CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadi_bangi

Tentang Asyura dan Mencederakan diri

[Copy link]
Post time 8-2-2007 10:34 AM | Show all posts

Reply #179 ibnur's post

Jadi hadis yang hang bawa tu boleh pakai ka... bab kafir mengkafir? Sedangkan bertembungnya keseluruhan tentera Islam di Siffin, hang tak tau nak sokong siapa. Sokong Mu'awiyah kot.. sebab aku tengok hang marah betul bila orang kutuk sahabat seperti Mu'awiyah, Yazid dan seangkatan dengan mereka. Puak-puak tu semasa Badar, Uhud, Khandak dan sebelum pembukaan Mekah menentang siapa...?

Tak ada alasan untuk tolak Siffin dan pembunuhan Saiyidina Hussein di Karbalak Iraq sebagai cerita lama sebagai contohnya, En. Ibnur oooii... persoalan nya, apa yang berlaku sejak Rasulullah s.a.w. (yang hang mungkin anggap cerita lama juga) menjadi penentu siapa kita dan dari kalangan siapa kita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2007 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 7-2-2007 06:27 PM
Singgah sebentar & sedikit pertanyaan untuk direnungkan bersama...

1) Adakah peperangan sesama golongan yang beriman akan membawa kepada kekufuran pada salah satu pihak? kalau saudara laxa ...


Satu antara dua... Ali atau Mu'awiyah yang benar... ni cerita perang nak berbunuh ni, bukan memain, dah masuk peringkat jatuh hukum wajar dibunuh musuh. Bab beriman tu beriman kepada siapa? Kalau beriman kepada Rasulullah s.a.w. tetapi menolak pilihan-pilihan Rasulullah s.a.w., masih dikira berimankah? Saya bukan pakar bab ni, saya hanya menggunakan akal fikiran dan cuba mencari kebenaran akan perkara ini yang menjadi kemaslahatan ummah hingga hari ini.. Saya berfikir secara telus dan menolak sama sekali untuk taksub menyebelahi sesiapa kecuali yang diwajibkan oleh Allah swt... oleh itu jauh sekali untuk saya mempertahankan sahabat-sahabat secara main borong je... bab Ahlul Bait, memang kita rasa simpati.. keluarga Rasul, nabi kita... ini cakap saya yang dangkal ilmu... dan mencari kebenaran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 8-2-2007 10:34 AM
Jadi hadis yang hang bawa tu boleh pakai ka... bab kafir mengkafir? Sedangkan bertembungnya keseluruhan tentera Islam di Siffin, hang tak tau nak sokong siapa. Sokong Mu'awiyah kot.. sebab aku te ...



Cantik sekali kau buat analisa pendapat aku.  Kalau pendapat aku yg kau cakap tu benar aku tak tahu apa ganjarannya dari Allah, tapi kalau salah, maka fitnah jadinya.  

Bila aku cakap mempertahankan sahabat, kau cakap aku sebagai penyokong muawiyah dan yazid.  termasuk memusuhi Saidina Hussein?  ????  Kau ingat la ni kau dan forumer lain untung apa-apa ke kalau aku cakap aku sokong siapa dalam perang siffin?  aku nampak belum aku cakap lagi, kau dah beriya-iya nak perang ngan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 11:29 AM | Show all posts

Reply #183 ibnur's post

Nak perang dengan hang buat apa Ibnur oiii... kita nak cari kebenaran saja kat sini, dah nama pun forum. Hang yang dok teringin nak perang dengan aku kot, dok pelawa dua kali dah ni...

Aku jenis cakap terus terang lah... aku kalau di Siffin sokong Khalifah Ali. Kalau di Karbalak, insha Allah sanggup mati bersama Saiyidina Hussein. Kalau ditanya pula persoalan mazhab apa aku ikut. Maka jawapan aku, aku lahir sebagai seorang Islam dari keluarga yang bermazhab Shafie dan hari ini aku masih ikut Imam Shafie dan tak menolak imam-imam besar lain termasuk Imam Syiah. Kerana mereka semua lebih berilmu dari aku dalam membuat ijtihad. Loud and clear.. hang boleh nampak aku macam mana. Tapi hang Ibnur, kenal aku dah cukup lama... tapi hang banyak berselindung. Aku bukan buat andaian tentang pegangan hang lah... cuma aku macam fedup bila hang dok berdalih sakan bila dikaitkan dengan puak yang menentang Syiah Ali... dalam masa sama, hang lawan sakan dengan forumners Syiah di sini... Hang ni ikut sapa ni sebenarnya. Macam billionaire kata dulu-dulu lah, mungkin hang ikut konsep syampoo 2 dalam 1 dsb nya iaitu mengaku cinta kepada Rasulullah saw dan ahlul bait baginda.. tapi lawan penyokong mereka malah menganggap sahabat yang merampas hak keluarga nabi sebagai lebih layak dan genuine Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 8-2-2007 11:29 AM
Nak perang dengan hang buat apa Ibnur oiii... kita nak cari kebenaran saja kat sini, dah nama pun forum. Hang yang dok teringin nak perang dengan aku kot, dok pelawa dua kali dah ni...

Aku ...



Aku lawan syiah ali?  Yang tu tak loud and clear.  Syiah ali tu siapa? syiah imamiah atau ada yg lain?  Hang nampak aku 'belawan' ngan syiah ali ka? atau syiah imamiah ka? atau sebahagian pendapat dia org?

Aku tak pelawa hang belawan, cuma bila aku nampak replynya kata pendapat aku tapi tak sama ngan pendapat aku.  Itu jer aku reply.

Hang nak kata aku macamana pun kata la.  fedup ka tak fedup ka, tak ada org untung dan rugi.  2 dalam 10 sepuluh ke lantak pi la.  Yang aku risau cuma satu, macamana aku nak jawab kat Tuhan nanti, boleh lepas ke tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #185 ibnur's post

Syiah Ali tu bahasa jahil aku ni... kalau tak silap aku syiah tu makna nya penyokong... jadi penyokong Ali lah... Tu pun hang nak buat isu ka? Aisey man, stick to the issue perbincangan lah. Kalau tekaan aku tak betoi tentang hang, cuba hang bagi tau macam mana yang betoi. Aku sokong Khalifah Ali di Siffin. Hang sokong sapa??? Siapa?? siapa???  Hang sokong sapa di Karbalak??? hahahahaha....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2007 12:13 PM | Show all posts
Saudara-saudara sekalian hendaklah kita semua memandukan kehidupan dan beriman dengan berpandukan al-quran dan as-Sunnah yang sahih dan bukannya dengan emosi dan sangkaan serta mainan perasaan... hendaklah kita BERIMAN BAHAWA tidak batal keimanan golongan umat islam yang berperang antara mereka, sebagaimana firman Allah s.a.w di surah al-Hujurat:9,

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Apabila Allah s.w.t. sendiri memberi gelar ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERPERANG, maka hendaklah kita memahami bahawa peperangan antara umat islam tidak membawa kekafiran pada salah suatu pihak... dan tidak boleh kita membatalkan keimanan Muawiyah r.a. disebabkan peperangan antara beliau dengan Ali r.a. hendaklah kita berhati-hati menerima cerita-cerita yang disebarkan tentang peperangan yang berlaku antara Muawiyah & Ali, berhati-hatilah spt mana firman Allah pada ayat ke-6 surah yg sama;

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan

janganlah nanti kita termasuk didalam golongan yang menyesal diakhirat nanti disebabkan kelalaian kita menyelidiki cerita-cerita yang disebarkan... janganlah mudah mencemuh dan perhatikanlah peringatan Allah ayat ke-11 surah al-Hujurat;

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Perlulah kita sedar, bahawa bersama-sama Muawiyah dan Ali r.a. adalah sebahagian dari tokoh-tokoh Muhajirin dan Ansar, dimana golongan Muhajirin dan Ansar ini dinyatakan secara jelas keredhaan dan dijanjikan syurga oleh Allah atas mereka, seperti mana ayat 100, surah al-Taubah;

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

dan sekiranya telah timbul pandangan yang tidak selesa difikiran dan hati kita atas perilaku dan tindakan sebahagian dari golongan-golongan Muhajirin dan Ansar, maka apa terbaik untuk dilakukan ialah mendoakan keampunan buat mereka dan bukannya mengKAFIRkan mereka spt mana firman Allah di ayat 10, surah Al-Hashr;

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

KESEMPURNAAN IMAN SESEORG YANG MENGAKU ISLAM HANYA BERLAKU APABILA DIA BERIMAN DAN BERAMAL SEPENUHNYA PADA AYAT-AYAT DIATAS...

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 8-2-2007 12:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 8-2-2007 11:55 AM
Syiah Ali tu bahasa jahil aku ni... kalau tak silap aku syiah tu makna nya penyokong... jadi penyokong Ali lah... Tu pun hang nak buat isu ka? Aisey man, stick to the issue perbincangan lah. Kala ...



Cakap la, shiah ali tu penyokong ali.  aku tanya sebab tetiba kata aku lawan penyokong ali.  tu aku tanya, sama ke penyokong ali dengan imamiah, atau sama dgn zaidiyah atau ismailiyah atau semua sekali ke.  tu jer.  bukan nak kata sesiapa jahil.  cuma nak clearkan aje soalan tu.

Nampak nya kena le ambik satu pasukan dan sokong, pastu sampai 14 kurun pun dok main bom sana sini.  pastu kata wahabi la, rafidi la, ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2007 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 8-2-2007 12:13 PM
Saudara-saudara sekalian hendaklah kita semua memandukan kehidupan dan beriman dengan berpandukan al-quran dan as-Sunnah yang sahih dan bukannya dengan emosi dan sangkaan serta mainan perasaan... ...



aku rasa kalau hang post ni 20 kali pun org buat macam tak nampak jer.  dulu pun dah ada post ni, org tak nampak juge.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2007 12:49 PM | Show all posts
bukan tak nampak atau tak reti baca....  cuma mereka tak mau beriman sepenuhnya pada al-quran lebih suka beriman ikut perasaan dan sangkaan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 01:15 PM | Show all posts
lagi satu aku lupa nak cakap tadi...

kalau zaman laaa ni kita dok malaysia kata kita akan sokong Amirul Mukminin.  Beriya macam nak rak.  Tu sekarang ni, tapi kata la kita ni zaman tu kita terberanak atau terdudok kat Syria atau kat Syam.  Agak-agak kita jadi askar muawiyah ke idak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 8-2-2007 12:36 PM



Cakap la, shiah ali tu penyokong ali.  aku tanya sebab tetiba kata aku lawan penyokong ali.  tu aku tanya, sama ke penyokong ali dengan imamiah, atau sama dgn zaidiyah atau ismailiyah atau ...


tu ler, Syiah tu maknanya pengikut, penyokong2....kalau aku dikata Syiah Ali, akupun mengaku syiah Ali...
kalau aku kata aku Syiah ahlulbait, akupun mengaku syiah ahlulbait...

cuma, aku bukan syiah imamiyah yg hanya mengakui kepimpinan imam 12 itu dan memurtadkan sahabat2 RSAW...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 04:33 PM | Show all posts
sejarah berlaku untuk kita jadikan ikhtibar dan supaya kita lebih bersatu padu.. bukan lebih berpecah belah.. sejarah berlaku untuk kita memperbetulkan kesilapan bukan makin untuk mencari kesilapan...

semoga saya dapat amal...

Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 09:39 AM | Show all posts
Beriman pada wujudnya golongan Muhajirin dan Ansar yang diredhai dan dijanjikan syurga oleh Allah itu adalah wajib dan merupakan sebahagian dari tuntutan beriman pada keseluruhan isi al-quran.... beriman pada imam 12 tiada dalil2nya didlm al-quran cuma tafsiran2 yg cuba dinisbahkan pada al-quran....

Hari asyura telah dipropagandakan untuk mewar-warkan tuntutan beriman pada imam 12 dan menafikan keimanan pada al-quran melalui penafian wujudnya golongan Muhajirin dan Ansar yang diredhai dan dijanjikan syurga...

Berhati-hatilah dengan bidaah2 & propaganda atas nama kecintaan pada ahlul bait ini.....

Wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 9-2-2007 09:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 9-2-2007 09:39 AM
Beriman pada wujudnya golongan Muhajirin dan Ansar yang diredhai dan dijanjikan syurga oleh Allah itu adalah wajib dan merupakan sebahagian dari tuntutan beriman pada keseluruhan isi al-quran.... ...


ni aku setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 11:46 PM | Show all posts

Reply #194 ahmadi_bangi's post

Muhajirin dan Ansar semua masuk syurga ke encik? Cakap je lah biar jelas... sahabat pun bukan semua lurus... "Bila dua puak muslim berperang, maka damaikan.." Ini mengatakan Khalifah Ali tak faham agama la kot ye bila memilih BERTETAK DENGAN PUAK MU'AWIYAH ANAK ABU SUFYAN? Engkorang ni, cakap berpusing-pusing, cuba gentleman sikit, cakap biar jelas, apa pegangan kalian dalam kes-kes sedemikian. Jangan taksub mazhab.. Islam tu asal dari Nabi, bukan dari 4 mazhab ASWJ je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2007 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by yahya at 31-1-2007 06:51 PM


dan drama mana yg membenarkan maksiat.....?

memang asyura tu drama rakyat sempena 10 muharam...hang bawak 1000 soalan ru memang dah itu jawapannya.

kalau cikgu tanya 2+2 jawapnya mesti  ...



lama tak menjengah forum ni,
sekali fikir buang masa sj layan forum ni...tp sekali fikir kena jengah gak sekali2

thread ni dah jadi kerabu dah...sekali dok bahas pasal asyura la ni dah jadi bercampur tah apa2 dah...
saya rasa apa kata kalau buat satu thread khusus antara saya dgn pak ya berkenaan asyura dan penyeksaan diri ni...

berkenaan penyeksaan diri pd 10 muharram yg dilakukan syiah ini bukannya satu lakonan tapi ianya adalah dibuat dgn betul2 sehingga menyemburkan darah, sampai ada yg pengsan...
kalau org yg pernah gi ke pakistan,india,lubnan,bahrain bahkan kat iraq skrg ni tlh ditunjukkan kpd kita tanpa sembunyi lagi..
dan kat iran pun berlaku amalan ni...ini diakui sendiri oleh seorg wakil dr kerajaan kelantan semasa mula2 pas menang..dihantar sorang utk belajar kononnya belajar ekonomi islam kat iran...smpi kat sana disuruhnya jadi syiah dulu...
kebetulan masa dia pergi tu 10 muharram dan dia sendiri melihat apa yg berlaku kat iran...ini dia cerita sendiri pd saya masa kitaorg tgh bersemangat aktif dlm pas....la ni slow dah sikit...antaranya sebab ni

dan kalu nak tgk dlm internet pun byk antaranya sini:
http://www.youtube.com/watch?v=GCHTCMBPjTM&mode=related&search=
http://www.youtube.com/watch?v=QG08LhjPGvw

cuba tgk ada beza tak dgn hindu....??

nanti kalau saya jumpa lagi (dulu dah jumpa) yg dok pukul2 tubuh kat isfahan,qum dll saya akan bawakan lgi

kemudian apa hukum buat amalan ni???

disisi ASWJ jelas haram hukumnya berdasarkan begitu byk hadis antaranya:
Imam Bukhari dan Muslimtelah meriwayatkan hadis daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telahbersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyakkolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."(Sahih Bukhari KitabulJanaaiz dan Muslim Kitabul Iman). Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh AbuMalik Al-Asy'ari bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda." Meratap adalahtermasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggaldunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanyapakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan apineraka".(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).

disisi syiah pula bagaimana ya!!!!
mari kita nilai berdasarkan kitab2 utama syiah sendiri:
يا على: من اطاع امرأته اكبه الله عزوجل على وجه في النار، فقال علىعليه السلام: وما تلكالطاعة؟ قال: يأذن لها في الذهاب إلى الحمامات والعرساتوالنائحات، ولبس الثياب الرقاقnabi s.a.w berkata kpd ali a.s. siapa yg taat kpd isterinya akan disembamkan mukanya oleh allah taala kedalam neraka. ali a.s. berkata apakah taat itu? nabi s.a.w. mnjawab memberi izin kpdnya pergi ke tab2 mandi,majlis2 kahwin dan tempat2 perempuan2 meratap
kitab man la yahdhurul faqih- sheikh saduq
http://www.al-shia.com/html/ara/books/faqih/faqih-4/a176.html

عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ النَّوْفَلِيِّعَنِ السَّكُونِيِّ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص)ضَرْبُ الْمُسْلِمِ يَدَهُ عَلَى فَخِذِهِ عِنْدَالْمُصِيبَةِ إِحْبَاطٌ لِأَجْرِهِ.
pukulan seorg muslim dgn tgnnya atas pahanya ketika ditimpa musibah akan menghapuskan amalannya.
مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِعِيسَى عَنِالْحُسَيْنِ بْنِ سَعِيدٍ عَنِ النَّضْرِ بْنِ سُوَيْدٍ عَنِالْقَاسِمِ بْنِ سُلَيْمَانَ عَنْ جَرَّاحٍ الْمَدَائِنِيِّ عَنْأَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ لَا يَصْلُحُ الصِّيَاحُ عَلَىالْمَيِّتِ وَ لَا يَنْبَغِي وَ لَكِنَّ النَّاسَ لَا يَعْرِفُونَهُوَ الصَّبْرُ خَيْرٌ
tidak boleh meratap terhadap mayat dan tidak sepatutnya ttp manusia tidak mengetahuinya dan sabar itu adalah lebih baik
Al-Kafi jilid 3 hal 225
http://www.al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-3/a22.htm


Sayyidina Ali r.a. jugamenghubungkan amalan tersebut dengan amalan jahiliyyah sebagaimana yangdinukilkan oleh Mulla Baqir Al-Majlisi dengan katanya,"Tiga perkaratermasuk dari amalan jahiliyyah di mana manusia melakukannya secara berterusan,memohon hujan dengan bintang, mencela keturunan orang lain dan meratapikematian seseorang."(Biharul Anwar jilid 82 hal 101). Ibnu BabuwaihAl-Qummi yang digelarkan dengan As-Saduq (seorang yang sangat benar)menyebutkan bahawa antara ucapan Rasulullah s.a.w. ialah "Meratap termasukdari amalan  Jahiliyyah".(Man LaaYahdhurul Faqih jilid 4 hal 271). Di tempat yang lain beliau menukilkankata-kata Imam Ali yang bermaksud,"Jangan memakai pakaian hitam kerana iaadalah pakaian Fir'aun". (ibid hal 51)

dan byk lagi tp rasanyasudah memadai setakat ini.

pahtu syiah ikut ajaran sapa ye????
sbb tu lah syiah ajaran imam2 maksum dia dlm kitab dia sendiri pun sbnrnya dia tak ikut......

sbb tulah syiah tak pernah berdakwah ajaran syiah guna kitab dia sendiri spt al-kafi, biharuanwar,istibsar dll sbb kalau dia tunjukkan kitab asal2 dia yg syiah pun jadi ASWj

penuh kecelaruan dlm kitab2 mereka!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 02:25 PM | Show all posts
yg ni lg best sebijik mcm konsert rap.....
http://www.youtube.com/watch?v=MMXycU1Db9I&mode=related&search=

dok bebalah ttg pembunuh hussin apa kata kita baca yg ni seketika tulisan dr seorg sahabat:
Apabila kelihatan dua kenyataan sejarah berkenaan dengan Yazidyang saling bercanggah, bagaimanakah cara untuk mengkompromikannya? BagiAhlus Sunnah Wal Jamaah sepatutnya tidak melupakan catatan sejarah di dalamkitab paling sahih di sisi mereka selepas Al-Quran di mana Imam Bukhari mengemukakansatu riwayat daripada Ibnu Abi Nu'min bahawa dia berkata, "Aku mendengarIbnu Umar r.a. ditanya oleh seseorang (penduduk Iraq) tentang seorang yangmemakai ihram lalu dia membunuh lalat (apakah dendanya)? Lantas Ibnu Umar r.a.menjawab, penduduk Iraqbertanyakan tentang (denda) membunuh lalat? Sedangkan mereka telah membunuhanak lelaki kepada anak perempuan (cucu) Rasulullah s.a.w.". (SahihAl-Bukhari, Kitabul Manaqib jilid 1 hal. 531).

Bukankah jelas di dalamriwayat ini Ibnu Umar r.a. mengisyaratkan bahawa pembunuh cucu Rasulullahs.a.w. itu adalah penduduk Kufah? Jadi mana-mana riwayat yang bertepatan denganisyarat di dalam riwayat sahih ini maka ia menjadi penguat kepada riwayattersebut dan sebaliknya mana-mana riwayat yang bertentangan dengan riwayat yangsahih maka ia tidak boleh diterima lagi.

Kerana itu ulama Ahlus Sunnah ada di antaranya denganjelas mengatakan bahawa pembunuh Sayyidina Husain r.a. yang sebenarnya bukanlahYazid. Antaranya Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin mengatakan,"Sesungguhnya tidak terbukti sama sekali bahawa Yazid yang membunuh Husainr.a. Kerana itu tidak harus untuk dikatakan bahawa beliaulah yang membunuh Husainr.a. ataupun yang memerintahkannya, apatah lagi untuk melaknatnya kerana tidakharus menisbahkan seseorang muslim kepada suatu dosa besar tanpa sebarangkepastian". (Ihya' Ulumiddin jilid 3 hal 134)

Ibnus Solah mengatakan, "Tidak sahih di sisi kitabahawa Yazid telah memerintahkan supaya Husain r.a. dibunuh". (Fatawa WaMasaail Ibnus Solah jilid 1 hal 216).

Ibnu Hajar sendiriselepas mengemukakan hadis berkenaan tentera yang mula-mula merentasi lautanberkata, "Imam Muhallab berkata, Hadis ini menunjukkan kedudukan yangmulia untuk Mu'awiyah r.a. kerana dialah orang yang mula-mula  berperang merentasi lautan dan juga kedudukanmulia anaknya Yazid kerana dialah orang yang mula-mula memerangi Bandar Qaisar".(Fathul Bari jilid 6 hal. 114)

Bahkan Imam Ibnu Kathir selepas mengemukakanriwayat-riwayat sejarah tersebut telah membuat komentar dengan katanya," Syi'ahRafidhah telah melakukan banyak pembohongan dan membawa khabar-khabar yangtidak benar sama sekali di dalam cerita-cerita kesyahidan Husain r.a..Kisah-kisah yang telah dikemukakan sudahpun memadai. Kalaulah tidak keranaimam-imam sejarah seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain menyebutkannyatentu sekali saya juga tidak akan mengemukakannya. Kebanyakannya adalah melaluiriwayat Abu Mikhnaf Lut bin Yahya sedangkan dia adalah seorang Syi'ah dan diaadalah seorang yang lemah dalam periwayatan menurut tokoh-tokoh sejarah. (Al-Bidayah WanNihayah jilid 8 hal. 220)

Bagi golongan Syi'ah pulasepatutnya tidak lupa untuk mengkaji catatan ulama-ulama muktabar di dalamkitab-kitab utama pegangan mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj 'Ala AhlilLajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib At-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali ZainalAbidin anak Sayyidina Husain r.a. yang ikut serta dalam rombongan Husain r.a.ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, "Wahai manusia (orang-orangKufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah!Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang),kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setiakamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamukerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu".(Al-Ihtijaj juz2 hal. 306)

Pada halaman sebelumnyaAt-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah As-Shughra anak perempuan Sayyidina Husainr.a. kepada penduduk Kufah, "Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot danpengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta'ala menguji kami dengan kamudan menguji kamu dengan kami," seterusnya selepas memuji-muji kedudukanAhlul Bait beliau berkata lagi, "Kamu telah membunuh kami dan merampasharta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali r.a.. Pedang-pedangkamu sentiasa menitiskan darah-darah kami Ahlul Bait".(Al-Ihtijaj juz 2 hal  302).

Mulla Baqir Al-Majlisiyang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadis)di sisi Syi'ah menukilkan kata-kata Sayyidina Husain r.a. kepada Syi'ah Kufahyang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau,
"Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknatmaksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat!Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bilakami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamumaka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantumusuh-musuh dalam menentang kami".(Jilaau Al' Uyun,hal 391).


Di dalam kitab A'yanus Syi'ahpengarangnya Sayyid Muhsin Al-Amin mengatakan bahawa "seramai dua puluhribu penduduk Iraqtelah berbai'ah kepada Husain kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontakterhadapnya dalam keadaan bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk merekadan membunuhnya".(A'yanus Syi'ah jilid 1 hal 34).

Dan banyak lagikitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufidhal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lainlagi.

Berdasarkan kepada segalafakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa segala ceritaberkenaan kezaliman Yazid dan tenteranya tidak lebih daripada dongengan yangdatangnya dari kilang-kilang Syi'ah terutamanya Abu Mikhnaf Lut bin Yahya.Kerana itulah tidak akan ditemui riwayat-riwayat tersebut di dalam mana-mana kitabbertaraf sahih di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Riwayat sahih yang adasebagaimana yang telah dikemukakan sebelum ini begitu jelas bertentangan denganapa yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah. Bahkan kalau dikaji apa yangterdapat di dalam kitab-kitab Syi'ah yang merupakan rujukan utama merekaseperti Al-Ihtijaj, Al-Irsyad dan lain-lain akan didapati perkara sebaliknyaiaitu pembunuh Husain yang sebenar adalah penduduk Kufah yang terkenal sebagaigolongan Syi'ah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 02:31 PM | Show all posts
sebab tulah tak dak sorang pun ulamak ASWJ yg membenci ahlul bait....kalau ada tolong buktikan

dan perkara ni tlh saya jelaskan antaranya dlm dailog dgn sheikh disini
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=216196&extra=page%3D2&page=2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 10-2-2007 02:19 PM

lama tak menjengah forum ni,
sekali fikir buang masa sj layan forum ni...tp sekali fikir kena jengah gak sekali2

thread ni dah jadi kerabu dah...sekali dok bahas pasal asyura la ni dah jadi bercampur tah apa2 dah...
saya rasa apa kata kalau buat satu thread khusus antara saya dgn pak ya berkenaan asyura dan penyeksaan diri ni...


Hehehe...lama tak mai, tetiba aja muncul menyondoi-nyondoi pulak macam [xxxx edited - ibnur] kelaparan. Masih dok ulang-ulang mengambil hadis-hadis syiah secara borong dan membuat kesimpulan syok sendiri. 10 Muharram dah pun berlalu dan mana kamu pergi lari waktu tu? Anti-klimaks betul lah wahai sherry..oops pak Sheir'ali.
Satu lagi...pendekatan syiah terhadap hadis2 yang dikemukakan bukanlah seperti pendekatan puak2 wahabi memahami hadis2 yang dibentangkan. Cubalah lapangkan dada dan buka fikiran seluasnya untuk cuba pula mengkaji cara mereka mengambil dan menerima hadis2 yang ribuan jumlahnya sama seperti ribuan juga hadis yang terdapat dalam sumber ASWJ. Ini ada satu jodol buku yang elok juga kamu baca sebelum menyondoi-nyondoi lagi.

"Pengantar Ushul Fiqh & Ushul Fiqh Perbandingan" oleh: M.Baqir Ash-Sadr & Murtadha muthahari.
Pengantar oleh: Dr. Satria Effendi terbitan Pustaka Hidayah.
Masih ada jual di KL.

Ini pula satu perbandingan antara pemikiran dalam mazhab Imamiyah. Jangan dok main borong lagi Dol !

http://www.akhbari.org/differences.htm
Puak2 ni pun sama pemikirannya seperti puak wahabi.
  


[ Last edited by  Gravedigger at 11-2-2007 10:39 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.175282 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list