Tak sanggup berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kisah silam semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau biarkan Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andai dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama silam usah sengaja dibiarkan
Demi menutup kesalahan mu
Demi memohon kemaafaan ku Tertutup sudah pintu hati ku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun terpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan ** :
Mendengar nama mu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebih elok jika dibiarkan
Kemarahan ku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah mekin tebal kebencian ku
Serta marah ku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membenci mu Mendengar lagu itu bagaikan teringat kembali kisah nya lalu. Memang kebencian lahir tanpa dipaksa.Walau dicuba untuk membuang tapi tidak mampu. Kadang2 terpikir kenapa dia membenci. Cuba di kaji dan diselidiki namun kata hati tidak mampu di lawan.Walau dia cuba untuk menerima seadanya tapi kebencian masih meluap di hati.Benar la hati tidak mampu ditipu.Siapa sanggup menerima kehancuran . Siapa sanggup menerima kekecewaan dalam hidup. Bukan senang untuk bangun semula andai hati telah mati. Bukan mudah untuk bangkit andai semangat telah hilang.Namun dirinya tetap mencuba . Mencuba utk menerima takdir. Mencuba untuk kembali ke asalnya. Sedih hatinya perlu di kikis.Hati yg mati perlu di pulih kembali. Semangat yg hilang perlu di cari kembali.Lalu dia bangun semula |