CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3202|Reply: 11

Intelek Atau Emosi?

[Copy link]
Post time 18-2-2007 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Tengah tonton AF4- Studio Satu kat Astro... timbul idea nak menulis

IMHO

Kita tidak perlu menjadi Beethoven mahupun Ahmad Nawab atau Pak Ngah untuk membuktikan kewujudan seni persembahan dalam diri kita dan kita juga ialah seorang artis dengan cara kita sendiri.

Dengan mengamati diri kita sendiri telah cukup untuk mencungkil kesenian yang ada. Cara kita berkomunikasi dgn org lain, ialah gambaran emosi kita pada hari tersebut yang ada kalanya bukan sahaja mampu menceriakan kita, malah mampu menggerakkan emosi orang lain di persekitaran kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2007 09:27 PM | Show all posts
Kewujudan pelbagai elemen seni vokal seperti tempo, tona suara, nada, irama yang bisa mengungkapkan emosi dan perasaan. Hayunan langkah yang kita atur dan ekspresi yang kita paparkan ialah cetusan seni dari dalam diri kita.

Apakah mungkin orang yang bercelaru fikiran dan emosinya berupaya menunjukkan penampilan yang harmoni, berkata-kata dgn teratur dan menumpahkan ekspresi yang ceria?

Then, diri kita sendiri ialah kesatuan dalam kepelbagaian unsur seni yang diekspresikan melalui suara dan penampilan iaitu suatu gubahan seni persembahan yang berupaya menggerakkan emosi dan mencetuskan kesenangan pada manusia lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 09:39 PM | Show all posts
Dalam konteks intelek, seni persembahan menjadi instrumen untuk mencetuskan berlakunya celik akal dan akal budi kita. Ini bermakna vokal dan persembahan berupaya menggerakkan kemampuan memahami, menganalisis seterusnya berfikir manusia.  

Seni persembahan juga turut tidak dapat dipisahkan daripada intelektual dan melambangkan ketinggian pemikiran sesuatu masyarakat.

Seni persembahan merujuk kepada hasil kesenian yang dipertunjukkan dan dipertontonkan merangkumi segala bentuk muzik, lakonan, pameran, peragaan, dan pertunjukan sama ada dalam konteks sosial budaya, pengiklanan mahupun penjualan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 09:48 PM | Show all posts
So, nyanyian bukan sekadar lagu yg digubah oleh komposer dgn penuh perasaan, lirik yang ditulis oleh penulis dengan penuh keindahan, bukan juga sekadar lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi dengan penuh emosi.

Maka, hakikat yang membezakan manusia dengan haiwan ialah intelektual iaitu akal, fikiran, minda, kognitif dan spiritual yang merangkumi perasaan, emosi, hati, jiwa yang menjadi ciri-ciri kemanusiaan untuk membolehkan mereka menghasilkan persembahan seni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 09:49 PM | Show all posts

Hayati la lirik ni...

Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu

Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu

Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 09:53 PM | Show all posts

Hmmm..

Manusia seni; sama ada sebagai artis mahupun cuma peminat yang celik seni adalah manusia seimbang dan harmoni, yang diperlukan sebagai aset negara dalam era 2020 yang bukan setakat mampu mengharmonikan diri dalam menangani cabaran globalisasi, malah berupaya mengharmonikan masyarakat, bangsa dan negara.

Walau hanya sederhana......tetapi tak mengapa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-2-2007 09:57 PM | Show all posts
So, seni itu fitrah manusia. Seni tidak mengenal darjat, pangkat, jantina, bangsa, keturunan atau usia. Seni ialah medan bicara dan interaksi antara manusia, antara artis dengan peminat yang membolehkan kita saling berekspresi (emosi) dan berkomunikasi (intelek) melalui hasil seni persembahan sebagai mediumnya.

Seni persembahan walau dalam apa jenis atau bentuk sekali pun, dihasilkan oleh manusia mana sekalipun pun ialah sesuatu yang dapat menggerakkan intelektual dan spiritual manusia serta naluri kemanusiaannya untuk berekspresi, menghayati, mentafsir, memahami seterusnya menghargai sesuatu hasil persembahan tersebut.

Then, melahirkan kesedaran estetika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2007 05:48 PM | Show all posts
Imam Muslim melalui Kitab Al-Iman yang ditulisnya menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2007 05:50 PM | Show all posts
Seni, adalah manifestasi keindahan manusia  yang diungkapkan  melalui  penciptaan suatu persembahan seni.

Seni  lahir bersama dengan kelahiran  manusia.  Keduanya  erat berhubungan dan tidak boleh dipisahkan. Di  mana ada manusia, di situ  ada  kesenian.  

Sepanjang  kehidupan manusia dari zaman ais  sampai kini ternyata fenomena seni itu sudah ada, sehingga lahirlah pendapat yang mengatakan... art is old as a mankind
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2007 05:56 PM | Show all posts
Pengertian seni tidaklah terletak pada fungsinya sebagai cermin hidup semata-mata, kerana bagi sesetengah  orang seni berfungsi  semata-mata sebagai sumber kepuasan perasaan dan intelek yang tidak memerlukan apa-apa bidang rujukan luar yang lain.

Kepada peminat seni, pengertian seni bernilai dengan persembahan seni itu sendiri.

Peminat bermula  di tempat artis itu  berhenti. Pengertian  yang difahami oleh orang kebanyakan  tentang seni adalah bergantung kepada persembahan seni itu sendiri dan juga  kepada sifat intelek dan emosi  peminat dan juga kepada  kebolehannya untuk mengamati  persembahan seni yang ada  di hadapannya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2007 06:08 PM | Show all posts
Artis menghasilkan seni persembahan yang berikutnya menjadi  bahan subjek bagi sambutan  atau tindak balas penonton.

Dari segi ini seni persembahan dapatlah dianggap sebagai jenis bahasa. Seperti  dalam bahasa yang lain, bahasa ini juga  mempunyai punca perhubungan, yakni artis juga mempunyai perantaraan  yang membawa maklumat  yang berasal dari punca iaitu persembahan seni  dan akhir sekali  bahasa ini juga mempunyai penerima iaitu penonton.  

Seperti  pembaca bahan  bertulis, penonton juga  mesti mengenali dan menghuraikan  lambang dan mesej sebelum  dia dapat memahami maksudnya.  

Membaca  bahan bertulis  sama dengan menikmatinya.  Seperti  tidak semua orang  yang dapat  menikmati sebuah buku yang sama di rak buku di perpustakaan, begitu  juga tidak semua orang dapat menikmati sebuah karya seni  yang dilihat  olehnya.

Rak di perpustakaan dipenuhi  dengan buku  yang berjilid-jilid.  Banyak karya yang tidak mungkin dapat difahami walaupun oleh mereka  yang berpendidikan tinggi.  Begitu juga  halnya dengan  setengah-setengah catan  yang tergantung  di dinding galeri atau muzium yang tidak dapat dinikmati atau difahami oleh sesetengah orang.

Dlm konteks seni persembahan, byk perkara yg mungkin tidak sama cara penilaian penontonnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2007 06:12 PM | Show all posts

Then...

Seni itu memiliki  dua dunia yang terpisah di antara satu dan lainnya iaitu  dunia realiti yang terpisah dengan dunia  presentasinya.

Di sini dunia  realiti seni  di pandang sebagai dunia idea, sedangkan presentasinya sebagai pewujudan  dunia idea  realiti seni itu. Ianya membawa makna presentasinya itu merupakan peniruan sahaja dari idea realiti seni itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.549001 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list