CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MissLibra

Golf

[Copy link]
Post time 11-11-2008 06:55 AM | Show all posts
Penentu Order of Merit Asia



JEEV MILKHA antara pencabar utama kejohanan di Singapura hujung minggu ini

PEREBUTAN gelaran Order of Merit Jelajah Asia bakal menghangatkan Kejohanan Golf Terbuka Singapura Barclays yang dijadualkan berlangsung minggu ini.

Apa yang pasti tumpuan akan terarah kepada tiga pencabar utama, Mark Brown dari New Zealand, Jeev Milkha Singh (India) dan jaguh China, Liang Wen-chong sekali gus menebus episod malang yang dilakar di Shanghai minggu lalu.


Trio sensasi itu gagal menghuni kelompok pendahulu pada Kejohanan HSBC Ahad lalu dengan Liang sekadar berada di tempat ke-24 dengan Jeev di tempat ke-28 sementara Brown yang merupakan pendahulu Merit berpuas hati di tempat ke-53.

Brown yang berjaya memenangi dua kejuaraan musim ini akan berusaha untuk mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu Order of Merit dengan hadiah terkumpul AS$750,130 (RM2.7 juta).

Mengekori di belakang Brown ialah Jeev yang juga bekas pemain No. 1 Asia dengan AS$613,106 (RM2.2 juta) serta Liang yang kini mengumpul AS$448,428 (RM1.6 juta)

Begitupun, dengan cek kemenangan berjumlah AS$792,500 (RM2.8 juta) untuk juara Terbuka Singapura dan AS$542,500 (RM1.9 juta) bakal menanti pemenang tempat kedua, maka kedudukan Order of Merit bakal menyaksikan perubahan mendadak selepas berakhirnya kejohanan minggu ini.

Bagi Brown, dia berharap penampilan semulanya di Sentosa Golf Club akan membantunya mengembalikan rentak sebenar sekali gus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan.

"Saya tidak beraksi dengan baik sepanjang minggu ini, tetapi saya boleh menebus kekecewaan itu dengan kejayaan di Singapura minggu ini," jelas Brown.

"Untuk rekod, tahun lalu saya berjaya mempamerkan permainan terbaik dan menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik. Jadi, saya berharap dapat mengulanginya tahun ini." - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 07:47 AM | Show all posts
Karlsson, Stenson buru gelaran



STENSON (kiri) dan Karlsson jadi taruhan Sweden pada
Kejohanan Golf Piala Dunia Omega di Shenzhen, China.


SHENZHEN - Pemain No. 1 Eropah, Robert Karlsson keupayaan mereka beraksi dalam keadaan tenang akan menjadi kunci utama kepada kejayaan Sweden pada Kejohanan Golf Piala Dunia Omega minggu ini.


Pada kejohanan yang menampilkan 28 pasukan terbaik dunia itu, Karlsson akan bergandingan bersama Henrik Stenson untuk menggalas cabaran Sweden.

Dengan Karlsson kini menduduki ranking keenam dunia dan Stenson berada pada kedudukan ke-12, pasukan Sweden itu diletakkan sebagai pilihan untuk muncul juara buat kali pertama sejak Per-Ulrik Johansson dan Anders Forsbrand melakukannya pada tahun 1991.

"Untuk beraksi baik dalam format berpasukan, kamu hanya perlu cuba beraksi dengan perasaan seronok," jelas Karlsson yang muncul pemain Sweden pertama menjuarai Order of Merit Eropah.

"Ia sangat penting untuk meletakkan keyakinan kamu pada tahap tertinggi apabila kamu beraksi bersama. Jadi, beraksi dengan rasa seronok dan tenang akan membantu kedua-dua pasangan."

Karlsson dan Stenson masing-masing pernah beraksi sebanyak dua kali pada kejohanan ini, namun mereka buat pertama kalinya digandingkan pada edisi kali ini.

Kedua-duanya juga pernah bergandingan pada Piala Ryder September tahun lalu.

"Sudah pasti kamu mempunyai pengalaman pada Piala Ryder," jelas Karlsson.

"Jadi, strategi kamu pada pusingan awal adalah beraksi dalam keadaan tenang."

Selain Sweden, turut menjadi tumpuan pada kejohanan ini ialah pasangan dari Sepanyol, England, Scotland, Australia dan Amerika Syarikat. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 09:56 PM | Show all posts

update -

Clark, Hend kongsi pendahulu

MELBOURNE, Australia - Pemain golf Afrika Selatan, Tim Clark terpaksa menanti sehingga tiga jam untuk berkongsi kedudukan teratas pusingan pertama Australia Masters ekoran beberapa kejadian ribut petir, kelmarin.


Dalam saingan tersebut, Clark melakukan lima bawah 67.

Ketika ribut berlaku di lapangan Huntingdale, pemain Australia, Scott Hend sudah pun berada di rumah kelab dengan melakukan 67 pukulan.

Keadaan yang tidak mengizinkan itu telah memaksa hampir 80 pemain golf yang masih perlu bertarung terpaksa berhenti seketika.

Apabila semua pemain dibenarkan kembali beraksi, Clark yang melakukan bawah tiga ketika perlawanan ditangguhkan telah melakukan birdie pada lubang 15 dan 16.

Clark berkata, lapangan tersebut ternyata berbeza sepenuhnya.

"Saya memulakan aksi dengan melakukan beberapa pukulan kurang menarik sebelum mereka (pihak penganjur) memanggil kami untuk berhenti.

"Saya berasa bertuah apabila kami dibenarkan kembali beraksi kerana berjaya memperoleh beberapa birdie.

"Ia selalunya sukar untuk beraksi di sini dan menamatkan pusingan selepas perlawanan tertangguh seketika merupakan tugas yang susah. Namun begitu, keadaan kali ini dilihat begitu berkesan kepada diri saya," kata Clark.

Sementara itu, Chris Downes dari Australia yang bermain dalam lima lubang terakhir pusingan pertama pagi semalam berada di tempat ketiga dengan 68 pukulan.

Kedudukan seterusnya diikuti oleh dua orang lagi pemain tuan rumah, Anthony Brown dan Michael Wright serta pemain England, Daniel Wardrop dengan 69 pukulan.

Pemain Amerika Syarikat, John Daly hanya sekadar melakukan 76 pukulan pada pusingan tersebut.

Selepas melakukan pukulan awal dengan mencatat empat par di lubang keempat, Clark memperoleh eagle menerusi pukulan leret untuk lima par di lubang ketujuh serta di lubang ke-10.

Namun, selepas itu, Clark hanya melakukan bogey di lubang ke-11 dan empat par di lubang ke-13 iaitu sebelum siren dibunyikan bagi menamatkan aksi hari tersebut.

Pukulan jauh yang dilakukan oleh Hend turut memberi kelebihan kepada dirinya apabila berhadapan angin kencang pada lubang ke-10.

Pukulan yang mencecah sehingga 380 meter itu telah membolehkan Hend mendapat kedudukan terbaik di lapangan green.

- AP
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:29 AM | Show all posts
aku baru berjinak dgn golf ni...mula2 bosan..lama2 naik gian plak..hehe...

tapi aku takde member...selalunya aku pegi pukul sorg2 kat range...

swing pon x betul....klu dlm 300 bijik bola..cuma 50 yg swing ok...

klu ada sesapa yg selalu main kat setapak driving range..klu sudi...helo2 la ye..

aku nk belajar..nak kawan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:38 AM | Show all posts

Reply #664 faridali's post

nanti faridali kena pm  justwantoknow -
dia sokmo main golf ni -

dulu saya ada pergi sekali main dengan justwant -

ada few yang sokmo gak pergi golfing - hope when
justwant tak pergi outstation - dia boleh masuk beritahu
pasal ni dengan faridali -
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 06:26 AM | Show all posts
Hadiah hari jadi Danny Chia

- AFP

BANGKOK - Pemain negara Danny Chia melengkapkan kemenangan mengkagumkan di kejohanan golf Mercedes-Benz Masters yang menawarkan hadiah AS$75,000 (RM271,500) semalam sekali gus menjadi hadiah istimewa sempena hari jadinya.

Pemain Malaysia itu menyambut ulang tahun hari lahir ke-36 kelmarin dengan mengesahkan kejuaraan apabila menyamai par dengan 72 pukulan di pusingan terakhir untuk menang dengan kelebihan dua pukulan ke atas seorang lagi pemain negara, S. Sivachandran dan pemain Thailand, Nakul Vichitryuthasastr di Kelab Vintage, Bangkok.

Sivachandran melakukan 66 pukulan manakala Nakul 69.

Kejohanan Mercedes-Benz Masters itu merupakan penutup Kejohanan Jelajah dan kemenangan tersebut membolehkan Chia merangkul AS$12,227 (RM44,261).

Chia memenangi kejuaraan sulung Kejohanan Jelajah di Jakarta apabila ia dilancarkan tahun lalu dan pemain negara itu gembira kerana berjaya menyimpan satu lagi trofi kejuaraan yang dimenanginya semalam.

"Ia lebih istimewa kerana menang kejohanan pertama tahun lalu dan kejohanan Jelajah musim ini,'' kata Chia.

Kemenangan tersebut meletakan Chia di tempat kedua dalam senarai Order of Merit akhir dengan jumlah keseluruhan hadiah kemenangan yang diraih berjumlah AS$31,722 (RM114,833)

Pemain Filipina, Angelo Que, menamatkan saingan musim ini dengan jumlah hadiah kemenangan tertinggi iaitu AS$32,209 (RM116,596)

Chia melakukan bogey pada tiga lubang terakhir untuk menjadikan penamat kejohanan sedikit dramatik.

"Saya tidak berada pada kedudukan pemenang buat seketika dan saya tidak berada di kelompok depan, sebab itulah saya tidak menamatkan permainan dengan lancar,'' kata Chia yang mendahului kejohanan dengan kelebihan tiga pukulan selepas pusingan pertama dan empat pukulan selepas hari kedua dan ketiga kejohanan.

Keputusan

276 - Danny Chia (MAS) 64-71-69-72

278 - S. Sivachandran (MAS) 73-70-69-66, Nakul Vichitryuthasastr (THA) 72-68-69-69

279 - Rey Pagunsan (PHI) 73-72-65-69, Atthaphon Prathummanee (THA) 67-72-69-71

281 - Wisut Artjanawat (THA) 68-74-71-68, Antonio Lascuna (PHI) 70-69-72-70, Pavit Tangkamolprasert (THA) 69-70-72-70 282 - Juvic Pagunsan (PHI) 73-69-71-69

283 - Gene Bondoc (PHI) 71-75-68-69, Aphichart Papitak (Am) (THA) 68-75-70-70, Pariya Junhasavasdikul (THA) 69-71-72-71

284 - Pol Kemarat (THA) 71-73-72-68, Vuttipong Puangkeaw (THA) 74-71-68-71, P. Gunasegaran (MAS) 71-71-69-73
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2008 10:40 PM | Show all posts

Ishikawa selected for Royal Trophy



Record-breaking Japanese schoolboy Ryo Ishikawa has been picked for the Asia team to face Europe at the Royal Trophy early next year.

The 17-year-old, one of Japan's biggest sporting celebrities, became the country's youngest golfer to pass the $1 million earnings mark on Sunday at the Casio Open.

He will be the youngest player to contest the Royal Trophy after completing captain Joe Ozaki's eight-man lineup for the January 9-11 event in Chonburi, Thailand.

"I am excited about the prospect of playing for Asia and look forward to working together with my team mates to deliver the best result for our continent," Ishikawa said.

He joins compatriots Hideto Tanihara and Toru Taniguchi, South Koreans Charlie Wi and SK Ho, Thais Prayad Marksaeng and Thongchai Jaidee and China's Liang Wenchong on the Asian team.

Ishikawa shot to prominence in May 2007 when he became the youngest winner on the Japanese tour at 15 years, eight months.

"Ryo Ishikawa is a very strong and exciting addition to our Asian team," said Ozaki. "He shows a level of maturity well beyond his 17 years of age."

Europe, who won the first two editions, are waiting on the recovery of captain Seve Ballesteros from October brain surgery before naming their team for matchplay contest, which features foursomes, fourballs and singles.

The 2008 edition of the annual event was cancelled following the death of Thai Princess Galyani Vadhana, whose brother, King Bhumibol Adulyadej, donated the trophy in 2006.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 11:22 PM | Show all posts
03 Disember, 2008           

Pasukan Australia Dan India Kongsi Kedudukan Teratas Hari Kedua WAITGC

ALOR GAJAH, 3 Dis (Bernama) -- Pasukan Coathangers dari Australia dan Curries Delhi Bellies dari India berkongsi kedudukan teratas dalam Kategori Gross pada saingan hari kedua Kejohanan Golf Antara Pasukan Amatur Dunia (WAITGC) yang diadakan di A'Famosa Golf and Country Club Resort di sini.


Kedua-dua pasukan melakukan 458 pukulan daripada dua hari pertandingan dengan esok merupakan hari terakhir pertandingan.

Saingan hari ini bagaimanapun dikuasai Coathangers, yang semalam di kedudukan kedua, dengan melakukan 227 pukulan berikutan persembahan cemerlang Bradley Lincold, Lester Peterson, Dennis Day dan Geoff Jansz.

Curries Delhi Bellies yang menguasai saingan semalam, hari ini sekadar melakukan 232 pukulan manakala satu lagi pasukan dari Australia Ravellers di tangga ketiga dengan 228 pukulan hari ini, untuk keseluruhan 462 pukulan.

Sementara itu, wakil terbaik Malaysia adalah Diamond Duo yang hari ini melakukan 235 pukulan untuk kedudukan kelima.

Dalam kategori Stableford, Hantap II dari Brunei mengumpulkan 220 mata untuk merampas kedudukan teratas daripada pasukan Warga Emas dari Singapura yang hanya ketinggalan satu mata.

Pasukan Bad Girls dari Australia dilihat mampu memberikan cabaran apabila memperoleh mata yang sama (219) dengan pasukan dari Singapura itu.

Kedudukan hari kedua:

Ketegori Gross


458 - Coathangers (Australia)

458 - Curries Delhi Bellies (India)

462 - Revellers (Australia)

469 - Lapor PO (Brunei)

489 - Diamond Duo (Malaysia)

490 - Sakura (Jepun)

499 - Duse (Australia)

505 - CS Tenee (Indonesia)

507 - Badang-PKS (Malaysia)

507 - Orang Utan (Malaysia)

509 - Hunt Bros (Australia)

525 - Tok Demang (Malaysia)

Kategori Stableford


Hantap II (Brunei) - 220 mata

Warga Emas (Singapura) - 219

Bad Girls (Australia) - 219

Samurai (Jepun) - 214

CS Tenee (Indonesia) - 210

Seize & Co (Singapura) - 204

Tiger (Malaysia) - 201

BBT 1 (Brunei) - 201

Bharat Petroleum (India) - 200

Golfaroos (Australia) - 197

JJJ (Amerika Syarikat) - 190

Brunei Air Com (Brunei) - 189

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2008 07:53 AM | Show all posts
Bukit Beruntung dapat sentuhan Sorenstam

KUALA LUMPUR - Legenda golf wanita dunia, Annika Sorenstam kembali ke Malaysia selepas lapan tahun tetapi kedatangannya kali ini bukan untuk mempamer kehebatan, sebaliknya diberi penghormatan mereka bentuk lapangan golfnya sendiri.


Bintang Sweden itu yang mengunjungi negara ini kali pertama pada Piala Dunia 2000 bakal menjadi sebahagian daripada sejarah pembinaan lapangan golf terbesar di Malaysia yang akan dibangunkan oleh The Mines Golf City berhampiran Bukit Beruntung.

Keseluruhannya, lapangan yang berkeluasan 2,100 hektar itu bakal memiliki 63 lubang, dan Sorenstam akan berkongsi sentuhan elegannya pada 18 lubang pertama.

"Saya amat gembira dapat kembali ke Malaysia selepas lapan tahun, malah kehadiran saya kali ini lebih istimewa kerana saya akan memiliki lapangan golf rekaan sendiri.

"Ini adalah kali pertama saya mereka bentuk lapangan golf di Asia Tenggara, ia adalah satu cabaran yang menarik dan penghormatan tinggi buat saya,'' ujar Sorenstam pada sidang akhbar di Kelab Golf The Mines, Sri Kembangan semalam.

Menurut Sorenstam, pengalaman beraksi di Malaysia bersama adiknya, Charlotte pada Piala Dunia 2000 antara faktor yang mendorongnya menerima pelawaan untuk melibatkan diri dalam projek The Mines itu.

Begitupun pemain berusia 38 tahun itu menegaskan, bahawa memiliki sentuhan wanita tidak bermakna lapangan golf tersebut tidak sesuai digunakan oleh pemain lelaki.

"Rekaan saya tiada spesifik jantina. Bukan untuk wanita saja atau lelaki saja, ia bersifat umum dan sesuai buat semua lapisan. Saya akan menguji skil pemain, sama seperti lapangan lain. Lapangan The Mines ini mirip kepada Mission Hills di Guangzhou (lapangan 63 lubang yang turut mengambil sentuhan Sorenstam), sudah banyak kejohanan diadakan di situ sama ada kejohanan lelaki mahu pun wanita,'' kata bekas pemain nombor satu dunia itu lagi.

Sorenstam yang bergelar profesional pada 1990 dan pernah memenangi hampir semua kejuaraan utama dunia sepanjang kariernya, aktif mereka bentuk lapangan golf menjelang persaraan bulan ini.

Selain Mission Hills, sebuah lagi lapangan golf yang direka pemain Sweden ini adalah Pecanwood Resort & Residential Estate di Afrika Selatan, manakala The Mines adalah projek ketiganya.

Sorenstam, yang akan bersara secara rasmi selepas tamat Kejohanan Dubai Masters pada 10 Disember ini, turut akan mereka bentuk 17 buah lapangan golf di seluruh dunia, di mana Hua Hin di Thailand bakal menjadi destinasi terakhirnya.

Sementara itu Pengasas Kumpulan Country Heights Holdings Bhd. (CHHB), Tan Sri Lee Kim Yew berkata, lapangan golf terbaru The Mines itu dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada Jun 2011.


*********************************************************************************

jauhnye la pulak... kat bukit beruntung sana...
sesapa tinggal berdekatan dan memang minat golf
boleh la join mines golf city bkt beruntung tu ye -
ishhh rasa too far from kl -
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:47 AM | Show all posts
Harrington calar rekod cemerlang Tiger Woods


HARRINGTON dipilih sebagai Pemain Golf Lelaki Terbaik 2008
oleh Persatuan Penulis-Penulis Golf Amerika (GWAA) kelmarin.


HOUSTON - Padraig Harrington menamatkan penguasaan Tiger Woods apabila dipilih sebagai Pemain Golf Lelaki Terbaik 2008 oleh Persatuan Penulis-Penulis Golf Amerika (GWAA) kelmarin.

Juara dua kejohanan major 2008 itu menerima 75 peratus undi, sekali gus menamatkan penguasaan Woods yang mendominasi anugerah tersebut sebanyak tiga kali berturut-turut.

Lorena Ochoa pula pula menerima anugerah Pemain Golf Wanita Terbaik 2008 sementara Jay Haas muncul pemain pertama yang menerima anugerah Pemain Senior Terbaik buat kali ketiga berturut-turut.

Harrington melalui musim yang cukup cemerlang tahun ini apabila mempertahankan kejuaraannya pada Terbuka Britain dengan kelebihan empat pukulan.

Dia kemudiannya mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama yang memenangi kejohanan major buat kali kedua berturut-turut dalam musim yang sama apabila menjuarai Kejuaraan PGA di Oakland Hills.

Pada majlis undian kelmarin, Harrington menerima 184 undi sementara Woods yang juga merupakan penerima anugerah GWAA sebanyak sembilan kali, hanya menerima 58 undi.

Pemain Fiji, Vijay Singh pula sekadar menerima lima undi.

Ochoa pula menerima anugerah tersebut buat kali ketiga berturut-turut tahun ini selepas memenangi tujuh kejohanan termasuklah kejohanan major Kraft Nabisco.

Dia menerima 232 undi bagi menewaskan pemain Amerika Syarikat, Paula Creamer yang menerima 13 undi. - AP


***********************************************************************
tak sangka pula tiger boleh kalah... padraig ni macam nama irish pula -
mungkin dia ni irish descendent tapi tinggal di usa -

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 30-11-2008 09:38 AM
nanti faridali kena pm  justwantoknow -
dia sokmo main golf ni -

dulu saya ada pergi sekali main dengan justwant -

ada few yang sokmo gak pergi golfing - hope when
justwant tak pergi outs ...



Hello...hello...hello...

Guys/Gals,

kalau nak join community golf, I would suggest you all to join this Golf Community...semua ada..beginner till single handicapper...
You can find golfer who can assist you in golf swing, info about sales, golf event, golf buddies and many more....

You can find me there under nickname : Ahman...
link as below:
http://www.mygolf.com.my


See you there!


Dexa,
I was away for quite sometimes..was in Korea, Morroco and Bandung...
Going to Jakarta on Christmas Eve for golfing...hehehehe...;)

Cheers!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 06:30 AM | Show all posts

Reply #671 JustWant2Know's post

thanks for the info  jaswant -

and have a great holiday -
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 07:19 AM | Show all posts
Vijay belum fikir soal persaraan



VIJAY (kanan) menerima trofi kejuaraan daripada Woods selepas muncul juara pada
Kejohanan Cabaran Dunia Chevron di Thousand Oaks kelmarin.



THOUSAND OAKS, California - Juara major sebanyak tiga kali, Vijay Singh mengakui dia kini semakin bersemangat untuk memburu lebih banyak gelaran selepas kejayaan muncul juara pada Kejohanan Cabaran Dunia Chevron di Sherwood Country Club kelmarin.


Pemain Fiji berusia 45 tahun itu telah merekodkan 34 kemenangan dalam Jelajah PGA dengan tiga daripadanya diraih tahun ini.

Kini, dia merancang untuk bersaing dalam mana-mana kejohanan bertaraf tinggi untuk tempoh lima tahun lagi.

"Saya rasa tiada had atau umur untuk kamu mengundur diri," jelas Vijay yang berjaya mencatat kelebihan satu pukulan pada kejohanan yang menampilkan 16 pemain elit anjuran pemain No. 1 dunia, Tiger Woods.

"Saya adalah contoh terhebat. Lihat juga bagaimana aksi pemain Amerika, Kenny Perry dan Fred Funk yang muncul juara TPC (Kejuaraan Pemain) pada usia 48 tahun.

"Menjuarai banyak kejohanan bukanlah bergantung semata-mata kepada keajaiban. Saya rasa ada ramai pemain di luar sana yang melakukan perkara seperti saya. Buat masa sekarang, saya adalah pendahulu dan saya tidak sesekali akan bersara," tambahnya.

Namun jelas Vijay, dia masih belum pasti sama ada dia mampu untuk beraksi dalam tempoh lima atau enam tahun lagi.

"Saya tidak pasti dapat melakukannya lagi tetapi saya akan cuba. Saya akan terus bersaing sehingga umur saya mencecah 50 tahun.

"Sekarang ini dengan pelbagai peralatan selain kerja keras yang berterusan, saya tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Saya juga telah beritahu semua bahawa apabila saya gagal dan tidak boleh memenangi kejuaraan, maka saya akan bersara. Tetapi selagi saya yakin boleh muncul juara, maka saya akan terus beraksi," jelas Vijay yang kini menduduki ranking kelima dunia. - Reuters


**********************************************************************************

eh... macam ada anak rimau pula kat situ -
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 08:18 AM | Show all posts
Kedudukan 2009 Woods terancam

LOS ANGELES - Selepas bermaharajalela selaku pemain nombor satu dunia, kedudukan Tiger Woods dijangka bakal tergugat di puncak teratas rangking dunia pada suku pertama tahun depan.


Pemain Amerika Syarikat itu tidak beraksi ekoran menjalani pembedahan lutut selepas memenangi Terbuka Amerika Syarikat Jun lalu melihat kedudukannya semakin tergugat minggu demi minggu ketika masih menyandang kedudukan tempat teratas.

Selepas menang perlawanan penentuan yang sengit di Torrey Pines enam bulan lalu, Woods terus berkuasa di rangking teratas dengan 11.328 mata mengatasi Phil Mickelson yang ditewaskannya.

Pemain golf dari Sepanyol, Sergio Garcia yang telah melonjak ke tangga kedua hanya ketinggalan 3.865 mata menjelang tahun baru.

Permainan yang seringkali dikuasai secara dominan akan kembali berlangsung sengit sekurang-kurangnya Februari ini dan status selaku pemain nombor satu mungkin akan dirampas Garcia, pemain nombor tiga dunia Mickelson atau pemain di kedudukan keempat dari Ireland, Padraig Harrington.

Bagi meleraikan penguasaan Woods selaku pemain nombor satu dunia yang dipegangnya sejak Jun 2005, salah seorang daripada pencabarnya perlu memulakan aksi pantas pada 2009 serta menang sekurang-kurang satu kejohanan besar.

''Unjuran rangking ini menunjukkan kedudukan Tiger di tempat teratas menjadi semakin musnah.

''Jika anda melihat pada unjuran hingga 29 Mac, anda boleh melihat saya telah meletakkan tujuh kejohanan dan jumlah mata yang perlu dipungut Garcia dan Harrington untuk mengatasi Tiger,'' kata Barker kepada Reuters.

''Kejohanan WGC akan membawa mata kemenangan sebanyak 70 jadi ia sukar untuk kedua-dua pemain memintas Woods tetapi saya tidak fikir sama ada mereka mampu melakukannya tanpa memenangi kejohanan besar,'' kata Barker.

Sudah tentu, ia bergantung kepada permainan Woods dan bagaimana dia bermain.

Bagaimanapun, juara 14 kali kejohanan utama itu boleh berbangga dengan rekod yang dicatatkan selama 529 minggu sebagai pemain nombor satu dunia sepanjang kariernya.

Dia pertama kali berada di rangking teratas ialah pada 15 Jun 1997 dan hilang kedudukan tersebut sebelum merampasnya semula dari pemain Fiji, Vijay Singh pada 12 Jun 2005.


- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:05 AM | Show all posts
Golf Malaysia gamit bintang
Oleh YASMIN RAMAN


KEJOHANAN Golf Terbuka Malaysia Maybank 2009 bakal menyaksikan penampilan beberapa bintang dunia.

Antara pemain terkemuka yang telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan yang akan berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang pada 12 hingga 15 Februari depan ialah bintang Amerika Syarikat, Anthony Kim dan pemain No. 1 Jepun, Shingo Katayama.


Menurut Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Datuk Robin Loh, kehadiran bintang golf tersebut dilihat mampu menarik minat serta meningkatkan keyakinan pemain muda tempatan untuk menjadi pemain bertaraf antarabangsa suatu hari nanti.

"Bagi saya, peluang ini harus digunakan dengan sebaik mungkin oleh peminat golf tempatan kerana bukan mudah untuk menyaksikan kejohanan bertaraf dunia yang hanya diadakan setahun sekali ini.

"Kehadiran bintang-bintang golf dunia ini juga pada saya dapat meningkatkan lagi aspirasi pemain remaja negara terutama Kim yang dilihat sebagai darling kepada mereka," katanya selepas majlis pelancaran kejohanan tersebut di Subang semalam.

Selain membariskan pemain antarabangsa yang terdiri daripada jaguh Asia dan Eropah, kejohanan kali ini juga bakal menampilkan pemain amatur dan profesional dari Malaysia.

"Kami juga berharap dengan cara ini ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada pemain golf tempatan untuk membuktikan keupayaan di peringkat Jelajah Eropah dan Asia," jelasnya.

Begitupun Robin berkata, beberapa bintang golf lain yang akan turut beraksi pada kejohanan tersebut hanya akan diumumkan menjelang kejohanan tersebut.

"Kejohanan Terbuka Malaysia sering dinantikan oleh pemain profesional dari Eropah dan Asia kerana bermain dalam cuaca yang tidak menentu memberi cabaran tidak terdapat di tempat lain," jelas Robin.

Sementara itu, Pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad melahirkan rasa bangga apabila bank tersebut sekali lagi mengekalkan status sebagai penaja utama bagi kejohanan berprestij itu.

"Penajaan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosiol Maybank dalam mengembangkan sukan negara terutama sukan golf.

"Menerusi pengalaman yang lalu, saya juga yakin kejohanan ini pastinya mencuri tumpuan pemain terkemuka tempatan dan dunia apabila jumlah hadiah kemenangan ditawarkan adalah sebanyak AS$2 juta (RM7.2 juta)," ujar Basir.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 05:30 PM | Show all posts
Ogilvy ungguli Kejohanan Mercedes-Benz

KAPALUA, Hawaii - Pemain Australia, Geoff Ogilvy yang menguasai kedudukan pendahulu dari hari pertama lagi muncul juara Kejohanan Golf Mercedes-Benz dengan kelebihan enam pukulan di sini, kelmarin.

Ogilvy berjaya mengatasi permulaan tidak menentu pada hari terakhir saingan untuk melakukan jumlah pukulan lima bawah par 68.

Bekas pemenang Terbuka Amerika Syarikat itu bagaimanapun beraksi di bawah tahap sebenar dengan melakukan beberapa kesilapan di sembilan lubang pertama.

Bagaimanapun, dia berjaya memperbaiki permainannya selepas itu dengan melakukan pukulan lurus sejauh 30 kaki untuk memperoleh eagle sekali gus menghilangkan kegelisahan dan membantunya mencipta kemenangan di Kapalua.

Dengan memperoleh empat birdie secara berturut-turut di sembilan lubang terakhir membolehkan Ogilvy meletakkan dirinya sebaris dengan Ernie Els dan Vijay Singh sebagai satu-satunya pemenang berasingan sejak kejohanan pembukaan musim Jelajah PGA itu dipindah ke Kapalua pada 1999.

"Saya merasai keseronokan pada dua setengah jam terakhir, berbanding apa yang diperoleh pada dua jam pertama.

"Sebaik sahaja saya mengharungi lubang sembilan terakhir, saya rasa begitu gembira pada setiap lubang yang dilalui itu. Saya berasa sungguh baik untuk segala perkara," kata Ogilvy.

Sementara itu, pemain Amerika Syarikat (AS), Anthony Kim yang dilihat hampir mencatat eagle berganda pada lubang terakhir hanya berupaya untuk berada di tempat kedua dengan melakukan enam bawah par 67 pada hari terakhir.

Tempat kedua kejohanan juga dikongsi pemain AS, Davis Love III yang turut melakukan jumlah pukulan yang sama dengan Kim.

Kejuaraan yang dicapai oleh Ogilvy pada kejohanan tersebut adalah kemenangan kelima dirinya di Jelajah PGA, selain mencipta kecemerlangan di Terbuka Amerika Syarikat 2006 dan dua kejayaan di Kejuaraan Golf Dunia.

Pada kejohanan itu kelmarin, dia menamatkan persaingan dengan melakukan jumlah pukulan keseluruhan 24 bawah par 268 untuk membolot hadiah kemenangan bernilai AS$1.12 juta (RM3.99 juta).

Selain itu, kemenangan itu juga dilihat begitu bermakna bagi Ogilvy apabila membolehkannya untuk berganjak ke kedudukan keenam pemain terbaik dunia.

"Saya tidak pernah mendahului perlawanan dengan kelebihan enam pukulan sebelum ini. Secara jujurnya kepada awak, saya berada dalam keadaan yang sedikit tidak selesa.

"Pukulan saya pernah memasuki rumput dan menyaksikan saya hanya mendahului dengan satu pukulan. Saya mula membuat perkiraan bahawa akan kehilangan hampir kesemuanya dan merasakan ia seumpama kejohanan normal yang lain.

"Saya hanya memberitahu kepada diri dengan berkata, ia adalah detik hebat untuk dilakukan selepas mengharungi 62 lubang," kata Ogilvy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 06:23 AM | Show all posts
Pukulan Nachimuthu cerahkan peluang

SUBANG
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 06:24 AM | Show all posts
Nachimuthu ketuai senarai layak ke Terbuka Malaysia




(DARI kiri) P. Paramaswaran, P. Gunasegaran, R. Nachimuthu,
Lim Eng Seng dan Anis Helmi Abu Hassan berjaya menduduki tempat
lima teratas untuk layak ke Kejohanan Golf Terbuka Malaysia
di Subang, semalam.


PETALING JAYA - Pendahulu pusingan pertama saingan kelayakan, R. Nachimuthu meneruskan aksi cemerlang dalam pusingan kedua, semalam untuk mengesahkan tempat ke Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2009 bulan depan.

Nachimuthu yang pernah menyertai empat edisi Terbuka Malaysia sebelum ini, muncul juara pada saingan kelayakan dengan mencatat 73 pukulan di pusingan kedua untuk mengumpul 143 pukulan keseluruhan di Saujana Golf & Country Club.

Turut mengesahkan tempat layak ke Terbuka Malaysia ialah Anis Helmi Abu Hassan yang muncul naib juara dengan 145 pukulan keseluruhan.

Melengkapkan senarai lima pemain dari pusingan Kelayakan ialah P. Gunasegaran, Lim Eng Seng dan P. Paramaswaran yang menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas.

Kejohanan Terbuka Malaysia 2009 akan berlangsung dari 12-15 Februari ini dan sehingga kini berjaya menarik penyertaan pemain di rangking ke-12 dunia, Anthony Kim dari Amerika Syarikat yang akan menyertai pertandingan pertama di Asia Tenggara.

Bintang Jepun, Shingo Katayama di rangking ke-32 dunia, juga mengesahkan penyertaan untuk aksi pertamanya di Terbuka Malaysia.

Anis Helmi, 23, berkata, dia gembira layak menyertai kejohanan di tempat sendiri, iaitu Terbuka Malaysia pertama sejak bergelar pemain profesional.

Menurut Anis, dia mempunyai pengalaman beraksi di kejohanan yang sama pada 2005 sebagai pemain amatur.

''Saya gembira kerana layak ke Terbuka Malaysia 2009 dan akan beraksi dengan pemain handalan dunia.

''Saya tidak gentar dengan status pemain terkemuka di dunia dan menyasarkan kedudukan di kelompok 20 terbaik.

''Saya juga mahu membuktikan kemampuan bersaing dengan jaguh dunia dan menggembirakan keluarga yang banyak memberi sokongan,'' kata Anis Helmi.

Pemain negara yang layak secara automatik pada kejohanan tersebut termasuk Ian Steel, Danny Chiah, Ben Leong dan Airil Rizman Zahari dari Jelajah PGA Asia manakala S. Sivachandran, Shaaban Hussein dan S. Murthy dari Persatuan Golf Malaysia (MGA)
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 12:08 PM | Show all posts

Anything About Golf

Mungkin anda semua boleh berkongsi pendapat berkenaan sukan golf dari segi:

1. Lokasi padang golf
2. Peralatan golf
3. Pengalaman menarik
4. Mental and physical fitness
5. Business networking
6. Kejayaan dan handicapping
7. Dan lain-lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 12:13 PM | Show all posts
Saya baru bermain golf, lebih kurang 6 bulan.
Pada awalnya jarak pakai driver average 180m sahaja.
Then baru-baru ni pukul dah boleh pergi 220m.
Dan saya akan terus berlatih sehingga dapat 250m.

BTW badan saya sakit-sakit. Tempoh 6 bulan dah 3 kali saya tukar driver, cari straighter & forgiving club lah, last-last barulah saya tahu sebenarnya swing saya yang belum betul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.434658 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list