CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

[MERGED] Matematik dan Sains in BM or in BI

[Copy link]
Post time 28-2-2009 01:05 AM | Show all posts

Balas #880 idajoe\ catat

kami cuma 5% jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 02:07 AM | Show all posts

Reply #881 halimi78's post

5% dari basic hang jer dah berapa tu...kira syukur la ada...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 07:43 AM | Show all posts
saya salah seorang guru yang mengajar mathematics ni... saya leihat murid sekarang ini begitu lemah dalam kemahiran asas iaitu mendarab dan membahagi.. sifir apatah lagi...

aku nagajr tahun 6 dan 4, thn 6 tu takde masalah sangat sbb kelas dpn..

tp tahun 4 aku juga ajar kelas dpn dan sederhana.. tp terkejut masa awal2 tahun aku masuk.. lebih 80% murid masih tidak menguasai kemahiran darab dan bahagi.. aku terpaksa ajar semula dari basic yang sekaligus menyebabkan silibus aku sekrang dah tertingal jauh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 10:25 PM | Show all posts

Reply #883 tuahayam's post

satu masalah yang dikenalpasti..

budak lani kebanyakannya hafal sifir dengan cara ingat hasil sahaja. contoh, kalau sifir 2 depa hafal 2, 4, 6, 8. dan seterusnya...kalau zaman dulu kita guna 2 x 2=4, 2x3 = 6 dan seterusnya. jadi kalau kita tanya 2x6 = depa kena kira ..tak dapat jawab secara spontan.

anyway, mungkin boleh guna cara ni..tapi kena paksaan sikit. pagi sebelum masuk kelas, baca sifir, lepas rehat, sebelum masuk kelas, sifir lagi. nak balik, sifir lagi. cara ni biasanya dipraktikkan di SRJK (C) di sekolah saya pun murid buat macam ini.

cuma dari PROTIM yang saya buat, depa ni gagal atas 2 sebab, 1. gopoh. yang menyebabkan jadi near miss, sepatutnya tak layak PROTIM. tapi sebab gopoh, nak cepat siap..dah gagal. 2. tak faham konsep, yang ni mungkin sebab kurang latihan.

utk perkara kedua, kena bagi lebih banyak latihan dan terangkan balik konsepyang mereka lemah. untuk matematik, memang latih tubi adalah penyelesaianyang terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 04:39 PM | Show all posts
March 05, 2009        

Bekas Menteri Akui Wujud Kecelaruan Dalam PPSMI

KANGAR, 5 Mac (Bernama) -- Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad mengakui wujud kecelaruan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun tujuan pelaksanaannya adalah baik.

Menurutnya PPSMI bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia tetapi sepanjang enam tahun pelaksanaannya ia dilihat seperti tidak mencapai sasarannya disebabkan kecelaruan itu.

"Masalah itu hanya dapat diatasi jika para pendidik meningkat dan menggalakkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan kemudahan-kemudahan sokongan yang disediakan termasuk bahan pengajaran dan pembelajaran," katanya selepas menyampaikan syarahan tokoh kebangsaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini Khamis.

Menurutnya Kementerian Pelajaran termasuk para pendidik serta pelajar perlu bertindak segera untuk menangani kelemahan yang ada sekiranya ingin merealisasikan PPSMI.

"Galakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian kerana ia penting bagi meningkat kefahaman dalam bahasa itu," kata Musa yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Katanya, identiti bangsa Melayu tidak akan berubah sekiranya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar," katanya.

Sebelum itu, beliau yang menyampaikan syarahan bertajuk "Isu-isu Dalam Pendidikan Tinggi Semasa di Malaysia - Sejarah dan Hala Tuju" berkata proses pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar memang berkesan tetapi setiap rujukan atau jurnal harus diterjemahkan segera ke dalam bahasa penghantar itu.

"Setiap rujukan dan jurnal adalah di dalam bahasa Inggeris dan sekiranya bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dapat disokong dengan bahan-bahan dalam bahasa penghantar itu sendiri ia tidak akan menimbulkan masalah untuk para pendidik dan pelajar mendapatkan rujukan segera. Tetapi kini kebanyakan jurnal adalah dalam bahasa Inggeris," katanya.

Selain itu, Musa berkata, Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula kedudukan pencapaian pelajar di bandar dan di luar bandar kerana wujud perbezaan antara taraf pendidikan di bandar dan luar bandar menyebabkan pelaksanan PPSMI tidak mencapai sasarannya.

"Kita tidak boleh bezakan antara pendidikan di bandar dan luar bandar kerana tahap pendidikannya berbeza tetapi kita mampu mencari pendekatan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikannya," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 10:57 AM | Show all posts
PPSMI baik, kelemahan perlu penyelesaian segera

KANGAR: Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad berkata Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bertujuan baik, tetapi kecelaruan dalam pelaksanaannya menyebabkannya menimbulkan masalah.

Musa yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, akibat kecelaruan itu, pelaksanaan PPSMI dilihat seolah-olah tidak mencapai matlamat asal iaitu untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Mengulas lanjut berkata, PPSMI pada asasnya diperkenalkan dalam usaha memenuhi matlamat asalnya itu, namun wujud beberapa kelemahan yang memerlukan penyelesaian segera.

"Bagi saya, masalah utama yang mencetus kecelaruan dalam pelaksanaan PPSMI ialah apabila pelajar dan guru gagal memahami konsep sebenar serta formula terkandung dalam pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu.

"Justeru, pendidik sendiri perlu mengambil inisiatif meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris masing-masing, selain menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bersesuaian untuk memenuhi tuntutan keperluan PPSMI," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof Dr Ali Yeon Md Shakaf, selepas menyampaikan Syarahan Tokoh bertajuk 'Isu-isu Dalam Pendidikan Tinggi Semasa di Malaysia � Sejarah dan Hala Tuju'.

Hadir sama pada majlis anjuran Unit Pembangunan Lestari Unimap ialah Naib Canselor Unimap, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Musa berkata, adalah sesuatu yang merugikan apabila semua pihak asyik membicarakan soal aspek 'simpati' terhadap pelajar Melayu yang gagal menguasai PPSMI.

Katanya, identiti bangsa Melayu tidak akan berubah sekiranya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar,

"Bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang sukar. Apa yang lebih penting sekarang, Kementerian Pelajaran termasuk pendidik dan pelajar perlu bertindak segera menangani kelemahan yang wujud.

"Jika PPSMI dimansuhkan dan perlu kembali ke bahasa asal (bahasa Melayu), maka adalah perlu bagi setiap pihak terbabit menyediakan rujukan atau jurnal lengkap dalam bahasa Melayu untuk membolehkan pelajar membuat rujukan," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2009 07:05 PM | Show all posts
Actually, ade betulnye pasal rujukan nih. Aku penah mase kat U, kawan aku leh plak ty distilled water tu pe?
Sebab dalam rujukan x de plak tulis distilled water (air suling). Unless kite ade rujukan yang cukup untuk subjek sains dan matematik dalam bahasa melayu, aku rase ade baiknye subjek2 ni diajar dalam bahasa inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 07:16 PM | Show all posts
bagi aku satu lagi cara nak elakkan isu PPSMI ini terus jadi isu besar.. buat surat kepada semau ibu bapa yang ada di malaysia.. suruh guru kelas tolong edarkan...

dalam surat tu biar mak ayah nyatakan sama ada menyokong atau tidak... dan biar majoriti menentukan dasar ini. senang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2009 07:48 PM | Show all posts
Originally posted by tuahayam at 7-3-2009 19:16
bagi aku satu lagi cara nak elakkan isu PPSMI ini terus jadi isu besar.. buat surat kepada semau ibu bapa yang ada di malaysia.. suruh guru kelas tolong edarkan...

dalam surat tu biar mak aya ...


Boleh tu mmg bleh, tapi yang belajar tu anaknye... parents ade yang x tau pape pun tntg memende nih. Hmmm... tapi betullah, mmg x bley nak puaskan ati sume org.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 08:13 PM | Show all posts

Balas #889 slyfynx\ catat

setuju dengan cara dia buat survey tu, tapi isu kita mengenai para pelajar, bukan ibu-bapa, oleh itu,

hak untuk mengundi sepatutnya diserahkan kepada pelajar 100%..
dengan ini baharulah kita boleh menentukan sama ada guna BM atau BI..

"Suara seorang pelajar"
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 09:37 AM | Show all posts
pe kata ngaja lam BM tp gune term BI.. dah risau sgt ngan buku rujukan dkt U sume lam BI..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 09:48 AM | Show all posts
Nanti lagi mengong bebudak tu gune bahase rojak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 10:31 AM | Show all posts

Balas #888 tuahayam\ catat

rasanya survey tu dah dijalankan semasa UPSR tahun lepas. sebelum murid menjawab soalan Sains dan Maths, mereka diminta mengisi /menandakan pada borang OMR sama ada mereka menggunakan BM, BI atau BM dan BI. saya tak pasti sama ada ia hanya di gunakan utk statistik kementerian atau utk kajian penilaian terhadap keberkesanan atau pilihan murid utk menjawab BM atau BI dalam kedua-dua matapelajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 08:11 PM | Show all posts

Reply #893 CharlieDale's post

pastu mana keputusan survey tu? tk didedahkan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 10:27 PM | Show all posts

Balas #894 ReksakseHuduh23\ catat

seperti berikut:

[quote]PUTRAJAYA: Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula diperkenalkan sejak 2003 tidak gagal, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata, analisis awal keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 juga menunjukkan pencapaian keseluruhan calon lebih baik berbanding purata pencapaian calon sepanjang tempoh lima tahun sebelum pelaksanaan dasar itu.

揝ebagai dasar baru, mungkin ada sedikit sebanyak kelemahan pelaksanaannya, tetapi belum cukup untuk menyimpulkan ia gagal,
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 10:44 PM | Show all posts
thanx CD..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2009 09:27 AM | Show all posts
CD.... nice info
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 06:33 PM | Show all posts
how do u answer mathematics in English eh???

its all numbers!!!!!!!!!!!!!!!!!!! n very little English/BM........
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 07:00 PM | Show all posts
my fren punya thesis master... buat pasal ppsmi...

3000 participants, outcome; prestasi pelajar menguncup... masa viva, kene reject sbb x mencerminkan kehendak KPM. xleh terima. kene rombak start allover balik..

any comments?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 10:27 PM | Show all posts

Balas #899 halimi78\ catat

Komen saya....

"saya yang menurut perintah"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063634 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list