CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chep

Kuih Tradisional Sarawak...

[Copy link]
Post time 5-2-2008 05:07 PM | Show all posts
tepung
garam
air
minyak utk menggoreng

ya ajak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 08:10 AM | Show all posts


wah lengkapnya juak resepi katak ya
tepung sekilo
garam setengah kilo
air 15 liter
minyak sekilo setengah

campo
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:28 AM | Show all posts
gorengkn tepung, garam, air alu jd tumpik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2008 02:55 PM | Show all posts

Reply #160 buDak_gaTaL's post

nak madah pandey sik juak laa... ado wak ikit...


ado malam?

ado wak ikit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2008 02:56 PM | Show all posts

Reply #161 katak hijau's post

sikda makey minyak sapi indah ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2008 02:56 PM | Show all posts

Reply #162 buDak_gaTaL's post

hmm.. masokkan seketul mouse dgn speaker dan kacau hingga rata...

[ Last edited by  chep at 7-2-2008 02:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2008 05:39 PM | Show all posts
tumpik nok makei tepung lemantak + nyiur parut,nyaman juak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 09:34 AM | Show all posts
Sempena nak puasa.. jom lah share kuih tradisional di sarawak..


Keenakan Takir menggamit selera




Siapa pun akan jatuh cinta dengan keenakan kuih Takir yang enak ini.  Dengan tekturnya yang lembut dan gabungan rasa manis, masin dan lemak, kuih tradisi ini memang berada di kelasnya yang tersendiri.

Tambahan pula sukar untuk menemui kuih ini di mana-mana berbanding kuih tradisional Sarawak yang lain.  Ini mungkin kerana proses pembuatannya lebih sukar dan memerlukan kepakaran khas, terutama untuk menyiapkan ‘perahu’ atau kelonsong kuih ini.

Bagi Tina Bujang, 46, dari Bandar Baru Samariang, kuih Takir menjadi sumber rezekinya setiap hari.  Bak kata pepatah lama ‘alah bisa tegal biasa’, membuat kuih Takir sudah menjadi  sesuatu yang biasa bagi beliau.

Menurut Tina, beliau mewaris kemahiran membuat kuih ini daripada ibu beliau yang sememangnya pakar di dalam pembuatan kuih-kuih tradisional Sarawak.

“Bahan-bahan kuih ini tidaklah banyak, cuma perlukan gula apong, pati santan, tepung beras dan garam,” kata Tina.

Adunan kuih ini perlu  dimasak terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kelongsong dan kemudian dikukus.

“Walaupun nampak mudah namun orang yang belum pernah membuat kuih ini pastinya akan menghadapi kesukaran untuk menghasilkan ‘perahu’  kerana inilah yang menjadikan kuih Takir kelihatan istimewa dan lain daripada kuih tradisional lain,” tambah Tina.

‘Perahu’ Takir ini dihasilkan daripada daun apong (dialek tempatan) atau daun nipah.  Keharuman daun akan terkeluar apabila dikukus dan ini memberi aroma tersendiri untuk kuih Takir.

Bagi Tina, beliau lebih suka mencari sendiri daun ini di hutan berhampiran Sungai Batu, tidak jauh dari jambatan Santubong, kerana mahukan daun yang segar dan lebar saiznya.

Kata beliau, saiz dan kesegaran daun penting demi menjaga kualiti kuih Takir dari air tangan beliau.

“Kadang-kadang bila tidak larat, saya beli daun ini tetapi kebiasaannya daun tersebut lebih kecil saiznya.  Bila dibuat ‘perahu’, saiznya kecil.  Saya tak sampai hati nak menjual jika saiznya tak sama dengan yang biasa saya jual,” kata Tini.

Takir buatan Tini dijual dengan harga 50 sen sebiji dan biasanya dijual secara atas talian kerana beliau tidak larat untuk berjual di gerai.

Sehingga kini permintaan terhadap kuih Takir ini sentiasa lumayan sehingga beliau tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan.

Malah beliau menjangkakan kesibukan memanjang sepanjang bulan puasa ini nanti kerana ramai pengusaha gerai sudah menempah Takirnya untuk dijual sebagai juadah enak untuk berbuka puasa.

Oleh HAINI DARANI

kredit : https://www.utusansarawak.com.my/?p=22628
09 April 2021
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2021 08:04 AM | Show all posts
Dulu pergi sarawak teringin sangat nak makan kuih ni tapi tak jumpa. Next time pergi, nak cari


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:50 AM | Show all posts
siputpepel replied at 11-4-2021 12:04 AM
Dulu pergi sarawak teringin sangat nak makan kuih ni tapi tak jumpa. Next time pergi, nak cari

bazar tak buka.. rasa nak makan kena buat sendiri..Kuih Selorot
Bekas corong - Guna daun nipah muda yg di lilit dan di semat di hujungnyer.bwh corong tu lapit dgn daun nipah yg di potong ikut saiz corong.
Bahan2
2cwn tepung beras
3cwn santan pekat
4cwn santan cair.(sy guna santan kotak)
1cwn gula agong
1½ gula pasir(klu x nk manis,kurgkn)
Cara-Cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  • kacau sampai sebati(guna api perlahan)sampai adunan likat(jangan sampai keras )
  • Susun corong dlm bekas(saya guna cawan) untuk elakkan corong rebah.
  • tuang adunan tadi,ke dalam corong..
  • Masukkan dlm pengukus…
kukus dlm 30 minit.siap.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:26 AM | Show all posts
Vellfire replied at 12-4-2021 09:50 AM
bazar tak buka.. rasa nak makan kena buat sendiri..Kuih Selorot Bekas corong - Guna daun nipah mud ...

thank you for the recipe. mudah je ye resepinya. tapi belum pernah jumpa kuih ni dekat sini

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 11:01 AM | Show all posts
siputpepel replied at 12-4-2021 02:26 AM
thank you for the recipe. mudah je ye resepinya. tapi belum pernah jumpa kuih ni dekat sini
...

1st time buat ni memang akan fail keras skit tak lembik.. kali kedua buat baru ok

ramai org swk kat semenanjung kot2 ader yang jual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065659 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list