View: 9123|Reply: 15
|
GALERI SEJARAH BUKIT BESI,TERENGGANU
[Copy link]
|
|
LATAR BELAKANG
Bukit Besi terletak di daerah Dungun, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Jarak daripada bandar Dungun ialah 33 km dan dari Kuala Terengganu 77 km.
Suatu masa dahulu ia terkenal dengan perlombongan bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Sejarah kegemilangannya bermula di permulaan suku abad ke 20 Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kajibumi dari Jepun, Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916 dan mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut.
Di zaman permulaan, bijih besi diangkut dengan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kg. Dendang. Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927. Ia kemudian ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).
'Mining Lease' telah dikeluarkan dengan rasmi oleh Kerajaan Terengganu kepada NMC pada 13.1.1929. Kawasan tersebut seluas 1080 ekar, terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132 adalah pecahan daripada M.L. 75, iaitu kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.
[ Last edited by arnabkiut at 14-1-2007 12:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1930, laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che' Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampung Che' Lijah. Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). Pendapatan penduduk Bukit Besi pada masa itu sangat mewah. Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, keretapi juga disediakan secara percuma. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura.
[ Last edited by arnabkiut at 14-1-2007 12:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
1916 | Ahli kajibumi Jepun Mr. Kuhara datang ke Dungun membuat kajian di konsesi Chemuak, Ulu Dungun. Hasil dari kajian tersebut menunjukkan wujudnya bijih besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut. | 1925 | Syarikat Kuhara Mining Ltd. membuka lombong di Machang setahun. | 1929 | Kerajaan Terengganu secara rasmi telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. dengan keluasan 1,080 ekar. Kawasan tersebut adalah pecahan daripada ML 75 iaitu ML 129, ML 131 dan ML 132. | 1930 | Pengurus Lombong pertama R. Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan Keretapi ringan di Dungun Bukit Besi dapat disiapkan di setesen Che Lijah.
Beberapa tahun kemudian, berlaku pemberhentian pekerja keran kurang permintaan. | 1934 | Keadaan pulih semula dan permintaan makin bertambah. Pekerja yang diberhentikan diambil semula dan ditambahkan dengan perkerjaan baru. | 1935 | Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). | 1936 | Sebuah Gua/Terowong di Bikit Tebak dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong. | 1938 | Perkerja China berhenti beramai-ramai kerana adanya sentimen anti Jepun akibat daripada peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, sebahagiannya diimpot terus dari India. |
1945 | Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada kahir tahun 1945. | 1946 - 1948 | Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat. | 1948 | Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad(EMMCO) pada bulan Ogos | 1950 | Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada pemulihan peperangan dan bertambahnya permintaan daripada Jepun. | 1.10.1970 | Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutupkan lombong bijih besi Bukit Besi |
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebahagian daripada komponen bangunan pemecah bijih
yang masih ada hingga hari ini
Jentera ini dinamakan 'Driil Master'. Ia digunakan bagi mengorek lubang-lubang yang hendak dipasang dengan bahan-bahan letupan. Lubang-lubang dikorek sedalam 25' dan berjarak lebihkurang 4' - 5' di antara satu sama lain di dalam lingkungan persegi lebihkurang 0.25 ekar. 'Drill Master' ini sentiasa bekerja 24 jam setiap hari. Hanya pemandunya sahaja yang bertukar mengikut syif. Jentera ini digunakan untuk memuatkan bijih-bijih besi yang masih bercampur tanah, selepas letupan, ke dalam 'rocker' untuk dibawa ke tempat memproses bijih. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini ialah foto 'Removing Belting Hopper' yang dirakamkan di 'Sura Stock Pile'. Jentera ini digunakan untuk memunggah bijih-bijih besi, dan ia boleh bergerak ke lokasi yang berlainan di sepanjang landasannya.
Ini ialah stesen keretapi di Bukit Besi. Latarbelakang foto ini menunjukkan pemandangan bukit kawasan perlombongan bijih besi. Di sepanjang laluan keretapi dari Bukit Besi ke Dungun, terdapat sebelas stesen, di mana keretapi berhenti mengambil dan menurunkan penumpang. Bermula dari Bukit Besi, Luit, Pinang, Padang Pulut, Kemudi, Kumpal, Serdang, Binjai, Che' Lijah, Nibung dan berakhir di Sura.
Bangunan Tadika ketika berakhirnya kegiatan perlombongan bijih besi oleh EMMCO
|
|
|
|
|
|
|
|
pemandangan di dalam terowong lubang-lubang di atas terowong
pintu di penghujung terowong
|
|
|
|
|
|
|
|
lampu dari dalam terowong
'roller' untuk 'conveyer'
'roller' kecil di kiri kanan 'conveyer' |
|
|
|
|
|
|
|
laluan turun ke terowong
tangga ke dalam terowong
[ Last edited by arnabkiut at 14-1-2007 01:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik info ni. Tpi gambar nye x nmpk hihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|