CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4224|Reply: 15

Amalan Mencukur Jambul

[Copy link]
Post time 8-10-2006 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Originally posted by sbzd at 7-10-2006 01:45 PM
Assalammualaikum,

Saya ada terbaca dalam ruangan bicara agama di Utusan Malaysia yang menyatakan amalan cukur rambut ni Bidaah (atth),
dan mengikut artikel ni,

"Mengikut sunah, apa ya ...



Baca bebetul..dia kata cukur jambul tu bidaah ka..atau ada beberapa pekara yg didlmnya bidaah........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2006 01:45 PM | Show all posts

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

Assalammualaikum,

Saya ada terbaca dalam ruangan bicara agama di Utusan Malaysia yang menyatakan amalan cukur rambut ni Bidaah (atth),
dan mengikut artikel ni,

"Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. "

Soalan saya bagaimana hendak menilai rambut yang dicukur dengan nilai perak atau RM?

Bicara Agama
Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ.

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, 揟iap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 8-10-2006 06:09 PM



Baca bebetul..dia kata cukur jambul tu bidaah ka..atau ada beberapa pekara yg didlmnya bidaah........


Terdapat beberapa perkara sahaja dalam artikel ni yang menyatakan ia bidaah - tapi daripada pengalaman saya pergi ke majlis cukur jambul orang-orang kita ada yang lakukan semua ni... Yang utama bertentangan dengan ajaran Islam tak perlu la dilakukan dalam artikel ni pun dah ada tulis.

"Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

揗engikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. 揝oalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by sbzd at 9-10-2006 08:44 AM


Terdapat beberapa perkara sahaja dalam artikel ni yang menyatakan ia bidaah - tapi daripada pengalaman saya pergi ke majlis cukur jambul orang-orang kita ada yang lakukan semua ni... Yang utama ...

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. "


Bukan bertentangan kot...kadang-kadang tak ada bajet dlm masa terdekat..jadi kenalah tunggu lama skit.....

[ Last edited by  UFWL at 9-10-2006 10:50 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:13 PM | Show all posts
Saudara SBZD...hang punya soalan tak berapa clear, tak selari dgn tajuk dan kandungan soalan pasal nak kira rambut dgn emas atau hanya sedikit. yang selebihnya banyak pasal cukur jambul tu bidaah. itu yang confius tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 08:30 AM | Show all posts
saya mintak maaf kerana confius....
sebenarnya saya nak berkongsi artikel yang saya dapat pasal cukur cambul ni

dalam pada tu saya nak bertanya sesiapa yang tahu cara terbaik tentang sunah nabi mengenai cukur rambut sempena sambut bayi dalam perenggan tu ade tertulis..

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. "Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin". Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

soalan saya bagaimana nak samakan nilai perak atau emas tu dengan rambut yang dicukur.. perlu timbang cara alat ke.. atau agak-agak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2006 01:04 PM | Show all posts
Untuk nak mengelakkan bidaah maka eloklah hdup bersendirian dan tidak bercampur-gaul dalam masyarakat. Bukankah budaya itu adalah amalan sosial dalam bermasyarakat? Begitu juga contohnya sesapa yang rasa maulud nabi itu satu bidaah maka elok saja duduk rumah waktu cuti tersebut dan nonton TV atau video serta boleh juga jemput kawan-kawan buat party di rumah. Selamatlah dari bidaah menyambut maulud.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 11-10-2006 01:04 PM
Untuk nak mengelakkan bidaah maka eloklah hdup bersendirian dan tidak bercampur-gaul dalam masyarakat. Bukankah budaya itu adalah amalan sosial dalam bermasyarakat? Begitu juga contohnya sesapa yan ...


Yang betulnya JANGAN CUTI...sesapa yg cuti sebenarnya dia menyambut maulid nabi s.a.w dgn bercuti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 02:47 PM | Show all posts
topik berkenaan cukur jambul, bukan maulud nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:37 PM | Show all posts
soalan saya bagaimana nak samakan nilai perak atau emas tu dengan rambut yang dicukur.. perlu timbang cara alat ke.. atau agak-agak?


Apa susah-susah, gi tanya kedai emas, 1 gram emas 999 berapa RM? Rambut anak tu biasanya tak sampai 100g. Kalau nak sedeqah  ikut nilai 100gram atau lebih, pun baguih, yg penting sedeqah kerna kita bersyukur pd Allah  bukan nilaiannya.

Ni sunnahnya, sunat je tu...buat dpt pahala takde pe-pe pun kalu tak buat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by Overse7en at 11-10-2006 03:37 PM


Apa susah-susah, gi tanya kedai emas, 1 gram emas 999 berapa RM? Rambut anak tu biasanya tak sampai 100g. Kalau nak sedeqah  ikut nilai 100gram atau lebih, pun baguih, yg penting sedeqah kerna  ...


Terima kasih Overse7en.. jadi kene ikut harga emas semasa laa ye..
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 12-10-2006 07:35 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 11-10-2006 01:04 PM
Untuk nak mengelakkan bidaah maka eloklah hdup bersendirian dan tidak bercampur-gaul dalam masyarakat. Bukankah budaya itu adalah amalan sosial dalam bermasyarakat? Begitu juga contohnya sesapa yan ...


Sesuatu yang sunnah amat dituntut oleh agama, dan yg tokok tambah tak pernah disuruh oleh Rasulullah SAW dan ini AMAT JELAS! Adakah kerna 'masyarakat' kita harus korbankan akidah, sunnah dan tuntutan agama??? Kalau nak bersosial tak tentu pasal semata2 nak menegakkan 'human right' seperti di negara2 barat, tak payahlah beragama! Segala bentuk tata cara hidup, telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, jadi ikut saja apa yg disuruh dan diperintah!

Nasihat saya, saudara dalamkan ilmu saudara dulu, fahami apa itu sunnah dan kenali Rasulullah SAW. Orang yang jahil semakin banyak berkata2 semakin terdedah kejahilan dalam diri...segala Khilafiah telah diselesaikan oleh para ulama' terdahulu, maka belajar dan fahami betul2 dan tak payah laa nak berbalah ttg perkara2 kecil seperti ni. Kalau dah faham baru bercakap! Banyak lagi masalah2 umat Islam terutamanya di Malaysia yg perlu diperbahaskan...cth ajaran sesat, murtad, gejala seks bebas dll daripada menyalahkan pihak2 yg SEBENARNYA telah BELAJAR, FAHAMI dan MENGAMALKAN SUNNAH. Wallahhualam.....

antiQue ~ edit sikit perkataan-perkataan yg kurang sopan

[ Last edited by  antiQue at 12-10-2006 10:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:25 PM | Show all posts
jadi yang seeloknya, hari ketujuh selepas baby dilahirkan, cukur rambut dia semua, bagi nama yang elok dan kalau nak boleh bersedekah la, kan?
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 2-2-2007 04:38 PM | Show all posts
Dalam amalan hidup orang melayu Islam kat Malaysia ni memang banyak mengikut budaya dan kepercayaan orang dulu-dulu... umpamanya tahalil dan bersanding... ramai yang dah tak buat sebab kata itu bidaah...  tapi masalahnya masih ramai yang melakukan... tak hadir bila dijemput sama seperti memutuskan silaturahim... hadir pula... dikatakan bersubahat dengan perkara bidaah... cam na nya?  Boleh ke kita hadir hanya sebab memenuhi jemputan... untuk perpaduan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 09:39 PM | Show all posts

Reply #7 Gravedigger's post

setuju setuju
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 11:01 PM | Show all posts
揙h Fatimah! Shave the head of Hasan and pay silver equal to the weight of the hair as charity.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051250 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list