CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3254|Reply: 18

Hanya Kerana Cinta...

[Copy link]
Post time 2-11-2007 12:34 AM | Show all posts |Read mode

[size=85%]Seseorang pernah berkata ~ Dalam hidup ini, kita akan jatuh cinta banyak kali. Tapi akan tiba suatu ketika, di mana kita akan berhenti dan benar-benar jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Berbahagialah buat mereka yang menemui cinta sejati mereka, kerana bukan semua orang sebegitu bertuah untuk mendapatkannya.

Benarkah kata-kata ini? Apa yang pasti, kita yang dikurniakan dengan akal fikiran yang lengkap, kadang-kadang terlalu mudah jatuh cinta, dan terlalu mudah pula mengungkapkannya. Sehingga cinta menjadi sesuatu yang terlalu murah dan bisa diperolehi di tepi-tepi jalan. Alangkah sadisnya...

Cintakah namanya, apabila hati ingin memiliki? Cintakah namanya, apabila perasaan ingin menguasai? Sebagaimana persahabatan, cinta umpama pasir yg berada di genggaman. Digenggam terlalu erat, pasir akan jatuh ke tanah perlahan-lahan. Tapi dibiar tenang, ia bisa menjadi monumen yang mengkagumkan.

Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.

Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana setia.

Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta.

Hanya kerana CINTA...
..................................................................................................................................................................
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2007 12:40 AM | Show all posts
hanya ada satu cinta saj yang kekal . . .
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #2 ianho's post

Cinta pada yang SATU.....Allah..........kekal selama2nya.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #2 ianho's post

Cinta pada yang SATU.....Allah..........kekal selama2nya.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #2 ianho's post

Cinta pada yang SATU.....Allah..........kekal selama2nya.....
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 4-11-2007 10:54 AM | Show all posts

Reply #1 ^v^'s post

cinta kah namenya bila hati menderita..tapi bukan cinta lah namenya andai kebahagiaan saje dirasai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2007 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by grugals at 4-11-2007 10:54 AM
cinta kah namenya bila hati menderita..tapi bukan cinta lah namenya andai kebahagiaan saje dirasai

x paham.....
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 4-11-2007 12:08 PM | Show all posts

Reply #7 sherkmarch's post

hye cikgu pun tak paham ke

maknanya kalau kita bercinta hanya ingin kan kebahagiaan kita bukan lah manusia yg lengkap di ciptakan dengan pelbagai perasaan dan pengalaman..

cinta ada rasa dendam..rindu tangis dan sebagainya...tapi apabila sampai satu masa pada pengakhiran tamat kita akan rasai derita atau kebahagiaan pilih lah jln mane
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


grugals This user has been deleted
Post time 4-11-2007 12:09 PM | Show all posts
kalau tak paham lagi..gru pun naik tak paham dah
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 12:50 PM | Show all posts
orang bangang bial jatoh chenta jadi cam gini la... ahahaha...

yang jadi elOk bila dia dah tak jatoh chenta tapi dia berchenta... meaning berchenta-berchenta gak tapi tak jadi bangang nak mampos lagi dah sebab berchenta... ahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by grugals at 4-11-2007 10:54 AM
cinta kah namenya bila hati menderita..tapi bukan cinta lah namenya andai kebahagiaan saje dirasai



AGREED 100%.... cinta yg sebenar, penuh dengan dugaan dan rintangan... gagal hadapi, gagal laaa cinta tersebut!!! klu berjaya tempuhi dan lalui... Insya-Allah tu ler cinta yang sebenar....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 04:02 PM | Show all posts
ada pepatah mengatakan cinta itu 99% dugaan dan hanya 1% kebahagiaan..

mungkin ada benarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 06:39 PM | Show all posts
kan bagus kalau tiada cinta...

tak perlu lar terseksa....:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 08:23 PM | Show all posts

Reply #14 tomok's post

Ye ke...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 08:35 PM | Show all posts

Reply #15 sherkmarch's post

lumrah percintaan..........kita takkan melalui sesuatu percintaan itu dgn mudah.................
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 08:36 PM | Show all posts
lumrah percintaan..........kita takkan melalui sesuatu percintaan itu dgn mudah.................

[ Last edited by  tomok at 6-11-2007 10:24 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2007 09:29 PM | Show all posts

kerana Allah

"Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta.

Hanya kerana CINTA..."
jgn bercinta kerana cinta.... cinta kerana Allah baru la deme seme xkecewa kalo terjaddi apa pada cinta deme seme.... baru xbuat perkara yagn menyalahi agama... putus pun xrasa sgt sebab kita tau dia bukan yang terbaik untuk kita.... Allah dah bagi perasaan tuuuu, jadi guna la seadilnya, tempatkan ia ditempat yang sebetulnya, selalu ingat tuhn ok....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 10:12 PM | Show all posts

Reply #18 hambaAllah's post

ok....

selalu ingat Allah.... cinta kan celik sentiasa.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 12:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.243259 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list