CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23751|Reply: 15

Tolong!!! Sapa pernah hilang Pasport Malaysia

 Close [Copy link]
Post time 27-2-2007 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Baru2 ni saya kehilangan International Pasport..
jadi saya nk renew pasport tu bulan depan (mac) tahu tak apa prosedur dan kat mana?? try call depa ni  tak angkat2 pun..dari hari senin smpai ler hari nih..takder orang angkat pun..
Anyway saya kat subang jaya...

terima kasih atas bantuan anda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 06:54 PM | Show all posts
ni aku dapat dari website

Bagi mereka yang kehilangan pasport (PMA), apakah yang perlu dibuat?

Jawapan:      1) Buat laporan polis
                            2) Lengkapkan Borang Soal-selidik IM42C
                            3) Lengkapkan Borang IM42 untuk memohon gantian pasport.
                            4) Bawa Kad Pengenalan dan buat salinan.
                            5) Bawa Surat Beranak dan buat salinan.
                            6) Dua (2) keping gambar wama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 09:58 AM | Show all posts
kalau call, mmg takyah harap laa nak dapat... seperti yg missuzu ckp tu, bawak semua dokumen tu, then boleh p kat pejabat imigresen yg berdekatan...
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 28-2-2007 02:09 PM | Show all posts
Ish...payah tu...takut depa bagi ko hard time nanti. Bukan apa, depatakutjadi kes ko jual pasportlah pulak... Tapi nak buat camne? Dah nak hilang...so the bestthing is pi jumpa depa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 09:42 AM | Show all posts
Kawan aku pun baru je hilang passport.  Memula memang kena buat report polis dulu, itu pun balai polis yang tertentu je yang terima report untuk passport hilang ni.  Balai polis special branch sebab hilang passport ni kira kes berat jugak sebab kita kira dah menghilangkan harta kerajaan malaysia.  Masa soal siasat tu polis akan tanya macam kau seorang pesalah besar sebab diorang takut ada komplot menjual passport.  Harga passport malaysia kalau dijual dipasaran gelap RM80 ribu.  Dalam report polis tu kau kena cakap kau nak buat passport baru sebab nak pegi ke luar negeri lagi, then baru proses pasport gantian tu cepat dalam 1 bulan boleh dapat, kalau tak kena tunggu dalam 6 bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 12:35 PM | Show all posts
mmg leceh pun kalu hilang pasport ni.. kalu renew bisa dia bg sampai 5 thn kan? tp kalu hilang, diorang cuma bg sethn ke 2 je..
dah la nak jawab borang soal selidik tu dah satu hal dah.. kena wat akuan sumpah lg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2007 04:00 PM | Show all posts
aku pernah hilang pasport dulu memang leceh, sebulan baru siap, tapi aku merayu sbb tiket kapal terbang dah beli, jumpa bos diaorg masa hari bertemu pelanggan , siap dalam masa 3 hari.

masa buat repot polis tu diaorg siasat sikit2 sbb takut pasport kita jual.aku punya dulu pasport tu memang dah mati, lepas tu aku buang la mana aku tahu pasport tu kene submit balik kat imegresen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 05:54 PM | Show all posts

Reply #7 elbecks's post

hari bertemu pelanggan diorang selalu tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2007 01:58 PM | Show all posts

Reply #8 fairy_hobbit's post

sebulan sekali je, boleh check ngan pejabat imegresen
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 08:29 PM | Show all posts
Aku hilang passport tahun lepas masa backpacking kat cambodia. Kena ragut...siot jer.

So...urusan2 kat luar negara tu takyah la den cite...biar cite urusan bila dah balik ke malaya jer la.
Tapi, aku ingat2 lupa ni mcm mana prosedur dia.

1) Dulu, mula2 aku pegi kat Pusat Bandar Damansara. Tapi, diorang suruh aku pegi ke pejabat di Shah Alam sbb IC aku alamat Selangor. Kat situ, dia kasik borang soal selidik kehilangan passport. 2 muka surat borang ni, ko kena jawab kenapa passport ko boleh hilang supaya diorang leh timbang2 nak kasik ko passport baru ke tidak. Borang ni kena di sahkan oleh pesuruh jaya sumpah ye...

2) Buat laporan polis, cerita la mcm mana leh hilang passport...kat mana..lagi best kalo ingat no passport. Lepas tu...polis tu akan print laporan tu. Ko kena pegi sahkan kat Cawangan Khas. Nanti polis tu ckp ler cawangan khas kat mana. Kat Cawangan Khas tu, ada la interview sikit2 oelh detektif weh...detektif tu leh ingat aku org indon...cisssss. Tapi takde la menakutkan pun.

3) Lepas tu, laporan yg dah disahkan tu, ko bawak pegi Immegresen. Jgn lupa bawak gmbr 2 keping, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, borang soal selidik tu, laporan polis dan borang kaler hijau yg biasa guna nak buat passport tu..Jgn lupa plak bawak sekali sijil2 asalnya. Masa ni tak perlu bawak RM300 sbb ko baru nak melaporkan kehilangan passport yg belum tentu diorang nak ganti balik.

4) Kat pejabat immegresen tu, pegi ler kaunter siasatan kehilangan tak silap aku. Bukan kaunter nak mohon passport baru tu. So, kat kaunter ni, ko kasik ler semua yg ko bawak tu untuk urusan seterusnya. Selepas settle, tunggu ler sebulan nanti diorang hantar surat bagitau keputusan siasatan ko. Lepas dapat surat tu, kalo dia kata ok, leh datang buat passport.. ko gi la kat pejabat tu untuk buat passport baru. Bwk surat keputusan tu dan pegi ke kaunter yg sama. Jgn lupa bawak RM300 plak. borang2 ke gmbr ke takyah bawak dah sbb earlier ko dah bawak. Lepas 3 hari baru leh amik passport baru.

Perlu diingatkan, kalo kesalahan hilang passport tu oleh kecuaian ko, contohnya, ko pegi bakar ke..heheheh...terlupa mana ko letak ke...apa2 jer yg diorang rasa boleh dielakkan jika ko ambil langkah2 keselamatan, ada harapan passport ko dibekukan selama beberapa tahun.
Denda yg diorang kasik bukan denda bayar2 duit ni...dendanya ialah, nama blacklist dan ko takleh ke luar negara selama beberapa tahun atau selama2nya...ngeri tak? Moral of the story, Jagalah passport anda baik2..jgn lupa mana letak atau letak sebarang2...ni ler pesan akak kaunter tu kat aku dulu..garang siot kakak ni....muka masam jer...mungkin sbb org ramai kot masa tu.

Aku trauma kena buat sekali ni..siap kena amik cuti sehari sbb kena ke sana ke sini..nak cari pesuruh jaya sumpah la...nak gi buat laporan polis la...gi cawangan khas la..tau la keadaan berurusan dgn pejabat2 kerajaan ni kan....nak korek2 mana letak surat beranak lagi...taubat taknak kena lagi. rupanya lebih baik hilang IC dari hilang passport....serius aku ckp.

[ Last edited by  JunkMail at 3-3-2007 08:38 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 10:09 PM | Show all posts
This is my story (btw post panjang lebar Junkmail tu bagus nanti akak PM Mod board minta bagi kacang sikit)

Saya hilang pasport. Tak buat report polis pun.

Saya pergi pejabat dkt KL (apa nama jalan tu .. lupalah tapi nak dkt dgn area Masjid India.
Sebab IC alamat PJ kena lah Shah Alam (PKNS).

Ambil gambar, isi borang lepas tu saya beritahu orang situ saya nak jumpa pengarah.

First jumpa kena smash mcm mcm (siot betul mentang mentang masa tu under age). Nangis tau kena marah sebab dia ckp tak jaga harta lah nanti diri sendiri pun tak tau jaga blah blah blah.

Lepas tu dia bagi second option -- terpaksa lah ikut sebab NO CHOICE. Kena buat donation utk parti dia orang (anual dinner). Esok nya saya datang lagi bawa cash cheque. Terus dpt new pasport. 5 tahun.  

Kes ni lama dah .. kot kot dah meninggal dah pakcik tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by JunkMail at 3-3-2007 07:29 AM
Aku hilang passport tahun lepas masa backpacking kat cambodia. Kena ragut...siot jer.

So...urusan2 kat luar negara tu takyah la den cite...biar cite urusan bila dah balik ke malaya jer la.
Ta ...

fuhh  gerun membacanya...
kena simpan passport dalam peti besi camni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 11:35 PM | Show all posts
errr...lupa nak ckp...

kalo IC ko alamat Sabah ke Sarawak ke...tak praktikal la ye tak..takkan nak balik ke sana plak.
So..diorang ckp ko leh buat di negeri di mana ko tinggal dan bekerja dgn syarat ada surat sokongan dari majikan mengata ko menetap dan bekerja di tempat sekian sekian...on top of segala benda2 ko kena buat tu ler ... ok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2007 10:25 AM | Show all posts
Ok ini update,
Rabu 7/3 saya akan  pergi ke imigresen Kajang, then saya akan isi lah sumer borang2 tuh..isk kecut lak perut baca mesej sumer,
anyway pasport saya hilang sekali ngan kereta, macam mana pun kena tunggu sebulan ya utk dapat kebenaran.. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 08:40 AM | Show all posts
Tolong..urgent ni. Kawan saya kehilangan pasport kat Singapore. Apa yg harus dibuat? Mmg kena bayar denda ke kat imegresen Singapore kalau nak masuk Malaysia? Berapa agaknyer denda tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 10:45 AM | Show all posts
Soalan ita ni ada dijawab oleh salah seorang poremer di BOD Aduan dan pendapat :-

http://eforum6.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1

Topic Closed.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.267975 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list