CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 38293|Reply: 46

Ikan hiasan & akuarium

[Copy link]
Post time 29-7-2007 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Ikan hiasan menambah seri
Oleh Norakmah Mat Youb ([email protected])

Kolam, akuarium ubah visual taman, ruang walaupun keluasan kediaman terhad



ELEMEN air penting bagi menjadikan laman rumah lebih indah dan sedap mata memandang. Deruan airnya yang melekakan dan perubahan refleksi dihasilkannya menambahkan lagi cahaya dan keceriaan terutama kediaman di bandar.

Binaan kolam air umpamanya amat penting sebagai pelengkap seni taman. Namun, jika tidak berkemampuan, memadailah memiliki elemen air pancuran yang mengalir dari pasu atau tempayan atau pun sekadar menempatkan akuarium.

Pengurus Zarifah Aquarium, Muhammad Shahfrin Shariffuddin, berkata elemen air boleh digunakan dalam pelbagai reka bentuk taman dan landskap. Penggunaan air sangat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan semua jenis taman kerana mampu mengubah visual sesuatu kawasan walaupun keluasan terhad.

Bagaimanapun, katanya, kolam air semata-mata tidak berupaya menaikkan seri kawasan kediaman. Ia memerlukan aksesori tambahan lain dan juga ikan hiasan yang diletakkan dalam kolam atau akuarium bagi melengkapkan keceriaan.

揑kan hiasan memang hidupan air yang cantik dilihat, unik dan mempunyai bentuk menarik. Tambah unik ialah warnanya yang pelbagai memukau mata memandang.

揕enggok renang lembut bukan setakat mengasyikkan mata, malah menenangkan fikiran bagi mereka yang dilanda tekanan. Ada penggemar sanggup menghabiskan wang hanya untuk membeli pelbagai ikan hiasan yang kadangkala mencecah ribuan ringgit seekor,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 06:11 PM | Show all posts
wahhh.. cantik betul ikan tecit yg colouring tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 10:02 AM | Show all posts
ohh
ikan yang oren2 kat ekor tu eh?

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:05 AM | Show all posts
mmg suka bela ikan.. tapi biler time nak cuti balik kg lamer2  nie problem sikit ah...
takur balik2 cuti... ikannyer kuak lentang plak.... hihihi.. sian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:43 AM | Show all posts
Aku pon minat jugak...cadang nak beli aquarium kecil 2 kaki...letak ikan neon tetra dlm 20-30 ekor.. letak pokok hidup...malam2 mesti best tgk kaler diorang bersinar2... nanti dah success projek aku nih..boleh la aku tempek gambau kat sini...tungguuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by ayasofiya at 31-7-2007 06:11 PM
wahhh.. cantik betul ikan tecit yg colouring tu...


Tu ikan Guppy namanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2007 11:57 AM | Show all posts
bestlah aklau ada akuarium kat umah...terapi minda....tapi malasla pulllok nak maintain aquarium tuh..nak kena tukau2 air selalu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 01:36 PM | Show all posts
fossil
setuju..terapi minda..

pakai filter x yah tukar air selalu..tukar pun separuh bukn semua..pun bukan angkat akuarium tu..pakai pam sedut (manual) ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2007 04:01 PM | Show all posts
BELA IKAN GUPPY CEGAH DENGGI
       

SHAH ALAM : Ikan Guppy didapati menjadi 'ubat' terbaik dalam usaha menghapuskan pembiakan nyamuk aedes yang menjadi ancaman kepada penduduk di bandar raya ini.

Sehubungan itu, pemilik premis yang mempunyai kolam hiasan digalakkan turut membela ikan guppy dalam usaha pihak berkuasa membendung pembiakan vektor pembawa denggi berkenaan.

Datuk Bandar, Datuk Salamon Selamat, kewujudan kolam hiasan yang banyak terdapat di premis persendirian dan sekolah dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Sehubungan itu katanya, pihak terbabit perlu mengambil pendekatan disyorkan iaitu memelihara ikan guppy yang dikenali pemangsa bagi jentik-jentik.

"Jika ada yang hendak pelihara ikan hiasan kita tidak halang, tapi kita galakkan mereka meletakkan ikan guppy kerana dikhuatiri kolam terbabit menjadi pusat pembiakan aedes," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis gotong-royong perdana anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Klang dekat sini, pagi semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 04:03 PM | Show all posts
Saiz akuarium mesti betul
08 July 2005



MULAI minggu ini, Joran akan mewujudkan satu ruangan baru 慉kuarium

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 04:15 PM | Show all posts


Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman. Ikan ini boleh membesar sehingga 15cm. Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di pertengahan akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini tahan lasak dan pemakanannya mudah. Ia diberi makan Blood worm, Daphnia sd., Moina sp., jejentik dan pelet. Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan mempunyai badan lebih besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan perutnya pipih dan kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil panjang dan berbentuk 'V'. Ikan betina bersaiz lebih kecil. Pandangan dari atas kelihatan perutnya lebih besar dan kepalanya lebih kecil. Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. Warnanya tidak secerah ikan jantan. Liang genitalnya lebih tebal dan membengkak berbentuk 'U' apabila ikan telah matang. Tabiat ikan betina juga kurang agresif daripada ikan jantan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 02:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 12:12 AM | Show all posts
aquarium umah aku..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 12:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 01:26 PM | Show all posts
Dulu mak n ayah cukup suka bela ikan mas.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by peret at 21-8-2007 12:12 AM
aquarium umah aku..

http://img501.imageshack.us/img501/4931/16072007402pa2.jpg





nie plak akuarium umah Bub...

sori syd... mmmmm.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 03:35 PM | Show all posts
nie ikan yang dibela....
akuarium dlm rumah

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 04:33 PM | Show all posts
   

Scientific Name:  Betta splendens
Family: Belontiidae
Size: 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 04:57 PM | Show all posts



ikan nih mahal ooooo.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050284 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list