CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amiin_al_Kalam

Antara Ilmu Persilatan & Mistik

[Copy link]
Post time 30-8-2007 01:21 PM | Show all posts

min

wei min... wa nk nasehatkan lu satu je

baek lu jgn menghampiri mende2 halus nih.. walaupon cara lu blajar ialah dgn baca ayat2 al-quran dan zikir2

lambat laun mende tu akan memudaratkan diri lu sendiri jugak... dgn kata lain "makan diri"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2007 02:32 PM | Show all posts
JAKIM - GARIS PANDUAN SILAT MENURUTISLAM

1.      TUJUAN


Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduankepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan senimempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yangbertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.

2.     PENDAHULUAN

2.1.  Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah.
Segala amalan dan kepercayaan yang tidakberdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalahditolak.

Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalantertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnyadengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu)yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal sucimempertahankan diri tradisional
(silat).Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapatmengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariatIslam.
Allah berfirman dalam surahYunus, ayat 106:

ولا تدع من دون الله ما لاينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين
(سورة يونس : 106)

Bermaksud:
揇an janganlah kamumenyembah apa-apa yang tidak memberimanfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jikakamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orangyang zalim
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:33 PM | Show all posts
3.3.   Guru Silat

3.3.1.  Guru silat yang beragama Islam hendaklahbukan terdiri daripada:

(a)   mereka yang melakukan perkara-perkarasyirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.
(b)   mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan denganmoral.
(c)   pemecah belah masyarakat.
(d)   Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.

3.3.2.   Jika seseorang guru silat hendakmelibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam samaada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, caramengerjakan sembahyang dan sebagainya.

3.3.3.   Guru silat dilarang memasukkan ataumenggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmukebal di dalam ilmu persilatan.

3.4.   Ikrar Sumpah Dan Taat Setia

3.4.1.   Sumpah tidak dibolehkan sebaliknya hanya ikrar.

3.4.2.   Murid-murid tidak boleh taat secaramembuat tuli kepada guru.  Merekahendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.

3.4.3.   Sumpah tidak boleh digunakan kepadaperkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akantaat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya.

3.4.4.   Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yangterdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidakbercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau namaberhala.

3.4.5.   Di dalam upacara sumpah dan bai抋h samaada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yangmensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam.

3.5.   Pantang Larang

3.5.1.   Suatu pantang larang hendaklah bukandaripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidakmeninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.

3.5.2.   Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkandengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripadamakhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak
menjadi.

3.5.3.   Tidak boleh memenuhi kehendak pantanglarang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam sepertimeninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya.

3.5.4.   Perkara-perkara yang harus dan halal tidakboleh dihukumkan haram.

3.6.   Adab

3.6.1.   Adab Murid Dengan Guru:

(a)   Guru tidak boleh menganggap dirinya yangpaling mulia dan tidak
pernah bersalah.
(b)   Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaatisecara mutlak.
(c)   Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.
(d)   Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksubkepadanya.

3.6.2   Adab Sesama Murid Seperguruan:

(a)  Seseorang murid tidak boleh memberikan haksecara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam,tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.
(b)  Seseorang murid tidak boleh menanam ataumengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehinggamemandang hina dan negatif kepada orang lain.

3.6.3.   Adab Murid Dengan Orang Lain

(a)   Seseorang murid tidak boleh mengutamakanguru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dankewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga.
(b)   Seseorang murit tidak boleh memandang rendahdan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya.
(c)   Seseorang murid yang beragama mestimenjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain.

3.7.   Gerak Langkah

(a)   Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkandengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimahatau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.
(b)   Gerak langkah silat tidak boleh diertikansebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., paramalaikat, nabi-nabi dan orang soleh.

(c)   Gerak langkah silat tidak bolehdimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atauperlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dansembahyang.

3.8.   Amalan Dalam Silat

(a)   Tidak boleh memuja dan memperhambkan dirikepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atauburuk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dansebagainya.
(b)   Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimatyang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami,objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.
(c)   Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaantertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaankepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampuraduk dengan ayat al-Quran.
(d)   Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat
wajib yang dituntut di dalam Islam sepertisembahyang lima waktu dan puasa dibulan Ramadan ketika melakukan amalan silat.

3.9.   Pengijazahan

(a)   Tidak boleh melakukan isyaratsembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihiketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepadaguru.

(b)   Tidak boleh melakukanupacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohonbantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaibseperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

3.10.   Matlamat Silat

a)   Matlamat silat hendaklah matlamat yangbaik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidupbermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.
(b)   Matlamat silat tidak boleh:

(i)   Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkandan mengugut orang lain.

(ii)  Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormatkepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.

(iii)  Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrimagama yang melampau di kalangan ahli.

4.   PENUTUP

Dengan mengikut garis panduan inidiharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapatmenghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasadirahmati Allah S.W.T.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Kuala  Lumpur.

[ Last edited by  kupia at 30-8-2007 02:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 10:02 PM | Show all posts
Dalam Video tu , ada mahaguru Omar Din...
Silat Lincah...

Dia pakai tongkat kena ngan Bruce Lee dulu...
Panjang cerita nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 30-8-2007 10:02 PM
Dalam Video tu , ada mahaguru Omar Din...
Silat Lincah...

Dia pakai tongkat kena ngan Bruce Lee dulu...
Panjang cerita nyer...



PENDEKKAN ler...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 11:22 PM | Show all posts

Reply #184 rdzaccess's post

mana ada maha..maha ntuk Allah je lar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2007 02:19 AM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 30-8-2007 11:22 PM
mana ada maha..maha ntuk Allah je lar..


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 03:18 AM | Show all posts
Agong tu ada...
PM tu ada mahathir...

Nak kawin pun maha jugak..
Bayar mahar..

[ Last edited by  rdzaccess at 31-8-2007 03:19 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2007 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 29-8-2007 08:58 PM
dia boleh menggunakan tendangan tanpa bayang yang boleh menyepak grind dari jauh..hebat tul..

huiih...tuh macam tendangan suria baja hitam jer tuhhhhh.......(suria baja hitam tuh maksudnya kamen rider...)
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 04:00 PM | Show all posts

Reply #188 rdzaccess's post

ye lar..actually nama atok aku pon ada maha gak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 04:01 PM | Show all posts

Reply #189 GRINDSAKHTANIC's post

x minat citer rider, rider ni..suria baja itam, baja apa tuu??........eeeuuuuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 1-9-2007 04:01 PM
x minat citer rider, rider ni..suria baja itam, baja apa tuu??........eeeuuuuuu....


baja tu kira cam spesis baru proton laaa..proton BAJA, abang sket pada proton WAJA
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 07:52 PM | Show all posts

Reply #192 falcon_9009's post

baja kambeng..proton baja? camner agaknyer rupe dier..apatah lagi pemandunyer,,.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 10:18 PM | Show all posts
Selamat menempuh kejayaan ke tahap kenaikan bengkung persilatan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 01:06 AM | Show all posts

Reply #194 rdzaccess's post

ok!  terima kasih rdza!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 1-9-2007 07:52 PM
baja kambeng..proton baja? camner agaknyer rupe dier..apatah lagi pemandunyer,,.


dah mula berkenan laa tu..ko nk tepon aku yerrr..nanti bleh aku antar kat umah ko 10 lori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 04:59 PM | Show all posts

Reply #196 falcon_9009's post

tak pe lar..terima kasih saja..ko simpan dulu buat selama-lamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 05:09 PM | Show all posts
Kroit,dah mengadu ke masalah bebudak tuh kat cikgu silat ataupun cikgu penasihat?Kalau dah,apa tindakan cikgu  tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 04:20 PM | Show all posts
Bebudak dah respect sebab Kroit dah belasah kawan sepersilatan dia masa nak dapat bengkung kuning tuh...dengan cara sempoi jer...
Reply

Use magic Report

silvermuse This user has been deleted
Post time 9-9-2007 01:06 PM | Show all posts

Reply #183 kupia's post

budak2 aku haram sorang pn xde adab la kalo camni........
patut la org kata ktorg ni bdk2 sesat...
pduli apa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067686 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list