CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 4-3-2007 01:46 PM | Show all posts
brutal gak kes2 kat m'sia nihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2007 11:36 AM | Show all posts
inilah syaitan zaman sekarang, mrahkan laki bunuh anak,

yang si laki celaka tu lak tak puas2 dgn sorang betina,

babi claka sungguh.:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2007 02:19 PM | Show all posts

Reply #46 Syd's post

Hukuman mati kepada pembunuh Canny Ong
05-03-2007 02:14:56 PM  

PUTRAJAYA:  Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas bekas penyelia pencuci kabin kapal terbang kerana merogol dan membunuh penganalisis IT Canny Ong Lay Kian lima tahun lepas.

Hakim-hakim Datuk Abdul Aziz Mohamed (kini hakim Mahkamah Persektuan), Datuk Mohamed Ghazali Mohamed Yusof dan Datuk Azmel Ma'amor (kini seorang hakim Mahkamah Persekutuan) sebulat suara menolak rayuan Ahmad Najib bagi mengetepikan sabitan, hukuman mati dan penjara kerana melakukan kesalahan tersebut di Batu 7, Jalan Klang Lama, antara 1 pagi dan 5 pagi 14 Jun, 2003.

Ahmad Najib, 31, yang memakai kemeja corak dam hitam putih dan seluar hitam, kelihatan tenang bila mahkamah mengumumkan keputusan itu.

Hakim Abdul Aziz berkata bukti keadaan sekeliling menunjukkan bahawa Ahmad Najib, dan tidak ada orang lain, yang merogol dan membunuh Ong, 29.

Ahmad Najib didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Feb, 2005 kerana membunuh Canny.

Ia juga dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan kerana merogolnya.

Perbicaraan itu mendapat publisiti meluas dan mengejutkan negara dengan kisah pencolekan, rogol dan bunuh dan campakan mayat Ong ke dalam sebuah lurang berukuran 3x3x3 kaki, sebelum dibakar. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 12:47 AM | Show all posts

Malay Mail 10.03.2007

Canny抯 mum still angry four years on ...
by AZMAN ABDUL GHANI



揑 AM still hurt and angry,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 09:08 AM | Show all posts
bila tarikh tragedy ringlet ni..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2007 10:13 AM | Show all posts

Reply #13 finding's post

Hari itu - 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedai yang berada di kaki bukit tanpa disangka. Enam daripada lapan kedai tertimbus sepenuhnya bersama pelanggan yang masih tidak dikenal pasti jumlahnya. Pastinya, semua pelanggan terbabit tertimbus hidup-hidup!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2007 10:52 AM | Show all posts
tragedy yg dilupakan....
tak pernah aku tau kalau tak baca thread ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2007 11:21 AM | Show all posts
Jejak: Tragedi Pos Dipang
Oleh Nasron Sira Rahim


Kejadian berlaku pada 29 Ogos 1996, korbankan 39 nyawa manakala lima lagi dilaporkan hilang




KEBANYAKAN penduduk Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak hanya mampu terperap di rumah masing-masing kerana hujan terlalu lebat ketika itu. Hujan sejak jam 12 tengah hari, masih tidak berhenti walau sudah enam jam berlalu.

Tiba-tiba, satu dentuman kuat berselang-seli dengan derauan hujan dari arah bukit di belakang kampung berkenaan, kedengaran. Penduduk tersentak, tertanya-tanya apakah bunyi aneh itu.

Beberapa minit kemudian mereka sekali lagi mendengar satu bunyi pelik. Belum sempat mereka memikirkan apa-apa, dinding rumah mereka terus pecah dan air bercampur lumpuh menerjah ke dalam.

Rempuhan arus deras menyebabkan ada penduduk tercampak keluar dari rumah masing-masing manakala beberapa rumah yang terletak di tebing Sungai Dipang terus runtuh dan dihanyutkan.

Sebaik menyedari banjir lumpur mula 憁embaham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2007 11:21 AM | Show all posts
FAKTA

Tragedi banjir lumpur di Pos Dipang

Berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang.

Mengorbankan 39 mangsa dan lima hilang.

Semua mangsa, kecuali enam orang dari keluarga Cina yang tinggal di Bah Hon Hin kira-kira enam kilometer dari Perkampungan Orang Asli Pos Dipang ialah penduduk Orang Asli.

Perkampungan itu mempunyai kira-kira 60 rumah yang dibina dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan mempunyai kira-kira 1,500 penduduk.

Penempatan itu dibuka pada 1978 apabila dusun buah-buahan yang mereka usahakan di situ mengeluarkan hasil. Sebelum ini penduduk tinggal di Batu 19 Jalan Cameron Highlands, tidak jauh dari situ.



Hujan lebat luar biasa punca utama banjir lumpur

JERNIH air yang mengalir perlahan di Sungai Dipang sesekali mengutuskan kedamaian kepada sesiapa saja terutama penduduk Perkampungan Orang Asli Pos Dipang yang sentiasa berdampingan dengan sumber alam itu.

Tetapi kejernihan sungai itu tidak lagi menawarkan kedamaian pada 29 Ogos 1996. Di bawah titisan hujan menggila, air sungai yang jernih mula dicampuri lumpur, arus tidak lagi mengalir perlahan seperti sebelumnya tetapi mula semakin deras.

Paras air yang hanya sekitar 0.3 meter mula melimpah sehingga kira-kira 1.5 meter dari paras tebing dan air sungai yang sebelum itu amat mendamaikan mula menjadi bencana alam yang mengorbankan 39 nyawa.

Pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan bagi menyiasat punca tragedi itu mendapati tiga faktor dikenal pasti sebagai penyebab utama bencana banjir lumpur itu.

Laporan disediakan pasukan petugas terdiri daripada pakar geologi Planetarium dan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati ia berpunca dan dipengaruhi faktor iklim, topografi dan geologi sekitar kawasan kejadian.

Hujan lebat yang luar biasa sebelum tragedi itu adalah antara punca utama kejadian itu. Berdasarkan rekod JPS pada Ogos 1993 sukatan hujan di kawasan kejadian hanya 137 milimeter (mm), Ogos 1994 (197mm), Ogos 1995 (281 mm) manakala pada Ogos tahun kejadian ialah 461mm.

Kawasan bukit yang curam di Sungai Pusat yang terletak di hulu Sungai Dipang menyebabkan berlaku tanah runtuh yang besar di situ. Keadaan itu menyebabkan air Sungai Pusat keruh dan berlumpur berbanding Sungai Dom dan Sungai Sangkut iaitu anak Sungai Dipang di hulu.

Timbunan lumpur dan pasir daripada tanah runtuh itu menyebabkan air di sungai berkenaan meningkat mendadak dan mempunyai kuasa tinggi menghakis Sungai Dipang hingga ke hilir seterusnya keadaan itu menyebabkan berlakunya proses hakisan yang mencabut pokok

besar dan ia adalah punca utama begitu banyak pokok terbongkah.

Kehadiran pokok besar itu menyebabkan terbentuknya beberapa 慹mpangan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 07:00 PM | Show all posts
Tragedi hitam selain tanah runtuh tak ada ke nak kongsi bersama Syd?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 07:29 PM | Show all posts
1. Kemalangan Trak FRU di Lebuh Raya Karak pada sekirat tahun 1988

2. Kemalangan ngeri melibatkan bas eskpress di Felda Chegar Perah, Daerah Lipis, Pahang, beberapa hari selepas Hari Raya yang melibatkan beribu-ribu terkandas dan ramai mati. Ada yang kaki putus, tali perut terburai di atas jalan, kepala terputus dan badan terputus dua pada paras pinggang. Ada banyak klip video yang dirakam, kebetulan ramai yang bawak video cam on the way balik ke KL selepas raya.

3. Tragedi tanah runtuh dan banjir lumpur berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya KL-Karak berhampiran susur keluar Genting Highland. Hingga ke hari ini, ada mangsa yang tidak berjaya dijumpai. Mungkin tertanam kat tepi-tepi highway tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 07:33 PM | Show all posts

Reply #19 WonBin's post

KUALA LIPIS: Empat belas orang terbunuh manakala 30 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh di sini, awal pagi semalam.

Dalam nahas jam 1.10 pagi itu, bas ekspres Mutiara yang membawa 30 penumpang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, bertembung dengan bas sekolah yang menyediakan perkhidmatan tambahan sempena Aidilfitri yang dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Kuala Lumpur bersama 40 penumpang.

Sebuah Proton Iswara yang juga dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu, turut merempuh belakang bas ekspres berkenaan. Bagaimanapun pemandu kereta itu, Ilham Haris, 24 dan penumpangnya, Norazalina Awang, 26, tidak cedera.

Ini adalah nahas membabitkan korban paling ramai pada Aidilfitri ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Mohd Washid Abdul Majid, berkata mangsa yang terbunuh membabitkan 11 penumpang bas sekolah termasuk 10 mati di tempat kejadian dan seorang di Hospital Kuala Lipis, manakala tiga penumpang bas ekspres Mutiara turut mati di tempat kejadian.

Mangsa ialah Ramzi Abdul Hadi, 31; anak perempuannya, Nor Amni, dua tahun dari Kampung Batu Lapan, Kadok, Kota Bharu; Wan Mohd Rizal Wan Ibrahim, 21 (Kampung Berangan, Selising, Pasir Puteh); Raja Azhar Raja Deraman, 25 (Kampung Sungai Durian, Bukit Abal, Pasir Puteh) dan Yusriz Herman Roslin, 22 (Blok A26, Unit 709 RK Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Turut terbunuh ialah Hasruamin Hassan, 28 dari No 74, RPP Kesedar Sungai Serah, Gua Musang; Rozniza Jusoh, 24 (Kampung Jerus, Pasir Puteh); Norazila Ismail, 26 (Belakang Balai Polis, Kampung Selising, Pasir Puteh) dan Ratna Surya Ahmad, 19 (Kampung Banir, Belikong, Pasir Puteh).

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, Mohd Washid berkata, identiti lima lagi mangsa belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan.

Beliau berkata, kejadian itu disedari anggota polis yang membuat rondaan Ops Sikap V di jalan berkenaan, kira-kira jam 1.30 pagi.

揝iasatan awal mendapati bas ekspres berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas sekolah itu,
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 09:17 PM | Show all posts
tragedi hitam..........

saya ingatkan jenayah atau pembunuhan kejam.........

patut tukar tajuk sikit...  

ke....... bencana alam hitam

may the people rest in peace
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 10:47 PM | Show all posts

Reply #20 WonBin's post

aku ade time ni.bas kat belakang takleh gerak woo.sampai berapa kilometer deretan

kereta.nak g tengok ape yg jadi,seram la plk.kitorang tggu je kat situ.dahla

hutan,gelap gile
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 09:32 PM | Show all posts
Apalah penakut kau nih. Ada mak cik tu siap bawak Sony Handycam lagi pi ambik gambar
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 11:42 PM | Show all posts

Reply #23 WonBin's post

haha ko senangla ckp ko tak de kat situ.

lagipun pehal aku malam2 nak gi jenguk org eksiden kat situ.

buat susah kerja polis je kalo ramai2 kat situ.

dahla hutan kat situ,area situ orang kare kerassss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2007 10:14 AM | Show all posts
np aku x tau pe2 ek
hhaahh
aku lum lahir la
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 04:07 AM | Show all posts
huhu..xnk la bace dh..takutla..mintak2 pasni dh xde lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2007 08:40 AM | Show all posts
Jejak: Tragedi Fokker 50
Oleh Nasron Sira Rahim


Pesawat MAS rempuh rumah setinggan Kampung Seri Menanti ketika mendarat di Lapangan Terbang Tawau 15 September 1995

SUASANA di Lapangan Terbang Tawau, Sabah, kecoh pada tengah hari Jumaat, 15 September 1995. Orang ramai yang berada di dalam dan sekitar lapangan terbang itu tergamam, lebih-lebih penduduk perkampungan setinggan di tepi kawasan itu.

Ketika jam menunjukkan jam 12.55 tengah hari, satu tragedi dahsyat berlaku di kawasan berkenaan. Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru mendarat di lapangan terbang itu, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak hujung landasan.

Kejadian cemas itu menyebabkan penumpang menjerit panik di dalam pesawat. Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap kapal terbang berkenaan.

Bagaimanapun, jeritan itu tidak lama apabila kira-kira 10 minit kemudian, satu letupan kuat kedengaran sehingga menggemparkan penduduk sekitar yang pastinya sama sekali tidak menyangka kemalangan seumpama itu akan berlaku pada hari berkenaan.

Selepas itu, penduduk yang masih terkejut menyaksikan tragedi itu melihat api mula menjulang di sebelah kanan pesawat. Kekhuatiran mula meresap pada minda tatkala memikirkan kemungkinan kebakaran akan menyambar penumpang di dalam pesawat.

Beberapa penduduk yang khuatir letupan dan kebakaran akan merebak, bertempiaran melarikan diri dalam suasana kecoh. Jeritan penduduk meningkah bunyi letupan yang menggegarkan kawasan sekitar.

Dalam usaha itulah, sebaik keluar daripada rumah masing-masing, letupan menyebabkan serpihan kayu dan pelbagai objek lain melayang ke merata arah sehingga mencederakan penduduk. Bahang api turut menyambar jasad sehingga menyebabkan tubuh melecur.

Pada jam 1.06 petang, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu. Bersama tiga jentera dan 26 anggota, mereka bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi kemalangan empat minit kemudian.

Dibantu empat jentera bomba lapangan terbang, usaha memadamkan api yang semakin marak membaluti pesawat selain gerakan menyelamatkan mangsa segera dilakukan.

Mayat pertama dikeluarkan daripada bangkai pesawat pada jam 2.50 petang. Rempuhan pesawat terhadap 20 rumah setinggan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau.

Pesawat yang terhempas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari.

Fokker 50 mendarat di landasan 35 Lapangan Terbang Tawau dan terbabas kira-kira 500 meter sebelum merempuh kawasan setinggan.

Selepas empat jam berusaha, barulah bomba dapat mengawal api dan kebakaran pesawat itu padam sepenuhnya jam 5.30 petang. Pasukan penyelamat dan orang ramai segera memenuhi kawasan kemalangan bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi merekodkan seramai 34 daripada 53 orang yang berada di dalam kapal terbang berkenaan mati hangus manakala seorang penumpang masih belum ditemui.

Bagaimanapun, 18 orang yang sempat bergegas keluar menerusi pintu kecemasan sebaik pesawat berhenti bergerak, terselamat.

Penumpang yang terselamat menceritakan yang mereka mula menyedari kemalangan akan berlaku beberapa saat selepas pesawat mencecah bahagian tengah landasan.

Ini disebabkan sebaik mendarat, pesawat terus terbabas dan meluncur melampaui jarak pendaratan kerana landasan pendek. Bahagian depan kapal terbang itu melambung beberapa kali ketika juruterbang dipercayai cuba menghentikannya.

Bagaimanapun, pesawat terus meluncur sehingga ke pagar kawasan landasan sebelum merempuh rumah setinggan di kampung berkenaan.

Sebaik pesawat berhenti bergerak, mereka melihat api muncul di bahagian depan dan sebelah kanan pesawat sehingga ramai penumpang mulai panik, menjerit dan menangis.

Beberapa penumpang yang berada di barisan belakang dan berhampiran pintu kecemasan segera membuka pintu itu dan bergegas keluar daripada pesawat kerana khuatir keadaan lebih bahaya akan berlaku.

Kira-kira 10 minit selepas mereka keluar, pesawat itu meletup.


FAKTA: Urutan peristiwa

Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi.

Pesawat bergegar, bahagian depannya melambung beberapa kali ketika mencecah landasan Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 12.55 tengah hari.

Pesawat terbabas dan melanggar pagar sebelum merempuh rumah setinggan.

Letupan diikuti kebakaran.


> Penerbangan tidak ikut prosedur ditetapkan

SEHINGGA 17 September 1995, pihak pihak penyelamat masih bingung memikirkan misteri kehilangan seorang lagi mangsa tragedi letupan pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) di Kampung Seri Menanti yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Tawau.

Rekod operasi yang mereka jalankan mendapati 34 penumpang rentung manakala 18 lagi berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat itu meletup dan terbakar; tetapi di mana seorang lagi?

Pada pagi 16 September 1995, berita tragedi kemalangan kapal terbang itu mula memenuhi dada akhbar selain dilaporkan menerusi televisyen dan radio.

揝eramai 34 korban Fokker terhempas
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 07:01 PM | Show all posts
Kalau korang masih ingat kejadian kebakaran kilang mercun di sungai buluh... tak ingat tahun berapa?? masa tu aku masih kecik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.249858 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list