CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128957|Reply: 337

CREAM PUFF / PASTRY CHOUX

[Copy link]
afnan8206 This user has been deleted
Post time 26-1-2007 03:51 PM | Show all posts |Read mode
saper2 ader resepi wat cream puff tak.. sedapnyer.. suka mkan tapi tak reti nak buat.. kalau saper2 ade resepi boleh post tak?

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 23-5-2007 11:06 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2007 04:46 PM | Show all posts
Di sini http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1 posting 2, 3 & 65

[ Last edited by  shidaaziz at 26-1-2007 04:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 12:08 PM | Show all posts
mok nik suka buat cream puff nie tapi intinya jagung ler bukan yg castard aje..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 12:34 PM | Show all posts
ini resepi yg biasa mok nik buat .. dah terima tempahan pun ... hehehe

Cream Puff

Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu  garam
1 sudu teh perisa vanila


bahan utk inti
3 cawan air
1 cawan  susu cair
1 cawan gula
1/2 tin jagung


cara-cara buat kulit
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bial sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6.  Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah.

**[ style mok nik ...mok nik biarkan semua kulit siap dulu, baru belahutk bubuh inti, sebab inti nie cepat beku, sebab tuh kena siap semuabakar dan belah dulu, baru kita proses buat intinya]

cara-cara buat inti

campur semua bahan, kacau hingga jadi kilat.
tengah panas2 inti cepat2 isi kan ke dalam puff sebab bila dah sejuk ia jadi beku.

ini yg mok nik buat semalam...

yg ini yg dah siap di tekan dalam piping bag


yg ini dah siap dibakar dan dibelah .. inti tak siap lagi


yg dah siap diisi inti


silakan makan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Shane_anna This user has been deleted
Post time 27-1-2007 12:37 PM | Show all posts
apasal i buat tak pernah menjadi..lembik saja.
bila dah bakar jadi meleper...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by Shane_anna at 27-1-2007 12:37 PM
apasal i buat tak pernah menjadi..lembik saja.
bila dah bakar jadi meleper...


biasanya ia meleper disebabkan oleh:-
1- doh tak betul2 sejuk dah pukul
2- atau pukul doh bila dimasukkan telur tak betul2 kembang
3- tak berapa masak betul dah angkat.. kalau dah angkat sebelum iamasak betul, ia tak kembang , jadi leper aje ... jadi oven tu pastikanbetul2 panas. nak tahu camner ia betul2 masak, senang aje kalau ikutcara mok nik. ia akan gelembung atau naik ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Shane_anna This user has been deleted
Post time 27-1-2007 12:58 PM | Show all posts
Thanks Mok Nik
Hari ni birthday my daughter..rasa mcm nak balik cuba je..
Reply

Use magic Report

sunsuria33 This user has been deleted
Post time 27-1-2007 01:13 PM | Show all posts
Cream Puff

Pastry:-
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
4 biji telur
sedikit vanilla paste

Custard filling:-
500 ml susu segar/susu cair pun boleh
100 gm gula (saya kurang 90 gm saja)
80 gm tepung custard

ni dah banyak kali buat..utk dibuat jual..cubalah..dari RN...telur tu dipukul dulu sampai kembang baru masuk tepung yang dah dimasak tadi...tak perlu belah cream puff ni boh custard dlm piping bag cucuk aja kat cream puff tu..dlm memang ada banyak rongga terbuka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2007 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by <i>mok_nik</i> at 27-1-2007 12:34 PM
ini resepi yg biasa mok nik buat .. dah terima tempahan pun ... hehehe

Cream Puff
140 gm gandun red ross

tepung apa tu?gandum ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 10:30 AM | Show all posts

Reply #8 sunsuria33's post

cara buat x der ka?x paham la.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 08:20 AM | Show all posts
Originally posted by sunsuria33 at 27-1-2007 01:13 PM
Cream Puff

Pastry:-
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
4 biji telur
sedikit vanilla paste

Custard filling:-
500 ml susu segar/susu cair pun bol ...


maisya dah try resepi ni semalam....alhamdulillah jadik elok jer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 08:41 AM | Show all posts


Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Biarkan sejuk. masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

Inti

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung kastad
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.

4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 11:22 AM | Show all posts
wow cedapnye cream puff.. saya suka beli kat sogo - bakeri Three Leaves tu je.. sedap gila cream puff dia.. cruncy sket puff dia.. inti dia lemak betul... pernah buat sendiri dulu tapi tak jadi so dah jadi malas nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:17 AM | Show all posts
selain daripada inti kastard..jagung..inti apa lagik boleh dibuat??
tuhari rasa cream puff kak Mas sedap sungguh..
ada rasa mcm oren skett...
lagi pulak filling custard tu pelbagai warna..ada kaler coklat..
semalam bila makan dessert buffet pun try amik fruit tart..
custard filling sama gak mcm kak Mas punya tuh..kaler coklat..
mana nk carik custard mcm ni erkk??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 23-2-2007 11:17 AM
selain daripada inti kastard..jagung..inti apa lagik boleh dibuat??
tuhari rasa cream puff kak Mas sedap sungguh..
ada rasa mcm oren skett...
lagi pulak filling custard tu pelbagai warna..ada  ...


suka yg inti whipped cream
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:49 AM | Show all posts

Reply #14 Kacip_Fatimah's post

pernah buat isi sardin....sardin tu tumis dulu dengan bawang, spring oinion atau anya bahan lain yang kita suka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 12:02 PM | Show all posts

Reply #5 Shane_anna's post

satu lagi kan.. kalau shane bakar cream puff ni.. temp oven mesti lebih panas dari kita bakar kek.. dan biar dia mcm berbuih-buih gitu nanti dan jadi brownish.. baru keluarkan... kalau oven tak panas.. dia akan melepek semula... mama dolu-dolu memang selalu kena gini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 12:05 PM | Show all posts

Reply #14 Kacip_Fatimah's post

Mas kalau tak silap mama dia letak pattiserie cream (betul ke ekkk mama eja,.... hehehe)

Satu lagi kan kacip... utk cream puff ni.. kat sini ada dorang panggil kuih Sos Kerajang.. di susun dan di isi ngan inti cam inti karipap.. pastu leak cabai seiris, daun sop atau daun saderi skit.. comellllll... sedappppppppp... nanti kalau sempat mama buat.. pastu mama soh Shida tolong tempek gambar.. hehehe.. (sampai ke ari ni.. tak pandai tempek gambar kat forum... )
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by mamadiana at 23-2-2007 12:05 PM
Mas kalau tak silap mama dia letak pattiserie cream (betul ke ekkk mama eja,.... hehehe)

Satu lagi kan kacip... utk cream puff ni.. kat sini ada dorang panggil kuih Sos Kerajang.. di susun dan ...

ooo..
variety jugak erkk inti cream puff nie...
ermm...
itulah mama..mana nk carik patteserie cream tu erkk??
sedap tau...hehe..

maisya..
mcm mana nk wat inti whip cream tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 05:31 PM | Show all posts
Rasa macam nak cuba aje.   Resepi dah ada tapi tak pernah cuba lagi, asyik dok beli aje......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.067116 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list