CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Ruminah Sidek @ Mak Mah

[Copy link]
Post time 10-5-2007 05:07 PM | Show all posts

Reply #17 NonaNaga's post

:setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2007 11:27 PM | Show all posts
bagus lah lakonon dia paling best bila bawa watak nyanyuk wakakaaka!!!!!lucu betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 01:09 AM | Show all posts
aku ingat lagi tahun bila dah
dia jadi nenek nyanyuk jugak la..

siap panjat grill pintu
huhu

drama Menantu tak silap aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 01:19 AM | Show all posts

Reply #23 MsAnonymous's post

drama HVD kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 11-5-2007 01:19 AM
drama HVD kan

Hantu Villa Damansara ke?



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 11-5-2007 11:55 AM

Hantu Villa Damansara ke?






Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2007 09:04 AM | Show all posts
Fauziah Nawi, Ruminah dilamar produksi Jerman
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


Summerhill - A Love in Malaysia turut promosi destinasi pelancongan menarik sekitar tanah air

KALAU Fasha Sandha dan Que Haider diundang berlakon dalam filem Indonesia, Badai Pasti Berlalu. Fauziah Nawi juga tidak kurang hebatnya diundang membintangi telefilem Jerman, Summerhill - A Love in Malaysia.

Selain Fauziah, pelakon Ruminah Sidek juga turut diundang membintangi telefilem keluaran Sanset Films milik Porsche Family.

Telefilem yang dibintangi Erol Sanders dan Katja Weitzenbock, aktor dan aktres popular dari Jerman itu akan disiarkan di stesen televisyen negara berkenaan pada musim sejuk nanti.

Berpeluang bekerja dengan pengarah dari Jerman satu pengalaman baru buat pelakon hebat ini. Wajahnya sengaja dibiarkan polos ketika dia diuji bakat. Ketika itu hari sudah jauh malam dan dia pula baru saja selesai penggambaran.

揗ereka panggil untuk uji bakat, tetapi ibu tidak pergi. Bukan sombong tidak mahu diuji bakat, tetapi ibu sibuk, jadi ibu kata kalau mahu buat juga uji bakat mereka kena datang ke pejabat ibu.

揑bu ingatkan mereka tidak mahu datang kerana waktu itu sudah jam 2 pagi. Mereka suruh ibu baca skrip dalam bahasa Inggeris kerana mereka mencari pelakon pada usia ibu yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Selepas itu mereka ambil gambar ibu dan itu saja.

揑bu fikir mesti mereka tidak mahu ambil ibu dengan keadaan ibu ketika itu. Tetapi tidak sangka rezeki ibu ada di situ. Ibu berlakon lebih kurang 10 babak,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2007 03:23 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 06:35 PM | Show all posts
ada budi ada batas
ada hari boleyku balas
apa nak dikesalkan
sudah naseb badaaaaan...

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 08:27 PM | Show all posts
patut dah bagi anugerah dah dia ni.. banyak sumbangan dia dah bagi buka mata la waha pihak2 yang berkaitan :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2008 02:43 PM | Show all posts
tahniah mak mah

sbb menang kat FFM tu hari
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 09:48 AM | Show all posts
lakonan dia berlakon dlm ceta JPB mmg menakutkan..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2008 11:35 AM | Show all posts
‘Rasa kembali ke zaman muda’
Oleh ELRAFAEI SAPI
ahmadelrafaei@hmetro.com.my



SEJAK memulakan karier lakon pada pertengahan 1960-an, Ruminah Sidek, 63, tidak pernah memegang watak utama. Bermula dengan filem pertama, Anak Bapak (1968) apabila Tan Sri P Ramlee memberi kepercayaan kepadanya untuk berlakon dalam filem itu diikuti Gerimis pada tahun sama, beliau masih diberi watak pembantu.

Begitu juga dengan penampilan dalam Langit Tidak Selalu Cerah (1981), Jejaka Perasan (1987), Mira Edora (1990), Puteri Gunung Ledang (2003), Jangan Pandang Belakang (2006) dan Congkak (2007).

Sungguhpun pencapaian seninya tidak sehebat pelakon seangkatan yang lain, beliau yang begitu meminati bidang lakonan tidak kisah atau putus asa dalam mengejar ke jayaan.

Kini selepas empat dekad terbabit dalam bidang lakonan, impian Ruminah atau Mak Mah untuk membawa watak utama menjadi kenyataan apabila pengarah baru, M Subash berbesar hati menawarkan watak nenek dalam filem Pensil. Filem itu mengangkat kehidupan lelaki bernama Badrul yang cacat fizikal tetapi mempunyai nilai kasih sayang yang kuat terhadap ibu dan neneknya.

Jika dilihat filem itu sekadar mencatat kutipan kecil, se banyak RM36,000 tetapi berdasarkan lakonan dan mesej yang disampaikan, ia memberi kekuatan kepada Ruminah untuk memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 21 (FFM21) Sabtu lalu. Ruminah menewaskan Nanu Baharudin (1957 Hati Malaya), Azizah Mahzan (Anak), Nabila Huda (Akhirat) dan Dynas Mokhtar (Kayangan).

Ruminah juga menerima Anugerah Khas Veteran Wanita berdasarkan sumbangan besarnya dalam perkembangan filem Melayu. Kejayaan Pensil juga dikongsi M Subash yang menerima Anugerah Khas Juri kerana filem pertamanya itu mengangkat sifat kemanusiaan dan kesedaran masyarakat terhadap orang kurang upaya.

Drama RTM, Keluarga Tompel (1965) mempertemukan dirinya dengan A R Tompel dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak, Azlan dan Adlin Aman Ramlie. Ikuti temu bual wartawan Harian Metro, ELRAFAEI SAPI (ahmadelrafaei@hmetro.com.my) untuk menyelami perasaannya.



SOALAN (S): Tahniah atas kemenangan dua anugerah yang diterima. Bagaimana perasaan Mak Mah?

JAWAPAN (J): Sudah tentu saya gembira dengan ke menangan ini. Anugerah ini memberi makna yang besar dalam hidup saya selepas berjuang lebih 40 tahun sebagai pelakon. Sebenarnya sejak dulu, saya tidak mengharapkan untuk menang sebarang anugerah.



Apa yang lebih penting, dalam lakonan saya mahu berikan lakonan terbaik walaupun ia hanyalah watak pembantu. Bagi saya anugerah ini berbaloi dengan perjuangan saya selama ini. Sebaik menerima anugerah ini, saya terfikir mungkin begini rasa gembira apabila menerima anugerah. Rasanya seperti terima anugerah pada zaman muda pun ada.



S: Apakah Mak Mah berkecil hati kerana baru kini jasa dikenang dan diberi anugerah?

J: Jika diikutkan, zaman dulu tidak banyak majlis anugerah diadakan. Walaupun ada, saya berpandangan ia belum rezeki saya untuk menang.

Namun, saya tidak berkecil hati sebaliknya terus berusaha untuk memberi yang terbaik dalam lakonan. Jika boleh saya ingin bertanding lagi pada masa akan datang. Dalam majlis anugerah, jika banyak pencalonan suasana akan bertambah meriah.



S: Membandingkan lakonan pelakon senior dengan muda, banyak perbezaan dapat dilihat. Apakah disiplin Mak Mah dalam berlakon?

J: Sejak dulu, disiplin kerja saya tidak berubah walaupun usia meningkat. Paling penting, seseorang pelakon perlu mem punyai disiplin kerja yang tinggi supaya mutu lakonan terjamin dan orang lain yang bekerjasama dengan kita juga puas hati.

Bagi saya, menepati masa ketika hadir ke lokasi amat penting supaya orang lain menghormati kita. Malah saya sebenarnya tidak pandai bergurau senda ketika berada di lokasi. Selalunya apabila di lokasi, saya memberi sepenuh tumpuan untuk berlakon.



S: Lakonan Mak Mah menerusi Pensil berjaya meraih kejayaan walaupun sambutan daripada penonton menge cewakan. Apa komen Mak Mah?

J: Saya sendiri tidak menyangka lakonan dalam Pensil mampu meraih anugerah sebesar ini. Walaupun filem itu tidak mendapat sambutan hebat sebaliknya saya berbangga dengan kemampuan filem ini dalam mengangkat kisah orang kurang upaya.

Bagi saya, filem ini meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi elemen kekeluargaan dan kasih sayang antara anak, ibu dan nenek membuatkan kita bersimpati dengan golongan itu. Sejujurnya, filem ini suatu yang menarik untuk ditonton dan mampu membuatkan penonton menitiskan air mata.

Dari aspek sambutan, filem Pensil dianggap kecil apabila bersaing dengan filem lain. Dalam mencapai kejayaan, M Subash perlu bersabar dan terus menghasilkan filem tanpa rasa putus asa.

Saya berterima kasih kepada M Subash kerana meletakkan kepercayaan untuk berlakon dalam filem ini. Jika boleh saya mahu lebih banyak filem berkonsepkan kisah masyarakat ini dihasilkan pada masa akan datang.



S: Selain Pensil, banyak lagi filem Melayu lain yang kurang sambutan. Penonton kurang berminat ke pawagam me nonton filem Melayu. Apakah sebabnya?

J: Saya fikir skrip filem kita masih mempunyai kekurangan dan ada penerbit filem yang mengambil sikap tidak kisah atau cepat berpuas hati dengan karya yang dihasilkan. Faktor ini perlu diambil perhatian supaya filem tempatan mempunyai kualiti yang diharapkan.

Melihat perkembangan filem di negara jiran seperti Thai land dan Indonesia, kemajuan filem mereka jauh lebih maju berbanding kita. Lalu, penerbit filem kita perlu berusaha mencari skrip yang lebih baik.



S: Apa pendapat Mak Mah mengenai nasib pelakon veteran yang terpinggir untuk diambil berlakon pada masa kini?

J: Saya tidak berfikir begitu. Sebenarnya, rezeki berlakon ada di mana-mana cuma peluang itu mungkin tiada pada pelakon lain. Andai sebelum ini orang cakap hanya pelakon cantik diberi tawaran berlakon tetapi bagaimana pula tawaran yang saya terima menerusi Jangan Pandang Belakang (JPB)?

Saya bukan cantik tapi masih diterima untuk berlakon menerusi JPB. Bagi saya, ia adalah penghargaan penerbit dan pengarah terhadap pelakon berusia seperti saya dan ini membuktikan mereka percaya dengan kemampuan saya untuk berlakon.



S: Bagaimana semangat mendorong Mak Mah untuk terus berlakon?

J: Bakat lakonan dalam diri saya adalah anugerah Tuhan. Sejak dulu, saya hanya berlakon sepenuh masa. Dengan apa yang saya buat dan kecapi hingga kini, saya berasa bersyukur kepada Tuhan atas anugerah dan rezeki yang diberikan selama ini. Saya juga bersyukur kerana hingga kini masih menerima tawaran berlakon.



S: Apakah perbezaan berlakon dulu dan sekarang?

J: Dulu peluang berlakon tidak banyak kerana hanya ada satu produksi saja iaitu Merdeka Film berbeza zaman kini, banyak produksi drama dan filem beroperasi hingga secara tidak langsung menyediakan banyak peluang berlakon.

Memang sukar untuk pelakon zaman dulu mendapat pe luang berlakon hingga tercari-cari walaupun watak kecil. Seharusnya, kita berasa beruntung di atas kewujudan banyak produksi TV dan filem pada masa kini. Saya sendiri pernah menerima beberapa tawaran berlakon serentak.



S: Apakah nasihat Mak Mah pada pelakon muda?

J: Mereka perlu ada identiti sendiri untuk berjaya. Jika cantik, gunakan kecantikan itu sebaik mungkin sebaliknya jika rasa ada kekurangan dalam diri, mereka perlu mencari sesuatu yang dapat menyerlahkan diri seperti karakter yang baik atau berbakat dalam menari.



S: Apakah impian Mak Mah selepas ini?

J: Bagi saya watak kecil lebih baik berbanding watak besar. Impian selepas ini, kalau boleh saya mahu menjadi pelakon dan terus melaksanakan amanah sebaik mungkin. Apabila ada peminat bertemu saya dan mengatakan mereka pernah menonton filem lakonan saya, ia sudah cukup membuatkan saya gembira.



S: Apakah projek lakonan Mak Mah selepas ini dan perancangan wang kemenangan sebanyak RM15,000?

J: Saya akan terbabit dengan penggambaran filem Eee.. Hantu!!! arahan Majed Salleh bermula 20 Ogos ini. Dalam filem ini, saya berlakon sebagai bidan tua. Selain itu, saya juga akan berlakon sebuah drama TV3.

Buat masa ini, ada pelbagai perkara yang ingin saya lakukan dengan wang kemenangan ini. Sebelum ini saya ada me rancang mengerjakan umrah atau menunaikan haji dan hajat itu belum tercapai. Namun, saya tidak melupakan tang gungjawab untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang saya rasa perlu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 02:24 PM | Show all posts
tahniah Mak Mah!
mmg suka nengok lakonan Mak Mah....superb!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 02:25 PM | Show all posts
tahniah Mak Mah!
mmg suka nengok lakonan Mak Mah....superb!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2008 10:24 AM | Show all posts
Retro: Genggam anugerah selepas 40 tahun
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my



PERJALANAN SENI: Wajah-wajah Mak Mah dalam filem lakonannya.

Bakat lakonan dihargai apabila dua trofi FFM21 menjadi miliknya

ANAK seni sejati sepertinya tidak pernah memburu pengiktirafan, cuma sesekali terdetik di hatinya supaya diberikan Allah sedikit kegembiraan sebagai insan seni ketika hayat masih dikandung badan.

Mungkin kerana melihat dirinya hanya insan kecil, maka Ruminah Sidek atau senang disapa sebagai Mak Mah tidak pernah mengimpikan pengiktirafan besar, sebaliknya sentiasa berterima kasih dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya.

Namun, Allah itu Maha Adil kerana penantian Mak Mah selama empat dekad sebagai anak seni terjawab, malam Sabtu lalu.

Mengimbas laluan seninya yang panjang Mak Mah berkata, jika sudah diberikan Tuhan segala-galanya ketika masih muda, perjalanan seninya tidak mungkin akan bertahan sehingga hari ini.

Merendah diri akui Mak Mah, dia bukan primadona yang enak membiarkan diri dibuai pujian sebaliknya dia memilih karier sebagai anak seni dengan satu niat suci iaitu untuk menyara sebuah kehidupan.
"Mak bukan primadona, malah berlakon pun bukan kerana ingin mengejar sesuatu yang besar. Mak bukannya pandai sangat beraksi" - Ruminah Sidek (pelakon)

Jujur tutur Mak Mah, dia hanya manusia kecil di kalangan insan seni dan mungkin kerana itu, untuk berjalan jauh dia terpaksa merangkak lebih lama.

Namun, Tuhan menyayanginya dan kerja keras Mak Mah selama empat dekad dengan menabur bakti kepada masyarakat menerusi karya seninya dia diangkat dengan pengiktirafan yang cukup bermakna.

Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Anugerah Khas - Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia Ke-21 membuktikan kehadiran Mak Mah bukan sekadar pelengkap, sebaliknya turut berjasa untuk membangunkan industri perfileman Malaysia.

揗ak hanya orang kecil yang mungkin selama ini orang tidak pernah percaya dengan lakonan Mak. Tetapi Mak terus berlakon dan Alhamdulillah, selepas 40 tahun, Tuhan akhirnya memberikan Mak sesuatu yang cukup bermakna untuk dikenang,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2008 10:25 AM | Show all posts
PROFIL: Ruminah Sidek

    * Nama Asal : Rominah Sidek
    * Tempat Lahir: Klang, Selangor
    * Lakonan: Anak Bapak (1966), Gerimis (1968), Mira Edora (1990), Puteri Gunung Ledang (2004), Jangan Pandang Belakang (2007), Congkak (2008), Pensil (2008), I抦 Not Single (2008), Eee... Hantu!!! (2008), Antoo Fighter (2008), Sifu & Tongga dan Syirik
    * Pencapaian: 2008 : Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Anugerah Khas: Veteran Wanita, Festival Filem Malaysia Ke-21 dan Anugerah Khas Seniwati Bintang Popular Berita Harian (1998/99)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 12:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 11:42 PM | Show all posts
masa tengok citer anak bapak tu..dah bleh cam muka mak mah ni..rupanya memang dia!!!

lakonan dalam JPB memang best..antara dialog yang masih ingat masa dia cakap dengan anak khatijah tan tu:

"bawaklah kawan kau tu masuk rumah, buroknya muka kawan kau tu.."
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 10:49 AM | Show all posts
masa baru2 tau ... adlin anak arwah tompel... lepas dia buang tahi lalt besar kat pipi tu...

ade gigi tompel hik hik hik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.082650 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list