CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joyahglam

~MERGED~ Shamsiah Fakeh

[Copy link]
Post time 23-10-2008 07:40 PM | Show all posts

Reply #684 awangbok's post

RUNDINGAN BALING

-Menjelang tahun 1955, akibat tekanan dan kemusnahan yang dialami oleh PKM, parti itu sekali lagi mengubah strategi perjuangannya ke arah keterbukaan, aman dan berperlembagaan. Pada 1 Mei 1955, PKM muncul dengan pengakuan bahawa mereka tidak lagi bercadang untuk memenangi perjuangan secara bersenjata atau melalui pemberontakan.

-PKM, yang telah menjadi semakin tersepit,cuba untuk menyertai Pilihan raya Umum Tanah Melayu yang akan diadakan pada Julai 1955. Pilihan raya Umum 1955 berakhir dengan kemenangan Parti Perikatan yang merupakan gabungan UMNO, MCA dan MIC yang membawa kepada perlantikan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Tunku telah menawarkan pengampunan kepada pengganas komunis yang menyerah diri.

-Tawaran tersebut telah dibuat pada 9 September 1955. Sebanyak dua belas juta pas keampunan telah ditaburkan ke dalam hutan untuk memaklumkan tentang pengampunan. Tiga minggu ke mudian, Chin Peng telah menulis surat untuk mengadakan gencatan senjata dengan segera dan meminta diadakan satu perbincangan bagi menamatkan peperangan. Lanjutan daripada itu, pada sepuluh hari terakhir bulan Disember 1955, pasukan keselamatan mendapat perintah bagi mengadakan gencatan senjata yang meliputi kawasan seluas 640 kilometer persegi berhampiran dengan sempadan Siam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 07:43 PM | Show all posts

Reply #686 awangbok's post

-Ini bertujuan untuk membolehkan wakil PKM keluar menghadiri perjumpaan yang diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Tengku Putra di Baling, Kedah. Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut tidak membuahkan sebarang hasilkerana Tunku telah menolak permintaan PKM yang inginkan agar PKM diiktiraf sebagai parti politik yang sah. Perjumpaan di Baling juga jelas mendedahkan cita-cita PKM yang utama iaitu untuk menjadikan PKM sebuah parti politik.

-Ini didorong oleh kegagalan mereka untuk merampas kuasa secara perjuangan bersenjata. Disebabkan kegagalan rundingan Baling, Chin Peng telah menukar strategi perjuangannya iaitu daripada percubaan menjayakan perjuangan secara aman kepada tindakan untuk memanjangkan zaman darurat. Namun begitu, menjelang tahun 1959, kekuatan ko munis menjadi bertambah lemah dan akhirnya pada 31 Julai 1960, perintah darurat telah ditarikbalik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:44 PM | Show all posts

Reply #687 awangbok's post

pasal darurat ke dua ada tak? totok kumunis era la ni tak tahu ada nya darurat ke dua...

[ Last edited by  razhar at 23-10-2008 07:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:51 PM | Show all posts

Huh!

Originally posted by adi_iskandar at 23-10-2008 18:06
komrad2 sekalian, jangan lupa saksikan filem komunis terbaru, di http://revolusi48.blogspot.com juga di http://10tahun.blogspot.com/

api perjuangan takkan padam. komunis bersatu !




Aku tak tahu ini lawak ke hapa tapi ini tidak lucu...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:55 PM | Show all posts
Originally posted by razhar at 23-10-2008 07:44 PM
pasal darurat ke dua ada tak? totok kumunis era la ni tak tahu ada nya darurat ke dua...


aku rasa kalau yang asyik duk kata kita tak baca sejarah tu aku harap depa faham la kut. betapa persitiwa bukit kepong.  kalau lah kata dia mengelak bila jumpa askar melayu aku rasa botak chin lagi la good at heart . nampaknya bagi depa perjuangan askar melayu semacam sia sia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 07:55 PM | Show all posts

Reply #699 AceHand's post

aku dah g ke blog2 tu...mmg sah satu blog untuk totok2 komunis yg menggunakkan nya untuk menyebarkan dakyah dan fahaman komunis...wa rasa lu wajar ambik tindakan...:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by razhar at 23-10-2008 18:34


sosiolis tidak menolak agama...komunis pulak mmg mengharamkan agama....

iye kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:09 PM | Show all posts
Originally posted by awangbok at 23-10-2008 19:55


aku rasa kalau yang asyik duk kata kita tak baca sejarah tu aku harap depa faham la kut. betapa persitiwa bukit kepong.  kalau lah kata dia mengelak bila jumpa askar melayu aku rasa botak chi ...


apa agak nya perasaan askar kita khas nya regimen askar melayu diraja dan waris2 pahlawan yg gugur dlm perang menentang komunis dajjal tu bila mereka tahu..ramai warganegara menyanjung tinggi PKM dan ada yg bersadaqoh patihah pada komunis2 yg dah kiok?..:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 08:17 PM | Show all posts
darurat di malaysia

Hingga sekarang Malaysia mengalami lima darurat
yang betarusan.Semenjak 1948,lima darurat telah diisytiharkan untuk mencegah
bahaya yang mampu menguggat keamanan dan kestabilan negara.Sehingga hari ini
kelima-loma perisytiharan ini belum ditarik balik.Tiga darurat hanya tertumpu
pada kerajaan persekutuan,manakala selebihnya hanya tertumpu pada sebuah negeri
dalam Persekutuan Malaysia sahaja iaitu di Sarawak dan juga di
Kelantan.Perisytiharan pertama dibuat pertama kali oleh kerajaan British pada
13 Julai 1948.Ini adalah bertujuan untuk menghalang keganasan dan keadaan hura-hara
yang ditimbulkan oleh pengganas komunis.Pada masa itu,Tanah Melayu belum lagi
merdeka,negara diperintah mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948.Pada
ketika itu hal berkenaan darurat tidak pernah dibincang dan diperkatakan.Oleh
itu bagi mengambil langkah mencegah darurat dan huru-hara,Majlis Undangan
Persekutuan telah meluluskan satu undang-undang yang bernama Ordinan Peraturan
Darurat 1948.Maka dibawah peruntukan seksyen 3 ordinan pensytiharan darurat betarikh 13 Julai 1948 dibuat oleh
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.Dan juga berpandukan ordinan ini
beberapa undang-undang kecil yang dinamakan Peraturan-peraturan Ordinan telah
dibuat dan digunakan untuk menghapus keadaan darurat tersebut.Apabila keadaan
bertambah baik dan mengizinkan,kerajaan telah menamatkan darurat pada 3 Julai
1961 Ordinan Peraturan Darurat 1948 kini telah dimansuhkan.Tetapi sebahagian
daripada peraturan ini dianggap mustahak untuk mecegah subversive dan ancaman
komunis,oleh iti ia telah diserap ke dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960.Perisytiharan darurat kedua telah dibuat oleh YDP Agong pada 3 September
1964,iaitu lebih kurang dua minggu sebelum penubuhan Malaysia.Konfrontasi
Indonesia Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia
yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden
Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia
Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia
terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September
1963.Beliau pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia,
Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada
usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap kerajaan
Indonesia
telah bertukar dan berusaha menentang
keras penubuhan Negera
Malaysia
daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Sukarno ternyata mempunyai ego yang
kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk
Malaysia
secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di
Manila
. Selain daripada kritikan yang keras,
beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosiol dengan
Persekutuan Tanah Melayu.Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara
Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang
ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah
dan Sarawak
terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen 慓anyang
Malaysia抪ada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang
kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya
khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang
pembentukan Malaysia Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku
mengumumkan terbentuknya Malaysia  sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.Konfrantasi Indonesiaterhadap Malaysiamenjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB,Indonesiatelah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965. penghancuran PKI
dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Sukarno telah menyebabkan perubahan
mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965.
Indonesia juga telah menghantar tentera komando mereka di perairan
Labis,Pontian di Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.Mereka mendarat dengan
pertolongan orang-orang yang bersimpati dan belot.Pada mulanya, Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 digunakan,tetapi akibat pencerobohan dad tidak
dapat mengelak darurat lagi,maka Yang di-Pertuan Agung dibawah Pekara 150
Perlembagaan Malaysia pada 3 September 1964 dan pada 7 September 1964 seluruh
Malaysia telah diisytiharkan menjadi kawasan keselamatan.Pada 8 September 1964
Parlimen telah bersidang untuk membincang perisytiharan darurat dan pada hari
itu juga Akta Darurat (kuasa perlu) 1964 telah diluluskan.Akta ini telah
memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang dan
peraturan bagi mencegah darurat.Peraturan-peraturan yang dibuat tidaklah
terlalu banyak bilanganya jika dibandingkan dengan dengan peraturan-peraturan
yang dibuat bagi darurat 1948-1960.Ini disebapkan kerana tindakan undang-undang
berjalan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan beberapa undang-undang
lagi. Sekarang kedua-dua negara sudah memulihkan hubungan dan menjalanjan
perhubungan diplomatic yang rapat menerusi ASEAN,meksipun perisytiharan darurat
pada 3 September 1964 itu masih belum dibatalkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:41 PM | Show all posts

Reply #704 awangbok's post

lu tak reti nak format kaaa? lagi payah totok2 komunis tu nak baca...sedangkan kita mao memperbetulkan mureika...

darurat di malaysia

-Hingga sekarang Malaysia mengalami lima darurat yang betarusan.Semenjak 1948,lima darurat telah diisytiharkan untuk mencegah bahaya yang mampu menguggat keamanan dan kestabilan negara.Sehingga hari ini kelima-lima perisytiharan ini belum ditarik balik.Tiga darurat hanya tertumpu pada kerajaan persekutuan,manakala selebihnya hanya tertumpu pada sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia sahaja iaitu di Sarawak dan juga di Kelantan.Perisytiharan pertama dibuat pertama kali oleh kerajaan British pada 13 Julai 1948.Ini adalah bertujuan untuk menghalang keganasan dan keadaan hura-hara yang ditimbulkan oleh pengganas komunis.

-Pada masa itu,Tanah Melayu belum lagi merdeka,negara diperintah mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948.Pada ketika itu hal berkenaan darurat tidak pernah dibincang dan diperkatakan.Oleh itu bagi mengambil langkah mencegah darurat dan huru-hara,Majlis Undangan Persekutuan telah meluluskan satu undang-undang yang bernama Ordinan Peraturan Darurat 1948.Maka dibawah peruntukan seksyen 3 ordinan pensytiharan darurat betarikh 13 Julai 1948 dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

-Dan juga berpandukan ordinan ini beberapa undang-undang kecil yang dinamakan Peraturan-peraturan Ordinan telah dibuat dan digunakan untuk menghapus keadaan darurat tersebut. Apabila keadaan bertambah baik dan mengizinkan,kerajaan telah menamatkan darurat pada 3 Julai 1961 Ordinan Peraturan Darurat 1948 kini telah dimansuhkan.Tetapi sebahagian daripada peraturan ini dianggap mustahak untuk mecegah subversive dan ancaman komunis,oleh iti ia telah diserap ke dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.Perisytiharan darurat kedua telah dibuat oleh YDP Agong pada 3 September 1964,iaitu lebih kurang dua minggu sebelum penubuhan Malaysia.

-Konfrontasi Indonesia Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.Beliau pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap kerajaan Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negera Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Sukarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila.

-Selain daripada kritikan yang keras,beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosiol dengan Persekutuan Tanah Melayu.Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen 慓anyang Malaysia抪ada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya
khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia  sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.

-Konfrantasi Indonesiaterhadap Malaysiamenjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB,Indonesiatelah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965. penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Sukarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965.

-Indonesia juga telah menghantar tentera komando mereka di perairan Labis,Pontian di Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.Mereka mendarat dengan pertolongan orang-orang yang bersimpati dan belot.Pada mulanya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 digunakan,tetapi akibat pencerobohan dad tidak dapat mengelak darurat lagi,maka Yang di-Pertuan Agung dibawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia pada 3 September 1964 dan pada 7 September 1964 seluruh Malaysia telah diisytiharkan menjadi kawasan keselamatan.Pada 8 September 1964Parlimen telah bersidang untuk membincang perisytiharan darurat dan pada hari itu juga Akta Darurat (kuasa perlu) 1964 telah diluluskan.

-Akta ini telah memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang dan peraturan bagi mencegah darurat.Peraturan-peraturan yang dibuat tidaklah terlalu banyak bilanganya jika dibandingkan dengan dengan peraturan-peraturan yang dibuat bagi darurat 1948-1960.Ini disebapkan kerana tindakan undang-undang berjalan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan beberapa undang-undang lagi. Sekarang kedua-dua negara sudah memulihkan hubungan dan menjalanjan perhubungan diplomatic yang rapat menerusi ASEAN,meksipun perisytiharan darurat pada 3 September 1964 itu masih belum dibatalkan........


ni dah keluar tajuk bai...sila revert pada komunis...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:42 PM | Show all posts

Reply #702 Acong's post

iya incik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:49 PM | Show all posts
tak aku saja nak peringat pasal darurat. aku rasa ada orang yang keliru dengan istilah serikandi ni. perkataan yang semurni tiu telah dicemar. aku sebagai bekas tentera geram sangat. bengap sangat ka tentera malaysia samapai komunis pun nak kata pejuang.  4 tahun jepun duduk msia apa depa buat goyang telur saja .tu ka serikandi.

british tolong lepas lagi. kominis ni macam melepaskan anjing tersepit. dah bebas mau gigit pula.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 23-10-2008 18:06
komrad2 sekalian, jangan lupa saksikan filem komunis terbaru, di http://revolusi48.blogspot.com juga di http://10tahun.blogspot.com/

api perjuangan takkan padam. komunis bersatu !

Wah..Fahmi Reza Buat Cerita Baru Ke..Kene Tengok Ni...BTW..Apsal Lu Punya Posting Kene Potong Kredit...SMod Sudah Jadi Macam Amenoo Ke...Takut Ideologi Komunis Bertapak Di CI..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:11 PM | Show all posts
Lobai Razhar Tak Mau Jawab Ka...

Kenapa Pejuang Kiri Kemerdekaan( Rejimen Ke-10 Khususnya) Mendapat Bermacam-Macam Imbuhan (Tanah, Saguhati, Biaya Haji, Wang) Selepas Meletak Senjata..Sedangkan Tantara Dan Polis Kerajaan Hanya Mendapat Pencen Selepas Bersara Kelak...

Lebai Razhar Sila La Jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:51 PM | Show all posts
SHAMSIAH FAKEH - SRIKANDI NEGARA
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:00 PM | Show all posts

Reply #709 revolusi_30's post

sila refer pada jawapan lobai di belakang...diminta supaya lobai supaya rajin2 le belek ke belakang dan jgn duk ulang soklan yg sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 11:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by bluemenx at 23-10-2008 22:51
SHAMSIAH FAKEH - SRIKANDI NEGARA



...komunis2 yg dah kiok tu tak nak istiharkan sebagai srikandi jugak kaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:05 PM | Show all posts

Reply #707 awangbok's post

ramai jugak penyokong2 idelogi komunis di porem ni....wajar RISIK mai tgk2 dan jenguk2 kat porem ni....boleh angkut ramai2 g 'refresh' kat kem2....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by bluemenx at 23-10-2008 10:51 PM
SHAMSIAH FAKEH - SRIKANDI NEGARA


Pejuang Kemerdekaan Terunggul!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.508664 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list