CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

[MERGED] Matematik dan Sains in BM or in BI

[Copy link]
Post time 9-1-2009 06:42 AM | Show all posts

update -

Tidak terburu-buru tentu status PPSMI- Hishammuddin

PUTRAJAYA 8 Jan. - Kementerian Pelajaran tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung status Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara.


Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendirian itu dibuat kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, matlamat pihaknya adalah untuk melaksanakan apa yang terbaik bagi masa depan generasi muda dan negara.

''Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan atau tuntutan berhubung status PPSMI itu kerana kami tidak mewakili kepentingan sesuatu kelompok atau perjuangan tertentu sahaja.

''Lagipun, apa yang nak gopoh sangat kerana apa jua keputusan kita, ia hanya dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Sebelum ini Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya PPSMI diteruskan.

Gapena mendakwa pelaksanaan PPSMI itu secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang termaktub berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Hishammuddin memberitahu, penelitian ke atas 22 kertas kerja kajian PPSMI yang dibuat melalui lima siri persidangan meja bulat sepanjang tahun lalu itu kini berada di peringkat akhir.

''Dalam masa terdekat ini, kertas itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya bersetuju agar Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dipinda bagi memberi kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memperkasakan bahasa kebangsaan.

''Dengan pindaan itu, DBP dapat berperanan menggalakkan dan menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih berkesan.

''Cadangan pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini dan saya percaya dengan pindaan itu, usaha-usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya. - Utusan -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 09:50 AM | Show all posts
aku harap pihak kementerian kuarkan perkeliling mengenai format peperiksaan UPSR tahun ini sama ada dalam dwibahasa atau 100% dlm BI...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:24 AM | Show all posts
Ana agak ....mesti masih dwi bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 12:01 PM | Show all posts
kesilapan paling besar PPSMI ni adalah, pada permulaan dulu, ia dilaksanakan kerana kononnya nak meningkatkan [enguasaan BI dikalangan pelajar.

secara tak langsung, ada kegagalan dalam subjek BI sedia ada, mana 1, bukan aku nk memutuskannya.
so, selagi kegagalan tersebut tak diperbaiki, maka tidak adil tanggungjawab memandaikan BI pelajar diserahkan pada mata pelajaran lain.
Ibarat, lain koyak, lain dijahit. Lain bocor, lain ditampung
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:38 PM | Show all posts
I did'nt hear anything about strengthening the spoken and written English in the school level yet.....

are the people in the ministry sleeping ...????

How do you expect the students to be confident in speaking and writing if you don't teach them

the two skills..............Please leave Science and Mathematics alone ....those two subjects can survive

in any language.......do you have enough English teachers?....well train them....do you have good

English lab in school....build them.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 08:37 AM | Show all posts
477,575 calon jawab Sains,Matematik, dalam BM

PUTRAJAYA 14 Feb.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2009 04:12 PM | Show all posts
cikgu math n sains bkn cikgu bi.. kalo nk math n sains di ajar lam bi.. ambil cikgu bi ngaja math n sains..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 05:43 PM | Show all posts
skrg da bln feb..still xde kptsn bm or bi..da hbs fikir mcm mana nk ajar murid kelas hujung2 supaya dpt jwb paper sc especially bahagian B dlm bi..pernah cuba suruh murid kelas hujung jwb dlm bm soalan bhgn B..dpt plak dorg jwb..nak jwb dlm bi dorg x reti nak buat ayt dlm bi.. guru2 sains kat sini lbh prefer budak jwb dlm bm or bi??kelas pandai tu ok la dlm bi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2009 08:00 PM | Show all posts
exam PTP result mcm gampang.........semua guru2 di tempat aku diberi band 2........aku jawab punya bagus target paling2 4 tp still dpt 2.......mmg pihak kementerian dah set keputusan supaya guru2 gi lagi belajar mcm budak2 standard 1......ada ke patut guru belajar mengeja......bangang...!!!!!!!!!! :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 09:48 PM | Show all posts

Reply #848 hannani's_mom's post

saya beri kebebasan kepada murid, kalau dia mudah faham BI dan tahu nak jawab kita galakkan dalam Bi. kalau yang tak boleh, dalam BM dan dalam kelas, memang saya ajar dalam dwibahasa. memang nampak renyah dan buang sedikit masa. tapi terpaksa agar murid faham.

soalan ujian pun saya buat dalam dwibahasa. minggu depan ujian so saya nak tgk murid jawab dalam apa, BM atau BI.

KPM pun sepatutnya dah buat keputusan, UPSR kali ni nak dwibahasa ke atauBI sepenuhnya jadi cikgu pun dah boleh buat perancangan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:16 PM | Show all posts

Balas #850 CharlieDale\ catat

tgk borang daftar pmr, opsyen sc n math dwibahasa... tgk soalan intervensi jabatan bi only   cane tuh??
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:23 PM | Show all posts

Reply #851 halimi78's post

Maybe yang jabatan punya depa nak tgk pencapaian pelajar utk jawab dalam Bi sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:43 PM | Show all posts

Balas #852 CharlieDale\ catat

1st 3 classes... ok la kot. next 8, xtau la caner. especially the last 4 classes... kesian nengok diorang. dah f3... bm dok merangkak. inikan pula nak jawab dalam bi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 11:42 PM | Show all posts
bulan depan, nazir nak dtg sekolah nak observe cikgu2 maths & sc...

aku ni malas betul bukak CD tu...
budak2 yg kat belakang bukannya tgk pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 12:36 AM | Show all posts

Balas #854 zehra2\ catat

teringat masa praktikal(sek ren)..ketua kelas yang banyak mulut tu boleh cakap..."cikgu ni, asyik guna komputer je....boring la....".....padahal kita masuk kelas dia sekali jer seminggu, pun boleh boring...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 06:37 AM | Show all posts

Reply #855 rizzii's post

bila depa tak berapa reti guna computer - macam tu la response nya -

tapi bila murid2 dah tahu nak appreciate guna ICT - mesti suka -

take a bit time.. tapi insyaallah - lama2 okay tu -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 06:38 AM | Show all posts

update -

Gapena tidak berganjak

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tidak akan berganjak daripada perjuangan menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun terpaksa berhadapan dengan tentangan pelbagai pihak.


Ketua II Gapena, Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, Gapena perlu bertindak sedemikian kerana ia melibatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu yang kini semakin terpinggir dalam sistem pendidikan arus perdana.

Sambil menafikan usaha tersebut mempunyai agenda untuk menjatuhkan individu tertentu, beliau berkata, Gapena konsisten dalam memperjuangkan isu PPSMI iaitu sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2002.

''Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan pelaksanaan PPSMI enam tahun lalu, Gapena mula bertindak menentang pelaksanaannya kerana kita melihat PPSMI akan memberi kesan yang amat buruk kepada perkembangan bahasa Melayu.

''Sehubungan itu tidak timbul isu yang dibangkitkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kita mula memperjuangkannya sekarang. Mungkin pada masa dahulu penentangan yang dibuat oleh Gapena sengaja tidak mahu dihebahkan,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama pemimpin kanan Gapena antaranya Ketua I Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, Setiausaha I Gapena, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Gapena, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abd. Majid.

Gapena semalam membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran kerana mendakwa PPSMI bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996.

Laporan polis itu dibuat oleh Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Mengulas laporan polis tersebut, Hishammuddin dalam akhbar hari ini mempersoalkan agenda Gapena kerana bertindak selepas enam tahun dasar itu diperkenalkan.

Abdul Latiff turut menafikan penentangan Gapena terhadap pelaksanaan PPSMI didalangi oleh pihak-pihak tertentu.

''Perjuangan Gapena adalah berasaskan kepada kesedaran betapa pentingnya usaha memartabatkan bahasa Melayu. Istilah Melayu itu sendiri yang menjadi dalang kepada kami dan bukannya dihasut oleh mana-mana pihak,'' katanya lagi.

Dalam pada itu beliau menegaskan Gapena tidak pernah menentang usaha kerajaan untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di negara ini.

''Tetapi ia hendaklah dibuat mengikut cara yang betul. Memperkasakan bahasa Inggeris hendaklah dibuat pada subjek bahasa Inggeris itu sendiri dan bukannya 'mengusik' subjek Matematik dan Sains.

''Biarlah dua subjek berkenaan diajar dalam bahasa Melayu. Kami juga akan mengemukakan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan isu ini tidak lama lagi,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 01:00 PM | Show all posts
letihnya dgn isu ni yang jadi mangsa bebudak gak.
yang pening kuar duit mak bapak jugak.
yang kena bambu bila murid tak perform cikgu jugak.
yang pandai bercakap pulak sampai berbuih menyemburair liur
kata sepakat tak dpt jugak. semua jenis nak tunjuk pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 01:02 PM | Show all posts
lagi satu nak tambah anak-anak org yagn berdemo tu english sume power kebanyakkannya lepas tu sibuk memperjuangkan org kg. cuba depa tu ambik je anak orgkg ni ha buat anak angkat depa tuk majukan english bebudak ni. dari sibuk bising berdemo. aku la ni duk kampung
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 06:30 PM | Show all posts

Balas #854 zehra2\ catat

Zehra..tak semestinya bila guna laptop/lcd kena guna CD terutama yang dibekalkan. cuba buat powerpoint sendiri. yang lebih sesuai dengan tahap budak. CD yang dibekalkan tu kebanyakkannya banyak cakap..memang la budak kelas belakang ni tak ambil pusing sangat. nak faham pun tak faham...saya sediri pun jarang guna cd yang dibekalkan. lagi suka buat sendiri.

cuma powerpoint ni nak kena kerja lebih la sikit.Nazir datang pun dia nak tgk kita guna ke tak benda yang diberi terutama sekali laptop dan lcd.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.077587 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list