CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24994|Reply: 68

[SEJARAH] KERAMAT Pulau Besar

[Copy link]
Post time 10-10-2006 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 24-3-2012 16:16

KERAMAT Pulau Besar

Pulau besar dikatakan pulau keramat... dulu kemarau di Melaka pun dikaitkan dgn Pulau Besar...

Dikatakan banyak makam2 keramat di P.Besar... Antaranya makam 7 beradik, perigi nenek (sorry nama aku lupa), makam nenek, kesan tapak kaki & banyak lagi lah...

Terdapat jugak satu perigi yg betul2 di tepi pantai, tapi air nya tetap tawar mcm biasa (kononnya keramat jugak)

Pernah dulu sekali aku & kawan pergi ke Pulau Besar nie...
Ada cerita konon kalau kita masuk kedalam perigi tu kalau bernasib baik, kita mungkin "diberi" hadiah, seperti ibu duit, keris, dan mcm2 lagi kot.. dan kawan aku mengesahkan  yg dia mmg pernah dpt "sesuatu" dari perigi tersebut..

Terdapat jugak satu makam besar yg menjadi tumpuan org ramai khasnya india muslim...

Pernah aku tanya pada sorang india muslim nie... kenape dia dtg ke Pulau Besar.... jawabannya kalau buat niat di Pulau Besar selalunye berjaya...


ps.. mod kalau dah ade merge jerlah ek...
sesapa yg lebih tahu tambah2 lar yer...

[ Last edited by  rammad25 at 10-10-2006 11:38 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 11:38 AM | Show all posts


Pulau Besar
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:39 AM | Show all posts
Historical Site Of Pulau Besar  
SHRINE OF SULTAN ARIFFIN
According to legend Sultan Ariffin of Baghdad stopped over at Pulau Besar on his way home, whilst spreading the Islamic faith in Acheh from 1416-1420. On his way home, he disembarked on the island and fell ill there. Soon he passed away and was buried on the island. His tomb, measuring some thirty feet long is considered the oldest ever built in Melaka. Back then, it was beleieved that the size of the tomb was determined by the age of the deceased. If he was 30 years old at the time of his death, then his tomb would be five cubic long. If he was 60 the tomb would be ten cubic or thirty feet long.

GUA YUNUS
The mysterious cave where a wise man called Yunus used as part of his training in self-discipline and silat practices.

TELAGA AIR TAWAR (FRESH WATER WELL)
It is a unique fresh water well exceedingly close to the sea. Legend has it that when the tide is high the water in the well would be saline but during low tide the water would be fresh.

TELAGA TEMPAYAN (WISHING WELL)
Legend has it that this well could make your wishes come true if you dipped your hand in the well and made the wish.

SHRINE OF SEVEN PRINCESSES
The tomb belonging to seven princesses from India who while on a visited to Pulau Besar were struck down by an epidemic. The princesses were buried on the island and their graves marked with the shrine.

BATU BELAH (SPLITTING ROCK)
The famous rock at the golf course, where more then a century ago Panglima Lidah Hitam demonstrated his power by using his tongue to crack the rock into two.

SHRINE OF SHARIFAH RODZIAH
Sharifah Rodziah was a pious woman and a devout Muslim. She was said to be the 'guru' to Malay queen legend, Siti Zubaidah. Sharifah Rodziah played a prominent role in the spread of Islam in the region.





Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:40 AM | Show all posts


Jeti anjung batu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 11:41 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 11:42 AM | Show all posts
Mitos dan legenda

Pulau Besar penuh keramat dan mitos yang menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negera khususnya dari keturunan India Muslim di Malaysia , Singapura , Johor , Pulau Pinang dan lain-lain negeri . Kaum India Muslim mempercayai kealiman dan kehebatan Sultan Zainal Ariffeen . Mereka akan bernazar pada waktu malam. Antara nazar yang mustajab ialah mendoakan dapat anak, maju dalam perniagaan . Ayat azimat menyerupai tulisan Arab akan digantung di pintu kedai mamak ini.

Jika anda hendak bernazar menyembelih seekor kambing , anda bolehlah berjumpa dengan pengurus surau yang terletak di tepi makam Sultan Ariffeen ini dengan menyerahkan sejumlah wang tertentu.

Untuk bernazar, anda perlu berzikir atau membaca surah Yassin di tepi makam. Kononnya doa akan dimakbulkan oleh Allah berkat kekeramatan Sultan Zainal Ariffeen ini.

Selain keramat Sultan Zainal Ariffin , ada lagi :

Perigi di Kaki Pulau
Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
Batu Tengkorak
Pokok Disula
Tasik Biawak
Batu Belah
Keramat Masin Tawar
Istana Bunian
Perkampungan Bunian
Tasik Bunian
Gua Yunus
Keramat Ular
Makam Nenek Kebayan
Perigi Tempayan Pecah
Makam Tok Janggut
Makam Tujuh Beradik
Makam Seribu
Makam Nisan Satu
Perigi Nenek Musallimah
Tapak Kaki Sultan Arifeen
Makam Sultan Ariffeen
Makam Syarifah Rodziah
Batu Lesung

Makam Sultanul Aarifeen
Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Aarifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.

BERSAMBUNG....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2006 11:42 AM | Show all posts
Tapak kaki Sultan Ariffeen
Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultan Ariffeen. Tapak kaki yang kelihatan di gambar adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak kaki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.

Perigi di Kaki pulau
Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Batu belayar
Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ianya terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di pulau ini.

Dipercayai batu ini juga digunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini.

Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di pulau ini. Ianya terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.

Batu Tengkorak
Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Keramat Masin Tawar
Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.

Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.

Istana Bunian
Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.

Perkampungan bunian
Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.

Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.

Pokok disula
Pokok ini terletak di kelab golf. Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih sedang bercengkarama di bawah pokok ini. Maka di atas keterlanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula di bawah pokok tersebut.

Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.

Pokok biawak
Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya.

Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia.

Batu Belah
Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.

Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.

Gua Yunus
Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat untuk bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya terletak di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.

Keramat Ular
Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.

Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

Makam Nisan Satu
Makam ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ianya dipercayai makam seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan umur 18-19 tahun yang sangat kacak dan tampan. Namanya tidak dapat dikenalpasti.

Perigi Nenek Musallimah
Dipercayai nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar ini. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga. Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Chalet 007.

Makam Syarifah Rodziah
Dipercayai Syarifah Rodziah juga adalah antara keturunan Sultan Arifeen. Beliau seorang wanita yang cantik. Beliau juga sangat taat kepada ajaran Islam sehingga di saat-saat akhir hidup beliau, beliau telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyendiri, berwirid dan berzikir.

Akhirnya apabila beliau meninggal dunia , beliau telah dikebumikan di bahagian hadapan makam Sultan Arifeen.

Batu Lesung
Batu Lesung atau Batu Putih ini merupakan satu batu yang berbentuk seakan-akan lesung. Untuk sampai ke Batu Lesung, orang ramai terpaksa melalui kawasan batu karang ketika air laut surut sepertimana yang terdapat di dalam gambar.

Manakala ketika air laut pasang, orang ramai terpaksa meredah air laut untuk sampai ke Batu Lesung ini. Ianya terletak di tengah-tengah laut. Dikatakan bahawa pokok yang terdapat di tengah-tengah batu lesung tetap sama saiznya walau pun telah bertahun-tahun lamanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:43 AM | Show all posts
Yg pasti kalau kena hantar berkursus ke pulau nie sure ifa mengelak huhuhu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2006 11:44 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 11:46 AM | Show all posts

Reply #8 razifah's post

nape pulak?? tak best ker kat pulau nie hari2 boleh makan kari kambing free....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by rammad25 at 10-10-2006 11:46 AM
nape pulak?? tak best ker kat pulau nie hari2 boleh makan kari kambing free....


Iskhhh,...tak berselera kawan...huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 12:20 PM | Show all posts
kt keliling pulau besau ni byk air pusar
kalo korg pasan mayb tiap tahun ade jek kematian bot karam kt area2 situ
yg plg jelas nk npk ialah air pusar kt jeti tu
time tu ikot pakcik aku jln2 kt jeti dlm jam 10 mlm
nmpk air pusar bsr gilos

scari wooo pulau besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 12:22 PM | Show all posts

Reply #12 Ax's post

betul ker... dulu aku pergi tak sempat nak tengok suma...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by rammad25 at 10-10-2006 12:22 PM
betul ker... dulu aku pergi tak sempat nak tengok suma...


dlm thn 97 kot time tu
skrg tatau ar
xnak pegi pon
hehehehhehe

ketakotan
nak2 cite yg bot karam thn lps ke 2 thn lps kt sini
huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 12:29 PM | Show all posts

Reply #14 Ax's post

ada jugak aku dengar konon bot yg bawak arak & babi nie karam....

dulu masa aku nak feri risau jugak...
jejak jer kat jetty akulah org terawal kluar ....seriau....

[ Last edited by  rammad25 at 10-10-2006 03:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 12:47 PM | Show all posts
aiseh..xpnh pegila pulau besar tu..xde sape nk bawak..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2006 12:51 PM | Show all posts

Reply #16 pandapenyek's post

kesian panda...

kalau takde sapa nak bawak, kau berenang jer pi sana....

cuti raya nanti kau pilah.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:23 PM | Show all posts
ifa kau kutuk-kutuk pulau besar...nnti ada yang marah tau
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:25 PM | Show all posts
untuk makluman kubur 7 beradik tu dh tak ada lagi... kanopi dan segala macam semua dah kena roboh termasuk papan tanda skali...yang tinggal sisa2 aje...tu masa aku p tak silap bulan 3 ari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by ainnia at 10-10-2006 03:23 PM
ifa kau kutuk-kutuk pulau besar...nnti ada yang marah tau


hehehehe....memang tak bole ckp sebarang....nasib baik ko ingatkan...:pray:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074025 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list