CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50787|Reply: 242

khatan anak perempuan

[Copy link]
Post time 10-10-2007 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Dah ade ke topic ni..

saya nak kepastian..betulke sunat anak perempuan tu hanya adat saja..

tak buat pun takpe..tak berdosa..

bole tak sesape yg pandai bg komen atau paste kan artikel2 yg berkaitan. umur berape sesuai.dan berape kosnye kalu di klinik/ hospital swasta.

sebenarnye kawan saye chinese muslim ni tanye..saye tak pandai sgt nak bg pendapat bab2 hukum ni.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 02:14 PM | Show all posts
anak perempuan sunat juga dikhatankan tapi tak perlu dihebahkan seprti anak lelaki berkhatan. umur seeloknya 6 bulan atau kurang setahun. biasanya di hospital/clinic swasta kosnya kurang RM100.

hadis atau article yg berkaitan akan dipost kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 02:19 PM | Show all posts
> From: zaini kamal < [email protected] >
> To: [email protected]
> Sent: Wednesday, November 22, 2006 12:44:41 PM
> Subject: [zaharuddin] Berkhatan@ bersunat
>
> Assalamualaikum ustaz,
> Mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan
> secara
> terperinci hadis & Dalil mengatakan hukum berkhatan
> bagi lelaki & perempuan ? Saya keliru ada mengatakan
> perempuan tak diwajibkan dikhatan..adapun
> memberitahu
> perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit
> saja..
> Al-maklum sekarang musim cuti sekolah, ramai anak
> anak
> kita digalakkan berkhatan terutama anak lelaki...
> Wassalam
> Yang keliru
> ZainiKamal
>



  

JAWAPAN   


Wa'alaikumussalam


Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah


&#1582;&#1605;&#1587; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1601;&#1591;&#1585;&#1577; : &#1575;&#1604;&#1582;&#1578;&#1575;&#1606; &#1608;&#1575;&#1604;&#1573;&#1587;&#1578;&#1581;&#1583;&#1575;&#1583; &#1608;&#1578;&#1602;&#1604;&#1610;&#1605; &#1575;&#1604;&#1571;&#1592;&#1575;&#1601;&#1585; &#1608;&#1606;&#1578;&#1601; &#1575;&#1604;&#1573;&#1576;&#1591; &#1608;&#1602;&#1589; &#1575;&#1604;&#1588;&#1575;&#1585;&#1576;


Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)


Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-


1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.



2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   


3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.


Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.


Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.


Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.


Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan  .


:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."


dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :


" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)


Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.


Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.


Rasulullah Berkhatan


Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah  SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.


Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.



Sekian


Ust Zaharuddin

29 Nov 2006

8 Zulkaedah 1427 H

* adopted dari website ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 02:21 PM | Show all posts
my baby ari tu khatan time umurnya 3 bulan.. Dr tak potong cam boy kena potong kulit but just kuis skit je dengan jarum..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 02:44 PM | Show all posts
my eldest and 2nd doter saya khatan kan...balik kg saya bawak gi kat satu bidan ni ida khtan kan...bukan potong terus sekadar mengeluarkan sedikit darah jer...kalau nak khatan kat kg somi saya..alahai..byk sangat mak nenek nyer....ayam panggang laa...kain kuning la....dah cam khurafat la plak...

tp setelah baru2 ni kuar fatwa oleh alim ulamak Malaysia kata bayi pompuan tak yah khatan...maka anak saya yg ketiga ni saya tak khatan kan......
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 02:57 PM | Show all posts
Kalau mengikut sains nya pulak, mmg ada sebab kenapa pompuan harus khatan, tp biarlah khatan itu berpada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2007 02:57 PM | Show all posts
pompuan dia khatan potong clit ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 03:10 PM | Show all posts
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan  .


:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."


dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :


" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)



yup, dia potong clit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 04:04 PM | Show all posts

Reply #8 an324's post

apa yg aku pernah dgr..clit di potong sikit tuk elakkan budak tu bila da besar terasa gersang slalu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 05:26 PM | Show all posts
pompuan tak payahla khatan.. pernah terbaca kat paper budak perempuan mati sebab kena khatan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 06:04 PM | Show all posts

Reply #10 basikalgirl's post

setahu aku pompuan yg dh kena khatan ni bila melakukan
sex selalunya rasa tak puas,  sbb tak sensitif lagi kat situ.
sbb tu lah ramai wanita islam sentiasa tak puas dan minta
cerai dari suami atau makan luar.

[ Last edited by  bizsari at 16-10-2007 06:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 04:41 PM | Show all posts
Ye la.ica pun nak gi khatankan ayesha.she almost 6 months now
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 04:43 PM | Show all posts
emmm anak aku khatan usia 30hari....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 04:56 PM | Show all posts
my doter nak masuk 7 bulan, tak khatan2 lagik...mama dia bizi jer..:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 04:39 PM | Show all posts
anak perempuan sy disunatkan masa umur 40hari...

Dr potong sikit jer..berdarah sikit..lepas tu ok...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 12:45 PM | Show all posts
khitan bg pompuan ni ada byk tahap. dari yg potong kulit penutup clit 2 sampai la buang sumer tmasuk bhgn bibir dlm klo x silap la. cuba check female genital mutilation dlm wikipedia. in my opinion klo nk khatankn ank buang skit je okla.

samhow sya lebih cenderung kpd pendapat Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2007 01:48 PM | Show all posts
my doter Lana khatankan masa dier 5 bulan...actually doc 'buang' yg ujung jer (cket jer) doc guna pisau mesin (pisau lipat yg kita guna masa dolu2) kosnyer cume RM 30
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by bizsari at 16-10-2007 06:04 PM
setahu aku pompuan yg dh kena khatan ni bila melakukan
sex selalunya rasa tak puas,  sbb tak sensitif lagi kat situ.
sbb tu lah ramai wanita islam sentiasa tak puas dan minta
cerai dari suam ...


Astaqfirullahhal azim.....itu sume alasan....tepuk dada tanya selera
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 04:59 PM | Show all posts
baru je dengar radio selangor fm hari rabu baru ni,waktu maghrib , ustaz tu cite pasal khitan. ustaz tu kata anak pompuan wajib khatan.ibarat kupas kulit bawang. budak pompuan kalau khatan masa kecik bila dah besar pompuan islam tu puas hanya dgn seorang suami je...ibarat kulit bawang dah dikupas atau makan pisang yang dah dikupas.mestilah puas kan kata ustaz tu le.. kalau tak khitan, pompuan tu tak puas ngan satu suami ..tu yg asyik nak bertukar pasangan je sebab tak puas..kata ustaz tu le..klu lelaki pun dia cakap cam tu gak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 05:23 PM | Show all posts

Reply #11 bizsari's post

rasanya salah nie....cuba cek balik dgn posting iddine..

tak digalakkan potong byk sebab nanti menyusahkan suami nak meransang tapi dinasihat berkhitan utk mengekang nafsu wanita...

my gud fren, dia nie omputih....curious sgt nak tahu pasal nie, i citerlah kat dia...dia ngaku sendiri, dia senang teransang w/pun hanya memakai seluar dlm...

tapi dgn amalan sekarang dgn hanya mengeluarkan darah skit tu9even pd my doter)..valid lagi ke kefahaman tentang kekangan nafsu tu?...sesapa boleh jelaskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54570 Replies : 22
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika dikecam hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 36856 Replies : 78
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3298 Replies : 14
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49492 Replies : 102
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 283570 Replies : 8376
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
YgBenarBerkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di
Views : 65698 Replies : 42
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 19483 Replies : 28
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98958 Replies : 1025
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 42538 Replies : 162

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.065078 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list