CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33515|Reply: 267

I'M NOT A SINGLE

[Copy link]
Post time 9-8-2007 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Pierre pilih romantik komedi sekali lagi
                        08-08-2007 02:00:27 PM                                                       
                                oleh WAHIDA ASRANI                                                                          Percubaan pertamanya menghasilkan filem bergenre romantik komedi menerusi filem 9 September masih lagi menunggu masa tayangannya di pawagam.
Namun,belum pun sempat sebarang 'kritikan' singgah kepadanya, bintang mudaberbakat besar Pierre Andre terus pula menghasilkan filem keduanya, I'm Not Single.
Mengekalkangenre yang sama, Pierre sekali lagi bertindak sebagai pengarah danpenulis skrip bagi filem tersebut, cuma untuk filem terbarunya ini,Pierre tidak terlibat sebagai pelakon.
"Saya memang sangatmeminati genre romantik komedi, sebab itu saya berani hasilkan filemgenre ini lagi. Cuma, kali ini saya tidak mahu ambilrisiko, biarlah saya mengarah saja dan tidak turut berlakon sama.
Pierre pertaruhkan genre yang sama untuk filem keduanya
"Memangseronok sebenarnya kalau dapat berlakon dan mengarah pada masa yangsama, tetapi kali ini saya terfikir mahu fokus sebagai pengarah sajadengan harapan filem ini akan jadi lebih strong," ujar Pierre ketika ditemui pada majlis pelancaran filem ini di Restoran Lemon, Kajang, baru-baru ini.Menurutpengarah muda dan pelakon berusia 22 tahun ini, dia sedar genrepilihannya ini dilihat 'mudah' dan kurang berisiko, namun ujar Pierre,dia mempunyai alasan tertentu mengapa sekali lagi mengenengahkanromantik komedi di dalam filem ke 25 terbitan MIG Production ini.
"Memang benar romantik komedi nampak playsafe. Saya akui perkara tersebut. Memang kalau boleh buat masa ini, saya mahu ambil jalan playsafe dulu sebab saya masih baru dalam bidang pengarahan.
"Mungkin untuk filem kelima atau keenam saya kelak, saya akan cuba lakukan sesuatu yang lain pula, mungkin something heavy.
"Tetapi, alhamdulillah, ketika tayangan khas 9 September di Pulau Pinang sempena Festival Filem Malaysia ke-20 baru-baru ini, saya lihat ramai penonton dapat terima filem itu,
"Ini membuktikan genre seperti ini boleh diterima ramai," kata Pierre.
Filem I'm Not Single yang bakal menelan kos sebanyak RM1.5 juta ini membariskan
Heroin baru dunia perfileman, Lisa Surihani
pelakon muda sebagai tunggak utamanya iaitu Farid Kamil dan bintang baru, Lisa Surihani.Turutmenjayakan filem yang bakal memulakan penggambarannya di Bukit Fraser,Pahang dan sekitar Lembah Klang pada 11 Ogos ini ialah Awal Ashaari,Intan Ladyana, Khatijah Tan, M.Rajoli, Cat Farish dan Ahmad Idham.
I'm Not Singlemengisahkan tentang Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia mudakerana perancangan keluarga masing-masing yang bersahabat baik sejakkecil.
Walaupun tiada perasaan cinta dan saling membenci antarasatu-sama lain, Adam dan Maya tiada alasan kukuh untuk membantahperkara tersebut walaupun pada masa yang sama, Maya sendiri sudahmempunyai teman lelaki, Dani dan juga telah merancang untuk berkahwin.
Pelbagaiperistiwa lucu dan konflik terjadi pada pasangan ini lebih-lebih lagiapabila Maya meminta untuk diceraikan walaupun ketika itu mereka sudahmula mengenali hati budi masing-masing.
Mengulas tentangpemilihan pelakon untuk filem keduanya itu, kata Pierre, walaupuntunggak utamanya terdiri daripada nama-nama 'biasa' saja, tetapi diayakin mereka mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu menghidupkanjalan cerita filem itu dengan baik.
"Saya tidak 'jual' pelakon,saya cuma ingin jual jalan ceritanya. Saya pilih Lisa kerana saya yakindia mampu lakukan yang terbaik kerana saya sendiri pernah lihatlakonannya sebelum ini.
"Saya ingin cungkil bakat baru dan beripeluang kepada mereka untuk jadi pelapis pelakon yang ada sekarang ini.Lagipun, saya lihat gandingan Farid dan Lisa memang matching," jelas Pierre.



p/s: cite ni pun mcm cite korea je, same mcm 9 september tu, agaknya die ni suke tgk cite korea kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 01:24 PM | Show all posts
apsal tak nak cr hero baru gak??? asyik heroin br jer.. lgpun boring dah dgn farid kamil.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 02:40 PM | Show all posts
tajuk dia cam best je...
tapi x tau cite camne plak
Reply

Use magic Report

mygen99 This user has been deleted
Post time 9-8-2007 03:59 PM | Show all posts
haha, tengok saja la
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 04:19 PM | Show all posts

Reply #1 vtecgurl's post

macam cite My Little Bride jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:14 AM | Show all posts
huhuhu...klu da romantik komedi ...musti cam citer korea la nie...kena kawin2 paksa..pastu tup2 jatuh cinta...apa da..lambat sgt nak kuar citer cam nie...padahal da byk giler jdorama or kdrama wat genre camnie..tula filem or drama melayu ketinggalan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2007 11:31 AM | Show all posts
elleh dia ni mmg suka ceduk idea dari korea..tak silap filem 9 disember tu tu pon dia ceduk idea filem my sassy girl..hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by adnan_saidi at 10-8-2007 11:31 AM
elleh dia ni mmg suka ceduk idea dari korea..tak silap filem 9 disember tu tu pon dia ceduk idea filem my sassy girl..hampeh


lorr..yeker...hampeh tul ... xder idea sendirik ker ....taula nak wat filem best...tp jgn tiru sebijik...:geram:

p/s:....bukan 9 september ker..tajuk dier...:victory:

[ Last edited by  masrogue at 10-8-2007 11:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 07:17 PM | Show all posts
Originally posted by masrogue at 10-8-2007 11:46 AM


lorr..yeker...hampeh tul ... xder idea sendirik ker ....taula nak wat filem best...tp jgn tiru sebijik...:geram:

p/s:....bukan 9 september ker..tajuk dier...:victory:

haha my bad..mmg 9 september pon..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 07:35 PM | Show all posts
mamat ni terserlah keminatan die pada genre2 drama korea. sebab aku suka tgk cite korea genre2 cmni...aku teringin gak nak tgk melayu wat cite cmni. director, pierre..ok la, aku suka gak die DULU (b4 die blakon ngan Fasha cite 9 Sept tuh). Tapi....aku rasa die ni pilih pelakon cm nampak x meyakinkan je..so...konklusinya...:@ :@ :@

tak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by adnan_saidi at 10-8-2007 11:31 AM
elleh dia ni mmg suka ceduk idea dari korea..tak silap filem 9 disember tu tu pon dia ceduk idea filem my sassy girl..hampeh


HOH! tu la...karakter fasha tu mmg bley kata 80% sama karakter yg Jeon Ji-Hyeon bawak (urgh! aku sangat minat Ji_hyeon blakon!!..tapi SANGAT la tidak fasha sandha). Nak buat genre lebih kurang sama pon buat la...tp buat la idea lain sket. Geram betol la..dah la pelakon ntah ape2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by fa_stellar at 10-8-2007 07:40 PM


HOH! tu la...karakter fasha tu mmg bley kata 80% sama karakter yg Jeon Ji-Hyeon bawak (urgh! aku sangat minat Ji_hyeon blakon!!..tapi SANGAT la tidak fasha sandha). Nak buat genre lebih kuran ...


yup sebijik tp versi korea punya pompuan tu mmg nmpk ganas n brutalnya tp fasha ni boleh ke, suara pun mcm
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by darthVader at 9-8-2007 04:19 PM
macam cite My Little Bride jer...


haah.. mcm my little bride je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 07:13 PM | Show all posts
Originally posted by darthVader at 9-8-2007 04:19 PM
macam cite My Little Bride jer...


tuh r mcm my little bride jer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 08:46 AM | Show all posts
apsal serabut sgt muke mamat nie??   
Reply

Use magic Report

darthMAUL This user has been deleted
Post time 13-8-2007 09:54 AM | Show all posts
apsal tajuk thread ni macam pelik?cam ayat tergantung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 10:27 AM | Show all posts
yelah, dia kan suka tgk filem korea.. dan suka dengan filem belah sana.... aku pun suka ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 03:36 PM | Show all posts
oooo..patutla pon..tp pemilihan pelakon cam kureng..dlm byk2 asal ko amik fasya sandal tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 02:26 AM | Show all posts
ouh lisa surihani.
nk tgkle nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 01:48 AM | Show all posts
td ms ngok muvi.. t'nmpak poster cite nihh.. kan ke besh kalo FARID ngan MAYA...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.078245 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list