CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7124|Reply: 36

Kualiti pelajaran & peperiksaan Malaysia

[Copy link]
Post time 21-3-2007 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Saya hari ini mendapat berita - belum sah lagi - mengatakan yang markah lulus(passing mark) untuk pelajaran tertentu dalam SPM telah direndahkan kepada nilai yang tidak realistik terutamanya dalam matapelajaran Matematik Tambahan - kurang dari 40%. Mohon sesiapa yang ada maklumat tentang perkara ini kongsikannya dengan semua forumer disini.

Ini adalah suatu yang amat penting untuk masa depan umat Islam diMalaysia. Adalah menjadi tanggungjawab bersama memastikan generasi akan datang mendapat pelajaran yang berkualiti.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2007 10:29 PM | Show all posts
Kenapa di board al-Quran dan Hadith pulak ni?

Aku nak pikir mana bod sesuai untuk ni.  Siapa boleh bagi cadangan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 09:08 AM | Show all posts

Reply #2 ibnur's post

Salam ibnur,

Ini masalah pelajaran atau ilmu-pengetahuan - perkara yang sangat dituntut oleh Allah. Sengaja saya letakkan disini kerana merasakan forumers disini sensitif dengan masa-depan generasi akan datang, generasi Melayu yang juga generasi Islam diMalaysia.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 10:49 AM | Show all posts

Reply #3 damat's post

subboard al-quran dan hadith ni tak berapa popular.  saya cadangkan pindah ke mainboard muslimin dan muslimat.  kalau setuju, insyaAllah, moderator boleh pindahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 04:14 PM | Show all posts

Reply #4 ibnur's post

Salam ibnur,

Saya bersetuju dengan cadangan saudara. Silakanlah.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by damat at 21-3-2007 08:10 PM
Salam semua,

Saya hari ini mendapat berita - belum sah lagi - mengatakan yang markah lulus(passing mark) untuk pelajaran tertentu dalam SPM telah direndahkan kepada nilai yang tidak realistik  ...


Sistem pendidikan di negara kita ini tak sama seperti sistem pendidikan di negara maju. Walaupun sistem kita lebih baik sedikit daripada negara2 mundur namun masih kedapatan campurtangan politik di dalamnya (political intervention in Education). Justeru dalam sistem penilaian ia sentiasa berubah mengikut suasana politik negara. Adakalanya demi kepentingan politik individu2 tertentu maka kualiti penilaian itu diubah.
Penilaian juga bergantung kepada quota2 yang ditetapkan mengikut normal curve. Jika tahun tersebut perlu ada sekurang-kurangnya 15% yang dapat A maka tahap kelulusan perlu diturunkan. Pernah ada subjek yang passing marknya cuma 20% sahaja malah pernah dengar diturunkan serendah 10% saja untuk lulus Add.Maths.
Hehehe...ini pendapat isteri aku jer yang kebetulannya seorang guru berijazah tapi mengajar di sekolah rendah jer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2007 03:04 PM | Show all posts
Salam Gravedigger dan semua,

Originally posted by Gravedigger at 22-3-2007 09:44 PM

Pernah ada subjek yang passing marknya cuma 20% sahaja malah pernah dengar diturunkan serendah 10% saja untuk lulus Add.Maths. ...


10% markah lulus untuk Add.Maths....... Inilah berita yang saya terima dan saya begitu terkejut sekali. Jika benarlah berita ini maka dasar pelajaran kerajaan selama ini tidak memberi kesan yang positif.

Saya merasakan perbuatan merendahkan markah lulus tidak akan mendatangkan kebaikan untuk jangkamasa yang panjang. Sepatutnya bagi sebuah negara yang telah keluar dari ketegori negara dunia ketiga, Malaysia yang dicintai, perlu menyediakan kemudahan untuk menjadikan rakyatnya kompetan dalam bidang-bidang yang diperlukan untuk membawanya menjadi setaraf dengan negara-negara maju.

Masalah utama(root cause) perlu diselesaikan dan bukannya menggunakan kaedah 'short-cut'. Mungkin kaedah 'short-cut' boleh digunakan pada dekad pertama atau kedua selepas merdeka untuk keseimbangan kaum tetapi perlu ada langkah-langkah efektif untuk menjadikan sijil yang dikeluarkan sahih(valid) untuk mengesahkan yang pemegang sijil tersebut benar-benar kompetan.

Sebelum ini, dilaman yang lain, saya pernah menceritakan kesukaran pengurus saya mendapatkan calun Melayu yang layak untuk menjawat jawatan jurutera di tempat saya. Antara kelemahan utama adalah calun terlalu mengharapkan latihan secara intensif untuk sesuatu tugasan dan ini adalah proses yang memakan masa dan kos.

Pelajaran adalah sesuatu yang tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak dan kita secara individu tidak boleh sama sekali bertolak-ansur apabila kualiti pelajaran menurun. Kerajaan perlu meningkatkan kemudahan disekolah-sekolah diluar bandar dan menghantar guru-guru yang terbaik untuk berkhidmat disana untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Sekolah dibandar-bandar sudah tidak memerlukan peruntukan yang tinggi dan guru yang baik kerana secara puratanya orang dibandar mampu memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak mereka. Boleh dikatakan majoriti ibubapa dibandar menghantar anak-anak mereka untuk kelas-kelas tambahan yang lebih berkualiti dari kelas disekolah kerajaan dengan bayaran yang mahal. Telah tiba masanya penduduk dibandar berkorban untuk penduduk dipendalaman.

Kepada semua disini, saya menyeru agar kita bersama-sama berjuang untuk menjadikan generasi Islam seterusnya adalah terdiri dari generasi yang mempunyai ilmu yang berkualiti tinggi - bukan setakat berilmu sahaja. Insyaallah, usaha kita akan menyelamatkan generasi akan datang dari terus mundur.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 08:07 AM | Show all posts

salam

Originally posted by damat at 21-3-2007 08:10 PM
Salam semua,

Saya hari ini mendapat berita - belum sah lagi - mengatakan yang markah lulus(passing mark) untuk pelajaran tertentu dalam SPM telah direndahkan kepada nilai yang tidak realistik  ...


Biasanyer la....

Sekiranya gred utk markah lulus diturunkan, maka graf utk mendapat A akan dinaikkan.

Sometimes, terdpt tahun2 di mana keseluruhan prestasi pelajar Malaysia adalah lemah... terdpt tahun2 di mana keseluruhan prestasi pelajar Malaysia adalah bagus.  Kalo tak percaya, cuba u buat kajian...  mungkin ada kena mengena dgn tahun kelahiran. So, ini mempengaruhi pemberian gred lulus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2007 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 26-3-2007 08:07 AM


Biasanyer la....

Sekiranya gred utk markah lulus diturunkan, maka graf utk mendapat A akan dinaikkan.

Sometimes, terdpt tahun2 di mana keseluruhan prestasi pelajar Malaysia adalah le ...



itu dia pandangan cikgu kita.

kalau macam tu cikgu, kalau boleh main turun naik markah untuk dapatkan A, boleh jadi dalam tahun yang berbeza, student dapat 17A mungkin lebih bodoh dari student yang dapat 17A di tahun lain?  malangnya, grade yang ditunjukkan tak kata gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 07:30 PM | Show all posts
graf diturunkan yekk?
nanti start spm mat& sains dlm bi ni....
lg merudum jd nye....
apa pun carpet bersyukur sbb yakin dpt result kimia baik baru2 ni pun sbb graf turun....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:43 PM | Show all posts

Reply #10 carpet's post

tahun ni la subjek sains n math dlm bi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 10:07 PM | Show all posts

Reply #6 Gravedigger's post

Yup, most part of the education system in Malaysia still far(on certain part) dari negara maju, actually is it a better system that our government have regarding the exam based education since the school until university? And did we actually need to cover up all the ugly part of SPM results just to show that our Ministry of Education never failed in providing services in education? Just something to ponder...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 07:16 AM | Show all posts
ASM.
aku jugak dalam hal ni nak cakap siket,...sebab kebetulan tread ni ada kat sinie...

dah lama dah dilema ni jadi... Bukan nak kata sistem pendidikan di Malaysia tak elok. Jauh sekali nak kata cam tu...syukur dengan apa yang ada...

Harus gamaknye sistem pendidikan Malaysia sekarang ni terlalu "left-brain" oriented dan "examination driven"... sebab tu apa pun nilai kejayaan seseorang student di mana-mana peringkat pun; sekolah rendah, menengah, universiti diukur dengan "berapa "A"dia dapat?" . Sapa yang dapat "A" banyak, dia terer! keluar gambau kat suratkabau! sedangkan ada budak yang kalau dalam jangka panjang, harus lebih menyumbang pada kemajuan Agama dan Negara, tapi dek kerana dalam akademik dia tak lah dapat berbelas-belas A, cuba beberapa aje, tak siapa pun tengok...di negara luar, hal begini harus tak jadi...bukan nak "jack" orang asing, tapi...tuan-tuan hamba tentu faham maksud aku....

Seorang pelajar amatttt jarang, setau akulah, dinilai secara keseluruhan pencapaiannya sebagai pelajar...dari segi sahsiahnya, kemampuannya berfikir dan menganalisa, kreativiti, akademik, Agama, dll. lah. So bila satu orang tu naik Universiti (hanya sebab dia score 21A ke) ramai yang tak nak bersukan, tak nak masuk ko-kurikulum aktiviti, lembik, ada yang spek "lebih berat" dari kepala (bukan nak kutuk beb! ini kenyataan...)

Sampai ada Universiti dipilih oleh student hanya semata-mata kerana Universiti tu tak menyediakan atau tak memestikan kegiatan kokurikulum !!! dek kerana budak-budak ni dah diasuh untuk lulus cemerlang dalam exam je lah gamaknye!!!

maka jadilah budaya "pusat tuisyen", "Pusat kecemerlangan akademik", dll. lagi ni...cikgu-cikgu pun dah ramai yang mampu pakai kereta canggih hanya kerana mengajar tuisyen! alhamdulillah, ada jugak pekdah nya pada cikgu-cikgu yang bagai nak giler kadang tu mengajar di sekolah, bebudak bukan sudi nak jadi orang pun... sapa tak tau sakit nya jadi cikgu,....bole cuba beb!

Kualiti pelajaran di Malaysia ni, tak kisah lah dari line Agama ke atau tidak, aku rasa bagus dah. Cuma pendekatan kena fikir-fikirkan sikit...Pak menteri & lain -lain orang kat Kementerian ke, kat mana-mana badan akademik kena fikir-fikirkan lah kata-kata manusia kecil macam aku ni...tapi sapa nak dengar cakap orang macam aku ni...dilema marhain!

Nengok ke negeri orang, memang aku setuju kalau ramai yang kata, banyak yang kita boleh ambil dan pelajari...bukan nak kata negeri orang tu baik, tak gitu, tapi kalu kita fikir-fikirkan, lama dah depa tu maju.....harus sebab sistem pendidikan depalah kut...

kalu subjek Mathematik dan sains di ajar dan "diexamkan" dalam bahasa Inggeris, aku rasa ada baiknya juga. Kalu aku tak salah lah, kebanyakan bahan rujukan kat perpustakaan UKM, UM, UTM, UNITEN, UPM, USM dll. "U" di Malaysia tu sekurang-kurangnya, banyak dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Terutama buku matematik dan sains. ramai penulisnya skolar mat saleh jugak... Malah kelas di Universiti pun banyak yang dibuat dalam Bahasa Inggeris. Kalu bebudak Melayu tak faham,...tak ke haru-biru...

Bahasa Inggeris pun penting betul sekarang ni, terutama bila bab nak kerja. Kalu kena kerja kat luar sempadan Malaysia, lagii lah perlu sangat. Kengkadang tu, aku kesian jugak menengok bebudak Melayu, tekial-kial dalam interview bila disuruh becakap bahasa Ingeris sikit...padahal Ijazah bukan main lagi sakan...sayang sekali, depa tak ambil kisah masa sekolah, masa di Universiti...so camno nak bagi post yang elok-elok ni kat bebudak Melayu?,.....aku rasa ramai tuan-tuan yang ada pengalaman dalam hal ni...Malay dilema lah pulak beb!

Mudahnya, memang elok kalau sistem "bersorak bila ramai dapat A" ni ditengok semula, sebab harus yang dapat "A" tu markahnya tak seberapa sebenarnya......Menang sorak jelah gamaknye, kualiti?....

wallahua'lam....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 01:23 AM | Show all posts
Lari sedikit ajer dari tajuk namun ada kaitan juga dengan sistem pendidikan kita. Satu usaha yang baik dari Kementerian Pelajaran yang patut disanjung walaupun ada unsur2 politik ialah memperkenalkan J-QAF di sekolah2 rendah. Harap2 kanak sekolah rendah dapat di didik dengan J-QAF ini agar mereka dapat dibentuk menjadi insan yang soleh serta membentuk generasi yang berilmu dunia dan akhirat. Yang patut kita khuatir ialah ustaz-ustaznya yang sesetengahnya mengajar cuma untuk makan gaji saja. Dulupun mereka terpilih untuk mengikuti kursus J-QAF ini pun sebabkan menganggur tiada kerja selepas grad dari universiti dan bukannya minat yang mendalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2007 10:14 PM | Show all posts

Reply #14 Gravedigger's post

Salam Gravedigger,

Bagaimanakah konsep J-QAF? Jika sekadar tertumpu kepada pendidikan agama sahaja, saya tidak yakin ia dapat membangunkan ummah. Contoh terbaik adalah Mesir dengan Al-Azharnya - universiti saja gah tapi negara berada dibawah paras kemiskinan. Lebih baik duit pembayar-pembayar cukai itu digunakan untuk membayar gaji guru kelas tambahan untuk matapelajaran-matapelajaran matematik, sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, teknikal dan kemahiran hidup.

Untuk makluman semua, khidmat sebegini disediakan oleh sesetengah gereja-gereja Kristian.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by damat at 5-4-2007 10:14 PM
Salam Gravedigger,

Bagaimanakah konsep J-QAF? Jika sekadar tertumpu kepada pendidikan agama sahaja, saya tidak yakin ia dapat membangunkan ummah. Contoh terbaik adalah Mesir dengan Al-Azharnya ...


J-QAF ialah singkatan daripada Jawi,Quran,Arab dan Fardhu Ain. Menurut adik ipar saya yang telah tamat mengikuti kursus tersebut di maktab perguruan, ia adalah satu programe pendidikan yang baru untuk mengenalkan asas2 ilmu agama dari peringkat yang paling rendah sekali di sekolah. Pendekatan ini pula adalah melalui penyerapan ilmu tersebut dalam semua subjek yang terdapat di sekolah. Dari itu tidak akan berlaku pemisahan antara subjek akademik dan agama.
Apa yang dikhuatiri cuma dari penghayatan tenaga pengajarnya. Apakah ustaz2 yang telah dilatih mampu membentuk kanak-kanak tersebut mengikut matlamat atau mereka cuma lakukan demi ganjaran gaji saja.
Adik ipar saya ni mempunyai degree dari Jordan tapi mengajar di sekolah rendah pulak. Tengok dia pergi sekolah pun macam kurang semangat jer. Inilah dilemma nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2007 08:11 PM | Show all posts

Reply #16 Gravedigger's post

Salam Gravedigger,

Adakah saudara dimaklumkan oleh ipar saudara tentang tahap keyakinan yang konsep ini akan berjaya mengintegrasikan matapelajaran akedemik dengan agama? Jika kita perhatikan, tiada satupun negara Islam yang berjaya berbuat demikian dan walaupun ada sesetengah negara ini dahulunya pernah mendahului negara lain dalam bidang sains dan teknologi.


Saya rasa risiko atas kemajuan pelajar Islam terlalu tinggi dan akan meluaskan jurang bukan Islam dengan Islam. Malah ini juga akan menggagalkan integrasi nasional yang penting untuk kemajuan negara.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-3-2007 09:44 PM

  Pernah ada subjek yang passing marknya cuma 20% sahaja malah pernah dengar diturunkan serendah 10% saja untuk lulus Add.Maths.


Patut la aku bole dapat A1 Add math time spm dulu...ujian-ujian biasa slalu dapat 40 je..skali spm bole skor plak. alhamdulillah. bagus la sistem peperiksaan macam ni. menghasilkan rakyat yang perasan pandai tapi sebenarnya bodo...

aku penah jugak dgr pasai J-QAF ni. rasanya tu untuk ajar agama je kan. tak ada kaitan dengan add math and other subjects.

btw, aku tertarik ngan sistem skolah YIK kt kelantan tu. Ajar agama dan akademik serentak. tapi bukan semua pelajar yang bole terima la. Biasanya diorang ni fokus pada satu2 stream je. Kalo yang terer agama kurang sket bab akademik. yang terer akademik kurang sket bab agama...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:28 PM | Show all posts
Inilah permasalahannya skrg ini. Pemikiran sekular telah memisahkan Deen Islam sepenuhnya sehinggakan Islam itu hanya 1 subjek yg wajib lulus shj.

Suatu tika dulu, matematik & sains bukannya matapelajaran yg blh dikatakn terpisah dari Islam. Islam menggalakkan & meWAJIBkan umatnya mengejar ilmu pengethauan yg mendatangkan kebaikan kepada ummah.

Hasil penjajahan kolonial, & kemunduran pemikiran Islam yg drastik, pembelajaran ilmu duniawi tak lg dianggap Islami oleh masayarakat Islam itu sendiri.

Apa jua ilmu, yg mendtgkn manfaat utk ummah adalah Islami pd jiwa & zahirnya. Usah lg dipisahkn ilmu pengetahuan dgn mengatakn subjek agama, subjek teknikal & sains teknologi, sains sosial & ilmu kemahiran itu tak berkaitan ... ada ilmu sekular, ada ilmu agama shj.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by damat at 6-4-2007 08:11 PM
Salam Gravedigger,

Adakah saudara dimaklumkan oleh ipar saudara tentang tahap keyakinan yang konsep ini akan berjaya mengintegrasikan matapelajaran akedemik dengan agama? Jika kita perhatikan, ...


Dengan bersikap optimis dan tanpa prejudis, saya sendiri yakin konsep ini akan berjaya dengan syarat tiada campurtangan politik di masa akan datang. Ia dah cukup baik memulakan langkah daripada tiada melakukannya. Kita telahpun mengorbankan bahasa melayu di sekolah2 sedangkan kaum cina giat meningkatkan bahasa ibunda mereka. Justeru dengan memperkenalkan J-QAF maka akan memertabatkan kaum Melayu dengan penerapan nilai agama.
Dengan melihat perkembang negara kini, kita kena akui berlaku satu peningkatan yang baik dari segi teknologi dan ICTnya yang di akui juga oleh dunia. Cuma malang ia kurang selari dengan peningkatan nilai agama.
Kalau nak lihat contoh negara Islam yang berjaya sekarang ni, bukankah Iran boleh dijadikan contoh. Mengambil kira ia berhadapan dengan musuh-musuh yang berteknologi tinggi maka ia juga berjaya menyaingi mereka. Dalam pada itu juga kita lihat semangat agama mereka tidak pernah luntur.
Satu lagi yang saya dengar sistem pelajaran di Iran sudah lama mendedahkan kemahiran berfikir kepada kanak-kanak mereka berbanding kita di sini yang masih baru. Mereka belajar quran disertai dengan pemikiran dan bukannya seperti disesetengah negara yang belajar quran cuma melahirkan burung kakak tua saja.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.075934 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list