View: 8200|Reply: 7
|
Daun, bunga, batang, akar etc Boleh Makan n Khasiat/Kegunaan
[Copy link]
|
aim0208 This user has been deleted
|
Topic: Daun, bunga, batang, akar etc Boleh Makan n Khasiat/Kegunaan
Salam Ramadhan (beginning of thread)
Mohon laluan mod2 n kengkawan sume. Sekiranya sudah ada yg berkaitan sori newbie pohon (macam raye).
Ni untuk panduan newbie yg baru belajar ni dan forummers sume.
1. Daun Kunyit - Balut Bakar Ikan, rendang, masak lemak cili padi etc.
1.1 Image:
1.2 Buah Kunyit, Quote:
"kegunaan: | Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah.
Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda. Pautan lain:
1.http://www.herbasin.com/database/yujin.htm
2.http://www.herbasin.com/database/yujin.htm
3.http://unitproj.library.ucla.edu/biomed/spice/index.cfm?displayID=26 "
|
2. ............................
[ Last edited by aim0208 at 21-9-2007 11:42 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
aim0208 This user has been deleted
|
2. Daun Pandan - Natural food colouring, onde-onde, lompat tikam, butir nangka, nasi lemak/ayam etc. |
|
|
|
|
|
|
aim0208 This user has been deleted
|
3. Daun Lidah buaya - facial/wound/burn treatment, lanscape ... ada benefit lain ke or kena proses?
3.1 Image:
3.2 Quote:
"kegunaan: | Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air. "
|
[ Last edited by aim0208 at 21-9-2007 11:58 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
aim0208 This user has been deleted
|
Originally posted by aim0208 at 21-9-2007 09:19
2. Daun Pandan - Natural food colouring, onde-onde, lompat tikam, butir nangka, nasi lemak/ayam etc.
2.1 Image:
2.2 Quote:"kegunaan lain: | Pandan boleh dijadikan teh untuk menghilangkan masalah angin dan masalah pencernaan"
|
|
|
|
|
|
|
|
aim0208 This user has been deleted
|
4. Daun Halia - untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.
4.1 Image:
4.2 Quote:
"kegunaan:
Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut. bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2,3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam. "
Note: Most of plant posted are the one that I have |
|
|
|
|
|
|
aim0208 This user has been deleted
|
4. Daun Halia - untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.
4.1 Image:
4.2 Quote:
"kegunaan:
Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut. bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2,3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam. "
Note: Most of plant posted are the one that I have
[ Last edited by aim0208 at 21-9-2007 12:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
aim0208 This user has been deleted
|
5. Daun Kari
5.1 Image:
5.2 Quote:
"
kegunaan:
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
"
[ Last edited by aim0208 at 21-9-2007 12:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
aim0208 This user has been deleted
|
6. Kaduk - perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedak dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.
6.1 Image:
6.3 Quote:
"kegunaan:
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu. " |
|
|
|
|
|
|
| |
|