CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pcyduck

kelas bahasa inggeris

[Copy link]
Post time 8-8-2010 10:59 AM | Show all posts
boleh faham, lepas la kalau nak cakap
tapi.............sentiase ade probem nak use "a" or " the"
glad i found this thread ^^
i'll start reading from the first page and i wont skip anything
good luck sofea!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2010 05:20 AM | Show all posts
...sentiase ade probem nak use "a" or " the" ...
phiyya Post at 8-8-2010 10:59


Phiyya,

A, an dan the ialah articles and kdg2 mmg boleh nampak students saya pun confused nak gunakan..

Untuk mudah nak ingat ialah 'a' dan 'an' ialah seperti penjodoh bilangan yang digunakan dengan nouns yang singular sahaja ie qty=1 dan digunakan bila bercakap secara am tentang nouns itu ie seorang, seekor, sebuah dsbnya

eg.

1. I met a woman yesterday.

   Saya jumpa seorang wanita semalam.

'the' pula macam kita gunakan 'itu' dalam bahasa Melayu dan digunakan apabila kita bercakap tentang sesuatu noun itu secara spesifik.

2. That is the woman I met yesterday.

   Itu ialah wanita yang saya jumpa semalam.


Kelas Fundamentals of English Grammar akan bermula di Sunway pada 3hb Oct ini. Daftar awal dan dapat diskaun RM100!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 08:57 AM | Show all posts
Saya mahu tanya, kat thread ini boleh tak translate perkataan atau ayat dari BM ke BI?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 03:31 AM | Show all posts
Saya mahu tanya, kat thread ini boleh tak translate perkataan atau ayat dari BM ke BI?
hayrin86 Post at 4-9-2010 08:57


Salam

Saya bukan tak boleh translatekan tetapi saya agak sibuk dengan checking essay students saya dan juga dalam proses untuk menulis buku baru saya.

What you can do ialah go through nota2 yang saya dah posted disini to guide you in translation.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 03:48 AM | Show all posts
Salam semua..



So I know next week is our Raya but I hope you all can digest a bit for today's tips..

...I always remind my students that the 1st thing you must be aware when you construct sentences in English is the TIME. Always check in term of WHEN... IN every sentence that you construct you must be aware of the TIME..You must know which tense that you must use in that sentence..

Tak boleh lari dari Tenses guys.. I know ramai yang have phobia in term of tenses..Bila dengar Present tenses, past tenses atau future tenses ramai yang akan mengelak..ramai yg x nak pikir pasal tenses sebab they are not sure of the tenses that should be used..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 05:00 PM | Show all posts
salam cikgutuition dan kawan2 yg lain.
ada masalah sikit la dan nak tanya, sbb selalu kompius.

katalah kita nak kata "ibu telah memberikan hadiah kepada saya"

1. my mother gave me a present --> betul tak ayat ni?

kalau pakai ayat ni, adakah maksudnya sama ek?

2. i was given a present by my mother.

kadang2 konpius la antara 'gave' dan 'was given'. masa bila nak guna kedua2nya ek? ada beza ke dr segi penggunaan dan maksudnya?

thanks.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2010 03:36 AM | Show all posts
Reply 206# tictactoe

Salam

Kalau di kelas saya ni, saya cover dalam level Intermediate Grammar sebab ni dalam topik Verb tenses.dalam Manual Lengkap BI saya pun ada saya cover topic Verb tenses ni.


1. My mother gave me a present --> betul tak ayat ni?

Yg ni penggunaan Simple Past dan mesti ada time indicator atau penunjuk masa so kena tambah time di dalam ayat tersebut.

1. My mother gave me a present yesterday.

Kalau x ada penunjuk masa kena guna Present perfect.

1 (b). My mother has given me a present.

kalau pakai ayat ni, adakah maksudnya sama ek?

2. I was given a present by my mother.

Yg atas ni sebenarnya dalam bentuk Pasif sebab penerima perbuatan i.e. (penerima 'present') di letakkan di depan sebagai Subject dan pembuat perbuatan (the doer of the action) diletakkan di belakang sebagai Object.

Oleh kerana ianya dalam bentuk Simple Past -passive, perlu ada Time.

2. I was given a preset by my mother yesterday.

Kalau x ada Time, gunakan Present Perfect dalam bentuk passive:

2 (b) I have been given a present by my mother.


Given ialah verb dalam bentuk Past Participle. That is why dalam kelas pertama Intermediate saya akan terangkan apakah empat bentuk Verb yang ada iaitu :-

1. Infinitive
2. Past tense
3. Past participle
4. Present participle

Please look up in the dictionary untuk cari all these principal parts of a verb.


Kursus Intensif Fundamentals Grammar saya akan saya mulakan pd 7hb Nov ini.kelas 4 jam seminggu selama 5 minggu sahaja. Kalau nak master Verb Tenses mcm dalam explanation saya di atas kena master dulu Fundamentals dia esp. Nouns n Pronouns yang akan jadi Subject dan Object dalam ayat2 yang akan kita buat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 11:37 AM | Show all posts
cikgu, yg kelas start 7nov tu, buat katne dan brp bayaran?
TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 12:43 AM | Show all posts
Tictactoe,

Salam, kelas next mth ada dua tpt.6th Nov di Precint 16, Putrajaya n 7th tu di Leisure Commerce Square dpn Motorola sebelah komuter Setia Jaya. Fee cuma RM450 (asal RM490). daftar 2 org cuma RM390 seorang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 03:26 AM | Show all posts
Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris # 1 – Nouns

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Bermula dari hari ini saya akan mulakan siri artikel Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris yang saya harap boleh membantu anda semua dalam mengurangkan kesilapan dalam komunikasi bahasa Inggeris. Bagaimanapun penerangan yang diberikan adalah dalam bentuk ringkasan dan anda digalakkan membeli buku-buku tatabahasa atau menyertai kursus bahasa Inggeris secara formal supaya anda lebih jelas tentang tatabahasa bahasa Inggeris ini.


Kekeliruan lazim dalam penggunaan Nouns

1.Sesetengah nouns hanya digunakan untuk jantina tertentu sahaja dan bukannya boleh digunakan untuk kedua-dua jantina. Dalam bahasa Inggeris, seperti juga dalam bahasa Melayu, ada sesetengah perkataan yang digunakan khas untuk lelaki dan khas untuk perempuan. Perkataan sebegini dipanggil Masculine gender untuk kegunaan menamakan lelaki dan Feminine gender untuk menamakan perempuan. Antara contoh masculine gender ialah boy, man, king, son, father dan sebagainya. Antara contoh feminine gender ialah girl, waitress, stewardess, daughter dan sebagainya.

2. Ada penggunaan feminine gender yang sekarang ini tidak digunakan lagi dimana masculine gender digunakan untuk kedua2 jantina. Antara contoh ialah manageress yang dulu digunakan untuk pengurus wanita tetapi sekarang ini amat jarang digunakan dan hanya menggunakan manager untuk kedua2 jantina. Begitu juga dengan penggunaan actress yang jarang digunakan di negara barat untuk pelakon wanita tetapi actor digunakan untuk kedua-dua jantina.

3. Ada panggunaan masculine dan feminine yang telah ditukarkan dengan Common gender (tidak merujuk kepada mana-mana jantina) seperti penggunaan steward dan stewardess untuk pramugara dan pramugari yang sekarang ini lebih kerap diganti dengan flight attendant (pelayan kapalterbang).

4. Bukan semua nouns bentuk pluralnya melibatkan penambahan huruf s. Ada yang menyangkakan yang jika kuantiti sesuatu noun itu lebih dari satu maka bentuk kata nama majmuknya atau bentuk plural noun itu mesti ditambah s. Hakikatnya ada banyak bentuk plural dalam nouns yang tidak melibatkan penambahan s seperti penambahan es dalam watches, penambahan ies dalam countries, penambahan ves dalam wives, pertukaran bentuk seperti children, women,men. Ada juga plural nouns yang tidak berubah bentuk seperti sheep, deer, cod dan sebagainya.

5. Ada juga nouns yang pluralnya mengikut bentuk asal dalam bahasa Asing dimana perkataan-perkataan ini dipinjam oleh bahasa Inggeris dan bentuk pluralnya dikekalkan seperti dalam kutu iaitu lice, pokok kaktus iaitu cacti, formula iaitu formulae.

6. Ada juga nouns yang sentiasa dalam bentuk plural dan ini selalunya kerana ianya datang dalam pasangan seperti jeans,shorts, spectacles, shoes dan sebagainya. Oleh kerana mereka ini plural nouns maka kawan-kawan mereka mestilah Plural verbs seperti are, were dan sebagainya. Jadi adalah satu kesilapan jika anda membuat ayat My shoes is missing atau That jeans are mine. Sepatutnya ayat anda ialah My shoes are missing dan Those jeans are mine.

7. Ada bentuk plural yang sekarang ini digunakan juga sebagai singular nouns seperti headquarters, barracks dan sebagainya. Bagaimanapun peraturan singular nouns kawannya singular verbs mesti dipatuhi seperti Our headquarters are in London and Kuala Lumpur and Our headquarters is in Kuala Lumpur. Dalam ayat pertama are digunakan kerana merujuk kepada dua ibupejabat, London dan KL, atau headquarters dan ia digunakan sebagai Plural Noun dan oleh itu kawannya mesti lah are yang meruakan plural verb. Dalam ayat kedua is digunakan kerana merujuk kepada satu sahaja ibupejabat atau headquarters dan ia digunakan sebagai Singular Noun dan oleh itu ianya mesti dipasangkan dengan Singular Verb is.



Kekeliruan sebeginilah yang akan saya jelaskan dalam kelas Asas-Asas bahasa Inggeris saya dan ada dua kelas akan saya buat pada Nov. ini iaitu pada 6 Nov di Putrajaya dan 7 Nov di Sunway. Selagi anda tidak tahu apakah peraturan-peraturan dalam penggunaan Nouns seperti di atas maka selagi itulah anda akan keliru dan akan membuat kesilapan.Pengetahuan perbendaharaan kata bahasa Inggeris atau vocabulary sahaja tidak mencukupi.

Yusoff
0193090711
cikgutuition@yahoo.com
www.knowledgecentre.wordpress.com
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 09:43 PM | Show all posts
1. cikgu, baca kat blog, cikgu kata kelas intermediate english grammar start 2/3 okt. yg ni sama ke dgn yg cikgu nak buat 6/7 nov ni? [sumber : http://knowledgecentre.wordpress ... grammar-pengenalan/]

2. kat blog yg cikgu kata ada jual buku binding rm190 tu, buku apa tu? promo skit cikgu. nak tau gak...

thanks
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 11:50 PM | Show all posts
Tictactoe,

Ya, kursus yang mula 2 n 3rd Oct lepastu Kursus Intermediate yg you boleh ambik selepas dah tamat kursus Fundamentals Grammar or Asas-Asas bahasa Inggeris tu..

Buku RM190 tu ialah Manual Lengkap bahasa Inggeris. Buku tu mengandungi nota penuh Fundamentals dan Intermediate Grammar. Satu buku rujukan yang sesuai untuk mahirkan diri dalam bahasa Inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 06:39 PM | Show all posts
cikgu,
mcm mana nak beli buku yg rm 190 tu?

bagilah summary skit cikgu ttg buku tu
at least isi kandungan dia ke, berapa muka surat
apa yg buku tu cover etc etc

thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 08:37 AM | Show all posts
nak tanya la..
kalau nak rujuk kepada haiwan kita guna noun apa yer?
he/she/it?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 07:56 PM | Show all posts
Elop kwn2..

nak mintak tlg..  bole x tlg translate kan ikrar dari bm ke bi..

ikrar tu mcm ni..

bahawasanya saya berikrar
akan menjunjung prinsip-prinsip kejujuran dan integriti
dalam kerja dan kehidupan seharian saya.

susah laa nak carik perkataan bahasa inggeris yg sesuai..

mintak tlg.. tq..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 01:13 AM | Show all posts
Salam

Dah try ke translate sendiri apa yg mampu? Saya lebih suka edit dari bagi 100% so that you can learn in the process..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2010 01:17 AM | Show all posts
nak tanya la..
kalau nak rujuk kepada haiwan kita guna noun apa yer?
he/she/it?
slier81 Post at 30-10-2010 08:37



Yg tu bukan nouns tetapi kata ganti nama or pronouns to replace Nouns. Untuk haiwan kalau seekor boleh gunakan 'it' sebagai ganti. Kalau lebih dari seekor gunakan they kalau sebagai subject dan them sebagai object.

e.g.

I have a cat. It is very playful.

I have two cats. they are very playful.

My cats were hungry just now. I gave them fish.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 01:23 AM | Show all posts
cikgu,
mcm mana nak beli buku yg rm 190 tu?

bagilah summary skit cikgu ttg buku tu
at least isi ...
tictactoe Post at 26-10-2010 18:39


Boleh order direct daripada saya.Ni content Manual Lengkap bahasa Inggeris saya.Basically ada dua modules iaitu Fundamentals (Asas) dan Intermediate (Pertengahan).



Syllabus Fundamentals of English Grammar- Module 1



1. Pengenalan



2. Petua-petua asas untuk menjadi mahirdalam bahasa Inggeris.


2.1
Kepentingan sikap yang positif


2.2
Rahsia menjadi mahir dalam masa yang singkat


2.3
Apa yang perlu dielakkan dalam pembelajaran bahasa Inggeris ?




3. Penggunaan efektif dictionary,thesaurus, grammar books dan idiom dictionary


3.1
Jeniskamus yang ada dalam pasaran



3.2
Apajenis kamus yang terbaik untuk saya?


3.3
Apa yang ada dalam kamus dan bagaimana nak menggunakannya denganefektif.


3.4 Cara menggunakan Phonetic Symbols dalamkamus untuk sebutan yang betul


3.5
Part of Speech dalam kamus


3.5
Menggunakan kamus untuk Penggunaaan Preposition yang betul denganAdjectives


3.6 Menggunakan kamus untuk mempelajariPhrasal verbs


3.7
Penggunaan thesaurus untuk meningkatkan vocabulary dengan cepat


3.8
Kepentingan Gramar Book dalam pembelajaran bahasa Inggeris


3.9 Idiom dictionary untuk mempelajari'figurative speech' atau bahasa tersirat dalam bahasa Inggeris.



4. Penggunaan Noun dalam bahasaInggeris.



4.1
Function of a noun -Fungsi
penggunaan nouns


4.2
Count in nouns - Countable dan uncountable nouns


4.3
How to use Plural and Singular Nouns?


4.4
Spelling of plural nouns - Cara
mengeja Plural Nouns dengan betul


4.5
Subject Verb Agreement - Penggunaan nounsdengan auxiliary verb seperti am/is/are, was/were, do/does/did, have/has/had.


4.6
Possessive Nouns - Bagaimana untukmenggunakan possessive nouns untuk menunjukkan pemilikan dengan penggunaanapostrophe s ('s) atau apostrophe (') sahaja.


4.7
Collective nouns - Collective nouns untuk
bilangan nouns yang banyak



5. Fungsi dan penggunaan pronouns yang betul


5.1
Function of a pronoun -Macam mana nak gunapronouns dengan tepat


5.2
Singular pronouns and Plural pronouns -Apa
itu singular pronouns dan pluralpronouns?


5.3
Subject pronouns - Apa
itu subject pronoun dan fungsinya dalam ayat?


5.4
Object pronoun
- Apa
itu Object pronoun dan kaitannya dengan Subject Pronoun?


5.5
Possessive pronoun - Penggunaan possessivepronouns seperti mine, yours, hers dan sebagainya untuk menunjukkan pemilikan.


5.6
Reflexive pronouns - Cara
yang betul untuk menggunakan reflexivepronouns seperti myself, herself, ourselves dan sebagainya.


5.7
Demonstrative pronouns - Penggunaan
demonstrative pronouns seperti this/these danthat/those untuk menunjukkan nouns.


5.8
Indefinite pronouns - Penggunaan
indefinite pronouns seperti everyone, eachdan sebagainya.




Day One 10 a.m. – 1 p.m. & 2 – 5 p.m.



6. Adjectives



6.1
What is an adjective?-Apa
itu adjective?


6.2
Characteristics of an adjective -
Ciri-ciri adjectives


6.3
Adjectives of quality - Apa
itu Adjectives of quality dan bagaimana nakgunanya.?


6.4
Adjectives of quantity - Apa
itu adjectives of quantity dan bagaimana nakgunanya.?


6.5
Possessive adjectives - untuk
menunjukkan pemilikan dan perbezaanya denganpossessive pronouns.


6.6
Positive, comparative and superlativeadjectives - Penggunaan
positive,comparative dan superlative adjectives
seperti tall, taller dan tallest untuk menunjukkan perbandingan.




7. Adverb



7.1
Adverb function- Fungsi
adverb dalam menerangkan verb, adjectives danadverb


7.2
Position of an adverb - Kedudukan
adverb dalam sesuatu ayat


7.3
Characteristics of an adverb - Ciri-ciriformal sesuatu adverb


7.4
Flat adverb - Bagaimana nak membezakannyadengan adjectives


7.5
Grading adverb - Penggunaan
adverb untuk menunjukkan gred


7.6
Comparative and Superlative Adverb - Adverbsebagai penunjuk perbandingan




8. Preposition


8.1
What is preposition? - Apa
itu preposition?


8.2
Usage of preposition
-
Pengunaan
preposition untuk menunjukkandirection, position, time


8.3
'By someone' and 'by something' preposition


8.4
Bagaimana preposition boleh digunakan untukmenunjukkan 'with someone' dan 'with something'






Intermediate English Grammar – Module Two

  • Pengenalan

  • Overview Subject in Sentence

2.1  Apa itu Singular Nouns

2.2  Apa itu Plural Nouns

2.3  Apa itu Uncountable Nouns


  • Perkara Asas Tentang Verbs     dalam bahasa Inggeris

3.1  Apa itu Verb

3.2  Fungsi Verb dalam ayat – Subject Verb Agreement

3.3  Jenis-jenis Verbdalam bahasa Inggeris –Progressive, Non Progressive dan Mixed Verbs

3.4 Bentuk Asas Verbs dalam bahasa Inggeris


4. Penggunaan Verbs dalam Present, Past danFuture Tenses


4.1  Simple Present –Bentuk-bentuk ayat dan bila menggunakannya

4.2  Present Progressive – Kala untuk perbuatan yang sedang berlaku.Bentuk-bentuk ayat dan bilamenggunakannya

4.3  Simple Past – Kalauntuk perbuatan yang sudah berlaku. Bentuk-bentuk ayat dan bila menggunakannya

4.4  Past Progressive –Kala untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa lepas.Bentuk-bentuk ayat danbila menggunakannya.

4.5  Simple Future –Kala untuk perbuatan yang akan berlaku. Bentuk-bentuk ayat dan bilamengunakannya.

4.6  Future Progressive – Kala untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa akan datang.Bentuk-bentuk ayat dan bila menggunakannya. Persamaan dengan Past Progressive.

5. Penggunaan Verbs dalam Perfect Tenses


5.1  Present Perfect –Kala untuk perbuatan yang sudah berlaku tanpa penunjuk masa.Bentuk-bentuk ayatdan bila menggunakannya. Perbezaan dengan Simple Past.

5.2  Present Perfect Progressive –Bentuk-bentuk ayat dan bila menggunakannya.

5.3  Past Perfect –Kala untuk dua perbuatan yang sudah berlaku.Bentuk-bentuk ayat dan bilamenggunakannya. Perbezaan dengan Simple Past.

5.4  Past Perfect Progressive– Bentuk-bentuk ayat dan bila menggunakannya. Perbezaan dengan SimplePast.

5.5  Future Perfect –Bentuk-bentukayat dan bila menggunakannya. Perbezaan dengan Simple Past.

5.6  Future Perfect Progressive– Bentuk-bentuk ayat dan bila menggunakannya. Perbezaan dengan Simple Past



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 06:42 PM | Show all posts
I'm utterly confused when I see the word 'to' and followed by a gerund..

Okay,6 tips to succeeding in ur exam... Make this as an example....

'To' here acts as a preposition...When 'to' should be a preposition...

I'm very hopeful that you could explain it to me in detail
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 06:43 PM | Show all posts
Boleh order direct daripada saya.Ni content Manual Lengkap bahasa Inggeris saya.Basically ada du ...
cikgutuition Post at 2-11-2010 01:23



    Are you Malay,Chinese,Indian or .........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.082572 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list