CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Atomsk2k2

Paintball -

[Copy link]
Post time 22-6-2007 11:57 AM | Show all posts

Reply #12 auntie_girl's post

a'ahh banyak gak thread.. tu lah.. nanti maner MOD leh merge kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2007 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by Caranthir at 22-6-2007 11:57 AM
a'ahh banyak gak thread.. tu lah.. nanti maner MOD leh merge kan..



caran..kat ipoh ader ke tempat main nie?:nyorok: :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 03:25 PM | Show all posts

Reply #14 auntie_girl's post

hmmm.. ipoh takder la.. paling dekat pun dekat Tanjung malim, Proton City.. tapi tu laa. tak tau operate lagi ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by Caranthir at 22-6-2007 03:25 PM
hmmm.. ipoh takder la.. paling dekat pun dekat Tanjung malim, Proton City.. tapi tu laa. tak tau operate lagi ke tak.



adeh...

jauh gak tuh...

hari tuh dengar2 macam datuk mustapa kamal nak bukak tempat paintball...

tapi girl pon taktaw dah pe citer
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 05:49 PM | Show all posts

Reply #16 auntie_girl's post

takper, KL nih paintball mmg happening.. tiap2 bulan je, mesti ader tournament.. la nih TV3 buat kat JSC bukit jalil, tournament paintball.. pastu FLY.FM pulak..

baper bulan lepas, SINAR.FM pun ader buat ngan pendengar2 dier.. ehhe bestt
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by Caranthir at 22-6-2007 05:49 PM
takper, KL nih paintball mmg happening.. tiap2 bulan je, mesti ader tournament.. la nih TV3 buat kat JSC bukit jalil, tournament paintball.. pastu FLY.FM pulak..

baper bulan lepas, SINAR.FM pu ...



caran salu join eh?

awat tak join yg astronyer tuh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2007 11:26 AM | Show all posts

Reply #18 auntie_girl's post

tak join.. sebok laa.. tapi ader tgk diaorang shooting2 tu.. hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:37 PM | Show all posts
kalo main tembak2
pakai kulit duku penah
la aku main...

paintball ni dah moden sangat la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2007 09:19 AM | Show all posts

Reply #20 akughi's post

since when la paintball ni old?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:17 AM | Show all posts

Gelanggang Paintball paling best di Penang

Kat sini kalau main cam perang sebenar sebab menggunakan kubu tinggalan Perang Dunia ke-2








Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:21 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:23 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:33 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:39 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 06:09 AM | Show all posts
Deruan adrenalin paintball
Oleh JOHANNA A. SOBREY


Ramai yang mempunyai imaginasi bagaikan seorang pejuang bertempur di medan perang. Kini, ia boleh direalisasikan menerusi sukan paintball.


SUKAN paintball bukan sahaja dilihat sebagai satu permainan
riadah tetapi juga alat untuk memupuk nilai-nilai murni.

UMPAMA permainan kanak-kanak kejar mengejar dan sorok menyorok, sukan paintball memberikan keseronokan yang hampir serupa tetapi dalam suasana agak berbeza. Ia lebih mencabar dan sofistikated, lengkap dengan peralatan pelindung seluruh badan, dari kepala sehingga ke kaki dan senapang udara yang digunakan pula berisi bebola warna.

Seperti merealisasikan impian mereka yang gemarkan sukan lasak atau keinginan untuk berada di medan perang, tidak menghairankan mengapa populariti sukan paintball kian terserlah pada hari ini.

Difahamkan, paintball merupakan antara sukan ekstrem yang paling popular di dunia dengan kira-kira 12 juta pengikutnya.
Hanya mengambil masa 15 tahun, sukan itu kini dikenali sebagai sukan luar yang mengujakan dan dimainkan di lebih 40 buah negara.

Sukan paintball merupakan sebuah permainan kompetitif berpasukan yang terbuka dan mampu menarik penglibatan lelaki serta wanita daripada setiap lapisan usia, baik pelajar sekolah dan universiti, golongan profesional mahupun pesara.

Menurut Pengarah Kejohanan Liga Paintball Kebangsaan Malaysia (MY-NPL), Mohd Sofian Mohd Daud, sukan paintball di negara ini masih baru dan dikatakan bermula pada 1999.

"Terdapat pelbagai variasi sukan paintball tetapi pada tahun 2004, jenis speedball mula mendapat perhatian ramai."
Speedball merupakan jenis sukan paintball yang bercirikan sebuah padang lapang yang kurang daripada saiz sebuah padang bola dengan halangan-halangan atau bunker yang terletak di lokasi strategik kawasan tersebut.


SUKAN paintball kian mendapat sambutan setiap lapisan masyarakat dan usia.

Jika suatu ketika dahulu, bunker diperbuat daripada kotak, gelendong kayu ataupun paip, ia kini berkembang dengan penggunaan halangan yang boleh diisi angin dalam pelbagai bentuk.

Disebabkan saiz padang yang lebih kecil dan halangan yang terhad, pemain-pemain paintball boleh melihat hampir keseluruhan gelanggang dan dimainkan dalam masa terhad berbanding paintball jenis woodsball yang dimainkan dalam kawasan hutan.
" Permainan speedball biasanya penuh dengan aksi dengan setiap pasukan mengatur pelbagai strategi untuk mengalahkan lawan dalam masa tertentu.

"Sungguhpun terdapat pelbagai format permainan, secara umumnya, pasukan dibahagikan kepada dua untuk bermain 'menawan bendera'. Bilangan pemain untuk setiap pasukan bagi perlawanan MY-NPL ialah seramai lima orang dengan dua pemain simpanan," jelas Mohd Sofian.

Tambah beliau lagi, objektif permainan ialah untuk menawan bendera pasukan lawan dan pada masa yang sama melindungi bendera pasukan sendiri.

Semasa cubaan dilakukan, pemain juga harus menyingkirkan lawan dengan menandakan mereka dengan bola warna atau paintball yang dikeluarkan daripada senapang udara khas yang dikenali sebagai marker. Perlawanan akan berlangsung selama lima minit.

"Walaupun bagi sesetengah pihak, lima minit adalah satu jangka masa yang pendek, namun demikian, ia adalah tempoh masa yang lama bagi pemain kerana deruan adrenalin yang mereka rasai semasa melaksanakan strategi yang telah diatur untuk menang," kata beliau lagi.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai MY-NPL, Mohd Sofian berkata :
"MY-NPL merupakan sebahagian daripada program Rakan Muda yang telah diwujudkan pada penghujung tahun 2005. Model pembentukannya adalah berdasarkan Liga Profesional Paintball Kebangsaan Amerika Syarikat (NPPL), tetapi diolah mengikut keadaan semasa di negara ini".

Kini memasuki tahun ketiga, MY-NPL turut menganjurkan Kejohanan MY-NPL lima pusingan yang diadakan di lima tempat dalam setahun.

Contohnya pada kejohanan tahun ini ialah di Kompleks Sukan Astaka, Petaling Jaya, Kuantan, Pahang dan Melaka."


BEKERJASAMA sebagai satu unit pasukan mengatur
strategi untuk mengalahkan pihak lawan.

Tambah beliau : "Kejohanan paintball yang dianggap terulung di Malaysia ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh pelosok tanah air dan mendapat sokongan sepenuhnya Kementerian Belia dan Sukan.

"Kutipan poin dari setiap pusingan akan menentukan juara keseluruhan kejohanan. Tetapi ini tidak bermakna tiada kejutan pada setiap pusingan," katanya.

Memaklumkan gelanggang padang seluas 54.9 meter x 30.5 meter digunakan semasa kejohanan MY-NPL, Mohd Sofian memaklumkan bahawa kejohanan tersebut terbahagi kepada empat divisyen dengan Divisyen Satu sehingga Tiga terdiri daripada 38 pasukan dan 40 pasukan dalam Divisyen Empat.

Divisyen Empat, jelas Mohd Sofian, merupakan platform untuk memupuk minat dalam kalangan pemain baru dengan kemasukan pasukan baru ke dalam liga tersebut.

"Setakat ini, dalam pangkalan data MY-NPL, pemain termuda kami berusia 10 tahun dan tertua ialah 51 tahun dengan majoriti, iaitu 60 peratus pemain berusia antara 18 sehingga 30 tahun.

"Tarikan sukan paintball ini bukan sahaja kerana ia satu sukan yang lasak, tetapi kerana ia mementingkan nilai-nilai yang diterapkan dalam satu pasukan. Setiap pasukan atau unit boleh terdiri daripada ahli keluarga, rakan sepejabat mahupun kenalan yang mempunyai minat dan misi yang sama," kata beliau.

Berkongsi maklumat mengenai peralatan paintball, Mohd Sofian berkata :
"Terdapat pelbagai jenama dan bentuk peralatan yang terdapat di pasaran. Sungguhpun demikian, setiap pemain memerlukan tiga peralatan asas iaitu topeng muka yang penting sebagai alat perlindungan, marker dan paintball atau lebih dikenali sebagai palet.

"Setiap palet bukan diisi cat, sebaliknya terdiri daripada pewarna makanan daripada minyak sayuran yang tidak bertoksik dan tidak mengotorkan."

Tidak menafikan bahawa sukan paintball adalah agak mahal kerana kos peralatan khasnya palet yang harganya kira-kira RM200 sekotak untuk 2,000 biji, Mohd. Sofian menegaskan bahawa sukan itu sedang berkembang pesat dan sedang berganjak ke arah harga berpatutan.

" Pada sekitar tahun 2000, harga sekotak palet adalah antara RM600 dan RM800 sekotak, tetap kini ia adalah kira-kira RM200. Tambahan pula, setiap permainan memerlukan antara 10 sehingga 20 kotak.

"Ini yang menyebabkan kos sukan ini tinggi. Namun demikian, saya pasti ia menuju ke arah harga berpatutan kerana semakin ramai yang mengikuti sukan ini. Lagipun bagi saya, selain palet, peralatan lain hanya perlu dibeli sekali dan tidak perlu ditukar baru pada setiap permainan," katanya yang juga memaklumkan bahawa di pusat-pusat paintball, peralatan sukan ini juga boleh disewa.


SUNGGUHPUN ia merupakan satu sukan yang lasak,
ciri-ciri keselamatan pemain dan peralatan dititikberatkan
pada setiap masa.

Selain itu, Akademi Paintball Malaysia juga ditubuhkan untuk mendidik pemain tentang teknik dan taktik sukan paintball serta memberi penekanan dalam melatih jurulatih dan pasukan teknikal terlibat melalui tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman, di dalam dan luar negara.

"Kami serius mempromosikan sukan ini kerana ia adalah sukan ekstrem yang menyeronokkan dan amat sesuai untuk pelbagai lapisan usia.

"Dengan nilai-nilai murni yang diterapkan, ini adalah antara sebab mengapa sukan paintball semakin ramai pengikut," kata beliau tersenyum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 09:42 AM | Show all posts
Sukan ekstrem warnai Ipoh
BERITA HARIAN

IPOH: Sukan rekreasi Paintball yang dikategorikan sebagai sukan lasak kini sudah semakin mendapat tempat di hati penggemar sukan ekstrem tanpa mengira peringkat umur, seperti kebanyakan sukan lain.

Pusat sukan berkenaan kini muncul di kebanyakan kawasan bukan saja di kawasan bandar besar kini juga diperluaskan di merata tempat dan lokasi yang sesuai bagi memenuhi permintaan peminat sukan itu yang semakin meningkat.

Kini, penggemar sukan ekstrem itu boleh meluangkan masa sama ada pada waktu petang atau cuti hujung minggu bersama rakan-rakan dan keluarga menyertai sukan itu yang menjadi tarikan baru di bandar raya Ipoh.

Ipoh Xtreme Paintball Park yang baru beroperasi Februari lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar bandar raya Ipoh serta dari negeri berhampiran seperti Pulau Pinang dan Kedah.

Pengarah Ghazain Xtreme Sports Sdn Bhd, Dzakihusny Md Ghazali berkata, Jun tahun lalu beliau membuka pusat permainan paintball di Teluk Dalam Resort, Pangkor sebagai percubaan.

"Kami membuka pusat permainan paintball di Pangkor untuk percubaan pemasaran dan selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan, kami membuka cawangan kedua di bandar raya Ipoh.

"Kedua-dua pusat permainan paintball ini mempunyai lesen senjata api yang diiktiraf Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk penggunaan 50 `paintball marker' (senapang) dan kami adalah pusat berlesen pertama di negeri Perak," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Dzakihusny berkata, mereka adalah pengusaha pusat permainan paintball Bumiputera pertama di negeri ini dan untuk membuka satu cawangan yang lengkap dengan peralatan permainan memerlukan modal RM70,000.

"Kami mendapat bekalan peralatan 'paintball marker' (senapang) dan 'pellets' (peluru) daripada pembekal dari Kuala Lumpur.

"Ciri-ciri keselamatan turut diambil kira dengan penggunaan topeng muka dan bahagian pelapik tambahan di bahagian badan pemain untuk mengelakkan kecederaan.

"Bahan pewarna yang digunakan di dalam 'pellets' (peluru) berasaskan air supaya warna yang melekat pada baju pemain mudah dicuci," katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat dua jenis permainan iaitu, 'recreational paintball' yang menjurus kepada permainan santai dan 'speed ball' yang lebih kepada pertandingan.

"Di sini, kami lebih bertumpu kepada permainan bercorak rekreasi dan jenis permainan yang ditawarkan ialah 'Treasure Box' (mencari harta karun), 'Save the Hostage' (gerakan menyelamat tawanan) dan 'Command and Conquer' (bercorak peperangan).

"Corak permainan di sini lebih kepada strategi bagi memupuk semangat kerjasama berkumpulan supaya pemain dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain," katanya.

Beliau yang juga ahli pasukan paintball Islander berkata, permainan yang baru empat tahun bertapak di Malaysia ini sesuai untuk semua peringkat umur.

"Lazimnya, golongan profesional dan remaja akan bermain di sini dan bayaran untuk satu kumpulan adalah berpatutan.

" Pusat kami dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang tetapi kumpulan yang ingin bermain perlu membuat tempahan awal supaya jadual tidak terganggu antara satu kumpulan dengan kumpulan lain," katanya.

Katanya, pada Julai ini, pasukannya akan berentap di Perancis untuk menyertai kejohanan paintball antarabangsa di sana.

" Pada akhir bulan ini, kami akan menyertai liga ketiga pertandingan paintball yang dianjurkan oleh Persatuan Paintball Malaysia (MPOC)," katanya.

Syarikat Ghazain Xtreme Sports Sdn Bhd bercadang untuk membina pusat permainan paintball tertutup yang membabitkan kedua jenis permainan paintball pada masa akan datang.

"Setakat ini, kami merancang untuk membuka pusat permainan paintball tertutup di Taman Meru dan di situ pemain dapat bermain dengan lebih selesa kerana pusat itu adalah tertutup serta mengelakkan daripada cuaca hujan atau panas," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Teluk Dalam Resort Paintball Extreme Park, Mohd Amin Othman berkata, permainan ini bukan saja untuk tujuan rekreasi tetapi dapat membentuk peribadi seseorang pemain.

"Aktiviti ini dapat mendisiplinkan pemain yang membabitkan perancangan teliti, strategi dan cara komunikasi yang baik secara berkumpulan untuk memastikan kumpulan mereka berjaya dalam `peperangan' yang disertai.

"Selain itu, melalui aktiviti paintball ini peribadi seseorang dapat dinilai dengan memerhatikan cara permainan yang dipraktikkannya," katanya.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba aktiviti rekreasi ini boleh membuat tempahan di talian 05-2412036 / 016-5234067 atau datang terus ke Jalan Caldwell off Jalan Tambun, Ipoh (belakang Hotel Seri Malaysia).

---

orang2 kat bahagian Utara nun, boleh la terjah pangkor atau ipoh :pompom:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 11:30 AM | Show all posts
dn sesiapa yang berminat nak paintball didalam hutan yg penuh cabaran boleh join main kat kem aku ..........back2nature adventure kawan kau org pasti akn suka tempat tu .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:29 AM | Show all posts

Reply #59 KBRExtreme's post

ko nyer kem kat ner?

penah gak main kat Dusun Ali King kat Sungai Pusu belakang UIA Gombak. sonokkkkkkk sbb dlm hutan heheh.. bagi yg amatur cam aku ler.
nak main bayar rm65 dpt peluru 200 biji. kalo student rm55.

info dia kat sini http://dusunaliking.multiply.com/

[ Last edited by  kEk_KeL@d| at 21-5-2008 12:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 07:57 AM | Show all posts
Paintball uji kelasakan
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

PETALING JAYA 30 Mei - Sebut sahaja paintball, pasti kebanyakan warga kota tahu serba sedikit atau pernah mendengar mengenai permainan ini. Namun tentu masih ramai yang belum berpeluang untuk mencuba permainan yang serba lasak ini.

Sukan itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru di negara ini, malah telah wujud sejak 15 tahun lalu. Tetapi ia semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini berikutan keunikan permainannya yang penuh strategi.

Kini, sukan ini menjadi satu pilihan utama di kalangan sesetengah warga kota untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Tinjauan Utusan Malaysia di Akademi Paintball Malaysia di sini baru-baru ini mendapati, orang ramai memang teruja dengan aktiviti sukan lasak tersebut dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit dalam memburu kepuasan.

Walaupun sukan paintball boleh dikatakan agak mahal, malah lebih mahal daripada kos bermain golf atau tenis, namun permainan ini menjanjikan kepuasan tersendiri yang tidak boleh diperoleh daripada sukan-sukan lain.

Menurut Pengarah akademi tersebut, Mohd. Sofian Mohd. Daud, 33, ketajaman fikiran serta kepantasan membuat strategi dan bertindak merupakan ciri penting dalam sukan penuh mencabar ini.

"Dua elemen ini yang menyebabkan sukan paintball cukup popular dan pasti ramai jatuh cinta apabila sudah mencubanya.

"Semangat kerjasama dalam satu pasukan dan berdisiplin mematuhi strategi berpasukan ialah aspek positif yang dapat diterapkan,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mengulas cara permainan paintball, beliau memberitahu, ia tidaklah sesukar mana kerana apa yang penting ialah peserta mestilah tahu mengendalikan senjata dengan betul.

"Untuk itu, kami di sini ada menyediakan klinik selama satu jam yang akan dikendalikan pengadil dan jurulatih berpengalaman dalam sukan paintball sebelum peserta dibenarkan bermain.

"Di sini, kami menyediakan sukan paintball berformat 'Speed Paintball' yang dimainkan di dalam kawasan lapang berjaring dengan keluasan 54.54 meter panjang dan 30.3 meter lebar,'' katanya.

Tambahnya, satu lagi format sukan paintball ialah 'Recreational Paintball' tetapi ia tidak ditawarkan di akademi itu.

Katanya, selepas sesi klinik itu, satu pasukan akan dibentuk yang terdiri daripada lima orang dan akan menentang pasukan lain dalam masa lima minit bagi setiap satu pusingan.

Beliau berkata, bagi yang datang seorang diri atau kekurangan ahli pasukan, mereka tidak perlu risau kerana pihaknya boleh membantu membentuk pasukan yang lengkap dari kalangan mereka yang datang ke situ untuk bermain paintball.

"Peraturan permainan paintball cukup mudah kerana pemenang akan dikira dengan pasukan mana yang terlebih dahulu 'menawan' bendera yang diletakkan di kawasan pihak lawan,'' katanya.

Jika bendera gagal ditawan selepas lima minit, mata akan dikira berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti bilangan ahli pasukan yang masih 'hidup'.

Pengalaman Utusan Malaysia yang turut mencuba permainan ini merasakan satu kepuasan yang sukar digambarkan kerana ia ternyata menguji kekuatan mental dan fizikal.

Mungkin masa diambil untuk satu pusingan agak pendek kerana sekadar lima minit namun apabila berada di dalam gelanggang pertarungan, debaran yang dirasakan sepanjang waktu itu seumpama lima jam.

Selain itu, kesabaran serta skil mengatur strategi bakal menjadi pertaruhan dalam menentukan kemenangan permainan paintball.

Bagi warga kota yang ingin mencuba sukan ini, bayaran sebanyak RM120 dikenakan dan mereka akan dibekalkan dengan 400 butir peluru atau dinamakan paint marker untuk setiap seorang.

Selagi peluru tidak habis, selagi itulah orang ramai boleh terus bermain sepuas hati tanpa terhad.

Orang ramai juga tidak perlu risau dengan keselamatan kerana mereka akan diberikan peralatan keselamatan manakala pelurunya pula tidak akan membawa kecederaan dan warnanya mudah dicuci.

Kepada yang mahu bergiat dengan lebih serius di dalam sukan paintball, hanya RM250 sahaja diperlukan untuk mendaftarkan pasukan mereka untuk bertarung dalam pertandingan yang menggunakan format liga.

Jika anda ada kelapangan pada hujung minggu ini, cuba uji diri anda dengan permainan lasak ini dan merasai sendiri keseronokannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

memang best main paintball ni -- hari tu ramai2 buat camping kat putra jaya
apa ke nama tempat tu.. dagong alam ke..ishh lupa lak.. tapi salah satu activitynya -
paintball la.. habis colorful baju semua - sebab kami pakai t shirt aje..  tapi so much fun -
saya main belasah aje tembak sana sini -- memang fun!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 07:58 AM | Show all posts
Cuba dulu, baru tahu'

PETALING JAYA 30 Mei - Penggemar sukan paintball menolak anggapan bahawa sukan atau permainan lasak itu hanyalah untuk golongan tertentu sahaja.

Kata mereka, mungkin tidak ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakan 'kaki' paintball terdiri daripada golongan pekerja berpendapatan sederhana.

Salah seorang penggemar sukan paintball yang ditemui, Mohd. Shaifulnizam Ahmad Wahiddin, 33, berkata, dia mula bermain paintball secara suka-suka pada 2005 apabila majikannya menganjurkan pertandingan sesama pekerja.

Namun, apabila telah mencubanya, dia telah 'jatuh cinta' dengan keunikan sukan paintball itu, lantas mengambil keputusan untuk terlibat secara serius.

"Mulai dari tarikh itu, saya telah mengumpul wang untuk membeli peralatan paintball yang lengkap senjata, peralatan keselamatan dan jersi bagi satu pasukan,'' katanya.

Dia mengakui sukan paintball akan menguji banyak aspek dalam diri seseorang terutama keberanian dan kebijaksanaan mengatur strategi.

"Semasa berada di dalam gelanggang, kita umpama berdepan hidup atau mati kerana satu kecuaian sahaja akan mengundang padah kepada pasukan,'' katanya.

Rakannya, K. Parimalam, 37, yang juga turut serius dalam sukan paintball berkata, sudah banyak pertandingan disertainya termasuklah Piala Terbuka Asia semenjak bergiat dalam sukan itu pada 2005.

"Sudah menjadi satu kemestian untuk bermain sekurang-kurangnya sekali seminggu, jika tidak, macam tidak sempurna masa yang dilalui dalam minggu tersebut,'' katanya.

Baginya, dia tidak kisah jumlah wang yang perlu dibelanjakan asalkan dia benar-benar puas bermain sukan paintball yang disukainya itu.

"Saya sendiri tidak pasti sudah berapa banyak wang yang habis tetapi skil serta kemahiran paintball saya sekarang semakin baik setiap hari,'' katanya.

Bagi Nurhana Ali, 29, yang baru pertama kali bermain sukan paintball, mengakui terasa amat teruja setelah diberi peluang untuk mencubanya.

"Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, dapat juga peluang bermain paintball dengan mengikuti pertandingan dianjurkan oleh majikan saya pada hari ini,'' katanya.

Katanya, selepas ini, dia pasti akan bermain lagi kerana berpendapat sukan tersebut begitu mendebarkan dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.

Aura sukan paintball ini turut menjangkiti Edelia Hanni Roseli, 26, yang tidak menyangka permainan itu berbeza daripada apa yang dia fikirkan sebelum ini.

"Pertama kali saya fikirkan permainan ini macam membosankan tetapi setelah bermain sekali, memang puas kerana ia baik dalam membentuk semangat kesukanan sesama rakan,'' katanya.

Selain itu, dia merasakan segala aspek kepimpinan seseorang dapat diasuh semasa permainan berlangsung di samping ia merupakan satu bentuk aktiviti fizikal.

"Cubalah dulu, barulah tahu,'' pesannya ringkas kepada orang ramai yang masih belum pernah merasai pengalaman bermain sukan paintball.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.779576 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list