CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17480|Reply: 75

Tauladan dari Turki, Keluarga : Aurat dan kerjaya

  [Copy link]
Post time 10-1-2007 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Tauladan dari Turki, Keluarga : Aurat dan kerjaya
Petikan artikel yg elok dikongsi bersama sebagai pedoman.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Salah satu isu yang menarik fikiran saya untuk dianalisa adalah masalah yang dihadapi oleh saudari muslimat berhijab kita di Turki. Selepas kebangkitan suara Islam di pertengahan 90an, pihak berkuasa Turki terutamanya kuasa tentera, telah mengambil pendekatan yang amat keras ke arah menekan umat Islam di sana. Salah satu daripada strategi yang mereka lakukan adalah dengan memencilkan hijab dari masyarakat. Perempuan berhijab tidak dibenarkan masuk ke bangunan-bangunan rasmi seperti pejabat-pejabat kerajaan, universiti, sekolah dan sebagainya.

Sememangnya satu dunia tahu tentang kisah yang menimpa Gul Aslan, MP Kavakci dan lain-lain. Mereka menghadapi tribulasi besar-besaran sehingga mengundang cela siksa dipenjarakan oleh regim Sekular di Turki, malah Kavakci hilang kerakyatan. Saya masih ingat kepada demonstrasi yang diadakan di Beyazit, Istanbul oleh pelajar-pelajar universiti berhubung dengan larangan pelajar bertudung masuk ke kawasan kampus untuk menduduki peperiksaan. Bayangkan, ada di antara mereka telah enam tahun bertungkus lumus menyempurnakan pengajian di bidang perubatan, tiba-tiba sehari itu sahaja mereka ditegah dari masuk ke universiti untuk menyelesaikan peperiksaan terakhir. Mereka terpaksa memilih di antara hijab dan perintah Allah itu, dengan segulung ijazah bekalan hidup.

Saya lihat bagaimana abang kepada seorang pelajar perempuan yang berdemonstrasi itu merentap tudung adiknya supaya dia dapat menduduki peperiksaan. Berlakulah pergaduhan yang amat menyayat hati itu. Kanal Yedi (Channel 7) yang menyiarkan hal itu saya tutup kerana hati ini rasa amat terguris dan dayus kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Saya juga rasa kaget melihat pelajar muslimat memakai snow cap dan membalut kepala dan leher dengan mafla bagi menggantikan hijab supaya mereka boleh melepasi sekuriti di pagar kawasan kampus. Isteri salah seorang sahabat saya yang bekerja sebagai guru sekolah rendah, berlari-lari masuk ke dalam kelas seawal 6:15 pagi untuk mengelak dari dilihat oleh pihak berkuasa dan duduk di dalam kelas sehingga masa persekolahan selesai, lalu pulang ke rumah seperti seorang pencuri, ketakutan dan kalut. Semata-mata kerana hijab yang membalut Iman dan Islamnya.

Banyak lagi catatan yang boleh dikongsi bersama, namun bukanlah itu isu yang hendak saya ketengahkan kali ini.

Baru-baru ini saya berpeluang ke Turki sekali lagi untuk menziarahi keluarga angkat dan kawan-kawan. Kali ini lawatan saya agak berbeza kerana saya sendiri membawa isteri dan anak manakala sahabat-sahabat seperjuangan juga semuanya telah berkeluarga. Tentunya perbualan kami kali ini sedikit berbeza.

[ Last edited by  maza at 10-1-2007 04:45 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2007 04:35 PM | Show all posts
Namun di dalam kelainan kesan perjalanan masa itu, masih ada suatu persamaan yang terus berlaku kepada senda gurau dan perbualan kami.

Apabila kami menyentuh soal tekanan ke atas umat Islam di Turki, lazimnya ia berakhir dengan sepi sejenak, masing-masing merenung lantai dan mengesat air mata sebelum melepaskan nafas dalam yang menyesakkan dada. Terdiam, tergamam dan hanya pada Allah sahaja, perasaan yang bercampur aduk itu disandarkan.

Semua sahabat saya mengalami nasib yang sama. Mereka menceburi bidang perniagaan walaupun tanpa minat dan menyanggah kecenderungan. Ini adalah gara-gara pelbagai sekatan yang dikenakan oleh kerajaan demi memastikan graduan Ilahiyat (Pengajian Islam atau Teologi Ketuhanan) terseksa hidup, bukan sahaja semasa di fakulti semasa belajar, malah sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan. Tiada kerja yang boleh dipohon, sekolah-sekolah Tahfiz dan Imam Hatip ditutup, manakala jawatan-jawatan lain, sudah sampai ke peringkat mustahil untuk diperolehi. Namun, hidup mesti diteruskan, mereka menceburi perniagaan demi mencari rezeki yang halal dan Alhamdulillah, nampaknya masing-masing mempunyai kehidupan yang bolehlah dikatakan baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 04:35 PM | Show all posts
Walau bagaimana pun, suatu yang pasti, isteri masing-masing semuanya tidak bekerja. Semuanya kerana hijab. Melalui isteri saya, cerita-cerita yang didengari melalui circle kaum ibu itu memang menyedihkan. Bayangkan, selepas bertahun-tahun mengejar ijazah sehingga beroleh kelayakan sebagai peguam, akauntan, graduan Pengajian Islam dan sebagainya, semuanya berakhir di rumah. Kebetulan pula rakan-rakan saya ini kebanyakannya berkahwin dengan classmates semasa di universiti. Maka kehadiran saya menjadi sebab untuk mereka semua kembali berkumpul. Maka para isteri juga ditemukan kembali. Walaupun gembira, namun cerita-cerita sedih ini jugalah yang mendominasi perbualan. Mereka tidak dapat menerima hakikat isteri saya bekerja sebagai seorang doktor di Ireland dengan penuh kebebasan terhadap tudung yang dipakai. Bagaimana kebebasan itu ada di Ireland tetapi tidak di bumi Khilafah ini!

Tetapi saya cuba mencari the bright side of the story. Mungkin kaum wanita ramai yang tidak bersetuju dengan analisa saya terhadap fenomena ini. Namun saya cuba bersikap adil dan mengharapkan agar hal ini boleh mencelikkan pandangan kita semua yang terperangkap di dalam gaya hidup seperti hari ini.

Sejarah memperlihatkan bagaimana umat Islam cemerlang, gemilang dan terbilang ketika kaum wanitanya berada di rumah. Mungkin tiada statistik yang boleh saya kemukakan untuk menyokong dakwaan ini, tetapi sekurang-kurangnya strategi Ataturk ketika merancang kemusnahan Khilafah Othmaniyyah boleh dijadikan kayu ukur. Ataturk menyedari bahawa di antara unsur kekuatan pegangan umat Islam ialah pada kedudukan wanitanya. Masyarakat boleh diubah dengan mengubah wanita. Wanita memelihara rumah tangga, anak-anak dan suami. Institusi keluarga ini menjadi benteng pertahanan umat ketika berhadapan dengan proses pembaratan budaya dan cara hidup di kala itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 04:37 PM | Show all posts
Kerana itulah, Ataturk telah menyusun strateginya yang tersendiri. Atas nama hak sama rata antara lelaki dan wanita, Ataturk menggalakkan wanita bekerja, bermusafir keluar meninggalkan rumah, malah diberikan tempat di kerusi-kerusi parlimen. Bagi mereka yang dahagakan 慿emajuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 04:37 PM | Show all posts
Al-Marhum Said Hawwa telah mengulas berhubung dengan hal ini di dalam kitabnya al-Islam. Beliau menegaskan bahawa Uqubat Fithriyyah (balasan / hukuman fitrah) daripada wanita meninggalkan peranan mereka di rumah dan keluar bekerja, meliputi:
Kecelaruan hubungan di antara lelaki dan perempuan serta hilangnya ketenangan dan kesejahteraan.

Anak-anak tidak dapat mengecapi penjagaan oleh ibu bapanya dengan sempurna.

Perempuan hilang rasa kebergantungan kepada suaminya dan ia menjadi ancaman yang besar kepada hubungan perkahwinan mereka.

Wanita itu telah menolak tanggungjawab nafkah orang lain ke atas dirinya. Akibatnya, selepas mencapai usia tua dan uzur, wanita itu masih perlu bekerja seperti lelaki walaupun fizikalnya sudah tidak mengizinkan.

Wanita kehilangan sifat-sifat kewanitaan yang dikhususkan kepadanya. Natijahnya, wanita itu sudah tidak lagi sesuai untuk memikul tanggungjawab asasinya seperti mengandung anak.

Keretakan hubungan kekeluargaan berkembang menjadi krisis di dalam masyarakat.

Ibu bapa yang baik tidak dapat mewariskan sifat-sifat mereka yang baik kepada anak-anak bahkan hubungan kasih sayang juga terjejas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 04:38 PM | Show all posts
Kerana itulah Allah SWT menegaskan di dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud, 揹an tetapkanlah kedudukan kamu (wanita) di rumah dan janganlah sekali-kali kamu bertabarruj dengan tabarruj jahiliah yang pertama
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2007 04:39 PM | Show all posts
Akibat tekanan yang amat besar, muslimat yang mulia pekerti itu terpaksa akur untuk tidak bekerja demi hijab dan agama. Lantas mereka hanya menjadi surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak. Jika situasi seperti ini distrategi dengan baik, saya melihat ia sebagai suatu perubahan yang positif di dalam masyarakat. Wanita kembali kepada fitrah mereka. Bayangkan, anak-anak ini dididik oleh wanita berpendidikan tinggi dan berjiwa besar. Sudah tentu generasi yang lahir adalah lebih baik dan berkualiti berbanding dengan generasi belaian tangan pembantu rumah. Kita mengimpikan pendidikan yang baik untuk anak-anak.

Jika situasi seperti ini boleh di抦anfaat択an oleh kita semua, mungkin usaha menyediakan pendidikan alternatif seperti home schooling boleh dijayakan dengan begitu baik sekali.

Lihat sahaja usaha gigih masyarakat Muslim minoriti di Amerika Syarikat membangunkan sistem pendidikan Islam di sana. Mereka sudah berjaya sampai ke tahap mampu mengemukakan konsep home schooling sebagai pendidikan formal anak-anak yang diiktiraf Silibus Nasional negara. Halaman web www.muslimhomeschool.com wajar diteliti oleh kita semua.

Hal inilah yang saya sampaikan kepada isteri sahabat-sahabat saya di Turki. Berhentilah daripada meratapi nasib ini. Untuk jangka pendek ia mungkin suatu penindasan. Namun jika dilihat kepada masa depan, saya percaya bahawa perbuatan regim sekular menyekat kerja golongan Pengajian Islam dan wanita bertudung ini, akan menjadi suatu strategi yang mereka kesali. Penantian kita tidak lama, Insya Allah. Iaitu untuk suatu jangka masa yang dekat. Bak kata pepatah Turki 揌er gelecek yakindir!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 05:13 PM | Show all posts
elok rasanya diterangkan apa makna aurat dan batas2 pergaulan sesama mahram dan ajnabi. TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2007 10:28 AM | Show all posts
Berikut adalah makna aurat yg saya rujuk melalui Kitab Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 1, Wahabah al Zuhaili, terbitan DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1995, ms. 599. (dlm bab solat)

Ulama' Syafi'i dan Hanbali berpendapat, hendaklah meliputi semua bahagian yang perlu ditutup, secara berpakian atau seumpamanya. Tidak memadai menggunakan selubung yg sempit dan keadaan yg gelap sebgi penutup aurat.

Ulama Hanafi dan Maliki memadai dgn keadaan gelap sbgi  penutup aurat pd ketika darurat. Ini disebabkan menurut pdpt mrk, yg wajib ialah menutup aurat drp penglihatan org lain sekalipun penutupan itu dri segi hukum shj seprti tempat gelap bukanlah menutup aurat drpd pandangan matanya sendiri.

ada pula ulama' muktabar dan pendapat fuqaha' yg memberikan takrif, apabila berhadapan dgn bukan muhrim, aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya kecuali yg lazim dilihat, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Pakaian itu juga tidak menggambarkan bentuk lengkuk tubuh badan wanita dan warna kulit di dlamnya.

sungguhpun demikian terdapat banyak lagi khilaf dlm perbicaraan konsep aurat tersebut....

bagi mereka yg lagi arif.. blh ler berkongsi maklumat disini...

wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:03 AM | Show all posts
ermm inilah sekularisma yg diterapkan oleh Kamal Altartuk yg akhirnya memisahkan agama dan kehidupan.

Inilah juga yg cuba menular dalam masyarakat kita

sesetengah pasaraya dan shopping complex tidak membenarkan pekerja mereka bertudung.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:18 AM | Show all posts
thread ini bagus.. thanks to Maza.

Tapi lebih bersesuaian di bod lain yg berkaitan

[ Last edited by  putubambu at 11-1-2007 11:21 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 11:29 AM | Show all posts
errr kalau tersalah masuk.. mintak diperbetulkan boleh...

:stp: :stp:

:bgrin: :bgrin: :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:56 AM | Show all posts
jauh kisahnya sampai di turki....

aku suka melihatnya dari segi peranan wanita dalam hidup harian yg semakin berubah kalau nak di bandingkan dengan zaman mak dan nenek kita dulu. memang ianya hadir oleh kerana dasar dan nilai2 yg cuba diterapkan oleh pemerintah kita yg menekankan pada pendidikan. kita tak mahu lagi melihat melayu yg buta huruf dan hidup terpinggir di negara sendiri dan memang itu telah kita capai. namun setiap benda ada harganya....ada musibahnya terutama pada nilai2 sosial dan pegangan masyarakat kita.surirumah yg bekerja tentunya memberikan kesan ekonomi dan sosial tersendiri...dapat juga menambah pendapatan keluarga. nak juga berkereta dan tinggal dalam rumah sendiri. tuntutan2 asas hidup yg beginilah yg mendorong wanita bekerja dan sedikit mengubah peranan mereka dalam rumahtangga.

aku lebih suka melihatnya sebagai sesuatu yg positif...teuslah bekerja kerana peluang memang terbuka luas untuk wanita2 kita. tak kan nak biar orang lain mengejar dan menikmati kemakmuran negara kita ni.

kisah2 melayu yg hanyut oleh keseronokan dan kesenangan ni memang banyak kita dengar dan itu memang harganya. setiap unsur baik itu akan ada sedikit kemusnahan yg di bawa....air yg memberi minum pada manusia juga adalah air yg mendatangkan banjir kepada manusia. udara yg membuat kita bernafas juga adalah yg menciptakan badai sekali sekala

teringat petikan lagu m.nasir......'sesat di kuala lumpur, dosa dan pahala bercampur...tapi kita perlu hidup, kita perlu terus hidup'
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 12:36 PM | Show all posts
Rasa beruntung jadi warga Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by maza at 10-1-2007 04:34 PM
Tauladan dari Turki, Keluarga : Aurat dan kerjaya
Petikan artikel yg elok dikongsi bersama sebagai pedoman.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> ...


Takyah gi jauh...kat Me'sia ni pun lebihkurang sama gak. Cuma lagi caranya agak lembut dan halus tanpa disedari.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 01:26 PM | Show all posts
Suatu ketika dahulu, kalau nak jadi pembaca berita TV di RTM, tak blh pakai tudung. Sy masih ingat lg zaman Hjh Wan Chik (isteri M. Rajoli), pembaca berita RTM yg terkenal tahun 1970an & 1980an direhatkan oleh RTM setelah beliau mengenakan tudung, & ditukar sbg pengacara Selamat Pagi Malaysia.

Sehingga kini, takde lg sy nampak pembaca berita TV RTM yg bertudung, melainkan segelintir pengacara rancangan terbitan RTM shj.

Cuma, pada pertengahan 1990an, Metrovision (kini 8TV) yg pernah mengorak langkah memperkenalkan pembaca berita bertudung sepenuh masa, sblm ia akhirnya berhenti siaran akibat masalah kewangan (sblm diambil Media Prima & diberi brand '8TV'). Ini diikuti oleh TV3, tp hanya utk sementara shj.

Alhamdulillah, kini TV9 (dahulunya Channel 9) menampilkan wanita muslimah bertudung sebagai pembaca berita sepenuh masa pd waktu prima. Tapi sejauh mana ia boleh mengubah lanskap sekularisme dlm dunia penyiaran TV, kita hanya blh lihat & tunggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 01:34 PM | Show all posts
Siapa yg berasal dari zaman 1970an masih blh ingat kontroversi fenomena bertudung dikalangan Muslimah.

Pd zmn 1960an & 1970an, kesedaran Muslimah di Malaysia masih ditahap sederhana, di mana ustazah pun hanya memakai skaf biasa shj. Pengaruh kebangkitan Islamisme di kalangan bbrp graduan wanita muda Muslimah pernah menggemparkan negara, sehinggakan pada pertengahan 1970an isu ini menjadi perkara bualan di seluruh IPTA. Wanita yg bertudung adalah kelompok minoriti di IPTA diejek, dicemuh & dipermainkan oleh rakan2 Melayu Islam yg lain.

Tapi, hikmah Allah lebih kuat dari lidah manusia jahil. Dari kelompok kecil, demam bertudung menghentam setiap IPTA, & mula meresap ke jabatan2 kerajaan. Fenomena ini pernah dibawa ke Perhimpunan Agung Umno, dimana pucuk pimpinan tertinggi Wanita UMNO pernah melabel fenomena tudung sbg budaya 'hantu kum-kum'.

Sekali lg, Allah Maha Mengetahui & Berkuasa ke atas segala2nya. Hasil revolusi minda, pd era 1980an, wanita bertudung adalah satu pemandangan biasa di Malaysia & diterima pakai majoriti wanita Muslimah hingga kini.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 03:25 PM | Show all posts

Reply #17 Robotech's post

sekarang pula revolusi bertudung tetapi melakukan perkara mungkar. :nerd:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 04:46 PM | Show all posts

Reply #13 ABAH35's post

Terima kasih kerana memberikan pandangan yg bernas
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:35 PM | Show all posts

Reply #19 maza's post

:setuju: :setuju: :setuju:

dari mula sampai habis...nice thread...

saya yakin pada agama Islam....dan tak dapat dinafikan,  Islam seolah mengongkong wanita dan menampakkan ciri2 wanita konvesional bukan wanita modern, tapi saya tak peduli, saya tau wanita konvesional adalah yg terbaik, macam saudara kata, sesuai dengan fitrah mereka untuk hidup di dunia sementara ini...

wanita modern pula, bukan semuanya tidak elok tetapi banyak ganggu fitrah mereka sendiri, akhirnya, peranan utama mereka di dunia semakin hilang dan
Al-Marhum Said Hawwa telah mengulas berhubung dengan hal ini di dalam kitabnya al-Islam. Beliau menegaskan bahawa Uqubat Fithriyyah (balasan / hukuman fitrah) daripada wanita meninggalkan peranan mereka di rumah dan keluar bekerja, meliputi:
Kecelaruan hubungan di antara lelaki dan perempuan serta hilangnya ketenangan dan kesejahteraan.

Keseimbangan diantara ekonomi dan sosial saling bertingkah langkah. Maka maza menganjurkan bhw kalau wanita bekerjaya biarlah berpada2. Ingatkanlah peranan wanita yg paling utama, yg digariskan oleh Tuhan. Utamakan fitrah kejadiannya dahulu...



Ya barangkali harga yang dibayar untuk menjadi "wanita modern tak bertempat" terlalu besar dan tak berbaloi  akhirnya memperkecilkan keunikkan wanita itu sendiri....

harap2 apa yang berlaku di turki akan menjadi sebaliknya ...

biarlah kejatuhan Islam yang diharap tapi, hikmah pula jadinya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.089939 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list