CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37723|Reply: 214

[MERGED] Faisal Tehrani

[Copy link]
Post time 3-6-2005 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Penulis muda lebih menonjol - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2004

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kesediaan penulis-penulis muda dalam merobah landskap dunia kesusasteraan tanah air semakin besar gelombangnya dengan penghasilan karya di luar daripada pemikiran biasa. Keberanian meneroka dimensi baru melalui ketajaman pemikiran menjadikan karya-karya ini sebagai pencetus keunggulan pembangunan dunia sastera moden terutamanya sastera remaja.

Pendedahan luas kepada isu semasa antarabangsa menjadikan sebilangan penulis muda berjaya keluar daripada klise dunia penulisan yang mereka warisi. Mereka masih bercerita tentang dunia remaja, tentang cinta dan kehidupan yang lara dan bahagia, alam dan manusia, tetapi dengan pendekatan yang jauh berbeza dengan apa yang pernah ditampilkan oleh generasi sebelumnya.

Situasi ini menjadikan karya tersebut menjadi lebih segar-bugar dan mewakili zaman di mana seseorang penulis itu berada. Keadaan ini juga berjaya dikesan dalam penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2004.

Panel hakim mengangkat karya penulis muda, Faisal Tehrani menerusi novel Advencer Si Peniup Ney sebagai hadiah utama kategori novel remaja. Sementara Detektif Indigo yang juga karya Faisal memenangi tempat kedua kategori yang sama.

Untuk kategori cerpen remaja pula, cerpen Anak Penggunting Rambut karya Nor Hidayah Asari dipilih sebagai pemenang pertama, Segala Yang Tercinta Ada Di Sana (Zainal Rashid Ahmad) di tempat kedua dan Telah Dicipta Perempuan (Siti Hajar Mohd. Zaki) tempat ketiga.

Menurut laporan panel hakim, pendedahan kepada naratif antarabangsa yang semakin meningkat di kalangan penulis remaja telah menyumbang kepada kemantapan sastera remaja tanah air terutamanya dalam genre novel.

Pemenang-pemenang anugerah pada kali ini telah menterjemahkan bahawa dengan hasil bacaan teks, pengembaraan ke luar negara, layaran Internet serta hubungan yang erat dengan dunia kesusasteraan di luar Malaysia, memungkinkan mereka membuat eksplorasi yang lebih jauh terhadap seni dan naratif dalam karya yang dihasilkan.

Panel hakim terdiri daripada Datuk Dr. Anwar Ridhwan, Dr. Amida @ Hamidah Abdul Hamid, Arbak Othman, Mohamad Saleeh Rahamad dan Faziah Sulaiman.

Faisal antara penulis muda yang dianggap berani meneroka ke dunia yang berbeza setiap kali menghasilkan karya baru. Pengembaraan penulis muda prolifik ini menjangkau pemikiran biasa khalayak, seterusnya membina gaya penulisan tersendiri.

Tidak hairanlah namanya dianggap sebagai `pelanggan' pelbagai majlis anugerah penulisan yang dianjurkan terutamanya Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil.

Tahun 2002 lalu novel 1515 karya Faisal memenangi anugerah utama sementara 2003 sekuelnya, 1515H (Kombat) juga dipilih sebagai pemenang pertama kategori yang sama.

Panel hakim merumuskan kebanyakan manuskrip yang dibawa ke peringkat akhir dalam tahun 2004 memperlihatkan persoalan yang menarik tentang dunia remaja dalam usaha meneroka subjek baru.

Ini memperlihatkan wujudnya usaha penyelidikan setiap penulis bagi memperincikan setiap subjek yang diketengahkan. Isu dan persoalan yang digarap oleh kebanyakan penulis bukan sekadar tempelan sebaliknya sarat dengan hujah-hujah yang meyakinkan pembaca.

Di samping itu, nilai moral terpelihara dengan utuh dalam kebanyakan karya penulis ini sekali gus dikatakan mampu memandu golongan remaja menangani masalah hidup melalui pembacaan karya seperti ini.

Sebanyak 12 manuskrip diterima oleh pihak penganjur bagi musim 2004 dengan lima skrip terpilih untuk dinilai di peringkat akhir.

Novel Priiittt! karya Alias Ismail menduduki tempat ketiga manakala dua lagi novel yang dinilai di peringkat akhir ialah Hadiah dan Ner.

Advencer Si Peniup Ney mengisahkan pengembaraan untuk menegakkan kebenaran dalam hubungan sesama makhluk dengan penciptanya. Karya ini meneroka salah satu kaedah pemantapan rohani, iaitu melalui genre muzik Islam dan dianggap menampilkan pembaharuan dalam genre novel remaja.

Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan.

Dalam novel Detektif Indigo yang memenangi tempat kedua pula Faisal memilih untuk bercerita tentang keganasan yang berlaku di Asia Barat, di Barat dan di rantau Asia yang dianggap mencemari ketamadunan Islam dan penganutnya.

Novel ini menolak sikap Melayusentrik sebaliknya membawa impak kesejagatan yang melenyapkan sempadan bangsa, budaya dan politik melalui watak enam remaja indigo.

Detektif Indigo dinilai oleh panel hakim sebagai karya yang bukan sahaja menaikkan martabat remaja Islam, tetapi menunjukkan juga bahawa remaja juga dapat memberi sumbangan ke arah kedaulatan ummah.

Sementara karya Priiittt! karya Alias Ismail yang memenangi tempat ketiga menyajikan pengetahuan tentang permainan bola sepak selain menyusur galur perkembangan sukan bola sepak tanah air yang dulunya gah di persada antarabangsa. Manuskrip ini mendedahkan kemelut moral atau prestasi yang perlu dibaiki dalam sukan tersebut.


Kategori cerpen remaja pula sebanyak 147 cerpen yang tersiar dalam akhbar dan majalah terbitan Kumpulan Utusan pada tahun 2004. Sebanyak 43 cerpen diputuskan layak untuk dinilai sebagai cerpen remaja dengan 20 buah disenarai pendek.

Cerpen Anak Si Penggunting Rambut dilihat mampu menyumbang kepada sikap motivasi remaja dan unsur pembentukan sahsiah jiwa remaja ditemui dalam cerpen ini.

Selain menampilkan unsur nostalgia sambil mengajar etika melalui naratif, cerpen ini juga mendeskripsi status sosial masyarakat Melayu tradisi.




lambat pulak keluar pemenang2 ni...
selalunya pas announce nama pemenang masa tu jugak pesta buku antarabangsa berlangsung...jd karya2 pemenang ni mmg ada kt gerai utusan...tahun ni tak sempat lak sbb pesta buku awal sgt....
aku teringin nak cari novel2 & antologi tu...
sapa dah baca leh tolong komen

[ Last edited by  limau_nipis at 25-7-2007 09:58 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2005 10:10 AM | Show all posts
yup, ada baca gak berita ni...bila la nak cari buku dier lak...
kale first time nak baca...mana yg plg best ni??
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2005 02:23 PM | Show all posts
I started to know Fasal Tehrani from Eh! Mags. Before ni tak berapa nak ambik pot pasal dia genre sastera kan. Dia punya mini novel Jendela Berlangsir Hujan best. Tu dalam majalah Eh! Then lepas kira nampak je cerpen dia dalam Sunday Paper mesti bg attention.

Barulah getting to know siapa Faisal....salah satu sebab saya peminat Eh! pasal Faisal ada novel dlm tu kalau tak pun dia ada artikel dalam Eh! Tp la ni dia pun seems busy... then not often artikel dia masuk Eh!.... tak silap dia tengah siapkan thesis doctorate dia... (correct me if I'm wrong)

Novel from Faisal yg dah dibeli 1515. Worth buy kalau org minat sejarah + minat gaya tulisan Faisal Tehrani.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2005 07:10 PM | Show all posts
alamak, ada 2 buku baru yg harus dicari. tapi novel faisal tehrani nie payah nak cari  di toko buku terkenal. di jalan TAR jugak yg cekap dan pantas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2005 07:24 AM | Show all posts
dah 3 tahun berturut-turut dia menang.. alhamdulillah

tahun pertama: 1515 - cerita zaman kesultanan melaka, ketabahan seorang wanita

tahun kedua: 1511 h kombat - cerita perang zaman moden, berasaskan jihad terhadap Allah

tahun ketiga? macam ni kena check ujanailmu.com.my agaknya dah masuk stok!

as for me, mmg membesar dgn faisal tehrani's writings... dari zaman budak sekolah sampai jadi mak budak :ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2005 08:51 AM | Show all posts
Ada sapa-sapa yg dah pernah baca "Cinta Hari-hari Rusuhan" tak? Camana cerita dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
cempakabirunila This user has been deleted
Post time 9-6-2005 10:01 AM | Show all posts
baru terima novel (beli ikut pos) tajuk "tunggu teduh dulu" tapi lum mula baca...tak pernah baca sekali pun karya faisal tehrani ni....baru nak try ...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2005 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by cempakabirunila at 9-6-2005 10:01 AM:
baru terima novel (beli ikut pos) tajuk "tunggu teduh dulu" tapi lum mula baca...tak pernah baca sekali pun karya faisal tehrani ni....baru nak try ...hehehe


oh.. mmg best sgt sgt.. cerita Tunggu Teduh Dulu cerita biasa.. tapi diluarbiasakan dengan cinta terhadap Tuhan yang Esa.

pasal betik trading kat malaysia... baru baca separuh pun dah rasa seronok sgt.

saya suka phrase dalam buku tu "Kerja Tuhan siapa tahu"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2005 11:11 AM | Show all posts
Ok... based on Faisal Tehrani's site, dia cakap buku Advancer Si Peniup Ney dan Detektif Indigo akan keluar hujung bulan ni, tapi dah boleh order kat Ujana Ilmu

Sinopsis of both books:

Novel tempat pertama: Advencer Si Peniup Ney



Judul : Advencer Si Peniup Ney
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 243
Cetakan Pertama : 2005
ISBN :9676117625

Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :

Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.

Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.

"Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005


Novel tempat kedua: Detektif Indigo



Judul : Detektif Indigo
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 188
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9676117617

Mereka super.
IQ luar biasa dan deria keenam menjadikan mereka detektif indigo. Cheng-chung yang hafiz, Faruk "Si Tahukah Anda" dan Mihrimah pakar sains forensik si perawan tembun dianugerah kuasa telepati - pelengkap radas saintifik. Bersama-sama Ruzbihan yang tajam deria baunya, Zaitun si ahli kimia dan Isamu Nakamura yang mahir entomologi, mereka menyelesaikan kes rumit mengelirukan : Pencerobohan, bom, letupan...

Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.

Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa.

"Dalam novel Detektif Indigo yang memenangi tempat kedua pula Faisal memilih untuk bercerita tentang keganasan yang berlaku di Asia Barat, di Barat dan di rantau Asia yang dianggap mencemari ketamadunan Islam dan penganutnya.

Novel ini menolak sikap Melayusentrik sebaliknya membawa impak kesejagatan yang melenyapkan sempadan bangsa, budaya dan politik melalui watak enam remaja indigo.

Detektif Indigo dinilai oleh panel hakim sebagai karya yang bukan sahaja menaikkan martabat remaja Islam, tetapi menunjukkan juga bahawa remaja juga dapat memberi sumbangan ke arah kedaulatan ummah." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005

Sumber: Ujana Ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by tieyramisu at 2005-6-7 08:51 AM:
Ada sapa-sapa yg dah pernah baca "Cinta Hari-hari Rusuhan" tak? Camana cerita dia?


Pernah beli buku ni, lepas tu ada orang pinjam langsung tak pulangkan balik. Tak silapnya, berkisahkan perjuangan mahasiswa sekitar tahun 70-an menentang pemerintah. Ia semacam ada kaitan dengan kisah benar tapi tak pasti, mungkin novel ni separuh benar, separuh fiksyen. Diterbitkan oleh Creative Enterprise.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by menshOrihon at 13-6-2005 01:53 PM:
Pernah beli buku ni, lepas tu ada orang pinjam langsung tak pulangkan balik. Tak silapnya, berkisahkan perjuangan mahasiswa sekitar tahun 70-an menentang pemer ...


Kalau tak silap, walaupun fiksyen, tapi gambaran yang diberikan adalah kisah benar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2005 01:45 PM | Show all posts
tak pernah baca novel-novel dia...tapi cerpen2 dia...memang menarik...dah baca sinopsis novel dia yang menang tahun ni...rasa nak cuba baca gak novel dia ni...insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 10:26 AM | Show all posts
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - ExxonMobil 2004
Faisal Tehrani - Pemenang Utama HSKU 2004

Oleh: Ani Awang, Utusan Malaysia Online

16 Jun 2005

PENULIS prolifik, Mohd. Faizal Musa (Faisal Tehrani) merupakan antara beberapa penulis muda yang menonjol di negara ini. Genre pelbagai tulisan yang dihasilkannya telah menampilkan nilai yang tinggi pada kesusasteraan negara.

Unsur-unsur Islam yang diserapkan pada karyanya telah dijadikan sebagai salah satu cara mendidik remaja.

Dalam karya terbarunya Advencer Si Peniup Ney, penulis yang berasal dari Melaka itu amat berani menongkah arus, mengkritik barat yang menggunakan kesenian untuk melalaikan remaja Islam.

Beliau menyarankan budaya hiburan hendaklah berteraskan kembali kepada gaya Islam dan bukannya gaya barat.

Justeru itu, Faisal mengkritik budaya realiti televisyen yang sedang bercambah dan mencengkam masyarakat kita pada masa ini akibat pengaruh budaya barat yang tidak sesuai dengan orang Timur seperti masyarakat di negara ini.

Penulis muda yang mengilap bakatnya melalui Minggu Penulis Remaja (MPR) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini, semalam (15 Jun) dipilih sebagai pemenang Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - ExxonMobil (HSKU 2004) yang diadakan di Hotel The Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.

HSKU bukan asing bagi Faisal kerana beliau pernah memenanginya pada tahun 2002 melalui novel 1515 dan novel 1511H (Kombat) (www.mybooks.com.my/main.jsp?pageid=459218) pada tahun 2003.

Tahun ini, Faisal melakarkan kemenangan bagi kali ketiga berturut-turut menerusi dua novelnya iaitu Advencer Si Peniup Ney dan Detektif Indigo.

Kemenangan tempat pertama pada 2004 ini melalui novel Advencer Si Peniup Ney bagi Kategori Hadiah Novel Remaja HSKU dengan hadiah RM6,000 dan kedua, Detektif Indigo (RM4,000) telah menjadikan beliau meraih hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 bagi HSKU 2004.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan semoga dakwah ini akan berterusan dan di terima masyarakat umum khususnya remaja kita.

"Saya harap pembaca dapat menerima kedua-dua buah novel ini memandangkan inilah pertama kali saya cuba menggarap sebuah karya untuk remaja awal iaitu remaja berumur antara 13 hingga 16 tahun.

"Sebelum ini saya menulis karya untuk sasaran remaja akhir. Saya harap cubaan saya ini diterima oleh pembaca," katanya kepada Mega baru-baru ini.

Kritik budaya barat dalam novel
Menerusi novel Advencer Si Peniup Ney (www.ujanailmu.com.my/pd_advencer.cfm), Faisal menggarapkan novel ini bertitik tolak daripada idea-idea Malik Ben Nabi, seorang ahli falsafah daripada Algeria.

"Saya menggunakan cetusan pemikiran beliau itu yang mengatakan Barat menggunakan kesenian seperti nyanyian untuk melemahkan nilai-nilai kekeluargaan Islam, menjadikan masyarakat lemah dan hilang tumpuan hidup."

Beliau menamakan fenomena ini sebagai coefficient atau ruang kerja penjajahan kerana apa yang dilakukan oleh Barat ialah menghapuskan prinsip dasar individu muslim dengan merosakkan tumpuan akidahnya, melanggar sahsiahnya dan meruntuhkan pembangunan insan.

"Justeru itu, saya menampilkan idea ini dengan menjadikan budaya Barat dan falsafah hedonisme sebagai kritikan.

"Saya menawarkan konsep souti sarmad sebagai gantian. Souti sarmad secara asasnya adalah sebuah konsep budaya dan seni yang menyandarkan bidang hiburan khususnya, kembali kepada Allah bukan hiburan kosong semata-mata," katanya.

Menerusi Advancer Si Peniup Ney, Faisal menggunakan watak seorang ustaz muda bernama Ustaz Sulaiman Kamal yang telah diundang oleh empat puluh jin untuk berdakwah di negara jin. Setelah mendapat kebenaran bapanya, Sulaiman ditemani oleh jin bernama Harun, Daud, Hud, mengembara ke negara jin. Dalam kembara itu mereka telah menceroboh secara tidak sengaja negeri Fantasia yang mengagungkan budaya hedonisme.

Negeri tersebut diperintah oleh Jin Bertindik Satu yang mengasaskan bentuk hiburan rendah bertunjangkan syahwat semata-mata. Di negeri Fantasia terdapat sebuah akademi muzik yang mengasuh pelajar-pelajarnya untuk menjadi penghibur nafsu rendah.

Ustaz Sulaiman dan teman-temannya diperintahkan membuat persembahan pada konsert mingguan dan sekiranya mereka gagal menarik perhatian juri, mereka akan disingkirkan dan dibunuh.

Mereka bercadang membuat persembahan ney (serunai buluh orang-orang sufi). Di negeri Fantasia, penyanyi nombor satunya Puteri Simone Sidharra telah jatuh cinta dengan kekacakan Ustaz Sulaiman dan merancang untuk menggodanya.

Pelbagai kejadian berlaku. Dalam pada itu, Ustaz Sulaiman dan kawan-kawannya turut berusaha mengislamkan masyarakat jin itu.

Unsur CSI dalam Detektif Indigo
Menerusi novel Detektif Indigo (www.ujanailmu.com.my/pd_detektif.cfm) pula, Faisal mengetengahkan idea futuwwah (persaudaraan dan kesatriaan sufi) yang telah dikemukakan dalam 1511H (Kombat) ke dalam novel ini. Beliau telah mengetengahkan watak-watak bangsa-bangsa Islam yang lebih global.

"Dengan berlatarkan teknologi crime scene investigation (CSI) saya menampilkan watak-watak remaja dengan IQ tinggi atau dinamakan dalam istilah saintifiknya indigo," jelas Faisal.

Melalui Detektif Indigo, Faisal mengetengahkan remaja cerdas dan berbakat luar biasa iaitu Chen-chung, seorang remaja muslim dari Malaysia yang dipadankan bersama lima lagi teman-temannya iaitu Mihrimah Maryam, Faruq Sahrandi, Ruzbihan, Isamu Nakamura, dan Zaitun.

Di Akademi Indigo ini mereka dilatih untuk menjadi detektif dengan teknologi CSI yang terkini. Apabila guru mereka ditahan kerana tuduhan meletupkan sebuah pasar raya, remaja-remaja tersebut telah berusaha membersihkan nama guru dan Akademi Indigo dengan bantuan beberapa orang guru seperti Dr. Dila dan Cikgu Mama.

"Sekali lagi persoalan oksidentalisme mendasari novel ini. Kali ini Barat ditampilkan memusuhi Islam dengan melabelkan umat Islam sebagai militan sewenang-wenangnya.

"Remaja-remaja Indigo Islam ini berusaha menghapuskan stigma Barat tersebut dengan kepintaran dan kecerdasan akal mereka, seimbang dengan akhlak yang mulia," tambahnya.

Hadiah
Faisal menulis di dalam pelbagai genre setelah memulakan karier penulisan sejak 1990. Antara hadiah cerpen yang dimenangi beliau ialah Malam Ini Philadelphia Menangis (Hadiah Sastera Siswa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1994, cerpen Perempuan Anggerik (Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/1997), Syahid Raja Api (HKSU 2000), Cik Siti Mustika (Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003) dan Setelah Diciptakan Adam (Hadiah Sastera Islam Ke 11 DBP dan Yayasan Pelajaran Islam (YPI) 2004.

Dalam genre puisi pula antara hadiah yang dimenangi Faisal ialah Sesudah Hujan, Dahlia (HSKU 1999).

Beliau meraih anugerah bidang drama menerusi Rintih Chicago bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/1997 dan Angin Madinah (Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001).

-- Utusan Malaysia Online
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 03:16 PM | Show all posts
Ini komen saya yang saya tulis dalam blog untuk perkogsian bersama..

Review: Advencer Si Peniup Ney (oleh saya)

Tulisannya lebih santai berbanding 1511H [Kombat], novel yang telah juga memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003. Sinis dan menusuk hati sekiranya anda adalah peminat fanatik Akademi Fantasia atau Malaysian Idol atau yang seangkatan dengannya.

Saya paling suka deskripsi konsert Fantasia dalam bab 8. Faisal pandai menggunakan penulisan menempelak segala macam aspek yang selalu ditontoni dalam konsert mingguan Akademi Fantasia atau konsert Malaysian Idol. Sungguh berhias katanya menjunam tepat apabila diciptakan 3 hakim (kebetulan?) dan komen-komen yang memang melucukan daripada 3 hakim itu.

Contohnya:
"Awak ni pesona bintang, pesona awan, best."
"itching tak kena di sana sini. Patutnya masa zindagi o itu awak lebih tarik suara dan tahan di perut, ini tidak."

Pernah dengar ayat-ayat di atas? Sinis kan? Tamparan hebat buat mereka yang fanatik budaya hedonisme.

Lalu Faisal memperkenalkan Ustaz Sulaiman Hilmi Kamal untuk memperkenalkan konsep keagamaan di dalam budaya muzik. Sungguh tergumam jadinya apabila saya dapat tahu nota muzik Barat do-re-mi adalah daripada tulisan pemikir Islam. Rupanya orang Barat menciplak bulat-bulat seni muzik Islam!

Lalu di dalam buku ini, saya mengenali tokoh-tokoh Islam yang memperkenalkan konsep muzik dalam Islam. Tak tersangkakan Ibnu Sina dan al-Farabi adalah pakar muzik Islam. Sungguh sampai terbeliak biji mata!

Souti sarmad pula diperkenalkan oleh Ustaz Sulaiman. Jin bertindik satu menempelak: Siti Nurhaliza atau M Nasir pun tidak memperkenalkan genre ini, adakah ianya world music?

Saya pernah terbaca di dalam satu majalah bahawa tarian berpusing yang dilakukan oleh orang Turki untuk menunjukkan kecintaan terhadap Allah disertai zikir dan tasbih. Tak tersangkakan Faisal boleh menerapkannya dalam persembahan Ustaz Sulaiman dan rakan-rakannya itu.

Panjang lagi ceritanya.. sungguh! Kalau mahu ditelusuri, cerita Yusuf a.s. dan Zulaikha pun diselitkan. Malahan cerita berdakwah kepada penduduk di dalam laut pun ada!

Saya? Saya berharap buku ini dibaca agar mereka yang mengagungkan budaya hedonisme sedar akan tanggungjawab mereka bahawa kelazatan muzik itu adalah kerana Allah Yang Satu. Pendekatan yang sangat menarik untuk belia kita.

all copy right reserve by me -kalau nak copy tolong bagi kredit kepada penulisan ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2005 05:25 PM | Show all posts
aku dah beli 2-2 novel advencer & detektif indigo...
tp aku bc detektif indigo sbb lagi nipis dr advencer & aku baru je start sem baru jd mmg tak sempat nak baca advencer, dgn sibuknye lagi...

detekfif indigo novel ala2 CSI, jalan citernye sgt direct & takde pening2...even masa permulaan novel tu dah bole agak isu sebenar novel ni-nak selamatkan pengetua akademi indigo (mcm akademi fantasia lak)

ok la novel ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 10:05 AM | Show all posts

Faisal Tehrani

1511H Kombat

sape dah baca buku ni?
citre sket sisnopsis nya kat aku..
adik aku kata buku ni best..
tapi, aku lom baca lagi..

p/s: sori la kalau tajuknya salah..

[ Last edited by  limau_nipis at 9-5-2006 10:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2005 12:01 PM | Show all posts
-This review is written by me, tolong bagi kredit kalau nak copy n paste kat mana-mana site. Thks-

1511 H Kombat.. mmg best! Rasanya karya ini antara yang terhebat pernah dihasilkan Faisal Tehrani kerana impaknya lepas membaca, memang besar. Terasa nak sambut seruan jihad.. Allahuakbar!

Buku ini sebenarnya lahir daripada rasa kecewa Faisal Tehrani kerana pemuda pemudi yang terlalu lewa dengan hal keduniaan dan tidak mementingkan hal akhirat.. sebenarnya buku ini menganjurkan kita agar menentukan masa depan sendiri sambil bertanya.. di manakah pergorbanan kita selama ini untuk Islam?

Sesuai dengan namanya.. aduhai, mmg terasa hendak berjihad. Menitik air mata bila digambarkan remaja masa kini yang sanggup bergolok gadai mempertahankan maruah Islam. Jihad dalam konteks 1511 h kombat ini jihad yang sangat indah, sesuai dengan ikatan ukhuwah dan futuwah.. betapa diri ini hanyalah insan Allah yang kerdil semata. Apa hendak malu mati kerana Islam? Apa hendak duduk mundur saja tanpa mempelajari sains dan teknologi untuk kegunaan umat?

Dan karya ini mmg menempelak segala kekejaman yang sdg bertakhta di muka bumi ini.. betapa perang ke atas Iraq, penindasan terhadap Palestin, semuanya dinukilkan..

Jihad ini jihad moden dimana umat Islam menggempur Amerika, Rusia dan London kerana terlalu memandang rendah umat Islam sehingga nilai seorang Muslim itu hanyalah spt nyamuk sahaja tarafnya!

Teknologi dalam buku ini sangat canggih, menunjukkan kesatuan sains dan teknologi dengan Islam.. betapa umat Islam itu akan berjaya sekiranya bersatu dan berlandaskan ke jalan kebenaran..

Ini karya terbaik beliau, sungguh.. betapa selepas habis membacanya, akan tersedu kita dan terus membakar api semangat untuk berjihad ke jalan Allah.

P/S: Penulisnya pernah anjurkan kpd DBP translatekan buku ini ke BI, tapi orang DBP give up sebab bahasanya sangat tinggi..
Saya rasa buku FT mmg menaikkan martabat bahasa Malaysia

Fragmen buku 1511H Kombat dari website FT

FRAGMEN NOVEL 1511H<KOMBAT>

ARAHAN itu jelas. Derik-deruk radio terpancar menerusi satelit. Sasarannya di atas garisan 24 darjah, 28 minit, 5 saat dan 35 peratus pada garisan lintang bulatan bumi. Dia gosok mata, arahan itu minta dia melancarkan peluru berpandu ke atas binaan yang terdapat pada titik 39 darjah, 36 minit, 1 saat dan 61 peratus garian bujur bulatan bumi. Sasaran itu 597 meter dari paras muka laut.

Dia getap bibir.

Ini arahan Presiden. Langsung dari Air Force One. Pesawat Presiden itu baru tiba dari Israel dan katanya mendarat di Pangkalan Angkasa NASA Lydon B Johnson di Houston Texas. Keputusan di buat dari atas pesawat itu. Kabinet perang memutuskan untuk merendahkan moral tentera pemuda Islam dengan mengebom tempat penting mereka. Kemudian bila dia sedar tuju peluru berpandu itu, dia telan air liur. Dia tahu, perang dunia di hujung jarinya. Kalau umat Islam tidak bersatu, ada satu sebab sahaja yang akan buat mereka melenting dan mengenepikan segala perbezaan untuk bersatu menghadapi barat. Iaitu sasaran yang akan diletupkannya.

Sasaran itu adalah Masjid Nabawi. Tepat terhadap Kubah Hijau. Peluru berpandu itu berniat untuk menghunjam Makam Nabi Muhammad, nabi terakhir untuk orang-orang Islam.

Dia telan air liur, telan air liur banyak kali sebelum menunggu pengesahan akhir, pengesahan pasti dari Pentagon bahawa yang akan diletupkan itu ialah makam seorang manusia besar yang pernah disebut dalam sejarah sebagai penyelamat kemanusiaan.

Dia menggigil. Seram sejuk.

Dia tidak pasti untuk melaksanakan arahan ini. Moralnya di tahap yang rendah. Paling rendah. Ibunya menangis sebaik sahaja dia dipanggil bertugas di pangkalan tentera luar Texas. Ibunya memeluk erat sambil berkata, 揓angan kau mati Arthur. Kalau kau mati kau mati kerana Israel dan kita tidak ada kena mengena dengan Israel. Ini semua kerana Presiden gila itu, aku tak mengundi dia untuk membela kepentingan Yahudi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 03:10 PM | Show all posts
kat ner nak dpt buku nie yer...dah lama aku cari buku nie...tp tak berjumpa lg lah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by tipahditipu at 19-7-2005 03:10 PM:
kat ner nak dpt buku nie yer...dah lama aku cari buku nie...tp tak berjumpa lg lah....


Check out here :dia: 1511 H Kombat

Ujana Ilmu selalu ada stok baru buku Faisal Tehrani.. kadang-kadang kalau nasib baik, dpt signed copy from Faisal Tehrani lagi (macam buku Detektif Indigo yg my sis beli) :love:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 05:37 PM | Show all posts
I have to grab one after 1515....!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.146607 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list