CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joyahglam

~MERGED~ Shamsiah Fakeh

[Copy link]
Post time 23-10-2008 06:40 PM | Show all posts
totok PKM freebird koner lipat la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 06:41 PM | Show all posts
untuk totok2 komunis disini..sila listkan kebaikkan ajaran komunis....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 06:59 PM | Show all posts
ok ni aku nak bagi lecture sikit pasai komunis

Perkembangan fahaman ko munis di rantau Asia Tenggara
amnya dan Tanah Melayu serta Singapura khususnya merupakan
satu agenda Soviet Union untuk menyebarluaskan
fahaman tersebut ke seluruh dunia. Lenin percaya rantau
Asia Tenggara merupakan wilayah yang sesuai untuk menyuburkan
fahaman ko munis. Fahaman ko munis merupakan
satu ideologi politik-ekonomi yang mementingkan
pemusatan kuasa di tangan pemerintah dengan memiliknegarakan
segala bentuk punca pengeluaran. Pelaksanaan
ideologi ini biasanya dijalankan oleh sebuah parti politik
tunggal yang menguasai pemerintahan iaitu parti politik
yang menganut fahaman komunis.
Fahaman ko munis mula diperkembangkan ke Tanah
Melayu pada pertengahan pertama abad ke-20. Akibat pergolakan
yang berlaku di antara parti Kuomintang di bawah
pimpinan Chiang Kai Shek dan Parti Ko munis Cina (PKC)
yang dipimpin oleh Mao Tse Tung, Parti Ko munis Nanyang
(PKN) telah ditubuhkan bagi menyelaraskan segala kegiatan
ko munis di Asia Tenggara. PKN mempunyai dua organisasi
massa iaitu Kesatuan Sekerja Umum Nanyang dan Liga Belia
Ko munis yang berfungsi untuk mempengaruhi kesatuan
sekerja dan buruh. Ke muncak kepada kegiatan tersebut satu
tunjuk perasaan telah dilancarkan pada bulan Mac 1928
yang telah mengakibatkan pertempuran dengan pihak
berkuasa. Ekoran daripada tunjuk perasaan tersebut, kerajaan
Inggeris telah bertindak mengharamkan Kesatuan Sekerja
Umum Nanyang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:01 PM | Show all posts
PEMBENTUKAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Menjelang tahun 1930, Commintern (Communist International)
telah mengambil keputusan untuk memperhebat
gerakan mereka bagi mengembangkan kegiatan ko munis di
Tanah Melayu dan pada 30 April 1930 parti Ko munis Malaya
telah ditubuhkan. Serentak dengan penubuhan PKM,
Kesatuan Sekerja Umum Malaya telah ditubuhkan bagi
menggantikan Kesatuan Sekerja Umum Nanyang yang
telah diharamkan oleh pemerintah Inggeris. PKM mempunyai
pejabat di Singapura dan terletak di bawah pengawasan
Commintern dan tidak lagi di bawah PKC. Sepanjang tahun
1930, anasir-anasir ko munis telah menjalankan kegiatan
mereka dengan menyerap masuk dan meracuni pemikiran
ahli-ahli kesatuan buruh dan belia-belia. Mereka telah
menanamkan bibit kebencian dan perasaan anti-pemerintah
di kalangan kaum buruh dan belia. Kemelesetan ekonomi
yang melanda dunia telah memantapkan lagi pengaruh
ko munis. Beberapa siri mogok secara besar-besaran telah
dilancarkan kerana pihak majikan tidak sanggup menaikkan
gaji akibat masalah ekonomi. Menjelang tahun 1936
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:02 PM | Show all posts
GERAKAN PKM SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Tindakan pemerintah Inggeris membebaskan semua tahanan
ko munis telah memberikan harapan kepada pergerakan
komunis untuk memperkukuh kedudukan dan
kekuatan mereka. Bagi menghadapi kemaraan Jepun, kerajaan
Inggeris pada 8 Disember 1940 telah membuat perjanjian
dengan PKM untuk membebaskan semua tahanannya.
Pemerintah Inggeris juga telah bersetuju untuk melatih dan
membekalkan senjata kepada anggota komunis yang
akan berjuang menentang tentera Jepun. Sejajar dengan
persetujuan yang dicapai dengan Inggeris, PKM telah
merekrut seramai 200 orang pemuda Cina yang terpilih.
Mereka inilah yang menjadi penggerak kepada Tentera
Anti-Jepun Tanah Melayu yang dikenali sebagai MPAJA.
Kekuatan MPAJA semakin bertambah kukuh dengan
penyertaan lebih ramai orang Cina yang terpaksa melarikan
diri akibat kezaliman tentera Jepun. Dianggarkan MPAJA
mempunyai kekuatan seramai 7000 orang ahli selepas
tempoh tiga tahun penubuhannya. Semasa pendudukan
Jepun, PKM telah menumpukan usaha untuk memperkukuh
kedudukannya kerana PKM percaya bahawa Inggeris
akhirnya akan kembali ke Tanah Melayu. Tentangan yang
dilakukan ke atas tentera Jepun adalah bersifat ofensif dan
dilakukan secara serang hendap bagi mengurangkan kehilangan
nyawa di kalangan anggotanya. Semasa pendudukan
Jepun, PKM telah melancarkan serangan secara perang
gerila dengan kerjasama Inggeris melalui Pasukan 136.
Dalam tempoh 4 tahun pendudukan Jepun, MPAJA tidak
banyak bertempur melawan tentera Jepun. Serangan yang
dilakukan sekadar bertujuan mengaburi pemerintah Inggeris
yang telah membekalkan senjata dan keperluan latihan
kepada anggota PKM. Jika ditinjau dari segi jangka panjang
perjuangannya, PKM lebih beruntung akibat pendudukan
Jepun kerana dengan bantuan senjata, latihan, kewangan,
bekalan logistik dan perubatan yang dibekalkan oleh Inggeris,
ia berjaya memperkuat gerila untuk digunakan bagi
menentang British, sekembalinya mereka ke Tanah Melayu
kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:07 PM | Show all posts
KEADAAN SELEPAS JEPUN MENYERAH KALAH

Selepas Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan
pemerintah Inggeris ke Tanah Melayu, MPAJA mengambil
kesempatan ini untuk keluar dari hutan bagi melucutkan
senjata tentera Jepun. Selama lebih kurang 14 hari sebelum
tegaknya Pentadbiran Tentera Inggeris, PKM telah
bertindak menawan beberapa buah balai polis. Mereka telah
mengambil kesempatan untuk membalas dendam dengan
melakukan kekejaman dan pembunuhan ke atas orang
Melayu yang mereka anggap telah menjadi alat dan tali barut
tentera Jepun sewaktu Jepun menguasai Tanah Melayu.
Di beberapa daerah, pertempuran kaum meletus, misalnya
di Batu Pahat manakala negeri-negeri lain juga turut diserang
oleh MPAJA bagi menunjukkan kekuasaannya. Oleh
sebab terdapat hanya sebilangan kecil sahaja tentera Inggeris,
Lau Yew, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Perang telah
merancang untuk mengambil alih kuasa di Tanah Melayu.
W alau bagaimanapun disebabkan perancangan tindakan
tersebut lambat untuk dilaksanakan, hasrat tersebut tidak
dapat diteruskan. Menjelang 12 September 1945 lebih
ramai tentera Inggeris dan India tiba dan Pentadbiran Tentera
Inggeris (BMA) telah ditubuhkan. Langkah pertama
yang dilakukan oleh BMA adalah bertindak membubarkan
pasukan MPAJA pada 1 Disember 1945. Dianggarkan terdapat
7000 orang anggota MPAJA. Sebagai ganjaran BMA
telah bersetuju untuk memberikan wang sebanyak 350 ringgit setiap seorang dan juga berusaha untuk mendapatkan
pekerjaan bagi mereka. W alaupun banyak senjata telah
diserahkan kepada BMA, sejumlah besar senjata masih
disembunyikan oleh PKM. Sebenarnya ini merupakan
sebahagian strategi PKM untuk merampas semula Tanah
Melayu dari tangan Inggeris. PKM tidak berniat untuk bekerjasama
atau tunduk kepada pemerintah Inggeris, malah
mereka menganggap British sebagai batu penghalang terbesar
dalam mencapai matlamat PKM untuk menegakkan
sebuah Republik Komunis Malaya. Ini terbukti melalui
langkah PKM memperkuatkan tenteranya menjadi lebih
10 000 orang sebaik sahaja Jepun menyerah kalah. Daripada
jumlah tersebut, hanya 6000 orang diisytiharkan
sebagai tentera MPAJA yang dibubarkan sementara lebih
4000 lagi ialah tentera PKM yang masih lengkap bersenjata.
Menyedari bahawa Inggeris tidak akan memberi ruang
kepada pihak komunis untuk memperkembang ideologi dan
juga kekuatan mereka, PKM telah merancang beberapa
strategi untuk meraih sokongan daripada orang ramai.
W alaupun British telah kembali berkuasa di Tanah Melayu,
identiti PKM sebagai sebuah parti politik masih lagi sah dari segi undang-undang sehinggalah pengharamannya pada
tahun 1948. Taraf ini memberikannya peluang untuk mempengaruhi
beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi
mereka. Selepas pengisytiharan Malayan Union pada Januari
1946, PKM cuba menyusup masuk ke dalam pertubuhan
PUTERA-AMCJA dengan harapan pertubuhan ini akan
berkongsi bahu dengannya demi mencapai matlamat PKM
untuk mewujudkan sebuah negara komunis. Gabungan ini
telah cuba mendapatkan konsesi daripada kerajaan tetapi
gagal. Kegagalan PKM mendapat konsesi tersebut telah
mendorong PKM menukar strategi perjuangan mereka.
P KM telah mula memperguna kesatuan sekerja ke arah
kegiatan bercorak militan dengan menganjurkan mogok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 07:07 PM | Show all posts
dan menghasut pekerja supaya mencetuskan kekacauan di
seluruh negara. Penentangan berterusan orang Melayu terhadap
Malayan Union telah menyebabkan kerajaan Inggeris
bertolak ansur. Akhirnya, Malayan Union dibubarkan dan
sebagai gantinya, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan
dan ia merupakan satu tamparan yang hebat kepada
perjuangan PKM. Menyedari bahawa kedudukan PKM
semakin terancam dan selaras dengan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat PKM pada bulan Mac 1948,
PKM telah mengeluarkan tiga arahan yang menjurus ke
arah persiapan untuk melancarkan pemberontakan atau perjuangan
bersenjata. Menjelang Jun 1948 keadaan semakin
gawat dan tegang. Dalam satu sidang akhbar yang diadakan
pada 13 Jun 1948, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Edward
Gent menjelaskan sekurang-kurangnya 13 kejadian serius
telah tercetus di seluruh negara. Tiga hari selepas sidang
akhbar tersebut, tiga orang peladang Inggeris di Perak telah
dibunuh oleh sekumpulan orang bersenjata.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:09 PM | Show all posts
PENGISYTIHARAN DARU R AT
Akibat peristiwa pembunuhan tersebut, kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu telah mengisytiharkan darurat di
Perak dan Johor. Menjelang 16 Jun 1948, Sir Edward Gent
telah mengisytiharkan darurat bagi seluruh Tanah Melayu
menerusi kuatkuasa undang-undang BMA. Pengisytiharan
darurat ini memberi kuasa yang luas kepada kerajaan dan
membolehkan kerajaan mengenakan hukuman yang berat
kepada meraka yang membantu pengganas ko munis, termasuk
hukuman mati bagi mereka yang membawa senjata api.
Bagi memastikan pergerakan ko munis dapat dihapuskan,
kerajaan Tanah Melayu dan Singapura telah mengharamkan
PKM pada 23 Julai 1948. Di samping itu, tindakan kerajaan
Inggeris menguatkuasakan undang-undang baru pada
Mei 1948 adalah bertujuan untuk menyekat Kesatuan
Sekerja daripada dipengaruhi oleh ko munis. Pengisytiharan
darurat ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan memerangi
komunis. Bagi menentang PKM, kerajaan Inggeris
telah menambah bilangan tentera dan polis di Semenanjung.
Pasukan Askar Melayu diperbesarkan, begitu juga
pasukan polis. Kerajaan Inggeris juga telah menubuhkan
pasukan Polis Khas dan menjelang 26 Jun 1948, seramai
24 000 orang telah direkrut dalam tempoh 3 bulan dan ia
meningkat kepada 30 000 pada penghujung tahun tersebut
bagi menolong mengawal ladang getah dan lombonglombong
agar tidak dimusnahkan oleh PKM. Kerajaan juga
telah membawa masuk tentera dari luar seperti dari Fiji,
Kenya, Australia dan Nepal untuk menentang keganasan
komunis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 07:11 PM | Show all posts
RUNDINGAN BALING
Menjelang tahun 1955, akibat tekanan dan kemusnahan
yang dialami oleh PKM, parti itu sekali lagi mengubah
strategi perjuangannya ke arah keterbukaan, aman dan
berperlembagaan. Pada 1 Mei 1955, PKM muncul dengan
pengakuan bahawa mereka tidak lagi bercadang untuk memenangi
perjuangan secara bersenjata atau melalui pemberontakan.
PKM, yang telah menjadi semakin tersepit,
cuba untuk menyertai Pilihan raya Umum Tanah Melayu
yang akan diadakan pada Julai 1955. Pilihan raya Umum
1955 berakhir dengan kemenangan Parti Perikatan yang
merupakan gabungan UMNO, MCA dan MIC yang membawa
kepada perlantikan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Tunku
telah menawarkan pengampunan kepada pengganas komunis
yang menyerah diri. Tawaran tersebut telah dibuat pada
9 September 1955. Sebanyak dua belas juta pas keampunan
telah ditaburkan ke dalam hutan untuk memaklumkan tentang
pengampunan. Tiga minggu ke mudian, Chin Peng
telah menulis surat untuk mengadakan gencatan senjata
dengan segera dan meminta diadakan satu perbincangan
bagi menamatkan peperangan. Lanjutan daripada itu, pada
sepuluh hari terakhir bulan Disember 1955, pasukan keselamatan
mendapat perintah bagi mengadakan gencatan
senjata yang meliputi kawasan seluas 640 kilometer persegi
berhampiran dengan sempadan Siam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by awangbok at 23-10-2008 18:59
ok ni aku nak bagi lecture sikit pasai komunis

Perkembangan fahaman ko munis di rantau Asia Tenggara
amnya dan Tanah Melayu serta Singapura khususnya merupakan
satu agenda Soviet Union untuk ...


aku format balik la..pening..

-Perkembangan fahaman komunis di rantau Asia Tenggara amnya dan Tanah Melayu serta Singapura khususnya merupakan satu agenda Soviet Union untuk menyebarluaskan fahaman tersebut ke seluruh dunia.

-Lenin percaya rantau Asia Tenggara merupakan wilayah yang sesuai untuk menyuburkan fahaman komunis. Fahaman komunis merupakan satu ideologi politik-ekonomi yang mementingkan pemusatan kuasa di tangan pemerintah dengan memiliknegarakan segala bentuk punca pengeluaran. Pelaksanaan ideologi ini biasanya dijalankan oleh sebuah parti politik tunggal yang menguasai pemerintahan iaitu parti politik yang menganut fahaman komunis.

-Fahaman komunis mula diperkembangkan ke Tanah Melayu pada pertengahan pertama abad ke-20. Akibat pergolakan yang berlaku di antara parti Kuomintang di bawah pimpinan Chiang Kai Shek dan Parti Komunis Cina (PKC) yang dipimpin oleh Mao Tse Tung, Parti Komunis Nanyang (PKN) telah ditubuhkan bagi menyelaraskan segala kegiatan komunis di Asia Tenggara.

-PKN mempunyai dua organisasi massa iaitu Kesatuan Sekerja Umum Nanyang dan Liga Belia Komunis yang berfungsi untuk mempengaruhi kesatuan sekerja dan buruh. Ke muncak kepada kegiatan tersebut satutunjuk perasaan telah dilancarkan pada bulan Mac 1928 yang telah mengakibatkan pertempuran dengan pihakberkuasa. Ekoran daripada tunjuk perasaan tersebut, kerajaan Inggeris telah bertindak mengharamkan Kesatuan Sekerja Umum Nanyang.

[ Last edited by  razhar at 23-10-2008 07:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:11 PM | Show all posts
Ini bertujuan untuk membolehkan wakil PKM keluar
menghadiri perjumpaan yang diadakan di Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (Inggeris) Tengku Putra di Baling, Kedah.
W alau bagaimanapun, pertemuan tersebut tidak membuahkan
sebarang hasil kerana Tunku telah menolak permintaan
PKM yang inginkan agar PKM diiktiraf sebagai parti politik
yang sah. Perjumpaan di Baling juga jelas mendedahkan
cita-cita PKM yang utama iaitu untuk menjadikan PKM sebuah
parti politik. Ini didorong oleh kegagalan mereka untuk
merampas kuasa secara perjuangan bersenjata. Disebabkan
kegagalan rundingan Baling, Chin Peng telah menukar
strategi perjuangannya iaitu daripada percubaan menjayakan
perjuangan secara aman kepada tindakan untuk memanjangkan
zaman darurat. Namun begitu, menjelang tahun
1959, kekuatan ko munis menjadi bertambah lemah dan
akhirnya pada 31 Julai 1960, perintah darurat telah ditarik
balik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:14 PM | Show all posts
so sapa yang rasa nak tambah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:15 PM | Show all posts

bai..sila betulkan format tu...

PEMBENTUKAN PARTI KOMUNIS MALAYA

-Menjelang tahun 1930, Commintern (Communist International) telah mengambil keputusan untuk memperhebatgerakan mereka bagi mengembangkan kegiatan ko munis di Tanah Melayu dan pada 30 April 1930 parti Komunis Malayatelah ditubuhkan. Serentak dengan penubuhan PKM,Kesatuan Sekerja Umum Malaya telah ditubuhkan bagi menggantikan Kesatuan Sekerja Umum Nanyang yang telah diharamkan oleh pemerintah Inggeris.

-PKM mempunyai pejabat di Singapura dan terletak di bawah pengawasan Commintern dan tidak lagi di bawah PKC. Sepanjang tahun 1930, anasir-anasir ko munis telah menjalankan kegiatan mereka dengan menyerap masuk dan meracuni pemikiran ahli-ahli kesatuan buruh dan belia-belia. Mereka telah menanamkan bibit kebencian dan perasaan anti-pemerintah di kalangan kaum buruh dan belia. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia telah memantapkan lagi pengaruh komunis. Beberapa siri mogok secara besar-besaran telah dilancarkan kerana pihak majikan tidak sanggup menaikkan gaji akibat masalah ekonomi.

-Menjelang tahun 1936
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by awangbok at 23-10-2008 19:14
so sapa yang rasa nak tambah


sila betulkan format scan kao tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:16 PM | Show all posts
dah lama aku simpan benda ni saja hari ni nak kongsi sikit dengan pemuja kominis
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by razhar at 23-10-2008 07:15 PM


sila betulkan format scan kao tu...


hehehhee . sapa rajin format la balik. kalau puak puak kominis kat dalam ni yang kata kerajaan dulu tak kasi chance baca balik la rundingan baling tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 07:25 PM | Show all posts

Reply #680 awangbok's post

GERAKAN PKM SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

-Tindakan pemerintah Inggeris membebaskan semua tahanan komunis telah memberikan harapan kepada pergerakankomunis untuk memperkukuh kedudukan dan kekuatan mereka. Bagi menghadapi kemaraan Jepun, kerajaan Inggeris pada 8 Disember 1940 telah membuat perjanjian dengan PKM untuk membebaskan semua tahanannya.Pemerintah Inggeris juga telah bersetuju untuk melatih dan membekalkan senjata kepada anggota komunis yangakan berjuang menentang tentera Jepun.

-Sejajar dengan persetujuan yang dicapai dengan Inggeris, PKM telah merekrut seramai 200 orang pemuda Cina yang terpilih. Mereka inilah yang menjadi penggerak kepada Tentera Anti-Jepun Tanah Melayu yang dikenali sebagai MPAJA. Kekuatan MPAJA semakin bertambah kukuh dengan penyertaan lebih ramai orang Cina yang terpaksa melarikan diri akibat kezaliman tentera Jepun.

-Dianggarkan MPAJA mempunyai kekuatan seramai 7000 orang ahli selepas tempoh tiga tahun penubuhannya. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah menumpukan usaha untuk memperkukuh kedudukannya kerana PKM percaya bahawa Inggeris   akhirnya akan kembali ke Tanah Melayu. Tentangan yangdilakukan ke atas tentera Jepun adalah bersifat ofensif dan dilakukan secara serang hendap bagi mengurangkan kehilangannyawa di kalangan anggotanya. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah melancarkan serangan secara perang gerila dengan kerjasama Inggeris melalui Pasukan 136.

-Dalam tempoh 4 tahun pendudukan Jepun, MPAJA tidak banyak bertempur melawan tentera Jepun. Serangan yang dilakukan sekadar bertujuan mengaburi pemerintah Inggeris yang telah membekalkan senjata dan keperluan latihan kepada anggota PKM. Jika ditinjau dari segi jangka panjang perjuangannya, PKM lebih beruntung akibat pendudukan Jepun kerana dengan bantuan senjata, latihan, kewangan,bekalan logistik dan perubatan yang dibekalkan oleh Inggeris,ia berjaya memperkuat gerila untuk digunakan bagi menentang British, sekembalinya mereka ke Tanah Melayu kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:31 PM | Show all posts

Reply #681 awangbok's post

KEADAAN SELEPAS JEPUN MENYERAH KALAH

-Selepas Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan pemerintah Inggeris ke Tanah Melayu, MPAJA mengambilkesempatan ini untuk keluar dari hutan bagi melucutkan senjata tentera Jepun. Selama lebih kurang 14 hari sebelumtegaknya Pentadbiran Tentera Inggeris, PKM telah bertindak menawan beberapa buah balai polis. Mereka telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam dengan melakukan kekejaman dan pembunuhan ke atas orang Melayu yang mereka anggap telah menjadi alat dan tali barut tentera Jepun sewaktu Jepun menguasai Tanah Melayu.

-Di beberapa daerah, pertempuran kaum meletus, misalnya di Batu Pahat manakala negeri-negeri lain juga turut diserang oleh MPAJA bagi menunjukkan kekuasaannya. Oleh sebab terdapat hanya sebilangan kecil sahaja tentera Inggeris,Lau Yew, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Perang telah merancang untuk mengambil alih kuasa di Tanah Melayu.

-Walau bagaimanapun disebabkan perancangan tindakan tersebut lambat untuk dilaksanakan, hasrat tersebut tidakdapat diteruskan. Menjelang 12 September 1945 lebih ramai tentera Inggeris dan India tiba dan Pentadbiran Tentera Inggeris (BMA) telah ditubuhkan. Langkah pertama yang dilakukan oleh BMA adalah bertindak membubarkan pasukan MPAJA pada 1 Disember 1945. Dianggarkan terdapat 7000 orang anggota MPAJA. Sebagai ganjaran BMA telah bersetuju untuk memberikan wang sebanyak 350 ringgit setiap seorang dan juga berusaha untuk mendapatkan pekerjaan bagi mereka.

-Walaupun banyak senjata telah diserahkan kepada BMA, sejumlah besar senjata masih disembunyikan oleh PKM. Sebenarnya ini merupakan sebahagian strategi PKM untuk merampas semula Tanah Melayu dari tangan Inggeris. PKM tidak berniat untuk bekerjasama atau tunduk kepada pemerintah Inggeris, malah mereka menganggap British sebagai batu penghalang terbesar dalam mencapai matlamat PKM untuk menegakkan sebuah Republik Komunis Malaya.

-Ini terbukti melalui langkah PKM memperkuatkan tenteranya menjadi lebih 10 000 orang sebaik sahaja Jepun menyerah kalah. Daripada jumlah tersebut, hanya 6000 orang diisytiharkan sebagai tentera MPAJA yang dibubarkan sementara lebih 4000 lagi ialah tentera PKM yang masih lengkap bersenjata. Menyedari bahawa Inggeris tidak akan memberi ruang kepada pihak komunis untuk memperkembang ideologi dan juga kekuatan mereka, PKM telah merancang beberapa strategi untuk meraih sokongan daripada orang ramai.


-Walaupun British telah kembali berkuasa di Tanah Melayu,identiti PKM sebagai sebuah parti politik masih lagi sah dari segi undang-undang sehinggalah pengharamannya pada tahun 1948. Taraf ini memberikannya peluang untuk mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi mereka. Selepas pengisytiharan Malayan Union pada Januari 1946, PKM cuba menyusup masuk ke dalam pertubuhan PUTERA-AMCJA dengan harapan pertubuhan ini akan berkongsi bahu dengannya demi mencapai matlamat PKM untuk mewujudkan sebuah negara komunis. Gabungan ini telah cuba mendapatkan konsesi daripada kerajaan tetapi gagal. Kegagalan PKM mendapat konsesi tersebut telah mendorong PKM menukar strategi perjuangan mereka. PKM telah mula memperguna kesatuan sekerja ke arah kegiatan bercorak militan dengan menganjurkan mogok....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:34 PM | Show all posts

Reply #682 awangbok's post

.....dan menghasut pekerja supaya mencetuskan kekacauan di seluruh negara. Penentangan berterusan orang Melayu terhdap Malayan Union telah menyebabkan kerajaan Inggeris bertolak ansur. Akhirnya, Malayan Union dibubarkan dan sebagai gantinya, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan ia merupakan satu tamparan yang hebat kepada perjuangan PKM.

-Menyedari bahawa kedudukan PKM semakin terancam dan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM pada bulan Mac 1948,PKM telah mengeluarkan tiga arahan yang menjurus ke arah persiapan untuk melancarkan pemberontakan atau perjuangan bersenjata. Menjelang Jun 1948 keadaan semakin gawat dan tegang. Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 13 Jun 1948, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Edward Gent menjelaskan sekurang-kurangnya 13 kejadian serius telah tercetus di seluruh negara. Tiga hari selepas sidang akhbar tersebut, tiga orang peladang Inggeris di Perak telah dibunuh oleh sekumpulan orang bersenjata.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:38 PM | Show all posts

Reply #683 awangbok's post

PENGISYTIHARAN DARURAT

-Akibat peristiwa pembunuhan tersebut, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor. Menjelang 16 Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat bagi seluruh Tanah Melayu menerusi kuatkuasa undang-undang BMA. Pengisytiharan darurat ini memberi kuasa yang luas kepada kerajaan dan membolehkan kerajaan mengenakan hukuman yang berat kepada meraka yang membantu pengganas ko munis, termasuk hukuman mati bagi mereka yang membawa senjata api.

-Bagi memastikan pergerakan ko munis dapat dihapuskan,kerajaan Tanah Melayu dan Singapura telah mengharamkan PKM pada 23 Julai 1948. Di samping itu, tindakan kerajaan Inggeris menguatkuasakan undang-undang baru pada Mei 1948 adalah bertujuan untuk menyekat Kesatuan Sekerja daripada dipengaruhi oleh ko munis. Pengisytiharan darurat ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan memerangi komunis. Bagi menentang PKM, kerajaan Inggeris telah menambah bilangan tentera dan polis di Semenanjung.

-Pasukan Askar Melayu diperbesarkan, begitu juga pasukan polis. Kerajaan Inggeris juga telah menubuhkan pasukan Polis Khas dan menjelang 26 Jun 1948, seramai 24 000 orang telah direkrut dalam tempoh 3 bulan dan ia meningkat kepada 30 000 pada penghujung tahun tersebut bagi menolong mengawal ladang getah dan lombong lombong agar tidak dimusnahkan oleh PKM. Kerajaan juga telah membawa masuk tentera dari luar seperti dari Fiji, Kenya, Australia dan Nepal untuk menentang keganasan komunis....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 1.382979 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list