Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
22273
View
111
Reply

PENAMBAHBAIKAN ISLAMIK BANK DI MALAYSIA

[Copy link]

Author: shahgti       Show all posts   Read mode

Post time 15-4-2008 03:01 PM | Show all posts

Reply #9 shahgti's post

hidupla ko dlm riba
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 03:11 PM | Show all posts

Reply #13 shahgti's post

[Quote]Bank Islam ada akad, di mana pembeli dan penjual sharusnya sign dan bersalam tanda setuju utk beli dan jual{Quote]

Ni pendapat yg dangkal..tak semestinya akad tu bersalam2an..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 27-4-2007 12:24 PM


hmmm.....i'm not encourage. look at thread title. As pengguna don't be so naive kalau depan mata sudah nampak diri nak kena slaughter oleh so call 'islamic banking' lagi mau serah tengkuk? pe ...


tak tau pegila belajar..jgn pandai cakap je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 03:16 PM | Show all posts

Reply #23 mat403's post

tu bukan kelakar,masalahnya skrg ni x ramai yg specialize buat documentation for Islamic loan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 05:46 PM | Show all posts
pada pendapat hakku...islamic bank(tak seasuai rasanya panggil loan) hanya sesuai untuk rumah dah siap....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 06:34 AM | Show all posts
Originally posted by mamakcool at 16-4-2008 05:46 PM
pada pendapat hakku...islamic bank(tak seasuai rasanya panggil loan) hanya sesuai untuk rumah dah siap....



Banyak bank Islam tak patuhi syarak

KEBANYAKAN institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan sistem perbankan Islam di seluruh dunia tidak mematuhi prosedur dan ketetapan hukum syarak.

Presiden Majlis Am bagi Bank dan Institusi Kewangan Islam, Datuk Seri Sheikh Saleh A Kamel, berkata perbuatan sedemikian boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara Islam yang kebanyakan rakyatnya masih berada di bawah paras kemiskinan.

Beliau yang juga Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Islam, berkata hasil pemantauan pihaknya mendapati kira-kira 350 bank di 75 negara di seluruh dunia menggunakan prosedur yang kononnya berlandaskan sistem perbankan Islam tetapi sebenarnya tidak.

Apa yang membimbangkan kita ialah daripada jumlah itu, ada 120 bank yang beroperasi dalam negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Perkara ini amat membimbangkan kerana ia mampu menjejaskan industri kewangan Islam, seterusnya menggagalkan usaha negara OIC untuk mempromosi sistem perbankan Islam.

Kita kini sedang menghubungi semua bank terbabit dan meminta mereka memperbetulkan dasar dan prosedur digunakan. Jika mereka enggan (berbuat demikian), kita akan dedahkan nama bank berkenaan,
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 06:36 AM | Show all posts
Perbankan Isle di Malaysia cekik darah... belajarlah dari negara Islam lain


SM Mohamed Idris
Fri | Apr 04, 08 | 11:24:19 am MYT  

Diarah membayar RM505,368.54, apabila bank hanya membayar RM10,000. Lebih malang beliau diarah membayar RM505,368.54 (sama dengan keuntungan berserta dengan jumlah yang dibahagikan kepada pemaju) dan lebih daripada itu, kos guaman pula mencecah sehingga RM17,450! Semua ini adalah kepada bayaran sebanyak RM10,000 yang telah dibuat oleh bank kepada pemaju projek yang gagal itu. Ini berlaku kepada peminjam-pinjaman perumahan sebuah perbankan Islam.

Ini adalah kisah benar. Abdul (bukan nama sebenar) memutus untuk memiliki sebuah kondominium pilihan keluarganya pada tahun 1997 melalui pembiayaan kewangan Islam. Abdul ketika itu merupakan seorang eksekutif muda yang berusia 31 tahun dan baru sahaja menaiki tangga kejayaan dalam kariernya selepas menamatkan pengajian daripada Universiti Islam Antarabangsa enam tahun yang lalu.

Abdul yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan berlatar belakang dalam Ekonomi Islam ini, hendak memastikan dapat membeli kondominium untuk didiami oleh keluarganya.

Baginya, pembelian ini hendaklah bebas daripada sebarang riba yang dilarang dalam kepercayaan Islam. Memandangkan pembiayaan rumah cara konvensional ini dikenakan riba, dia memutus untuk membiayai pembelian rumahnya dengan menggunakan prinsip pembiyaan al-bay bithaman ajil (BBA) yang ditawarkan oleh bank terbabit.

Harga pasaran kondominium yang dibeli oleh Abdul disenaraikan sebanyak RM249,500 oleh pemaju. Kondominium berkenaan masih dalam pembinaan. Dalam kontrak, bank berkenaan sepatutnya membeli semula rumah tersebut daripada Abdul dan menjual semula kepadanya dengan harga RM744,766.34.

Bunyinya mungkin agak pelik. Kenapa pula seseorang itu perlu menjual dengan harga RM249,500 dan membeli kembali barangan yang sama pada hari yang sama dengan harga RM 744,766.34, dengan memberikan keuntungan kepada pihak yang lain.

Alasannya adalah, Abdul diberikan 30 tahun untuk membayar balik secara bulanan sebanyak RM1,013.73 (dengan perbezaan dalam sen) untuk tiga tahun pertama (2.71%) dan RM2,186.04 bulanan untuk 27 tahun yang seterusnya.

Ini memberikan kadar faedah tahunan sebanyak 8.4 peratus. Konsep membeli sebuah aset dan menjual semula kepada orang sama dikenali sebagi bay al-inah.

Tetapi bagaimana pula Abdul memperoleh rumah sebelum menjualnya kepada pihak bank? Lagipun ketika itu ketara yang Abdul sedang mencari pembiaya sewaktu kondominiumnya masih lagi dalam pembinaannya. Ya, sudah tentu bank berkenaan menyediakan kewangan dengan memberikan wang secara berperingkat memandangkan rumah berkenaan masih dalam pembinaan.

Dalam sistem konvensional agak jelas bahawa apabila pihak bank mula menyalurkan bayaran kepada pemaju, faedah akan dikenakan mengikut perkembangan bayaran yang dibuat.

Namun begitu, dalam konsep BBA, dua kontrak jual terlibat. Walaupun jelas bank membiayai pembiayaan kondominium berkenaan, pelanggan perlu menjual aset berkenaan kepada bank sebelum membelinya kembali di bawah konsep inah.

Konsep inah ini dianggap sebagai tidak Islamik oleh kebanyakkan ulama Timur Tengah. Kerana walaupun ia melibatkan dua kontrak jualan, ia secara asasnya merupakan kontrak pinjaman yang mempunyai tujuan. Namun, konsep ini diiktriaf oleh kebanyakkan ulama Syariah di Malaysia. Walau bagaimanapun, dibawah konsep inah, masalah yang sedia ada boleh menjadi lebih teruk lagi.

Kes Abdul ini terjadi sewaktu Asia Tenggara dilanda krisis ekonomi, telah menyebabkan projek kondominum berkenaan tergendala dan terbiar. Pemaju berkenaan pula menghilang diri entah ke mana. Ketika itu, hanya kerja-kerja asas sahaja yang dijalankan di tapak projek berkenaan dan pihak bank telah pun mengeluarkan RM10,000 kepada pemaju. Abdul dan pembeli-pembeli lain kerap mengunjungi tapak pembinaan dengan harapan untuk melihat pemaju menyambung semula kerja pembinaan tetapi kecewa.

Akhirnya, selepas putus asa, Abdul bertemu pihak bank dan memaklumkan situasi yang dialaminya. Dia menawarkan untuk membayar bank RM10,000 yang telah pun dibayar oleh bank kepada pemaju.

Dia menganggap bahawa dia sedang 'menolong' pihak bank dengan membayar kembali jumlah bayaran berkenaan, lagipun dia berpendapat bahawa bank sepatutnya memberikan sebuah rumah kepadanya tetapi gagal berbuat sedemikian.

Mmandangkan kewangan Islamik berasaskan kepada prinsip ekuiti bukankah bank menangggung kerugian ini, fikirnya.

Tetapi apa yang lebih menakutkannya adalah, dia dimaklumkan yang dia berhutang dengan bank lebih daripada apa yang perlu diberikan kepadanya. Dalam surat peguam yang dihantar kepadanya pada 2005, memintanya untuk membayar jumlah penuh sebanyak RM505,368.54 (sama dengan keuntungan bank berserta dengan jumlah yang dibahagikan kepada pemaju) sebelum 20 Mei 2005. Dan lebih daripada itu, kos guaman pula mencecah sehingga RM17,450! Semua ini adalah kepada bayaran sebanyak RM10, 000 yang telah dibuat oleh bank kepada pemaju projek yang gagal itu.

Abdul pergi mendapatkan bantuan daripada Bank Negara dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun hampa. Dia dimaklumkan yang dia telah membuat pinjaman dan untuk itu dia perlu beertanggungjawab sepenuhnya ke atasnya pinjaman tersebut.

Abdul membantah kerana dia dilayan dengan tidak adil disebabkan dia diminta untuk membayar sehingga setengah juta ringgit tanpa sebab dan ini baginya adalah tidak Islamik langsung. Pihak bank pula mengenepikan hujah mengatakan bahawa kaedah pembiayaan pihak bank disokong oleh majlis Syariah yang telah meluluskan konsep BBA sebagai Islamik berdasarkan kepada ketetapan Syariah itu sendiri.

Abdul masih 'berjuang' dalam kesnya dan telah diminta hadir ke mahkamah. Dalam pada itu, namanya telah disenarai hitam sehinggakan sukar untuknya mendapatkan pembiayaan pinjaman daripada pihak bank lain untuk membeli sebuah rumah kepada keluarga tersayangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 06:37 AM | Show all posts
Terganggu akibat kegagalan membeli rumah untuk keluarganya dan pada masa yang sama terlibat dalam masalah kewangan dan undang-undang, Abdul nekad untuk meneruskan kehidupan ini, serta menolak sama sekali untuk melihat semua ini sebagai sesuatu yang adil dan patuh kepada ajaran agamanya.

Memandangkan kontrak Islamik ini adalah kontrak jual yang turut mengambil kira keuntungan, seseorang pelanggan boleh sekiranya gagal, berhutang dengan jumlah yang tinggi daripada jumlah yang dipinjam.

Sebagai contohnya, dalam kes Abdul ini, pembiayaan kewangan yang asal ialah sebanyak RM249,500 tetapi dia diminta untuk dibayar sebanyak RM505,368.54 kerana 'gagal'. Perkara seperti ini tidak akan terjadi dibawah sistem pembiayaan konvensional. Pelanggan tidak akan berhutang lebih daripada pinjaman asal, dalam apa jua keadaan sekalipun sehingga pinjaman berkenaan habis dibayar.

Persamaan dalam kes ini ialah apabila seseorang gagal membayar dalam masa yang ditetapkan, contohnya, selepas rumah berkenaan telah siap dibina.

Sebagai contoh, dalam kes di atas, katakan Abdul gagal membayar pada tahun ketiga. Jadi, diangggarkan bayaran bulanan ialah RM2,186.04 untuk 27 tahun yang akan datang, dibawah skim BBA, dia berhutang pinjaman penuh tersebut, RM708,276.96 (RM2,186.04 x 27 x 12).

Di bawah pembiayaan kewangan konvensional, jumlah yang dihutang bukan jumlah keseluruhan tetapi nilai semasa ketika itu, jumlah termasuk faedah yang dikenakan untuk 27 tahun. APR sebanyak 10.63 peratus, jumlah ini hanyalah sebanyak RM232,658.29. Lihatlah perbezaan yang ketara antara kedua-dua skim ini.

Disebabkan perbezaan ini, Bank Islam secara 'moral' mewajibkan untuk memberikan potongan untuk penebusan walaupun potongan sedemikian tidak boleh dinyatakan dalam kontrak, sebaliknya menjadi kontrak yang bukan menurut Syariah.

Inilah yang menjadi isu dalam kes Zulkiffli Abdullah lawan Affin Bank. Apabila Zulkiffli gagal untuk membayar jumlah yang dihutang walaupun rumah tersebut akan dijual pada bulan Mac, dia terpaksa juga membayar jumlah hutangnya.

Maka, satu masalah utama dalam BBA ialah harga jualan sesebuah rumah itu tidak menggambarkan harga pasaran rumah tersebut - sebuah masalah yang berpotensi dalam kes kegagalan membayar harga rumah. Tetapi di bawah sistem pembiayaan kewangan konvensional, baki tidak akan melebihi harga rumah yang sebenar.

Untuk mengurangkan masalah ini, satu lagi skim perumahan yang relatif kini ditawarkan kepada pembeli. Konsep Musharakah Mutanaqisah (MM). MM ialah skim kontrak perkongsian yang melibatkan pulangan rendah.

Dalam hal ini, pihak bank dan pembeli akan memiliki bersama-sama rumah tersebut. Jadi, pembeli akan membayar sewa yang berpatutan ke atas rumah/harta tersebut.

Memandangkan rumah tersebut dimiliki secara bersama-sama maka bahagian penyewaan ditanggung oleh pihak pembeli itu sendiri. Penyewaan ini akan menebus pemilikian bank terhadap rumah tersebut, sekali gus meningkatkan hak pemilikan rumah dalam kalangan pembeli tersebut.

Pemilikan hak pembeli akan meningkat secara berperingkat-peringkat apabila bayaran sewa bulanan dibuat dengan tetap dan apabila telah mencapai nisbah 100%, pembeli akan memiliki sepenuhnya hak ke atas rumah berkenaan. Tambahan lagi, bayaran bulanan boleh dibayar lebih daripada apa yang ditetapkan untuk menebus hak pemilikan rumah dengan cepat.

Pihak bank lebih tertarik kepada konsep MM kerana formula matematik sama dengan formula konsep pembiayaan konvesional. Maka, untuk kadar faedah yang sama, konvensional dan MM memberikan penebusan yang sama termasuk jadual pembayaran baki mengikut masa yang dikehendaki. Tidak seperti BBA, baki pembiayaan dibawah MM tidak akan melebihi jumlah asal yang telah dipinjam.

Namun, pihak bank akan menggantikan kadar sewa yang perlu dibayar di bawah konsep MM dengan kadar faedah! Ini kerana mereka tidak mahu mengambil risiko dengan menyewa atau harga rumah naik turun.

Tambahan lagi, sumber kewangan mereka juga terikat dengan kadar faedah pasaran. Tetapi menggantikan harga sewa dengan kadar faedah akan memberikan MM sama dengan konsep pembiayaan konvensional dengan bezanya hanyalah pada pemilikan rumah tersebut.

Maka, pembeli beragama Islam yang ingin memastikan konsep pembiayaan rumah adalah benar-benar Islamik perlu mendesak untuk menggunakan kadar sewa dan bukannya kadar faedah.

Satu isu yang amat berat dibincangkan dalam pembiayaan Islamik (dan juga dalam konsep konvensional) ialah isu yang melibatkan bagaimana duit dihasilkan oleh bank konvensional dan Islam.

Semua bank komersiol menghasilkan wang apabila mereka memberikan pinjaman atau pembiayaan. Sebagai contohnya, apabila bank Islam membiayai sebuah rumah yang berharga RM250,000, ia hanya menghasilkan wang melalui akaun semata-mata. Duit pendeposit tidak akan ditolak apabila RM250,000 itu dibayar oleh pihak bank kepada pembeli ataupun pemaju.

Inilah simpanan kecil namanya. Di Malaysia, untuk setiap pendepositan RM1 dalam bank, sistem bank boleh menwujudkan 24 ringgit pinjaman atau duit baru (menggambil kira simpanan berkanun yang memerlukan 4 peratus), bersamaan untuk setiap pendepositan RM1 juta, RM24 juta yang baru dan praktikal menghasilkan kuasa membeli secara 'percuma'.

Sudah tentu ini akan mewujudkan inflasi.Kebanyakan inflasi dalam ekonomi disebabkan penghasilan wang secara percuma, berbanding dengan kekurangan bekalan. Inflasi pnghasilan wang baru ini akan mengakibatkan cukai ke atas orang ramai dengan merampas kuasa membeli simpanan mereka. Namun, ulama Syariah hanya mendiamkan diri, tiada berkata apa-apa tentang penghasilan wang ini. Penghasilan wang baru ini sudah tentu seperti mencuri kekayaan negara.

Jika seseorang meminjam RM1,000 pada kadar faedah 10 peratus, orang tersebut perlu memulangkan kembali sebanyak RM1,100. Kadar faedah yang dikenakan sebanyak RM100 dikatakan sebagai riba atau memakan riba yang telah ditetapkan terlebih dahulu, diperolehi tanpa mengambil apa-apa risiko.

Tetapi bagaimana jika RM1,000 itu tidak menghasilkan apa-apa? Ia juga bukan menghasilkan kuasa pembeli yang percuma tanpa risiko 'negatif'? Malah, jika 10 kali ganda kadar faedah, bukankah ini dianggap sebagai riba yang hebat?

Oleh itu, menjalankan pembiayaan Islamik ini termasuk Musharakah Mutanaqisah, dengan wang yang dihasilkan secara percuma oleh sistem bank ini harus dipersoalkan.

Sesungguhnya, tidak nampak keislamikan dalam hal ini.

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-4-2008 06:37 AM
Terganggu akibat kegagalan membeli rumah untuk keluarganya dan pada masa yang sama terlibat dalam masalah kewangan dan undang-undang, Abdul nekad untuk meneruskan kehidupan ini, serta menolak sam ...


Aku pernah membaca satu kes mahkamah tahun lepas dlm akhbar yg pengadu melawan bank yg meminta beliau membayar jumlah penuh (harga jualan rumah + keuntungan slps 30 tahun) di bawah pembiayaan islamik selepas pengadu gagal membuat bayaran bulanan selepas tahun ketiga (klu tk silap). Dlm kes ini rumah sudah siap dan diduduki oleh pengadu tetapi pengadu gagal meneruskan bayaran bulanan akibat masalh kewangan.

*Semua angka RM adalah contoh sebab saya dah lupa angka sebenar.
Sebenarnya pengadu memohon pembiayaan berjumlah (harga rumah + keuntungan bank 30 tahun ) RM400 000. telah pun membayar secara bulanan spt biasa selama 2 tahun berjumlah (sbg contoh) RM 24 000 , slps menghadapi masalah utk meneruskna bayaran bulanan pengadu membuat bayaran lagi (contoh) sbnyak RM50 000 dari wang simpanan bermakna pengadu telah pun membayar RM 74 000.

Kemudian rumah dilelong pada tahun ke 5 dgn harga pasaran berjumlah RM250 000, yang bermakna bank sudah memperolehi RM324 000 pada tahun ke 5. Pengadu berpendapat beliau tidak perlu membayar apa2 lai kepada bank malah mengaharapkan bank membayar lebihan semula kepadanya. Malangnya bank meminta baki (400 000 - 324 000) iaitu RM 76 000 lagi. Jadi pengadu menentang dan membawa kes ke mahkamah.

berita tersebut melaporkan pengadu berjaya dan mahkamah menyatakn pengadu tidak perlu membayar baki 25 tahun dan mengarahkan bank mmembayar lebihan semula....

pengadu memohon pembiayaan semasa beliau bekerja di bank tersebut......

Kes diatas adalah benar, saya harap sesiapa yg pernah membaca kes ni dapat memberi rspon.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-4-2008 11:26 PM | Show all posts
itulah akibatnya bila perbankan islam ala malaysia dilaksanakan secara tidak teliti tanpa roh islam itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 23-4-2008 11:26 PM
itulah akibatnya bila perbankan islam ala malaysia dilaksanakan secara tidak teliti tanpa roh islam itu sendiri.





setuju sanagt
sofar interst bank islam yang pling tinggi baik loan kete atau rumah.
ala kalu pakai bank biasa pun boleh aper kita akat. x ada masalahl la
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 05:43 AM | Show all posts
Upp....... boleh bincang lg pasal ni utk penambah-baikan sistem bank di Msia nih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 05:59 AM | Show all posts
sistem perbankan islam yg dok ada hari ni sekadar permainan tukar istilah Arab & akad bunyi Arab saja...  Harian Metro itu hari mendedahkan kegiatan Ah Long-Ah Long yg memperkenalkan kaedah akad syariah (kaedah Bai Al Inah) utk produk2 mrk bagi memenuhi keperluan umat islam yg gagal meminjam di Bank (kerana masalah CCRIS & CTOS). tetapi perbuatan Ah Long-Ah Long ini telah dinyatakan haram oleh mufti2. walhal mrk menggunakan istilah & akad yg sama digunakan oleh islamik banking. ironinya semua setuju dgn pdpt mufti krn berpendapat bhw kadar bunga/profit yg dikenakan oleh Ah Long adalah sgt menindas & zalim wlpn mrk menggunakan kaedah akad cara islam.  konklusinya, kaedah akad cara islam tdk menghalalkan cara.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 06:24 AM | Show all posts
Artikel Dr Asri  http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm&arc=hive:
Sehingga jangan nanti panel-panel syariah bank hanya cekap meluluskan produk-produk bank atas nama Islam, namun tidak memikir soal roh keadilan dan kebebasan dari unsur penindasan ekonomi ke atas pengguna yang merupakan cabang dari akhlak Islam. Maka ramai mulai terasa seseteng...ah produk perbankan Islam lebih membebankan berbanding konvensional.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 09:30 AM | Show all posts
So kalau nak wat loan rumah sekrang yg islamic punya ... bank mana yg rate dia paling rendah ? Bank Rakyat ko ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 10:53 AM | Show all posts
sistem perbankan islam yg dok ada hari ni sekadar permainan tukar istilah Arab & akad bunyi Arab saja...  Harian Metro itu hari mendedahkan kegiatan Ah Long-Ah Long yg memperkenalkan kaedah akad syari ...
tobby Post at 17-3-2010 05:59


jika kaedah akad cara islam tdk menghalalkan cara, apakah praktis islamic banking hari ini HALAL?
apabila bank tersebut mengenakan interest/profit yg tinggi?
interest/profit manakah yg HALAL dan yg mana HARAM?
walhal rate (BFR) yg digunakan sama saja dgn konvensional (BLR)?
so apa beza islamic dgn konvensional jika interest/profit menjadi kayu pengukur HALAL@HARAM?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 05:49 PM | Show all posts
So kalau nak wat loan rumah sekrang yg islamic punya ... bank mana yg rate dia paling rendah ? Bank Rakyat ko ?
Jesse_Mccartney Post at 17-3-2010 09:30


bank persatuan & bank rakyat.  kita mesti pileyy.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 06:01 PM | Show all posts
jika kaedah akad cara islam tdk menghalalkan cara, apakah praktis islamic banking hari ini HALAL?
apabila bank tersebut mengenakan interest/profit yg tinggi?
interest/profit manakah yg HALAL dan ...
putragold Post at 17-3-2010 10:53


adakah bila Ah Long- Ah Long pun memperkenalkan akad syariah maka urus niaga mrk menjadi halal.  klu baca Harian Metro itu hari antara komen yg disebut oleh orang2 agama "Ah Long berselindung disebalik akad islamik sedangkan mereka menindas masyarakat dengan beban hutang yang melampau".  So konklusi dari komen mufti & orang2 agama terhadap manipulasi oleh Ah Long ni bermaksud putar belit akad semata2 tak menjamin benda tu otomatik halal walaupun akadnya islamik. islam itu agama yg rasional. klu islam agama tak rasional nescaya 'bank islam' letak profit 30% mcm Ah Long pun tetap halal juga. Kesan yg mhimpit masyarakat 'ustaz2 bank' tak peduli.  ibarat kata pak Arab kat oversea "you want helal? we give you helal !".
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:07 AM | Show all posts
tu la sy pon berpendapat camni....sistem konvensional tp bunge tukar jadi untung...bile sy ckp camni ada yg memberi komen sy kafir coz ckp sistem perbankan islam m'sia xbetol.....then ade plak ckp mesti la btol, kan kite ade Majlis Pengawasan Syariah MPS??????
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 12:14 AM | Show all posts
tu la sy pon berpendapat camni....sistem konvensional tp bunge tukar jadi untung...bile sy ckp camni ada yg memberi komen sy kafir coz ckp sistem perbankan islam m'sia xbetol.....then ade plak ckp mes ...
chenta_dewi Post at 25-3-2010 02:07


menegur parti islam or parti melayu islam pun tdk menjadikan kita kafir. inikan pulak menegur bank islam.  Ah Long pun dah pandai mengguna-pakai akad islam dlm pakejnya utk memikat peminjam muslim, so adakah kita tak boleh tegur? adakah persatuan2 pengguna tak boleh tegur?  cuba tgk kes 'org tabligh' mgunakan 'islam' utk kahwin dg budak bwh umur dgn alasan nak tiru Nabi. itulah jdnya bila wujudnya 'ustaz' yg memusuhi akal rasional sehingga menyebabkan org melihat islam sbg agama yg pelik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084210s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list