CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117470|Reply: 85

Kesan makan JAMU

[Copy link]
Post time 16-2-2007 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Aku nak tanya korang...dari sudut kesihatan...
Apa kesan mgamalkan makan Jamu ni...? ada kesan negatif ker?
Sbb ada yg kata Jamu ni leh myebabkan seseorg tu cepat monopos @ dpt kanser rahim...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by polaris_girlz at 16-2-2007 10:19 AM
Aku nak tanya korang...dari sudut kesihatan...
Apa kesan mgamalkan makan Jamu ni...? ada kesan negatif ker?
Sbb ada yg kata Jamu ni leh myebabkan seseorg tu cepat monopos @ dpt kanser rahim...



jamu yg betul2 mayb ok kot...kalu yg campur ngan chemical tu sure sakit nyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 10:27 AM | Show all posts

Reply #1 polaris_girlz's post

aku rasa jamu ni ikot keserasian/kesesuaian badan individu.. result might differ.. tulah payah.. senang2 bawak jamu tu ke doktor.. dan tanya
Reply

Use magic Report

fatinkhadija This user has been deleted
Post time 22-2-2007 03:50 PM | Show all posts
Saya memang makan jamu sejak dari anak dara lagi.. so far ok la .. kalu tak makan rasa badan berat jer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 06:35 PM | Show all posts
i tak leh makan jamu .. terlampau panas ...

sama gak dgn minyak ikan .. terlampau panas ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:10 PM | Show all posts
Jamu not so good la...mgkn tak brp sesuai ngn org mesia kot org indon lain la gaknya depa keja keras...banting tulang bagai..tak tau la aku...

Kawan aku dari anak dara makan jamu skang dah kawen kulit kering, badan cepat berbau bila dah tak makan...bila makan mmg power...bila tggl jap...haru .... badan naik macam kena pump....so dia kena menten makan...tapi masalah dia kompelin kulit dia kering....dia makan jamu kat pasar malam tu yg banyak brand2 indon tu....and xxx pun cam kering gaks...dan susah nak peknen....tgk jamu la kot...aku rasa yg establish ok la....kita elok la makan jamu buatan mesia macam nona roguy ker....pak tani ker....bleh tau ingredient dia selamat ke tak  dpd jamu semberono tuh...mana kita tau cara dia wat camana....

[ Last edited by  kacang^soya at 22-2-2007 09:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
suhaila1974 This user has been deleted
Post time 22-2-2007 09:38 PM | Show all posts
Kalau makan jamu, badan naik... tu kena pastikan betul-betul. Ditakuti ia mengandungi steroid.... Pastikan berdaftar dengan KKM...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 12:02 PM | Show all posts
sejak dapat anak first, sampai sekarang tak leh berenti jamu.

Jamu i ni ambik dari mak bidan.i rasa yg bagusnya jamu terhadap diri i:

1. rasa bertenaga
2. kesihatan dalaman perempuan sangat baik. hubby kata macam sebelum dapat anak .
3. senggugut kurang sangat2.... the first & second day period banyak sangat, lepas tu ok. ... kalau period memang i
makan jamu. kalau tak, terlentang sebab angin.
4. Badan i berangin, jadi bila pakai jamu, proses membuang angin ni no problem. tak de rasa sebu perut, pening kepala..etc..
5. I punya proses membuang najis jadi teratur.

yg tak bagus:
1. kulit jari kering- so, i pakai krim -selalu kena pakai, kalau tak memang nipis sangat kulit jari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2007 12:08 PM | Show all posts
satu lagi,  mesti banyak minum air kalau makan jamu. kalau tak, senang sakit tekak, pening,

kulit tersangat kering. Bagi i la, jamu memang sangat sesuai ngan i.

Cuma kena pandai cari jamu yg sesuai kot... i bidan kampung yg buat.
bukan komersial punya. my friend takut nak makan sebab dia kata tak ada kelulusan KKM.
depends, bagi i bidan ni umur dia dah 70++.. ubat dia pun dah ramai org makan.

ikut fikiran sendiri kot. i pernah try yg dia orang komersialkan, ntah le..
mahal je lebih..bagi i la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 04:13 PM | Show all posts
Mudarat minuman ekstrak akar, daun
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Habuk tumbuhan seperti akar dan daun yang dijadikan pelaris sesuatu minuman kesihatan, mahupun dicampur ke dalam kopi atau teh, dikenal pasti boleh memudaratkan kesihatan pengguna termasuk menyumbang kepada penyakit buah pinggang.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Ahmad Zahri Jamil, berkata amalan pengambilan minuman kesihatan kini menjadi rutin pelbagai lapisan masyarakat zaman moden.

Beliau berkata, amalan itu mendorong ratusan produk minuman kesihatan baru buatan tempatan mahupun diimport dijual di pasaran bagi menampung permintaan pelanggan.

Bagaimanapun, katanya, walaupun budaya pengambilan minuman itu bertujuan meningkatkan tahap kesihatan, ramai tidak menyedari ia turut menyumbang penyakit kronik seperti buah pinggang kebelakangan ini.

Menurutnya, tahap keselamatan pengambilan sesuatu minuman yang mempunyai ekstrak tumbuh-tumbuhan bergantung kepada kaedah pemprosesannya.

揗emang kita akui, akar serta daun tumbuhan herba berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit, tetapi mengikut amalan nenek moyang kita dulu, ramuan akar atau daun itu direbus dan hanya airnya diminum.

揟etapi apa yang berlaku sekarang akar kayu itu dihancurkan sehingga menjadi tepung dan dicampur pula dengan kopi atau teh, kemudian kita minum dengan habuk akar itu sekali.

揃ayangkan apa yang berlaku apabila organ dalaman badan sentiasa terdedah dengan habuk minuman kesihatan itu setiap hari,
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 02:11 AM | Show all posts
jamu ni bergantung jugak

bukan semua jamu tu bawak kesan negatif pada tubuh..

wife aku pun telan jamu drpd anak dara smpai skang la.. maintain je.. kulit elok ( tak kering ) .. bertenaga.. sengugut pun takde.. badan pun sempoi ( chubby2 sikit ) .. haid pun teratur..

so far okey lah.. cuma aku nak nasihatkan korang.. jangan la telan jamu ntah  hapa2 yg juai kat pasar malam tu.. apa2 pun cari jamu yg ada kelulusan KKM..

tu lebih pasti elok drpd jamu2 yg tak ketahuuan punca..

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 02:36 AM | Show all posts
OK jer takda masalah makan jamu nie
kebetulan makcik buat sendiri
so far tau lah apa isi kandungannya
makan jamu nie sejak umur 13 tahun
korang bayangkan more than 10 years makan jamu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 11:37 AM | Show all posts
ada org cakap makan jamu selalu buleh kena darah tinggi , pasal jamu ni bersifat panas.....betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 10:52 AM | Show all posts
baru nak try makan jamu..
sesaper yg memang ratu jamu tue mehlah kongsi tips
please...
sumbangan nada amat dialu alukan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 01:07 PM | Show all posts
ye la. takde itam putih pasal jamu nie. liz pernah few times beli tapi tak leh jalan. sbb badan tumbuh ruam. panas sgt. Dan tekak sakit pula.


kawan liz rekomen JMD .. ingat nak beli. Tapi hubby kata hold dulu sbb liz under treatment dgn Dr.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 10:21 PM | Show all posts

Reply #14 ctsueraya's post

klu nak try...pilih elok2...takut klu tersilap boleh efek...baca n teliti dulu...klu nak tau by personal pm la.hehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2007 09:21 AM | Show all posts
artikel nih saya dapat dari harian metro...

Pengambilan jamu dorong kanser rahim

SOALAN



SAYA berusia 22 tahun dan belum mendirikan rumah tangga. Saya sering mengalami sakit lutut menyebabkan tidak boleh berdiri lama.

Saya kerap rasa sejuk hingga terpaksa mandi air panas. Bagi menghilangkan kesakitan ini, saya mengambil jamu dan minum air halia bercampur madu.

Selepas mengambil jamu, saya tidak rasa sakit lagi. Perkara yang menggusarkan saya biasanya produk seumpama itu tiada pengesahan Kementerian Kesihatan.

Rakan saya juga tidak menyokong pengambilan jamu kerana ia akan menjadikan seorang wanita itu mandul serta menjadi punca barah. Apakah nasihat doktor mengenai perkara ini?

RUBIYAH,
Selangor.

Jawapan

PENGAMBILAN ubat atau produk kesihatan seeloknya dibuat atas nasihat doktor terlebih dahulu. Ubat-ubatan moden pun tidak digalakkan diambil secara berterusan jika tidak perlu, memadailah diambil secara sederhana mengikut keperluan sahaja.

Kajian mendapati pengambilan jamu dikaitkan dengan peningkatan kes kanser rahim (kanser endometrium). Kajian berkenaan menjelaskan jamu mengandungi hormon yang merangsang pembahagian sel endometrium di luar kawalan sehingga menyebabkan kanser.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 10:54 AM | Show all posts
garlic zaman anak dara dulu mcm2 jamu telan...tp one day tetiba kena bengkak cantik, sakitnyaa...terus mak suruh stop. pastu try pulak telan minuman kesihatan ekstrak herba2 utk wanita tu, bila kawen lambat pulak nak peknen. so, tak serasi kot dgn garlic.

tp, sejak brsalin, badan jd haywire...ade tak jamu yg sesuai utk ibu2 yg breastfeed?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 11:27 AM | Show all posts
saya mmg takleh mkn jamu. minum la air byk mana pun, bibir & kulit tetap kering walau letak vaselin, losyen bagai
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 12:08 PM | Show all posts
maybe kita boleh ubah cara penjagaan kesihatan selain memakan jamu.. gantikan dgn sayur sayuran dan buah2an. serta minum air mineral ..
(betul ke ni? )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.094491 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list