Assalamualaikum semua warga CARI khususnya warga Bod Singapura & Brunei Darussalam
sempena Hari Raya Aidil Fitri yang tidak lama akan kita disambut, Bod ini menganjurkan Peraduan
merekacipta "KAD HARI RAYA AIDIL FITRI" dan "UCAPAN HARI RAYA AIDIL FITRI".
Syarat-syarat Peraduan:
1) Peraduan ini dibuka kepada semua warga CARI kecuali para penganjur.
2) Kad HARI RAYA & UCAPAN HARI RAYA yang direkacipta hendaklah *ASLI (ORIGINAL).
3) Disebabkan masa yang terhad, setiap poremer/MOD hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja bagi setiap kategori.
4) Setiap penyertaan akan diberi kredit +20.
5) Tarikh tutup penyertaan ialah 07-10-2007 jam 12malam.
6) Peraduan ini akan dilakukan dalam 2 peringkat:-
6.1) PERINGKAT PERTAMA - akan dibuka Poll untuk tempoh masa 3 hari sahaja (8 hingga 10-10-2007).
Peserta dibenarkan menjemput sesiapa jerkk untuk mengundi rekabentuk atau ucapan mereka.
Setiap pengundi hendaklah membuat posting untuk mendapatkan credit +10.
6.2) PERINGKAT KEDUA - TOP 5 dari peringkat pertama akan dipilih secara rahsia oleh para MOD BOD ini dan MOD/SMOD jemputan
dalam tempoh masa 2 hari sahaja (11 hingga 12-10-2007).
7) Para pemenang akan diumumkan sebaik sahaja hasil dari peringkat kedua selesai.
8) Juara bagi kedua-dua kategori akan mendapat sampul surat hijau berisi seperti berikut:-
8.1) JUARA - 500 kredit
8.2) NAIB JUARA - 300 kredit
8.3) KETIGA - 150 kredit
8.4) KEEMPAT - 100 kredit
8.5) KELIMA - 50 kredit
Tunggu apa lagi?
Segera lah korang mencipta "KAD HARI RAYA" & "UCAPAN HARI RAYA" korang... INGAT....korang hanya mempunyai peluang sekali dalam setiap kategori, Oleh itu..
pastikan rekacipta itu yang TERBAIK sebelum korang hantar untuk dipertandingkan.
* ASLI (ORIGINAL) - Korang dibolehkan mengambil gambar dari mana-mana termasuk internet untuk dijadikan
latarbelakang (background) untuk Kad Hari Raya.
dari kami para penganjur peraduan, holmes, Virgomal, tig_cun