CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18554|Reply: 34

Jenis Baja & Racun

[Copy link]
Post time 22-4-2007 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Type:
Baja & Racun
Start time:
22-4-2007 06:00 AM
Members limit:
Home Gardening
Gender:
Unlimited
Applied number:
1 users

Rasanya elok juga kalau kita pamerkan kat sini jenis baja dan racun serangga yang kita gunakan, jadi bolehlah kita kongsi dengan kengkawan yang lain.
MOD, kalau dah ada similar thread...merge aje ya...kalau tak bleh delete



hot in town...HB101


this one for orchids

New member registration (1 users)

  Comment Join time
ccyber5 9-5-2007 12:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2007 02:01 PM | Show all posts

Reply #1 nazurah's post

alamak...len mcm plak nk bukak new thread skang ni...sila abaikan yg diatas tu ya...nilah akibatnya kalo malas nk baca rules n regulations...

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 02:59 PM | Show all posts
nak bisness baja ko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2007 03:16 PM | Show all posts

Reply #3 razhar's post

ekekeke...idok lerrr.... kesilapan teknik semasa membuka thread baru.
walahhh..sape bleh tolong ni. MOD...helpppppp
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 05:50 PM | Show all posts

Reply #4 nazurah's post

takpe zurah...ifa dah PM tentang cara2 dia..dulu kak noor jugak yg ajar ifa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 05:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2007 08:46 PM | Show all posts
thanks ifa...iskkk malunyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 08:45 AM | Show all posts

Reply #7 nazurah's post

kat mana ifa nak cari baja TUBE ( keluaran TRIO Products)..dia mcm dalam bentuk tube eskrim..dulu ade jual kat j.j...skg dah takde laks...ade sesape yg tahu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2007 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 22-4-2007 01:53 PM
Rasanya elok juga kalau kita pamerkan kat sini jenis baja dan racun serangga yang kita gunakan, jadi bolehlah kita kongsi dengan kengkawan yang lain.
MOD, kalau dah ada similar thread...merge aj ...



nak tanye..

Apa kebaikan guna HB 101 tu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 10:34 AM | Show all posts
Deela nak tanya.... baja apa yang bagus untuk pokok berdaun dan berbuah... macam pokok limau purut, selain daunnya.... kita nak juga buahnya kan.... boleh tak ifa tolong bagi cadangan..... tq
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 11:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 01:43 PM | Show all posts
tq mas..... terlepas pandanglah pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 10:29 AM | Show all posts

Reply #12 dee_la's post

Dee...ifa paling suka baja taik ayam jer....
Yg lain pun ifa guna BAJA SERBAJADI ( dijual dalam botol)...
Sorylah ifa tak dapat nak tepek pic di sini ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 10:31 AM | Show all posts

Reply #9 cikwawi's post

Dia senang di guna cikwawi...dah tak perlu nak bancuh...terus spray ajer...sebab tue fofular sekarang nie
Tapi keberkesanan nyer pada ifa pada tahap2 biasa sahaja coz kadar penyerapan nutrien melalui daun cuma beberapa percent sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 09:37 PM | Show all posts
11 SEBAB MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN BAJA ORGANIK

Menyediakan unsur hara untuk pertumbuhan tanaman
Boleh menggantikan atau mengefektifkan baja kimia
Bebas daripada benih rumput atau tanaman liar
Bebas daripada pathogen, parasit, & phytotoxin
Memperbaiki struktur dan pH tanah
Tidak berbau dan mudah digunakan
Meningkatkan mikrobia tanah
Meningkatkan hasil antara 10% hingga 30%
Mengurangkan serangan hama dan penyakit
Meningkatkan daya tahan tanah terhadap hakisan
Berfungsi sebagai "Growth Stimulant" dan "Soil Conditioner"

sumber : http://www.lembuonline.com/baja.htm
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 03:34 PM | Show all posts
Racun serangga organik




PENGGUNAAN racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, kini ramai yang beralih menggunakan bahan organik. Pakar Hortikultur, Abdul Rahim Rashid menunjukkan cara mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Racun serangga selamat: Pestisid botanik mesra alam dan murah menggunakan ramuan di dapur seperti bawang putih, halia, serbuk cili dan minyak masak

PADA keluaran 8 November lalu, saya menjanjikan sesuatu yang mudah, menarik, murah dan selamat untuk menghasilkan bahan membunuh serangga perosak dan mengawal penyakit menggunakan bahan organik.

Setiap kali mengadakan program seminar atau bengkel berkenaan landskap, saya sering kali diajukan persoalan mengenai pencegahan penyakit, racun yang biasa di gunakan dan cara menggunakan.

Selain itu, kerap juga mendengar mengenai cara penggunaan racun perosak berasaskan bahan kimia yang tidak betul serta boleh mengundang bahaya jikalau salah menggunakan serta cara penyimpanannya.

Konsep yang biasanya saya terangkan adalah konsep mengawal lebih baik dari mengubat terutama pada prinsip penyelenggaraan. Adakah anda terfikir bahawa bahan di dapur di sekeliling kita amat sesuai sebagai pencegah dan perawat serangan perosak dan penyakit pokok.


Kerengga perosak buah.

Tidak perlu memikirkan jenis racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di tempat selamat, serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan akibat salah penggunaan bahan kimia ini.

Sebelum bercerita lanjut berkenaan cara untuk penyediaan bahan berkenaan, berikutan senarai jenis serangga perosak ini.

Serangga jenis mengunyah

    * Kumbang
    * Belalang
    * Kupu-kupu
    * Ulat Bulu
    * Siput
    * Lintah Bulan



Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit)

    * Aphis @ Aphid @ kutu Daun
    * Koya
    * Pianggang
    * Teritip (Scaler)
    * Kulat Putih

Penyediaan bahan Larutan stok

    * 1 liter Air
    * 1 Sudu Besar Minyak Masak / minyak sayur
    * 1 Sudu besar sabun basuh
    * 4 - 6 Ulas bawang putih ( ditumbuk )



Langkah

    * Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
    * Tumbuk 4 - 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi.
    * Setelah dikacau , tapiskan
    * Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian Larutan Stok dengan 4 bahagian air.



Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan ) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada kepada suri rumah atau penggemar landskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga perosak dalam kuantiti yang besar adalah:

Ekstrak bawang

Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gm bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)

Untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak halia

Kawalan penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

Ekstrak daun Neem (semambu)

Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.

Ekstrak bawang putih

Juga untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air.

Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.

Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang rendah, saya percaya penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya. Paling penting, ia murah, mudah dan senang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2009 04:53 PM | Show all posts
wah bagus nih... tapi tak bahaya ke kalo kena kat buah? yelah ada bahan sabun basuh lak syd? kami baru belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 08:40 PM | Show all posts
dah lama saya cari baja humus jepun yang member2 citer.. Aritu pernah beli..rupa n bau dah macam baja humus jepun..bau nescafe, bijik bulat2 kecil..tapi bila saya guna..pokok saya xmembesarpun..xdak perubahan.. Sama macam xberbaja.. Udah ler xdak label.. Tapi semalam dah jumpa baja humus jepun..harap2 betul ar.. Gembira..harap2 hoya n jr pun hepi gak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 01:31 AM | Show all posts
Reply 18# spiderlily

saya penah pakai baja humus jepun tu. memang dia ada tulis kat plastik tu "Japanese Humus". Dia memang berbau gakla. Tapi skg tak pakai dah. Skg semua pokok kat umah pakai baja sembur. Campur seaweed dgn chitosan. Hasil dia memang best la. Tapi agak mahal. Dah jumpa seaweed yang murah, Bgreen. Try yang ni plak. hehe.. Chitosan yang murah tak jumpa lagi. Yang pakai ni pun keluaran Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:01 AM | Show all posts
Chitosan..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.137959 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list