CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-7-2007 01:19 AM | Show all posts
Originally posted by sinbad05 at 22-7-2007 20:20
rdzacccess,ko ajo aku nak alau antu raya boleh?rumah aku nih ya Alllah,aku da xtahanla..xbleh tinggal sorang..kalo tinggal sorang..asik meremang ja bulu roma aku..even aku tgh surf tenet pon..bul ...


Yang ko describe ni bukan antu rayalah. Itu macam jin ajer...
Aku rase ler satu family jin ada kat rumah ko.
Kalau antu raya dah lama ko bai bai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2007 01:24 AM | Show all posts
Kalau nak try ko pi amik plastik, yg warna merah tu yg selalu buat bungkus.
ko letak kat dapur tapi mesti bukak ler( kembangkan dia)
Letakkan jer atas lantai dapur. Kira2 dia boleh bergolek sendiri lah.
Pastu ko duduk kat depan(living room) atau ko surf tnet ker.
Buat do no jer, kalau ada rezeki ko nanti ko boleh dengar plastik tu berbunyi macam ada kucing bermain.
Pas tu ko bolehlah jerkah dia, nanti dia lari tunggang langgang sampai langgar pinggan mangkuk ko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 01:28 AM | Show all posts
Aaanntuu~Close encounter




Berdepan ngan Antu  Kesot~ ~ ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 01:37 AM | Show all posts
Macam biasa aku selalu balik kampung kat rumah nenek aku ( mak aku punyer mak )
Tempat dia di Kampung Permatang Pasir, Linggi, Negeri Sembilan.
Bila cuti sekolah jer aku mesti balik kampung.
dan bila cuti kerja jer aku pun mesti balik kat sana jugak selain aku balik ke Changlun.Kedah.

Seperti biasa aku membuat aktiviti melasti burung dan mengambil buah2an.
Orang kampung kat sana memang kenal aku yang rajin melawat nenek2 dan mak cik2.
Keramahan aku agak famous jugak kat sana. Sebab aku tak sombong punya orang bandar.
Ada sorang mak cik tu cakap kat aku dan ada jugak cakap kat mak aku," kalau mak cik ada lagi anak pompuan sorang lagi, mak cik kahwinkan ko ngan dia".
Well, tu perkataan "kalau" sebab anak pompuan dia yang last dah jadi kakak ipar aku.
Aku kat sana kalau datang rumah sesapa pun , cuma bagi salam jer pas tu buat macam rumah sendiri. Mereka gembira ngan kehadiranku. Sehinggalah aku tiada, maka kesunyian ternyata di kampung tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 01:51 AM | Show all posts
Ini pelan rumah nenek aku.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 02:03 AM | Show all posts
Setiap hari telah menjadi rutin kehidupan seorang nenek ( yang kat rumah bertanda merah kat pelan tu)
membeli barangan keperluan yang tak perlu ketika itu pada waktu nak senja.
Nenek ni selalu pergi kat kedai pak cik Kamil (Haji Kamil) untuk membeli barangan nya.
Nama pulak aku dah lupa... Gigi nenek ni satu pun tak tanggal lagi dan pada masa tu kalau tak silap umur dia lewat 6 puluhan.
Berbaris cantik dan putih bersih.
Ada satu kali tu kami duduk kat pangkin rumah nenek aku dan kami ada buat contest ngan sepupu aku dalam lebihkurang 6 orang. Contest die makan tebu. Nenek ni join jugak. Taulah , aku punyer ayat mengajak.
So dalam keketawaan sayup2 kami tergelak. Mana tak kami akan dapat kelucuan bila nenek ni makan tebu. Pasti gigi dia tanggal.

Bila contest bermula, nenek ni selamba jer menggigit tebu dan mengupasnyer, dan kami telah kalah.
Barulah kami tau bahawasanya gigi nenek ori.
Dia ada bagi petua pulak tu...Kalau nak gigi kuat macam nenek ni..
Tapi orang sekarang mana ada percaya lagi, salah satu syarat dia bila berak jangan bogel ( belah bawah ler )
Kena pakai kain. Kalau ada permintaan dari forumers aku akan bagi. Aku tak kisah pun , bukan boleh bawak mati ilmu tu. kalau gigi memang lah bawak sekali ( yg ori ajer dibenarkan bawak)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2007 02:07 AM | Show all posts
Nenek ni punyer rumah ,
Lantai dia diperbuat dari batang nibung yang di belah dua.
Dinding dia diperbuat dari kulit kayu.
dan macam2 lagilah dari pokok hutan berlainan species.
First time aku tengok dan masih lagi boleh mengingatinya.
Tidor kat situ waktu malam tak yah pakai air-con. Sejuk giler naknya waktu subuh.
Mana kan tidak angin malam bertiup dari arah bawah , tepi dan atas. Macam kena panggang air batu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 02:11 AM | Show all posts
ko nih memang on9 malam ek?? nokturnal.. okeh..bye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 02:12 AM | Show all posts
or insomnia??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 02:15 AM | Show all posts
Pak cik Haji Kamil ni dah bertahun berniaga. Dia pergi Mekah pun duit berniaga tu jugak lah.
Naik kapal. Aku peratikan apabila aku membeli air oren sasaparila; dia bila nak keluar dari kedai, selalunya kedai dia tutup waktu Zohor kerana pergi collect duit getah, dia akan membaca sesuatu dan jari dia dia tekapkan kat dinding depan kedai.

Pas tu satu hari, kami (aku dan sepupu2) nampak dia bakar duit lebihkurang dalam Rm200.00 tunai.
Adusshh... Kami ada tanyer kenapa dia bakar duit tu?
Dia kata : ni duit haram , duit bunga dari bank.
Aku masa tu tak pulak tahu tang duit yg semacam gini, kalau tak aku dah cakap kat dia gini : Tu bukan bunga tapi faedah dan mungkin aku boleh simpankan.

Begitulah....

[ Last edited by  rdzaccess at 23-7-2007 02:35 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 02:22 AM | Show all posts
Masa kejadian ni aku Form 4.
Pada satu petang tu nak Maghrib dah, aku ada kat dalam belakang rumah nenek. Ngah nak siap mandi.
"Andak, ooo Andak!!" terdengar satu suara memanggil seakan dalam kecemasan.
Aku pun terus bergegas lari untuk melihat siapa dan apa kenanya.
"Andak,oooo, Andak!!!" kali ini suara tersebut bertambah kuat dan diiringi seakan suara menangis tapi tertahan tahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 02:29 AM | Show all posts
Aku lihat nenek tu dalam seakan berlari anak ( tak laju mana pun)
Nenek aku pun keluar dari dapur mendapatkannya.
Datuk aku hanya bertanya dari tengah rumah sambil bertanya" Apa tu??"
Mak cik aku pun keluar jugak ( dia menolong nenek aku memasak ketika itu )

Mereka seakan marah kat nenek tu.
Kata Makcik aku ( Aku panggil dia Makcik Nik~ adik mak aku)
" Tu lah orang dah kata jangan pergi kedai waktu macam ni. Ni tak, degil jugak" kata Makcik aku sambil masuk ke dalam
rumah setelah beberapa ketika melihat keadaan nenek ni tadi.
Kami lihat kain batik yang di pakai nenek tu dah basah.
Rupanya dia terkencing kencing sambil berlari mendapatkan Andaknya ( nenek aku orang panggil Andak oleh orang kampung)

[ Last edited by  rdzaccess at 23-7-2007 02:36 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 02:34 AM | Show all posts
Maka berceritalah kami semua yang ada dalam rumah tu. Pak Teh, Mak Teh ( duduk di belakang rumah nenek aku) pun datang jugak.

Pas tu soalan menuju kepada aku pulak " Eh, ( nick aku) ko tak takut ke buat macam tu?"
"Berani ko yer.." lagi saranan dan lagi..
"ak Din ajar ape kat ko?"
"Mana antu tu pergi dah.."
" Macam mane rupa dia aah..?"

" Ko ni laaa.."

Aku hanya tersenyum sinis...

Apa aku dah buat?....

[ Last edited by  rdzaccess at 23-7-2007 02:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 03:30 AM | Show all posts
oi aku maw tdo ooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 06:41 AM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 23-7-2007 01:24 AM
Kalau nak try ko pi amik plastik, yg warna merah tu yg selalu buat bungkus.
ko letak kat dapur tapi mesti bukak ler( kembangkan dia)
Letakkan jer atas lantai dapur. Kira2 dia boleh bergolek sen ...

elok eiks u punya tips
kalau bagi bola ( yg ada loceng in that ball ) mesti bleh dengar bunyi benda tu bergolek-golek
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 09:49 AM | Show all posts

Reply #73 rdzaccess's post

rdza!!! kau cite mmg best tp disebabkan kami ni kena bace kan...kau kena spesific sket la...nenek kau pon kau pnggil nenek...nenek gigi putih tu pon kau panggil nenek....cube bagi name...xde la kami yg membace ni kompius....aku kena ulang bace 2-3 kali baru leh paham...

p/s: buleh kenal tak??? syok dok minum kopi ngan ubi rebus(pergh) bercerita kisah2 misteri ni...i've got a lot tp bukan sendiri alami tp ayah aku dgn kwn2 die mase g memburu.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by siape_aku at 19-7-2007 03:22 PM
aku minat bace buku siri bercakap dgn jin tamar jalis tu...mmg seram siot...mcm2 kisah ade...skang ni tgh kumpul buku JONI TOGO ahadiat akashah plak..ade 15 siri....aku dah ade 3 bijik...


i punnnn minat gile baca citer siri bercakap dengan jin tamar jalis tu....best gilerrrrr....
buku joni togo tu citer seram juge ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 23-7-2007 01:24 AM
Kalau nak try ko pi amik plastik, yg warna merah tu yg selalu buat bungkus.
ko letak kat dapur tapi mesti bukak ler( kembangkan dia)
Letakkan jer atas lantai dapur. Kira2 dia boleh bergolek sen ...


ni tuk apanih?antu rayake?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 12:57 PM | Show all posts
punya ler kusyuk aku bacer...ropernya dah stop....ada sambungan lagi kan.....?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by marlisa_syazana at 23-7-2007 11:15 AM


i punnnn minat gile baca citer siri bercakap dengan jin tamar jalis tu....best gilerrrrr....
buku joni togo tu citer seram juge ke?



joni togo pon kisah seram...joni togo tu name lelaki yg jumpe ahadiat akashah dan mintak ahadiat tulis kisah2 misteri yg jadi dlm hidup die...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.073773 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list