CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: migdal_bavel

Ibrani עברית Hebrew

[Copy link]
 Author| Post time 10-2-2008 12:53 PM | Show all posts

transliterasi untuk bahasa ibrani

Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 09:52

Penulisan Rumi untuk bahasa Ibrani

Penulisan bahasa Ibrani yang dirumikan adalah lebih popular daripada perumian bahasa Arab kerana ia tidak seperti bahasa Arab yang dibaca bersambung-sambung.

Proses transliterasi ini sangat diperlukan dalam mengungkapkan nama-nama atau terma Ibrani yang penting dalam sektor bahasa, pendidikan, keagamaan, perdagangan dan juga komunikasi.

Seperti Romanji bagi bahasa Jepun, penggunaan tulisan rumi untuk bahasa Ibrani lebih banyak digunakan oleh orang-orang yang masih mempelajari bahasa tersebut.

Akan tetapi, cara penulisan rumi untuk bahasa Ibrani tidak tetap kerana penutur-penutur Ibrani menyebut secara berbeza walaupun pada huruf yang sama disebabkan faktor-faktor seperti pengaruh Diaspora, kebudayaan dan bahasa asal yang berlainan.

Perlu diingatkan sekali lagi, terdapat dua cara sebutan yang major iaitu Mivta Sefaradit dan Mivta Ashkenazit.

Kaedah Sebutan Abjad Antarabangsa (International Phonetic Alphabet [IPA]) mungkin adalah jalan yang paling tepat dalam mentransliterasikan Ibrani Moden.

Bagaimanapun, sistem tersebut amat sukar difahami dan diikuti bagi kebanyakan orang.

Oleh itu, proses transliterasi berpandukan dua jenis mivta tersebut adalah lebih mudah dan universal untuk diaplikasikan sama ada bagi penutur Ibrani atau bukan penutur Ibrani.

1. Mivta Sefaradit:

Alef א = Ia adalah huruf tak berbunyi serta merupakan huruf vokal.

Maka ia boleh jadi (A/E/I/O/U) bergantung kepada tanda bacaan.

Tanda apostrofe  (') digunakan sebagai mewakili huruf ini apabila ia berada ditengah-tengah suatu perkataan dan pada masa yang sama perlu disebut. Contohnya perkataan מאמין - Ma'amin yang bermaksud percaya.

Bet בּ= B
Vet ב = V

Gimel גּ = G
Ghimel ג = G

Dalet דּ = D
Dhalet ד = D

Heh ה = H

Vav ו = Ia merupakan huruf vokal yang boleh berbunyi (U/O) bergantung kepada tanda bacaan serta mewakili konsonan V.

Zayin ז = Z

Khet ח = Kh

Tet ט = (T)

Yod י = Ia merupakan huruf vokal yang boleh berbunyi (I/E) bergantung kepada tanda bacaan serta mewakili konsonan Y

Kaf כּ,ךּ = K
Khaf כ,ך = Kh

Lamed ל = L

Mem מ,ם = M

Nun נ,ן = N

Samech ס = S

`Ayin ע  = Ia adalah seperti sebutan huruf `Ain ع bahasa Arab


Walaupun bukan huruf vokal, ia boleh jadi (A/E/I/O/U) yang didahului tanda Grave accent  (`) bergantung kepada tanda bacaan.

Tanda Grave accent (`) juga digunakan apabila huruf ini berada di belakang suatu perkataan atau di akhir havarah (suku kata) yang menyebabkan ia tidak disebut berserta vokal.

Dengan kata lain ia adalah huruf yang mati.

Contohnya perkataan שמע - Shema` yang bermaksud Dengarlah

Peh פּ,ףּ = P
Feh פ,ף = F

Tsadi צ,ץ = Ts seperti sebutan huruf Sad ص bahasa Arab

Qof ק = Q

Resh ר = R

Shin שׁ = Sh
Sin שׂ = S

Tav תּ = T
Thav ת = T

2. Mivta Ashkenazit:

Olef
א = A - Ia adalah huruf tak berbunyi serta merupakan huruf vokal.

Maka ia boleh jadi (A/E/I/O/U) bergantung kepada tanda bacaan.

Tanda apostrofe (') digunakan sebagai mewakili huruf ini apabila ia berada ditengah-tengah suatu perkataan dan pada masa yang sama perlu disebut.

Contohnya perkataan מאמין - Ma'amin yang bermaksud Percaya.

Beis בּ = B
Veis  ב = V

Gimeil גּ = G
Ghimeil ג = G

Doleis דּ = D
Dholeis ד = D

Hei ה = H

Vov
ו = Ia merupakan huruf vokal yang boleh berbunyi (U/O) bergantung kepada tanda bacaan serta mewakili konsonan V

Zayen ז = Z

Cheis
ח = Ch. Ia sebenarnya dibaca seperti Kh tetapi masyarakat Ashkenazim menulisnya sebagai (Ch) sepertimana dalam bahasa German dan Gaelic untuk intonasi sebegitu.

Teis
ט = T

Yud
י = Ia merupakan huruf vokal yang boleh berbunyi (I/E) bergantung kepada tanda bacaan serta mewakili konsonan Y

Kof כּ,ךּ = K
Chof כ
,ך = Ch. Ia sebenarnya dibaca seperti Kh tetapi masyarakat Ashkenazim menulisnya sebagai Ch sepertimana dalam bahasa German dan Gaelic untuk intonasi sebegitu.

Lomeid ל = L

Mem מ
,ם = M

Nun נ
,ן = N

Someich ס = S

Oyin
ע = Oleh sebab sebutan bagi huruf ini sama seperti huruf Oleif א , maka ia juga boleh jadi (A/E/I/O/U) bergantung kepada tanda bacaan serta diwakilkan dengan tanda apostrofe (') apabila ia berada ditengah-tengah suatu perkataan dan pada masa yang sama perlu disebut.

Pei פּ,ףּ = P
Fei פ,ף = F

Tzodi צ,ץ = Tz

Kuf ק = K

Reish ר = R

Shin שׁ = Sh
Sin שׂ = S

Tov תּ = T
Sov ת = S

[Ps: Nama-nama huruf mengikut Mivta Ashkenazit digunakan sebagai pengetahuan sahaja. Dalam keseluruhan artikel ini, sebutan dan transliterasi digunakan mengikut Mivta Sefaradit kerana ia adalah intonasi rasmi bagi Israel kecuali kata nama khas yang telah diciptakan dengan menggunakan Mivta Ashkenazit. Sebarang pengecualian, tambahan atau perubahan akan sentiasa dimaklumkan.]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 01:14 PM | Show all posts
Todah, migdal_bavel ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2008 01:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 10:00

al lo davar (sama sama)

ak bg jadual lebih cantik dr sebelum ni...seribulan, ak bosan ngn smiley face ni...ak tulis kt microsoft word gune kurungan2 bg asingkn hebrew n english punye space  x sgka bile paste kt forum jd smiley faces:@



Hubungan antara sebutan, intonasi, nilai nombor dan transliterasi

Sebutan bagi abjad-abjad dalam Alefbet memainkan peranan penting untuk proses transliterasi bahasa Ibrani.

Penerangan yang benar-benar berkesan berkenaan intonasi huruf-huruf Ibrani agak sukar jika hanya menggunakan perbandingan dengan sebutan huruf-huruf rumi.

Justeru, perbandingan dengan huruf-huruf Arab di samping huruf-huruf rumi mungkin lebih memudahkan para pembaca (khususnya Muslim yang mempelajari bahasa Arab) untuk memahami dengan lebih jelas dan mampu menyebut bunyi huruf-huruf tersebut dengan lebih betul sama ada mengikut Mivta Sefaradit ataupun Mivta Ashkenazit.

Kebanyakan huruf-huruf Ibrani tersebut mempunyai pasangan sebutan huruf-huruf Arab yang juga mempunyai nilai Gematria yang sama dengannya.

Maka, sebutan huruf-huruf Arab adalah lebih tepat daripada sebutan huruf-huruf rumi kerana bahasa Arab berasal daripada rumpun yang sama dengan bahasa Ibrani.

Bagi pembaca-pembaca yang tidak biasa dengan mana-mana bahasa Semitik, agak rumit untuk menyebut bunyi sesetengah huruf Ibrani yang terdapat pada bahasa-bahasa Semitik sahaja seperti huruf Khet ח `Ayin ע Tsadi צ,ץ dan Qof ק

Bagaimanapun, sebutan mengikut Mivta Sefaradit lebih mengikut resam bahasa-bahasa Semitik.

Mivta Ashkenazit pula adalah cara sebutan yang telah mengalami asimilasi dan pengaruh bahasa-bahasa di Eropah sehingga terdapat sebutan-sebutan asal bagi sesetengah huruf hilang.

Contohnya huruf `Ayin ע  Tsadi צ,ץ Qof ק Resh ר dan Thav ת .Oleh sebab itulah Mivta Sefaradit moden disyorkan sebagai intonasi yang lebih berguna dalam mempelajari bahasa Ibrani Moden.

Dalam bahagian ini, beberapa contoh perkataan Ibrani yang mempunyai kata dasar atau kata akar yang sama dengan perkataan Arab serta perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab diberikan untuk menguatkan lagi penjelasan mengenai hubungan yang rapat antara sebutan, intonasi, nilai nombor dan proses transliterasi Alefbet.

Mivta Sefaradit akan digunakan sepenuhnya dalam merumikan perkataan-perkataan tersebut. Sebutan bagi Mivta Ashkenazit juga akan diberitahu untuk beberapa huruf apabila terdapat perbezaan sebutan antara kedua-dua mivta itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2008 01:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 11:05

1.    Alef א - Yod י    [Sepuluh Huruf ]

Huruf-huruf Ibrani dari Alef א sehingga Yod י mempunyai nilai nombor yang sama dengan huruf-huruf Arab dari Alef ا sehingga Yeh ي

Kesemua huruf tersebut kecuali Gimel ג Vav ו dan Khet ח mempunyai bunyi yang sama dengan huruf-huruf Arab yang setara dengannya.

Huruf Gimel ג bunyinya sama seperti huruf G dalam perkataan Gam.

Huruf Vav ו  bunyinya seperti huruf V dalam perkataan Vena.

Huruf  Khet ח bunyinya seperti huruf Arab Khah خ akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai.

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi mana-mana huruf daripada sepuluh huruf Arab tersebut ا,ب,ج,د,ھ,و,ز,ح,ط,ي akan mengandungi huruf-huruf Ibrani yang setaradengannya א,ב,ג,ד,ה,ו,ז,ח,ט,י . Contohnya:

אבי - Avi setara dengan ابي - Abi = Ayahku
בית - Beit setara dengan بيت - Bait = Rumah
גמל - Gamal setara dengan جمل - Jamal = Unta
דין - Din setara dengan دين - Din = Penghakiman
הוא - Hu setara dengan هو  - Hua = Dia
ורדה - Vardah setara dengan وردﺓ - Wardah = Bunga
זמן - Zeman setara dengan زمن -Zaman = Masa
חביב - Khaviv setara dengan حبيب - Habib = Kekasih
טבח - Tabbakh setara dengan طبخ -Tabakha = Masak
יום - Yom setara dengan يوم - Yaum = Hari

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungihuruf Arab Khah خ akan mengandungi huruf Ibrani Khet ח .Contohnya:

חטא - Khet setara dengan خط - Khit = Dosa
חמישה - Khamishah setara dengan خمسة - Khamsah = Lima
חתם - Khatam setara dengan ختم - Khatama = khatam


2.    Huruf-Huruf LeMaNSa''A למנס״ע [Lima Huruf]

Huruf-huruf ini mempunyai nilai nombor yang sama dengan huruf-huruf Arab yang sama bunyi dengannya.

Huruf Lamed ל bunyinya seperti huruf Arab Lam ل

Huruf Mem מ bunyinya seperti huruf Arab Mim م

Huruf Nun נ bunyinya seperti huruf Arab Nun  ن

Huruf Samech ס bunyinya seperti huruf Arab Sin س

Huruf `Ayin ע boleh dibunyikan dengan dua cara bagi Mivta Sefaradit:

(i) Bunyinya seperti huruf Arab `Ain ع .Kaedah intonasi ini adalah paling lazim digunakan bagi penutur-penutur Mivta Sefaradit.

(ii) Bunyinya seperti Ng dalam perkataan Ngeri. Kebanyakan penutur Sefardim (kata banyak bagi Sefaradi) yang menetap di Eropah Barat (Belanda dan German Barat) menggunakan cara ini.

Huruf Oyin ע boleh dibunyikan dengan tiga cara bagi Mivta Ashkenazit:

(i) Bunyinya seperti huruf Aleif א akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai. Kaedah sebutan ini adalah paling lazim digunakan bagi penutur-penutur Mivta Ashkenazit.

(ii) Bunyinya seperti huruf Arab Ghain ﻍ akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai. Masyarakat Ashkenazim di Georgia menggunakan kaedah sebutan ini.

(iii) Bunyinya seperti Ng dalam perkataan Ngeri. Kebanyakan penutur Ashkenazim yang menetap di Eropah Barat (Belanda dan German Barat) menggunakan cara ini.

Walau bagaimanapun, bunyi huruf `Ayin ע yang disebut seperti huruf Arab Ghain ﻍ dan juga seperti Ng tidak diwakilkan kepada mana-mana huruf dalam proses transliterasi untuk bahasa Ibrani. Ia tetap ditulis dengan cara perumian mengikut Mivta Sefaradit dan Mivta Ashkenazit yang major.

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf-huruf Arab ل,م,ن,ع akan mengandungi huruf-huruf Ibrani ל,מ,נ,ע yang setara dengannya:

לילה - Lailah setara dengan ليلة - Lailah = Malam
מלך - Melech setara dengan ملك -Malik = Raja
נביא - Navi setara dengan نبي - Nabi = Nabi
עקד - `Aqad setara dengan عقد -`Aqad = Ikatan

Tidak semua perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf Arab Sin س akan mengandungi huruf Ibrani Samech ס .Contohnya:

סוכר - Sukkar setara dengan سڪر - Sukkar = Gula
סל - Sal setara dengan سلة - Sallah = Bakul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2008 01:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 11:11

3.    Huruf-Huruf TSaQa"R צק״ר  [Tiga Huruf ]

Huruf-huruf ini juga sama nilai dengan huruf-huruf Arab yang sama bunyi dengannya.

Huruf Tsadi צ bunyinya seperti huruf Arab Sad ص bagi Mivta Sefaradit.

Huruf Tzodi צ bunyinya seperti huruf Arab Zah ظ bagi Mivta Ashkenazit akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai.

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf Arab Sad ص akan mengandungi huruf Ibrani Tsadi צ .Contohnya:

צדיק - Tsaddiq setara dengan صديق - Siddiq = Yang benar
צדקה - Tsedaqah setara dengan صدقه - Sadaqah = Sedekah
צום - Tsom setara dengan صوم - Saum = Puasa

Terdapat beberapa perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf Arab Dhad ض akan mengandungi huruf Ibrani Tsadi צ . Contohnya:

צחק - Tsakhaq setara dengan ضحك - Dhahaka = Ketawa

Huruf Qof ק bunyinya seperti huruf Arab Qaf ق bagi Mivta Sefaradit.

Huruf Kuf ק bunyinya seperti huruf Arab Kaf ك bagi Mivta Ashkenazit akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai.

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf Arab Qaf ق akan mengandungi huruf Ibrani Qof ק .Contohnya:

קבר - Qever setara dengan قبر - Qabr = Kubur
קול - Qol setara dengan قول - Qaul = Suara
קליל - Qalil setara dengan قليل - Qalil = Sedikit

Huruf Resh ר bunyinya seperti huruf Arab Rah ر bagi Mivta Sefaradit.

Huruf Reish ר boleh dibunyikan dengan tiga cara bagi Mivta Ashkenazit:

(i ) Bunyinya seperti huruf Arab Ghain ﻍ akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai. Kaedah sebutan ini adalah paling lazim digunakan bagi penutur-penutur Mivta Ashkenazit.

(ii ) Bunyinya seperti huruf Arab Rah ﺭ sebagaimana Mivta Sefaradit. Kebanyakan penutur Ashkenazim yang berasal dari Russia dan negara-negara bekas Soviet Union serta sebahagian negeri-negeri di German.

(iii ) Bunyinya seperti huruf R sebutan orang-orang Inggeris. Penuturnya ialah majoriti kaum Ashkenazim di Amerika Syarikat yang juga menutur Yinglish serta orang-orang Amerika dan Eropah (bukan Yahudi) yang mempelajari bahasa Ibrani.

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf Arab Rah ر akan mengandungi huruf Ibrani Resh ר . Contohnya:

רבע - Reva` setara dengan ربع - Rubu` = Suku
רגם - Ragam setara dengan رجم - Rajm = Rejam
רועה - Ro`eh setara dengan راع - Ra`i yang bermaksud Pemimpin/Pengembala

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2008 01:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 15:36

ish, sakit mata tgk muke2 tu.nanti ak edit buangkan kurungan2 tu erk.buat ms ni ak tgglkn dulu....iggy jer muke2 tu.sbenarnya ak just nk kurungkn hebrew words tu jer sbb ak tulis kt microsoft word

4.    Huruf Shin ש

Huruf Shin ש mempunyai nilai nombor yang sama dengan huruf Arab Shin ش

Huruf ini sebenarnya tunggal tapi bersifat dwikonsonan kerana mempunyai dua sebutan berbeza iaitu Sh dan S

Huruf Shin yang berbunyi Sh masih dipanggil huruf Shin.

Huruf Shin yang berbunyi S dipanggil huruf Sin.

Titik yang ditandakan di sebelah kanan pada huruf Shin שׁ dinamakan Titik Shin bagi menunjukkan huruf Shin berbunyi Sh iaitu seperti huruf Arab Shin ش

Titik yang ditandakan di sebelah kiri pada huruf Shin שׂ dinamakan Titik Sin bagi menunjukkan huruf Shin berbunyi S seperti huruf Arab Sin س .Akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai.

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf Arab Sin س akan mengandungi huruf Ibrani Shin שׁ .Contohnya:

שׁאל - Sho'el setara dengan سأل - Sa'ala = Bertanya
שׁבעה - Shiv`ah setara dengan سبعة - Sab`ah = Tujuh
שׁנה - Shanah setara dengan سنة - Sanah = Tahun

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf Arab Shin ش akan mengandungi huruf Ibrani Sin שׂ . Contohnya:

שׂהר - Sahar setara dengan شهر - Shahr = Bulan
שׂטן - Satan setara dengan شيطان - Shaitan = Syaitan
שׂער - Se`ar setara dengan شعر - Sha`r = Rambut

Macam terbalik, bukan? Tapi, ada juga perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi huruf Arab Shin ش akan mengandungi huruf Ibrani Shin שׁ juga. Contohnya:

שׁיך - Sheikh setara dengan شيخ - Sheikh = Sheikh
שׁמשׁ - Shemesh setara dengan شمس - Shams = Matahari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2008 01:21 PM | Show all posts

Reply #31 migdal_bavel's post

udah I tolong edit semlm...the server was fast...

ps. derang ni cikgu udah mai...ilang lak...kata nak blaja..
sambung cikgu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2008 01:31 PM | Show all posts

Reply #32 seribulan's post

Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 16:20

terima kasih byk2 seribulan sbab tlg editkan...

5.    Huruf-Huruf BeGeDKeFa"T בגדכפ״ת[Enam Huruf ]

Huruf-huruf dwikonsonan ini boleh bertukar bunyi bergantung kepada titik yang dinamakan Dagesh Qal ּatau dinamakan Dagesh Lene.
Dagesh Qal ּ hanya boleh didapati pada keenam-enam huruf di atas. Titik ini perlu muncul pada huruf-huruf tersebut apabila huruf-huruf itu menjadi huruf pertama pada suatu perkataan atau menjadi huruf pertama pada permulaan havarah (suku kata) suatu perkataan.
   
Huruf-huruf Ibrani ini ב,ג,ד,כ,פ,ת mempunyai nilai nombor yang sama dengan huruf-huruf Arab ب,ج,د,ك,ف,ت sama ada huruf-huruf tersebut mempunyai Dagesh Qal ּatau tidak.

Huruf-huruf ini sebenarnya tetap dipanggil dengan nama asalnya iaitu Bet בּ,ב Gimel גּ,ג Dalet דּ,ד Kaf כּ,כ Peh פּ,פ dan Tav תּ,ת sama ada huruf-huruf tersebut mempunyai Dagesh Qal ּatau tidak.

Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pemahaman dan mengelakkan kekeliruan, huruf-huruf yang tidak mempunyai Dagesh Qal ּ akan diberi nama sebagai Vet ב Ghimel ג Dhalet ד Khaf ך,כ Feh פ,ף dan Thav ת manakala huruf-huruf yang mempunyai Dagesh Qalּakan dibaca namanya sebagaimana nama asalnya. Ini hanyalah sebagai sesi pengajaran saja

Huruf-huruf yang mempunyai Dagesh Qal ּ akan dibaca dengan bunyi yang lebih keras iaitu sama dengan bunyi asalnya.

Huruf-huruf yang tidak mempunyai Dagesh Qal ּ akan dibaca dengan bunyi yang lebih lembut.

Walau bagaimanapun, dalam Ibrani moden bagi Mivta Sefaradit, hanya terdapat tiga huruf daripada enam huruf tersebut dibaca dengan bunyi lembut apabila tidak terdapat Dagesh Qal ּ sementara tiga huruf lagi dibaca dengan bunyi yang sama walaupun tiada Dagesh Qal ּ

Huruf Bet בּ bunyinya seperti huruf Arab Beh ب

Huruf Kaf כּ,ךּ bunyinya seperti huruf Arab Kaf ك

Huruf Peh פּ,ףּ bunyinya seperti huruf Rumi P dalam perkataan Pin

Huruf Vet ב bunyinya seperti huruf Rumi V dalam perkataan Vena

Huruf Khaf ך,כ bunyinya seperti huruf Khah Arab خ akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai.

Huruf Feh פ,ף bunyinya seperti huruf Arab Feh ف

Huruf Gimel dan Ghimel גּ,ג bunyinya seperti huruf Rumi G dalam perkataan Gam

Huruf Dalet dan Dhalet דּ,ד bunyinya seperti huruf Arab Dal د bagi Mivta Sefaradit moden.

Huruf Dhalet ד bunyinya seperti huruf Arab Dzal ذ bagi Mivta Sefaradit klasik akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai.

Huruf Tav dan Thav תּ,ת bunyinya seperti huruf Arab Teh ت bagi Mivta Sefaradit moden.

Huruf Thav ת bunyinya seperti huruf Arab Theh ث bagi Mivta Sefaradit klasik akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai.

Huruf Tov תּ bunyinya seperti huruf Teh ت bagi Mivta Ashkenazit moden.

Huruf Sov ת bunyinya seperti huruf Arab Sin ﺲ bagi Mivta Ashkenazit moden akan tetapi kedua-dua huruf ini tidak sama nilai.

Kebanyakan perkataan Ibrani yang berasal daripada perkataan Arab atau mempunyai kata akar yang sama dengan perkataan Arab yang mengandungi mana-mana huruf daripada enam huruf Arab tersebut ب,ج,د,ك,ف,ت akan mengandungi huruf-huruf Ibrani yang setara dengannya ב,ג,ד,כ,פ,ת .Contohnya:

בּכה - Bokheh setara dengan بكى - Baka = Menangis
גבּור - Gibbor setara dengan جبر -Jabbar = Perkasa
דּוב - Dov setara dengan دب - Dub = Beruang
כּתב - Ko-tev setara dengan كتب - Kataba = Menulis
פּתח - Patakh setara dengan فتح - Fataha = Membuka
תּפּוח - Tappuakh setara dengan تفحة - Tuffahah = Epal

ps - terpaksa tulis ko-tev sebab ada tapisan dari sistem Cari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2008 06:17 PM | Show all posts

Reply #33 migdal_bavel's post

ada...tapi u lerr yg tau...not me...
Hebrew to me
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 11:35 PM | Show all posts
terima kasih migdal, skg dlm proses memahami satu2 ayat sambil kepala pun berpusing..cuba nak paham tapi susahnya nak paham

[ Last edited by  sardine at 23-2-2008 12:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 04:51 AM | Show all posts
Mcm seronok je bljr bhs ibrani..
Tapi kalau ada audio visual aids lg bagus kan..??

Nak blajo gak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 10:17 PM | Show all posts
migdal
mana hang blajaq bhs hebrew ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 04:36 PM | Show all posts

Reply #36 mkay98's post

haha man dia belajar? haha. apa2 hal pun pening la kepala aku, ingat mudah je
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:05 AM | Show all posts
ahad - 1, shishtain-2, sholosh-3, arbaa-4, khomesh-5, shesh-6, shebaa-7, shmone-8, tesha-9.... betul ke n? dah lupa sket2.. migdal..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:46 AM | Show all posts

Reply #36 mkay98's post

..........

[ Last edited by  adala at 5-5-2008 11:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:41 PM | Show all posts
shabbat shaloom..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2008 03:05 AM | Show all posts

Transliterasi untuk bahasa Arab

Post Last Edit by migdal_bavel at 26-11-2009 16:33

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya mengapa huruf-huruf Ibrani bersifat dwikonsonan oleh sebab nequdot ( titik-titik khas ) tidak dijadikan sahaja huruf-huruf yang ada titik dan tiada titik yang berasingan bagi mewakili bunyi yang berlainan.

Dengan kata lain, mereka merujuk kepada huruf-huruf bahasa Arab yang berbentuk serupa tetapi hanya berbeza dari segi ada atau tiada titik dan bilangan titik sebagai contoh ikutan.

Sebagai penjelasannya, huruf-huruf Arab yang asas dan asal adalah sebanyak 22 huruf iaitu dari huruf Alef ا sehingga huruf Teh ت

Abjad-abjad tersebut telah ditulis mengikut urutan yang betul dalam jadual di atas.

Hal ini menunjukkan huruf-huruf asas Arab dan Ibrani adalah sama tetapi enam huruf Arab terbitan yang lain seperti  ث,خ,ذ,ض,ظ,غ  ditambahkan setelah proses perletakan titik dan baris berkaitan dengan sejarah terciptanya Mashaf `Uthmani dilakukan.

Perkara ini sebenarnya bersangkut paut dengan perkembangan bahasa Arab itu sendiri dan tidak sepatutnya dibincangkan secara terperinci di sini.

Oleh sebab sejarah perkembangan kedua-dua bahasa Semitik ini berbeza maka kesan terhadap cara penggunaan abjad bagi kedua-duanya juga berlainan.

Kesimpulannya, huruf-huruf bahasa Ibrani tetap kekal sebanyak 22 huruf dan sesetengahnya bersfifat dwikonsonan untuk mewakili sebutan-sebutan yang lain.

Transliterasi yang dilakukan terhadap perkataan-perkataan Arab di atas pula mengikut cara perumian bahasa Arab yang agak rumit dan tidak mengikut cara yang lebih mudah difahami akan tetapi transliterasi sebegitulah yang lebih universal.

Nama-nama huruf seperti Beh ب Teh ت Theh ث Khah خ Rah ر Sad ص Dhad ض Tah ط Zah ظ Feh ف Qaf ق dan Yeh ي sepatutnya lebih familiar jika ditulis Ba, Ta, Tha, Kho, Ro, Sod, Dhod, To, Zo, Fa, Qof dan Ya kerana sebutannya sebegitu ( terutamanya bagi kaum Melayu ).

Begitu juga dengan perkataan-perkataan yang mengandungi huruf-huruf tersebut.

Contohnya perkataan خمسة yang ditulis Khamsah sebenarnya patut ditulis Khomsah kerana bacaan mengikut makhraj yang betul ialah seperti itu.

Dari segi nahu ( tatabahasa ) pula, sebutan bagi huruf terakhir pada kata nama Arab dalam bentuk nakirah ( am ) tidak boleh dimatikan sebagaimana yang dilakukan terhadap perkataan-perkataan di atas.

Contohnya perkataan جمل yang ditulis Jamal sebenarnya dibaca Jamalun.

Walau bagaimanapun, penulisan untuk perkataan-perkataan di atas memang lazim dilakukan bagi mengekspresikan mana-mana perkataan Arab yang ditulis secara tunggal ( tidak berada dalam satu ayat Arab yang lengkap ).

Proses transliterasi untuk suatu ayat Arab yang lengkap agak berlainan dan lebih sukar kerana bacaan yang bersambung-sambung antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain.

Hal ini dijelaskan supaya pembaca mengetahui perkara sebenar serba sedikit tentang proses transliterasi bahasa Arab yang kompleks.

Walaupun rumit, ia tetap digunakan kerana sesuai untuk perbandingan dengan perkataan-perkataan Ibrani yang setara dengannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 03:33 AM | Show all posts

Reply #38 sesuka jer's post

shavua' tov sesuka

betul la tu, tp ada pembetulan sikit. Dan yang tu ialah feminine type.

ko ada belajar hebrew erk, bagus seih

ada dua jenis cardinal number dalam bahasa ibrani ini iaitu nekevah (perempuan) dan zachar (lelaki)

biar ak ajar sikit erk

untuk masculine type iaitu zachar:

1-Echad
2-Shenayim
3-Sheloshah
4-Arba`ah
5-Chamishah
6-Shishah
7-Shiv`ah
8-Shemonah
9-Tish`ah
10-`Asarah

bagi nekevah (feminine type) pula:

1-Achat
2-Shetayim
3-Shalosh
4-Arba`
5-Chamesh
6-Shesh
7-Sheva`
8-Shemoneh
9-Tesha`
10-`Eser

Yang zachar, bunyinya seperti feminine (sesetengahnya ada -ah di hujung akhir perkataan) sedangkan yang nekevah, bunyinya seperti masculine...terbalikkan?

tapi beginilah hukum nahunya...mungkin untuk memadankan dengan kata nama Ibrani yang selalunya, masculine noun tiada imbuhan -ah di akhir perkataan sedangkan feminine noun pula lazim ada imbuhan -ah di akhir perkataannya.

contoh:

Yesh lo shalosh banot (Dia ada tiga orang anak perempuan)

Yesh lo sheloshah banim (Dia ada tiga orang anak lelaki)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 04:05 AM | Show all posts

ordinal numbers

Oh yer, untuk nombor ordinal pula, iaitu bagi menerangkan tempat kedudukan seperti pertama, kedua, ketiga etc
juga ada zachar dan nekevah

Zachar:

Rishon-Pertama
Sheni-Kedua
Shelishi-Ketiga
Revi`i-Keempat
Chamishi-Kelima
Shishi-Keenam
Shevi`i-Ketujuh
Shemini-Kelapan
Teshi`i-Kesembilan
`Asiri-Kesepuluh

Nekevah:

Rishonah-Pertama
Shenit-Kedua
Shelish*it-Ketiga (maaf, terpaksa letak tanda * untuk mengelakkan difilter oleh cari forum )
Revi`it-Keempat
Chamish*it-Kelima (maaf )
Shish*it-Keenam (ada lagi )
Shevi`it-Ketujuh
Sheminit-Kelapan
Teshi`it-Kesembilan
`Asirit-Kesepuluh

Nama-nama hari dalam bahasa Ibrani menggunakan ordinal numbers (seperti bahasa Arab yang kemudiannya dipinjam oleh bahasa Melayu)

Yom Rishon-Penghulu Hari (Ahad)
Yom Sheni-Hari Kedua (Isnin)
Yom Shelishi-Hari Ketiga (Selasa)
Yom Revi`i-Hari Keempat (Rabu)
Yom Chamishi-Hari Kelima (Khamis)
Yom Shishi-Hari Keenam (Jumaat)

dalam Ibrani Moden, Hari Ahad dipanggil Yom Rishon (secara literalnya bererti Penghulu Hari) tetapi bagi Ibrani Kuno, Hari Ahad dipanggil Yom Echad (Hari Pertama)

Walaubagaimanapun, Hari Sabtu tetap dipanggil Yom Shabbat (Hari Sabbat) dan bukanlah Yom Shevi`i (Hari Ketujuh)

Sabtu sendiri adalah berasal daripada kata Arab as-Sabt (yang sama akar dengan kata Ibrani ha-Shabbat)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 11:09 PM | Show all posts
thanks.. baru la aku paham.. blajar secara literal je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.673622 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list