kang Ai Lian, 65 tahun, penjual udang di Pasar Geylang Serai:

'Biasanya, apabila menjelang Tahun Baru Cina, harga udang akan melambung kerana permintaan yang tinggi. Harga sekilo udang boleh mencecah $20 hingga $30 sekilogram,' katanya.

Beliau kini menjual udangnya dengan harga $13 sekilogram.

Menurut seorang lagi penjual ikan yang enggan namanya disiarkan, udang air tawar juga akan turut mengalami kenaikan harga.

'Harga udang air tawar biasanya stabil kerana tidak terjejas oleh musim monsun. Tetapi, jika harga bagi udang lain meningkat, ia juga akan meningkat.

'Seperti tahun-tahun sebelum ini, menjelang Tahun Baru Cina, harga makanan laut akan meningkat secara purata sebanyak 20 hingga 30 peratus,' katanya.

Namun, tidak semua penjual menaikkan harga makanan itu.

Jurucakap pasar raya NTUC FairPrice berkata makanan laut yang dijual di kesemua cawangannya tidak mengalami sebarang kenaikan harga sejauh ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 08:30 AM | Show all posts
KUKU JARI KELUARKAN BEBOLA KACA
ALOR GAJAH (Melaka): Seorang gadis di sebuah kampung kecil di sini menjadi sensasi.

Gadis itu, Cik Siti Suhana Saadon, 23 tahun, didapati boleh mengeluarkan bebola kaca warna-warni dari kuku jari kakinya, menurut beberapa laporan akhbar setempat.

Ibunya, Cik Kamariah Koning, 52 tahun, berkata kisah anak perempuannya itu pernah dipapar dalam satu rancangan di saluran TV3, dan sejak itu ramai orang dari segala pelosok Malaysia berkunjung ke rumahnya di Taman Cempaka Dua, Durian Tunggal. Malah, telefon rumah penoreh getah itu pun tidak berhenti berdering.

'Orang ramai hanya mahu tahu bagaimana batu-batu itu boleh tumbuh dari jari kaki anak perempuan saya. Kami bukannya mencari publisiti, tetapi kami mahu diadakan kajian ke atas hal ini dan memulihkan anak saya ini,' jelas Cik Kamariah dalam akhbar The New Straits Times (NST).

Dalam laporan akhbar Harian Metro, Cik Siti Suhana berkata setiap kali bebola kaca itu hendak keluar dari jari kakinya, beliau akan berasa loya dan sakit 'seolah-olah seperti sakit gigi selama kira-kira 10 minit'.

'Ketika itu, kulit dari celah kuku ibu jari kaki kiri saya terus ternganga. Saya terpaksa menariknya keluar menggunakan pemotong kuku dan selepas itu, lubang yang ternganga terus tertutup seolah-olah tiada apa yang berlaku,' katanya, yang pernah mencetuskan kegemparan apabila ibu jari kaki kirinya mengeluarkan hampir 100 biji bebola kecil dan hirisan kaca sejak Jumaat lalu. - NST, Harian Metro.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.072323 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list